Isnin, 21 April 2008

Syair Nasib Melayu



Di bumi Melayu pembangunan pesat
Baik di laut mahupun di darat
Banyak peluang boleh didapat
Banyak usaha boleh dibuat

Tetapi kerana ilmu tak ada
Peluang yang ada terbuang saja
Diisi orang awak menganga
Akhirnya duduk mengurut dada

Di sinilah tempat Melayu jatuh
Kerana banyak yang masih bodoh
Peluang yang dekat menjadi jauh
Nasib pun malang celaka tumbuh

Walau Melayu bertanah luas
Tetapi terlantar kerana malas
Dimanfaatkan orang awak pun cemas
Lambat laun semuanya lepas

Ke generasi muda kita berharap
Kuatkan semangat betulkan sikap
Kukuhkan iman tinggikan adab
Supaya Melayu berdiri tegap

Ke generasi muda kita berpesan
Hapuskan sifat malas dan segan
Isilah diri dengan ilmu pengetahuan
Supaya Melayu tidak ketinggalan.

0 ulasan: