Sabtu, 12 April 2008

MOTIF KARPAL TEGUR UMNO


Oleh AZNAN BAKAR (WARTAWAN UTUSAN)

SELEPAS mencatat keputusan yang agak memberangsangkan pada pilihan ra- ya umum lalu, DAP kelihatan semakin be- rani dan terbuka termasuk mencampuri urusan parti lain terutama UMNO.

Kejayaan menguasai Pulau Pinang dan berkongsi memerintah Perak dan Selangor dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas seolah-olah memberi kekuatan kepada mereka untuk menyuarakan apa sahaja isu termasuk yang membabitkan UMNO.

Sebelum ini pemimpin-pemimpin parti itu akan membuat kenyataan menghentam dan mendesak kerajaan berhubung sesuatu dasar selain mempertahankan tindak-tanduk sendiri.

Tetapi pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-12, mereka dilihat semakin berani. Keberanian itu kadang-kadang mencecah tahap biadab. Seperti tanpa segan silu berani menegur dan mencampuri hal-hal dalaman UMNO seperti yang berkaitan disiplin dan sebagainya.

Ia jelas apabila kelmarin Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kenyataannya kepada media mencadangkan supaya Tun Dr. Mahathir Mohamad dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Alasannya ialah bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO masih ahli parti itu dan tindakan mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertentangan dengan disiplin parti.

Hujah Karpal yang merupakan peguam terkenal itu memang ada benarnya. Tetapi isu itu biarlah ditangani, dibincang dan di- selesaikan oleh para pemimpin UMNO.

Apa hak Karpal untuk menyuarakan se- cara terbuka dan mencampuri urusan dalam UMNO yang merupakan parti yang me- wakili orang Melayu.

Dan mengapa pula Karpal begitu berminat dengan perkembangan dalaman UMNO, sedangkan sebelum ini biar runtuh pun parti itu dia tidak pernah ambil peduli.

Tetapi yang peliknya, ketika pemimpin- pemimpin UMNO lain berdiam diri soal tindakan disiplin terhadap Dr. Mahathir, tiba-tiba Karpal muncul meminta bekas Perdana Menteri itu dihadapkan ke Lembaga Disiplin.

Tentu ada motif di sebalik kenyataan se- umpama itu. Tidak mungkin Karpal, yang merupakan seorang pemimpin besar dan cukup berpengalaman dalam DAP membuat kenyataan sebagai sekadar pemanis mulut tanpa mempunyai maksud yang ter- selindung.

Apa yang pasti, Karpal secara terang-terangan telah mencampuri urusan dalaman UMNO dan cuba mendahului pemimpin- pemimpin dalam UMNO berhubung isu yang membabitkan kritikan Dr. Mahathir.

Apa hak Karpal untuk mencampuri urusan dalaman UMNO? Apatah lagi mendesak supaya diheret bekas Presiden UMNO itu ke Lembaga Disiplin.

Walaupun Karpal dalam kenyataan itu berkata beliau tidak sepatutnya mencampuri urusan UMNO, tetapi beliau sudah terlajak kata.

Kenyataan seperti itu mungkin boleh diterima jika ia datang daripada pemimpin dan ahli-ahli UMNO sendiri yang tentunya lebih tahu mengenai apa yang berlaku.

Tetapi apabila Karpal yang meminta Dr. Mahathir dihadapkan ke Lembaga Disiplin ia merupakan tindakan lebih sudu dari kuah.

Ia jelas menunjukkan pemimpin pembangkang itu cuba mengambil kesempatan memecah belah dan melaga-lagakan pemimpin dan bekas pemimpin UMNO.

Walaupun motifnya agak sukar dibaca, namun dalam keadaan sekarang DAP dan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang sudah pasti mahu melihat UMNO hancur.

Kalau boleh mereka mahu melihat UMNO hancur dari dalam. Hancur dan rebah melalui perbalahan dalaman yang membabitkan pemimpin UMNO dan bekas pemimpin.

Jika itu berlaku, ia akan turut melemahkan Barisan Nasional (BN).

Sebab itu para pemimpin pembangkang terutama Karpal ghairah membuat kenyataan yang melaga-lagakan pemimpin UMNO dan parti-parti komponen BN yang lain. Dengan cara itu, mereka juga dapat me- mastikan perhatian rakyat terus tertumpu kepada masalah BN dan komponen-komponennya yang kini sedang menyusun semula kekuatan ekoran kejutan pada 8 Mac lalu.

Dengan itu tumpuan rakyat tidak kepada kegagalan dan ketidakupayaan pakatan pembangkang menunaikan janji-janji pada pilihan raya umum lalu.

Ia juga dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian terhadap keputusan-keputusan kontroversi mereka seperti meluluskan ladang babi bernilai RM100 juta di Sepang yang merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu.

Yang pasti, keputusan luar jangka pada pilihan raya umum menyebabkan segelintir pemimpin DAP menjadi besar kepala hingga berani mencampuri urusan orang lain.

Oleh itu pemimpin-pemimpin BN perlu berhati-hati dan berwaspada dengan kenyataan-kenyataan lawan kerana matlamat mereka sudah pasti mahu melihat UMNO rebah dan tersungkur.

Untuk mencapai matlamat itu pelbagai helah digunakan termasuk menjadi batu api dengan melaga-lagakan pemimpin-pemimpin UMNO.

Jika pendukung-pendukung UMNO ter- pedaya dan terpengaruh dengan dakyah serta hasutan itu, sudah tentu hasrat DAP dan sekutunya untuk melihat parti Melayu itu rebah bakal menjadi kenyataan.

Kepelikan melihat tindak-tanduk Karpal itu bukan kerana mempertahankan Dr. Mahathir, tidak juga didorong oleh rasa cemburu terhadap ‘intelek’ pemimpin DAP yang tiba-tiba berminat dengan perkembangan UMNO itu.

UMNO tidak sepatutnya termasuk dalam ruang lingkup pemikiran Karpal.

Beliau sepatutnya meleraikan kekeliruan yang mengasak fikiran para pengundi pakatan pembangkang berhubung isu penubuhan negara Islam yang menjadi ‘musuh’ ketatnya sejak dulu lagi.

Mereka keliru bagaimana Karpal mampu bersandiwara dengan pemimpin Pas di khalayak umum tetapi pada masa yang sama enggan mengiktiraf keutamaan parti itu untuk menegakkan Islam.

Hanya selepas mampu menyelesaikan kemelut antara DAP dan Pas, baru mungkin boleh untuk Karpal mengintai apa yang berlaku dalam UMNO.
.................................................................
Terimalah teguran yang membina... Sayang Bangsa Mu...

0 ulasan: