Memaparkan catatan dengan label MELAYU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MELAYU. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Ogos 2008

Isu Melayu: Anwar perlu perjelas pendirian



Oleh ARSHAD KHAN
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menjelaskan pendiriannya berhubung hak keistimewaan orang Melayu di negara ini jika hasratnya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Ketua Penerangan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, masyarakat Melayu, India dan Cina di negara ini perlu mengetahui pendiriannya itu.

Katanya, Anwar memberikan gambaran kononnya dia akan mewujudkan satu sistem yang lebih baik daripada apa yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) setiap kali berceramah kepada masyarakat bukan Melayu.

Namun menurutnya, apabila Anwar berceramah kepada orang Melayu pula, dia memberikan janji untuk terus mempertahankan semua keistimewaan yang ada untuk kaum itu.

''Jadi, mungkin masyarakat Cina dan India dibuai janji-janji yang luar biasa dan pada masa yang sama, orang Melayu juga diberikan harapan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Shahaniza juga berkata, contoh yang nyata ialah apabila ada pemimpin PKR mencadangkan agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka ruang kepada pelajar bukan bumiputera untuk belajar di situ.

''Apakah jika PKR berjaya berkuasa, mereka akan melakukan perkara seperti ini, tidakkah ini bererti keistimewaan orang Melayu akan dihapuskan sedikit demi sedikit,'' katanya.

Katanya lagi, Anwar perlu memberikan jawapan yang jelas berhubung perkara itu kerana ada masyarakat Cina dan India yang menyokongnya beranggapan dia akan menghapuskan hak keistimewaan Melayu sekiranya berkuasa.

''Berikan jawapan jelas, ya atau tidak, dan bukannya jawapan retorik berbelit sama ada hak Melayu akan dihapuskan atau sebaliknya,'' katanya.

Shahaniza seterusnya berkata, jawapan Anwar itu penting demi memastikan orang Melayu yang menjadi penyokongnya juga memahami ke mana arah sokongan mereka itu.

''Pada masa yang sama, orang bukan Melayu juga dapat memahami apakah perjuangan Anwar yang sebenar,'' ujarnya.

Katanya lagi, BN selama ini telah memberikan yang terbaik kepada penduduk semua kaum di negara ini dan segala yang berkaitan dengan hak masing-masing amat jelas serta nyata.

Jumaat, 8 Ogos 2008

Tragedi Pemikiran Melayu


Kalau ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak
sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka
tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang Melayu dalam
cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat
menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah
untuk berdepan dengan Majapahit. Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun
Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang
jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh
besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa
yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa
yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class. Ketika itu, Melayu yang
berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa
ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif
jati diri yang salah. Itu pengaruh penjajah.

Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap
tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat
menangkap pandangan itu. Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah
mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam.
Mereka sentiasa bertanya. Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak
galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak
galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu
menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam
masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik. Sikap negatif inilah yang
menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya
hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh. Kalau pada
kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu,
mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu
untuk lihat apa manifestasi hantu.

Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang
berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya
menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran. Pemikiran Melayu ini
sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia
lagi. Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London.

Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak
pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India
di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan. Jadi ajarlah dia
cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia
suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu
buat bakul.

Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul
selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun. Telah ada banyak buku
yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan
dasar yang mengongkong minda Melayu. Itu semasa penjajahan. Selepas kita
merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu
kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya
bertanggungjawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh
memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British. Minda Melayu ini
sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesankesan
kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak
sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan
kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir
ini. Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.

Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada
buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan
berubah. Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk
Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka
kilang mikrocip. Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus
ribu orang terutamanya untuk wanita. Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika
itu, akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina
wanita Melayu yang bekerja kilang.

Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan,
tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor
dan Melaka? Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat
sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah
pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah
membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu. Waktu itu terdapat
beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang.

Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya
mereka, bila hendak kahwin? Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga
pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi
akhirnya bercerai juga. Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada
karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat.
Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata
lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup
berkahwin dan mewujudkan rumahtangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata
mereka, kalau dapat anak susahlah. Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah
sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.

Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini
terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif. Hari ini di Malaysia, trend
semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti.
Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi. Trend ini
pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah
pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an. Ini semua adalah hasil daripada
perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi. Perubahan minda itu berlaku
secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang
tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita
Melayu.

Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana
orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh
lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa,
Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada
seseorang dapat pergi syurga atau tidak. Minda Melayu tidak dapat memikul ini
semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah,
mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di
Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang
untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa
tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak
sepenuhnya menukar sikap orang Melayu. Ada beberapa faktor lain yang
menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.
Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu
kini berada pada kedudukan yang lebih baik. Kita sudah terjangkit apa yang
bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini
cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun
PAS, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.

Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak
mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan. Orang berfikir kalau
sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu
akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu
dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.Tetapi itulah
minda Melayu sekarang.

Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap
bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku
mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.


Oleh: Profesor Diraja Ungku Aziz

* PROFESOR Diraja Ungku Aziz adalah bekas Naib Canselor Universiti
Malaya. Beliau terlibat aktif dalam isu-isu pembangunan masyarakat Melayu
sejak zaman sebelum merdeka.

Ahad, 29 Jun 2008

SEDARLAH MELAYU PAKATAN RAKYAT

Status hak milik tanah: Selangor ikut Perak?

SHAH ALAM 28 Jun - Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor mungkin mengikut langkah Perak yang berhasrat memberi status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru di negeri itu.

Bagaimanapun, status hak milik kekal di Selangor adalah untuk tempoh selama-lamanya berdasarkan akta tanah di negeri itu, berbeza dengan Perak sehingga 999 tahun sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata, kerajaan negeri masih mengkaji perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.

"Selangor boleh melaksanakan seperti cadangan kerajaan Perak tetapi akta tanah di kedua-dua negeri adalah berbeza.

"Di Perak, hak milik kekal adalah selama 999 tahun tetapi di Selangor untuk selama-lamanya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ean memberitahu, sekiranya ia menjadi kenyataan, sebanyak 42 buah kampung baru di seluruh Selangor akan terlibat yang majoritinya penduduk kaum Cina.

Beliau bagaimanapun tidak pasti jumlah keseluruhan penduduk terlibat.

Selain kaum Cina katanya, kampung baru di Selangor turut diduduki oleh kaum India dan orang Melayu.

Cadangan untuk memberi status hak milik kekal lot-lot tanah kampung baru di Perak diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin ketika menggulung usul di Dewan Undangan Negeri (DUN), kelmarin.

Bagaimanapun cadangan kerajaan pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak itu mendapat bantahan pelbagai pihak.

Ia menimbulkan persoalan kerana dilihat lebih bermotifkan politik kerana pada masa yang sama, kerajaan negeri hanya merancang memberikan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun (RKT).

Di seluruh negeri Perak, terdapat 60,000 penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80 peratus kaum Cina.
Kawasan RKT pula terdiri daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).

SUMBER : UTUSAN

Isnin, 9 Jun 2008

UPDATE HUJUNG MINGGU


Saya sekali lagi ingin mengesahkan bahawa berita TERKINI : NAJIB- PRESIDEN MUHYIDDIN-TIMBALAN yang saya tulis di blog saya ini adalah dipercayai sangat benar kesahihannya.

Dari perbualan dengan beberapa orang Yang Berhormat pada hujung minggu yang lalu, mereka semua mengakui bahawa perkara ini telah bocor sebelum pengumuman rasmi akan dibuat oleh Datuk Seri Najib sedikit masa lagi.

Majlis Tertinggi UMNO telah sebulat suara mendesak Pak Lah berundur demi masa depan UMNO dan orang Melayu. Oleh kerana desakan MT telah dibuat secara sebulat suara, ini membuatkan Pak Lah terpaksa menerima desakan dan difahamkan beliau tidak akan mempertahankan Jawatan Presiden UMNO dan akan memberikan laluan kepada Datuk Seri Najib bagi jawatan Presiden manakala Tan Sri Muhyiddin pula sebagai Timbalan Presiden.

Pengunduran Pak Lah yang dijangka akan berlaku sebelum November ini tentunya akan menyelesaikan sebahagian besar masalah UMNO khususnya di dalam memulihkan persepsi rakyat terhadap UMNO yang telah dicemari dengan isu campurtangan keluarga PM khususnya menantunya Khairi Jamaluddin dalam pentadbiran kerajaan pimpinannya. Ini tentunya sangat membantu memulihkan imej UMNO selain menyebabkan Pembangkang akan kehilangan modal politik yang besar dan berkesan.

Sehingga waktu itu, penulis mengharapkan kepada semua pembaca khususnya Rakan KPUMaya dan MyKMUJohor agar mula memfokuskan kepada perjuangan merealisasikan pelan peralihan kuasa ini seperti yang telah dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

Untuk makluman semua, sejak beberapa bulan yang lalu, pihak Pembangkang telah pun mula menyerang keperibadian Datuk Seri Najib dengan menghebahkan tuduhan-tuduhan tanpa bukti bagi menjatuhkan kredibiliti Datuk Seri Najib. Saya menyeru agar kita semua di sini tidak terpengaruh dengan turut sama menyebarkan tuduhan tersebut dan menjadi agen secara tidak langsung kepada Pembangkang.

Saya mengharapkan semoga KPUMaya dan MyKMUJohor akan benar-benar menjadi benteng kepada UMNO di dalam menyerang balas tohmahan dan tuduhan tanpa bukti dari pihak Pembangkang yang merupakan matlamat sebenar kewujudan KPUMaya dan MyKMUJohor di dunia cyber ini.

Salam Perjuangan.

Sayangkan Bangsa - Nescaya Kamu Sentiasa Memberikan Yang Terbaik Untuk Bangsa Mu.

Sabtu, 10 Mei 2008

PAS ELAK SENTUH ISU KONTRAK SOSIAL




~MataHatiJohor~ : Ekoran kenyataan Lim Kit Siang yang mahu kontrak sosial dikaji semula agar tidak wujud perbezaan antara bumiputera dan bukan bumiputera selain pertikaian tentang konsep negara Islam serta kebiadapan Karpal Singh yang mempertikaikan Institusi Raja.

Nampaknya sudah ada gerakan terancang yang mahu menghapuskan status 'keistimewaan Melayu' selaku pribumi asal Tanah Melayu ini. Isu Fungsi Institusi Raja yang dicabar oleh Karpal Singh belum selesai. Kini 'kontrak sosial' pula yang mahu dinilai semula. Inilah mentaliti kaum pendatang dalam DAP.

Semuanya pun kerana kesilapan Melayu juga. Melayu penggila kuasa. Melayu yang boleh menukar perjuangan bangsa demi mencapai impian untuk berkuasa. Masa depan bangsa bukan lagi agenda utama bagi dirinya. Semuanya boleh digadaikan demi menggapai impian untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Melayu ini kini sedang sibuk mengira 'berapa' yang diperlukan untuk segera berkuasa pada bulan September nanti.

Rakan Si Penggila Kuasa ini dalam DAP tahu benar cita-cita tinggi menggunung Melayu seorang ini. DAP tahu, apa pun yang mereka lakukan tidak akan berani dihalang oleh Melayu-Melayu dalam Pakatan Rakyat. DAP tahu betapa terdesaknya Melayu ini untuk berkuasa. Melayu ini terdesak mungkin kerana merasakan nyawanya sudah tidak panjang lagi kerana pernah di racun 'arsenik' dan dicucuk dengan jarum yang mempunyai kuman 'HIV' semasa dipenjara dulu. Mungkin juga....

Kini kerana Melayu-Melayu dalam Pakatan Rakyat begitu gilakan kuasa, DAP menggunakan sepenuhnya kesempatan yang ada untuk mempersoalkan asal usul kewujudan sebuah negara Malaysia termasuk bidang kuasa Raja-Raja Melayu nya sekali. Ini tidak pernah berlaku sehingga begini serius sebelum ini. Jika pernah berlaku pun samada disuarakan oleh MCA & Gerakan, ianya dapat diselesaikan dengan segera kerana UMNO sebagai parti yang berjuang menjaga & membela orang Melayu berani & sanggup menegur rakan dalam BN apabila perkara berkenaan kepentingan Melayu dipersoalkan.

Tetapi ini tidak mampu dilakukan oleh parti dan pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat. Justeru itu, orang Melayu harus sedar, bahawa sekiranya orang Melayu membiarkan UMNO terus lemah maka tidak akan ada lagi parti politik yang mampu untuk memperjuangkan nasib & masa depan orang Melayu.

Mengharapkan PAS dan KEADILAN dalam Pakatan Rakyat untuk menjaga & memartabatkan bangsa Melayu adalah umpama menyuruh anjing menjaga tulang. Watak PAS dan Keadilan adalah penjelmaan semula watak-watak Melayu yang pernah membawa kepada kejatuhan Kesultanan Melaka dahulu.

Sayangkan Bangsa Mu.
.........................................................

KUALA LUMPUR 8 Mei - Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa mengelak daripada menyentuh isu kontrak sosial walaupun diminta pandangannya oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada sesi perbahasan sidang Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Bachok itu memberikan alasan kesuntukan masa untuk tidak menjawab persoalan itu yang dibangkitkan oleh Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) ketika beliau membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Khairy, antara lain meminta Nasharuddin menjelaskan pendiriannya tentang kenyataan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang mahu kontrak sosial dikaji semula agar tidak wujud perbezaan antara bumiputera dan bukan bumiputera selain pertikaian tentang konsep negara Islam.

"Saya nak tahu dari segi persetujuan asas mengenai perkara ini...kita mahu jawapan yang jelas. Saya nak tahu sama ada Yang Berhormat setuju dengan kenyataan Ipoh Timur itu kerana ia perjanjian dalam Pakatan Rakyat,'' katanya.

Timbalan Yang Dipertua, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya mengingatkan Nasharuddin, setiap anggota Dewan hanya diberi masa 30 minit untuk berbahas dan beliau hanya mempunyai masa lima minit sahaja untuk menghabiskan ucapannya itu.

Nasharuddin kemudiannya meminta supaya diberikan lebih masa untuk berbahas tetapi tidak dibenarkan oleh Wan Junaidi.

Sehubungan itu, beliau meneruskan ucapannya tanpa menjawab soalan Khairy menyebabkan beberapa Ahli Parlimen BN mempersoalkan tindakannya tidak menjawab soalan itu.

Menyedari perkara itu menimbulkan rasa tidak senang Ahli Parlimen BN, Nasharuddin meminta mereka menghormati Peraturan Mesyuarat dengan meminta izin untuk bercakap.

Beliau secara sinis kemudiannya berkata:

"Jawapan saya ada dalam kertas ini (teks ucapan). Kalau ada masa dua jam saya akan jawab."

Nasharuddin menjelaskan, pakatan baru berusia dua bulan dan dalam tempoh itu, walaupun ada perbezaan ideologi dan pendekatan, mereka sentiasa sepakat dalam menyelesaikan isu berkaitan rakyat.

"Nasihat menasihati tentulah kita lakukan, termasuk dalam hal berkaitan kontrak sosial dan apa sahaja akan kita jelaskan,'' jelas beliau.

Melayu Marah - PM. UMNO, lima ahli Parlimen, NGO buat laporan polis terhadap Karpal - MB PERAK MEMBISU / NIK AZIZ - MELATOP / HUSAM - NO KOMEN



Oleh ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 8 Mei –Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengarahkan UMNO membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh ekoran kenyataannya yang mempersoal bidang kuasa Sultan Perak.

Laporan itu telah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini.

Presiden UMNO ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia Kelima (MIHAS) di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC) di sini menegaskan, laporan polis dibuat kerana tindakan Karpal mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Menurut beliau kenyataan Pengerusi DAP itu dalam isu berkenaan antara lain boleh dilihat sebagai menggambarkan bahawa sultan tidak tahu tentang tugas dan bidang kuasa mereka.

Katanya, justeru kenyataan itu jelas adalah satu bentuk hasutan dan dengan adanya laporan polis maka perkara itu akan dibawa kepada Jabatan Peguam Negara dan mahkamah untuk tindakan seterusnya.

“Setiausaha Agung UMNO diminta membuat laporan polis supaya kes ini dapat dibawa kepada Jabatan Peguam Negara dan mahkamah,” katanya.

Karpal sebelum ini mempertikaikan tindakan Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan penukaran Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury yang disifatkan sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.

Karpal sehingga hari ini terus mempertahankan kenyataannya itu walaupun dikritik pelbagai pihak termasuk desakan supaya beliau meminta maaf.

Tidak cukup mengenai isu tersebut, Karpal juga dilaporkan sebagai turut mempersoalkan siapa yang menjadi penulis titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ini mendorong beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) membidas tindakan pemimpin DAP itu yang disifatkan menghina institusi raja.

Tambah Perdana Menteri, kenyataan Karpal yang berunsur hasutan itu secara nyata telah menimbulkan kemarahan banyak pihak di negara ini.

“Malah saya telah diberitahu, bukan sahaja orang Melayu tetapi juga rakyat Malaysia lain, yang menghormati Perlembagaan berasa kesal dan amat marah dengan apa yang berlaku,” jelasnya.

Tengku Adnan ketika ditemui selepas membuat laporan itu berkata, kenyataan yang dibuat oleh Karpal itu wajar disiasat dan diambil tindakan mengikut Seksyen 3(1)(a) atau (f) Akta Hasutan 1948 kerana dibuat di kawasan lobi Parlimen.

“Beliau turut mempersoalkan secara terbuka tentang budi bicara raja-raja Melayu di Terengganu, Perlis dan Perak sambil membuat ulasan keras bahawa raja tertakluk kepada undang-undang seperti rakyat biasa ekoran pindaan Perlembagaan tahun 1993.

“Ulasan tersebut seolah-olah memberi amaran kepada Sultan Perak dan raja-raja Melayu yang lain supaya tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri dan ini adalah satu penghinaan kepada raja-raja Melayu,” katanya.

Tambah beliau, Karpal masih perlu dikenakan tindakan walaupun Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury yang sebelum ini ditukar serta-merta telah dikembalikan ke jawatan asalnya.

“Soalnya sekarang, kenapa beliau membuat kenyataan seperti itu dari mula, adakah untuk menyakitkan hati rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan Karpal itu dibimbangi mampu mencetuskan sentimen perkauman di kalangan rakyat negara ini.

Turut membuat laporan polis terhadap Karpal hari ini ialah Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

Laporan BNBBC dibuat oleh Penasihat Undang-Undangnya, Razali Ibrahim di Balai Polis Brickfields dengan diiringi empat lagi ahli Parlimen iaitu Dr. Mohd. Puad Zarkashi (Batu Pahat), Datuk Mohamad Aziz (Sri Gading), Datuk Ismail Kassim (Arau) dan Ahmad Maslan (Pontian).

Laporan oleh BBPM pula dibuat oleh Pengerusinya, Osman Bakar di balai polis yang sama.

Sementara itu Perdana Menteri ketika diminta mengulas mengenai pendakwaan terhadap editor laman web, Raja Petra Raja Kamarudin di bawah Akta Hasutan, berkata, sesiapa pun tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

‘‘Kalau dah melanggar undang-undang, tentu akan ada tindakan terhadapnya .

‘‘Kalau bersalah dia kena hadapilah, negara kita ada undang-undang dan kenalah hormati,’’ tegasnya.
...........................................................................
Nizar membisu

Oleh Abdul Razak Din

IPOH 8 Mei - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengambil sikap berdiam diri dengan tidak menyatakan sebarang pendirian terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Ketika diminta menyatakan pendirian berhubung perkara itu beliau hanya menjawab: ''Tiada, tiada, tiada, tiada komen, tiada kenyataan daripada saya.''

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Meskipun didesak oleh para wartawan, Mohammad Nizar tetap mengelak untuk memberikan sebarang komen.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir meminta Menteri Besar menyatakan pendirian kerajaan negeri terhadap sikap biadap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Ini kerana katanya, seluruh rakyat yang menghormati institusi raja terluka dengan sikap Karpal mempertikaikan kuasa Sultan Perak dan Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah secara terbuka.

Tindakan Karpal menyanggah titah Sultan Perak menunjukkan keperibadian beliau tidak terdidik dengan sosio-budaya dan sistem berkerajaan yang diwarisi turun temurun di negara ini.

Malah, apa yang paling dikesali, katanya, Karpal mengkritik Sultan Perak yang pernah menyumbangkan jasa besar dalam perundangan negara dan disegani seluruh masyarakat.

Sementara itu, Mohammad Nizar juga memberitahu, beliau belum mendapat perkenan Sultan Perak untuk menghadap memohon ampun berhubung tindakannya yang membelakangkan baginda ketika mengarahkan pertukaran Pengarah JAIP.

''Saya belum mendapat perkenan untuk menghadap baginda dan tarikhnya juga belum ditetapkan," katanya.

Jumaat, 9 Mei 2008

HENTI ISTILAH 'KETUANAN MELAYU' - ONG TEE KEAT

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat, mahu istilah ketuanan Melayu tidak dibangkitkan lagi kerana bimbang ia akan menimbulkan perasaan kurang selesa dan salah faham di kalangan kaum lain.

Beliau berkata, istilah itu yang sering dibangkitkan sejak akhir-akhir ini, tiada kaitan dengan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

“Jika ditimbulkan istilah ketuanan Melayu, maka akan terbayang pula (di kalangan bukan Melayu) istilah lain yang bertentangan maksudnya, iaitu kehambaan.


“Kita rakyat Malaysia hidup sebagai saudara mara dan saya tak nampak perhubungan sesama kita ini diumpamakan seperti tuan dan hamba,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Golden Bull Award 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.

Beliau berkata, masyarakat perlu berubah dan mempunyai pemikiran baru dengan saling menghormati hak masing-masing.

PIAGAM KONGRESS PERMUAFAKATAN MELAYU

Berikut merupakan piagam Kongres Permuafakatan Melayu yang mengandungi pelbagai tuntutan bagi mempertahankan kedudukan Melayu seperti yang telah diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar, di Istana Bukit Serene. Ia dikeluarkan melalui Kongres Permuafakatan Melayu yang telah diadakan di Persada Johor Bahru.

Piagam ini telah termaktub di Johor Bahru
Pada 27 Rabiulakhir 1429 H
bersamaan 4 Mei 2008 H

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

PIAGAM KONGRESS PERMUAFAKATAN MELAYU


Mukadimah

Kewujudan Bangsa dan Persekutuan Malaysia adalah berpaksi dan berteraskan Kedaulatan Melayu, bermaksud kuasa pemerintahan dan pembentukan negara yang berkesinambungan, bersendikan proses sejarah yang panjang, mempunyai tradisi yang berterusan dan segala persetiaan yang menjalin perhubungan di antara kerajaan dan rakyat Melayu;

Rukun Perjuangan Melayu

Persekutuan Malaysia sebagai negara berdaulat adalah natijah kesinambungan sejarah, tradisi dan persetiaan bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia. Demi kedaulatan dan keutuhan negara dan bangsa maka dimaktubkan prinsip prinsip berikut:

1. Menjunjung kedaulatan dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Undang Undang Tubuh Negeri sebagai undang undang muktamad dan sahih tentang kewujudan bangsa dan Persekutuan Malaysia;

2. Mempertahankan kemuliaan dan kesucian Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia dan segala natijahnya, dalam kewujudan bangsa dan negara;

3. Menjaga, memelihara dan mempertahankan institusi Raja Raja Melayu dan kedaulatannya sebagai tonggak kewujudan Persekutuan Malaysia;

4. Mempertahankan sistem politik negara yang berlandaskan raja berpelembagaan, pemerintahan berlandaskan demokrasi serta kedaulatan rakyat;

5. Menjunjung kedaulatan undang undang sebagai landasan keadilan, pentadbiran dan pertahanan demi kesejahteraan bangsa dan negara;

6. Memperjuangkan prinsip kesaksamaan pengagihan, penyertaan dan pemilikan kekayaan ekonomi negara berlandaskan peruntukan undang undang;

7. Memastikan kewujudan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk membentuk kewarganegaraan yang taat setia sepenuhnya kepada bangsa, dan negara;

8. Menegaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang berfungsi sebagai saluran komunikasi untuk menyatupadukan seluruh rakyat, dan sebagai wahana keiltnuan untuk memertabatkan peradaban Malaysia;

9. Membina kebudayaan dan kesenian kebangsaan berteraskan unsur unsur kepribumian dan penyesuaian unsur unsur kebudayaan lain.

Rukun Perjuangan Melayu ini adalah piagam perjuangan dan pegangan berterusan lagi kekal abadi unluk seluruh umat Melayu.

WabilahitaufikWalhidayah

Termaktub di Johor Bahru
pada 27 Rabiulakhir 1429 H
bersamaan 4 Mei 2008 M




Tuntutan Bangsa Melayu

Kongres Permuafakatan Melayu yang bersidang pada 2 dan 4 Mei 2008, bersamaan dengan 25 27 Rabiulakhir, 1429 Hijriah, di Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim yang dihadiri oleh 2100 peserta dan 200 Pertubuhan Melayu dengan ini sepakat dan bertekad membuat tuntutan tuntutan berikut:

PERLEMBAGAAN

i. Mempertahankan hak, keistimewaan dan kedudukan bangsa. Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia;

ii. Menentang segala pindaan yang boleh melemahkan kedaulatan dan kedudukan bangsa, Melayu di dalam Perlembagaan dan Perundangan Persekutuan Malaysia;

iii. Menentang segala tafsiran sewenang wenang, yang bersifat memilih terhadap fasal fasal Perlembagaan Persekutuan Malaysia bagi tujuan kepentingan peribadi dan perkauman.

POLITIK

i Memohon MaJlis Raja Raja Melayu menyempumakan tugas, tanggung jawab dan obligasi untuk memelihara dan mempertahankan seluruh Kedaulatan Melayu;

ii Menentang tafsiran hak asasi manusia dan proses demokrasi yang mengenepikan Kedaulatan Melayu;

iii Mendesak supaya. peruntukan Perlembagaan dan Undang Undang Tubuh mengenai pentadbiran negara dikekalkan;

iv Menentang usaha untuk mempolitikan pentadbiran pihak berkuasa tempatan demi memelihara kesejahteraan seluruh rakyat;

v Memperkasakan keupayaan sistem pertahanan dalam menjaga keselamatan negara, kesejahteraan bangsa, dan kemuliaan agama;

vi Memperjuangkan peranan prinsip Kedaulatan Melayu sebagai teras dan ideologi parti parti politik Melayu dan menolak segala ideologi asing berkenaan Malaysian Malaysia;

vii Mendesak proses pembinaan bangsa Malaysia mengikuti visi dan landasan Perlembagaan Persekutuan dan Undang Undang Tubuh Negeri;

viii Mendidik seluruh lapisan bangsa Melayu mengenai ketahanan dan pengisian Kedaulatan Melayu sebagai asas kewujudan negara Malaysia;

ix Menuntut parti parti politik Melayu sentiasa memperjuangkan dan membentuk pemikiran strategik dalam tindakan mengekalkan ketahanan dan kelangsungan Kedaulatan Melayu;

x Menuntut pemimpin Melayu meletak jawatan jika ucapan, usulan dan segala tindakan mereka melemahkan Kedaulatan Melayu, memecah belahkan sesama Melayu dan menyebabkan kehilangan hak yang sah bangsa Melayu;

xi Mendesak kerajaan supaya persempadanan semula kawasan pilihanraya mestilah berdasarkan kepada kedaulatan politik Melayu seperti yang diperuntukan dalam perlembagaan;

xii Memastikan pembangunan perumahan di semua kawasan tidak melemahkan kuasa politik Melayu,

EKONOMI

i Menuntut perlaksanaan keadilan sosial dan kesaksamaan pengagihan kekayaan negara bagi semua warganegara seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan;

ii Menuntut dilaksanakan penyusunan semula pemilikan ekonomi bagi mencapai matlamat mengurangkan kadar kemiskinan dan penghapusan kegiatan ekonomi berasaskan kaum;

iii Menuntut penglibatan sepenuhnya orang Melayu di dalam agenda transformasi semua sektor ekonomi yang terancang dengan pelaksanaan yang bersungguh sungguh oleh kerajaan;

iv Mendesak supaya pembangunan industri kecil dan sederhana Bumiputra dalam semua sektor ekonomi sebagai asas untuk pembentukan kelas perdagangan dan perindustrian Bumiputra;

v Mencadangkan kepada seluruh agensi dan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu membina model perbankan, kewangan dan perdagangan untuk membimbing masyarakat Bumiputra menjadi pengusaha pemilik industri kecil dan sederhana;

vi Memperluaskan gerakan Shad Ekonomi berasaskan dua matlamat besar, pertamanya untuk membentuk pendorong dinamik dan memperkasakan bangsa Melayu hingga tercapai sasaran 65% penguasaan dan kedua,
menyusun semula sistem ekonomi supaya lebih adil dan saksama bagi menzahirkan ciri ciri sistem ekonomi halal;

vii Menuntut kerqjaan meneliti konsep wakaf dan mengamalkan konsep ini berkaitan saham dan keuntungan syarikat syarikat yang berkaitan kerajaan.

viii Mendesak kerajaan supaya setiap syarikat berkaitan kerajaan dijadikan hak Melayu, berdiri sebagai organisasi korporat Melayu dan tidak sesekali diswastakan.

ix Membina strategi bagi meluaskan penyertaan pertubuhan koperat Melayu untuk menguasai sistem ekonomi negara dan antarabangsa;

x Memastikan pembangunan tanah wakaf, tanah simpanan Melayu dan tanah adat Melayu kekal pemiliknya ditangan orang Melayu dan menggantikan tanah tanah simpanan orang Melayu yang telah diambil mengikut peruntukan undang undang.

xi Mendesak kerajaan mempertingkatkan gerakan meneguhkan integriti dan menghapuskan rasuah.

xii Mendesak kerajaan supaya memastikan hak kedaulatan ekomi Melayu dan keselamatan dan ketuanan negara di koridor pembangunan wilayah.

xiii Memastikan semua syarikat milik kerajaan membayar zakat perniagaan untuk sebagai pembangunan ekonomi Islam di negara ini.


ISLAM

i Meluaskan tafsiran prinsip Islam sebagai hikmah kehidupan, teras pemikiran dan sistem perundangan negara;

ii Menuntut kerajaan memperkasa akidah daripada serangan tafsiran tafsiran menyeleweng serta bidaah, cabaran ideologi dan pengaruh fahaman agama lain;

iii Menuntut pemeliharaan segala syiar Islam sebagai landskap negeri dan Negara dan mengawal perluasan perlambangan agama lain yang melampaui kedudukan dan peranan Islam sebagai Agama Persekutuan;

iv Menuntut kawalan berkesan terhadap pembinaan rumah ibadat agama lain mengikut prinsip keperluan sebenar saiz komuniti dan lokasi;

v Menuntut supaya tindakan undang undang diambil secara tegas dan cepat terhadap kegiatan kegiatan menghina, mencabar dan menceroboh kemuliaan dan kesucian Islam;

vi Menuntut supaya pemimpin Melayu meneruskan usaha penerapan nilai nilai Islam secara berhikmah, bermaruah dan bertanggung jawab dalam struktur, proses dan amalan pengurusan negara;

vii Mendesak supaya semua institusi masyarakat, formal dan tidak formal meningkatkan usaha dan kegiatan untuk membela anggota masyarakat Islam yang menghadapi segala kelemahan diri, masalah keluarga dan kehidupan sosial;

viii Menolak gagasan pluralisme agama yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia;

ix Mendesak tindakan segera dan berkesan terhadap gerakan dan amalan agama agama yang mengancam keamanan dan keharmonian negara.

BAHASA MELAYU

i Menolak usaha sebarang pihak untuk mewujudkan dasar multilingualism di negara ini;

ii Menuntut pengekalan fasal 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkaitan dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan;

iii Mendesak supaya digunakan Bahasa Melayu yang betul dan tepat dalam semua penggunaan di sektor awam dan swasta;

iv Memastikan kedudukan Bahasa Melayu menjadi bahasa. utama dalam pembinaan ilmu dan menggalakkan penterjemahan ke bahasa Melayu dan; menghapuskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai media pengajaran
disemua institusi pengajian tinggi;

v Menuntut dasar pengajaran dan peperiksaan mata pelajaran sains dan metamatik dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Melayu;

vi Menuntut semua rakyat dan pemimpin Malaysia supaya fasih berbahasa. Melayu dalam pertuturan, urusan rasmi dan urusan harian dan juga dalam hebahan awam, notis, poster, pemidang, rentang, Wan, namajalan dan segala kegunaan awam lain;

vii Menggalakkan penggunaan tulisan jawi sebagai satu daripada bentuk tulisan Bahasa Melayu;

viii Memastikan wajib lulus Bahasa Melayu untuk melayakkan para pelajar naik tingkatan.

ix Mendesak diwujudkan satu dasar penerbitan buku berbahasa. Melayu dan kepustakaan Melayu.

x Mempertegaskan akta Bahasa Kebangsaan dan melaksanakan penguatkuasaan yang telah ditetapkan.


PENDIDIKAN

i Memperkasakan Sistem Pendidikan Kebangsaan disemua peringkat pendidikan;

ii Menuntut pengukuhan penggunaan bahasa kebangsaan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan sebagai wahana komunikasi dan keilmuan bagi mencapai matlamat pembinaan bangsa;

iii Memastikan supaya jurang perbezaan penyampaian pendidikan dihapuskan di seluruh negara;

iv Mendesak pengaiaran ilmu pengetahuan kenegaraan yang berlandaskan Rukun Negara diajar disemua peringkat persekolahan dan pendidikan tinggi;

v Memastikan semua sistem pendidikan swasta mengutamakan unsur kebangsaan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka;

vi Mendesak ujian lisan Bahasa Melayu di semua peringkat peperiksaan dilaksanakan;

vii Mewajibkan kelulusan Bahasa Melayu sebagai syarat kelayakan untuk meneruskan pengaJian disemua peringkat;

viii Mencadangkan ditubuh institusi pengajian bahasa bahasa antarabangsa;

ix Mendesak supaya pengajaran dan pendidikan Bahasa Melayu mencapai tahap kefasihan.

x Menuntut supaya hak keistimewaan Melayu berkaitan biasiswa dan bantuan pendidikan dan latiban dilaksanakan sepenuhnya dan tidak ada apajua tindakan yang berlandaskan Perkara 153.

xi Menuntut supaya kemasukan pelajar pelajar Melayu ke dalam bidang pengajian kritikal hendaklah berasaskan kepada sistem kuota komposisi demografi negara.

SOSIAL

i Memastikan supaya generasi muda Melayu mendapat pendidikan tentang sejarah dan kefahaman tentang patriotisme supaya dapat melestarikan sejarah perjuangan Melayu;

ii Menggalakkan generasi muda menyertai gerakan dan agenda Melayu.

iii Mengembleng keupayaan wanita Melayu dalam semua aspek kepentingan Melayu.

iv Menggerakkan jihad ilmu dalam institusi keluarga melalui strategi yang berkesan.

v Mendesak orang orang Melayu yang kaya untuk menyumbangkan kewangan untuk membentuk dana pendidikan bangsa Melayu,

vi Mendesak media utama memperjuangkan hak Melayu dan membina nilai nilai
mumi.

BUDAYA

i Menolak sekeras kerasnya gagasan, dasar dan pelaksanaan multiculturalism yang menggunakan tafsiran serong Perlembagaan Persekutuan Malaysia;

ii Menuntut Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebagai landasan citra dan imej kebangsaan dan antarabangsa;

iii Membina identiti kebangsaan rakyat Malaysia berlandaskan prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan di peringkat kebangsaan disamping membenarkan identiti kaum di peringkat tempatan;

iv Memastikan proses sosialisasi nilai nilai bersama masyarakat Malaysia berpaksikan kepada nilai nilai sejagat Melayu Islam;

v Menerapkan nilai Islam dan budaya kebangsaan sebapi asas amalan mendalam dan bermakna anggota masyarakat Malaysia;

vi. Membentuk ketahanan budaya dikalangan generasi muda supaya mampu bersaing ditahap global.

v Memperjuangkan jati diri (identiti Melayu) sebagai pengenalan bangsa. Melayu yang ditakrif dalam perlembagaan.

KETETAPAN KHAS

Kongres Permuafakatan Melayu bersetuju sebulat suara menubuhkan Mqjlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) dan sekretariatnya bagi tujuan pelaksanaan semua tuntutan, pertahanan dan pengisian Kedaulatan Melayu di negara ini.

Selasa, 6 Mei 2008

KARPAL SING MEMANG KURANG AJAR




~MataHatiJohor~ : Apabila kita membincangkan soal Ketuanan Melayu, ramai yang memandangnya dengan pandangan yang sinis. Ini termasuk juga dari kalangan orang Melayu sendiri. Mereka merasa terhina, merasa direndahkan taraf & mereka merasa malu kerana diberikan keistimewaan di Tanah Melayu, negara nenek moyang mereka sendiri.

Mereka ini turut sama malah lebih kuat menjeritkan 'Makkal Sakti', ungkapan yang bukan diajarkan oleh nenek moyang mereka di Tanah Melayu ini. Ungkapan yang dibawa oleh kaum pendatang yang dibawa oleh penjajah dari negara India.

Hari ini seorang lagi kaum pendatang ini, kerana merasakan telah mendapat sokongan dari Melayu yang sombong dan lupa akar bangsanya, berani sekali lagi bersikap kurang ajar kepada Tuanku Sultan Perak. Si Bangsat pendatang ini hari ini cuba mengajar seorang Bekas Ketua Hakim Negara tentang undang-undang dan perlembagaan. Kata-katanya begitu sombong. Jika Sultan yang menjadi payung negara & negeri diperlakukan sebiadap ini, apakah Si Bangsat pendatang ini punyai rasa hormat kepada rakyat biasa seperti kita semua.

Persoalan saya : Dimanakah pemimpin-pemimpin Melayu Keadilan Dan PAS?. Apakah peranan yang mereka telah lakukan untuk memastikan 'rakan politik' mereka ini tidak akan biadap lagi pada masa depan?. Apakah pendirian mereka terhadap isu menderhaka kepada raja ini? Apakah mereka masih menjunjung institusi Raja @ mereka juga sudah terpaksa akur & bersetuju dengan kebiadapan parti persekongkolan mereka asal sahaja jawatan MB (kuasa) dapat mereka sapu. Kami tahu, MB Perak sekarang hanya 'Boneka' kepada DAP. DAP sebenarnya yang memerintah Negeri Perak pada ketika ini.

Kerana saya kenal benar sikap PAS yang mementingkan NAMA & WARNA. Segala yang baik tidak akan diiktiraf baik oleh PAS sekiranya nama sesuatu yang baik itu tidak diletakkan dengan NAMA ISLAM. Jalan Raya dan Sistem Bekalan Air tidak akan dianggap baik oleh PAS sekiranya jalan raya & air paip tidak ber WARNA HIJAU. PAS kini sedang ditunggangi oleg DAP.

Sedarlah wahai bangsa ku, kamu sedang menjadi alat untuk kepentingan matlamat mereka. Kamu lupakah ungkapan pesanan nenek moyang kita bahawa jika kamu terjumpa 'ular' dan 'Karpal' yang mana satu yang wajib kamu ketuk kepalanya dahulu. Selepas ini, akan berlaku lebih banyak lagi kejadian seperti ini jika Melayu terus mudah tertipu.

Sayangkan Bangsa Mu.
..............................................................

Karpal pertikai sultan - Sifatkan istana campur tangan pentadbiran negeri Perak
Oleh MARHAINI KAMARUDDIN
KUALA LUMPUR 5 Mei – Pengerusi DAP, Karpal Singh terus mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.

Sambil mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’'

‘‘Sultan dan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat pihak eksekutif (kerajaan). Sultan Perak tidak ada hak di bawah undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri menukar Jamry sebagai Pengarah JAIP,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen yang turut dihadiri anaknya, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memetik kes Mahkamah Persekutuan pada 1982, yang menurutnya jelas menunjukkan urusan membabitkan kakitangan awam sama ada patut dipindah dan ke mana hendak dipindah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Sultan Perak sendiri pernah jadi Ketua Hakim Negara, takkan tidak sedar kes ini,” kata Karpal.

Dalam hal ini, beliau berpendapat kerajaan negeri Perak tidak sepatutnya ‘tunduk’ kepada tekanan pihak istana.

‘‘Masalahnya Menteri Besar Perak (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin) sudah meminta maaf kepada sultan. Kerajaan negeri tidak sepatutnya dipengaruhi istana.

‘‘Arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang. Jamry patut ditukar seperti keputusan awal kerajaan negeri. (Mohammad) Nizar tidak perlu minta maaf... tiada apa yang salah,” katanya.


Karpal turut menggesa Kerajaan Pusat memastikan sultan dilarang daripada campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri agar apa yang berlaku di Perak tidak menjadi ikutan negeri-negeri beraja yang lain.

Menurutnya, walaupun sultan merupakan ketua agama Islam tetapi pelantikan kakitangan awam terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak dilaporkan akan menghadap Sultan Azlan Shah Selasa ini bagi menyerahkan watikah memohon ampun atas tindakan beliau mengarahkan pertukaran serta-merta Pengarah JAIP baru-baru ini.

Perbuatan Mohammad Nizar itu melanggar tradisi di Perak kerana semua pelantikan Pengarah JAIP sebelum ini dibuat dengan perkenan Sultan Perak.

“Saya amat menghormati dan dengan rendah diri akan sentiasa patuh dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan Perak.

“Saya akan memohon menghadap dan menyerahkan watikah memohon ampun kepada baginda secepat mungkin,” kata Mohammad Nizar dalam satu kenyataan Sabtu lalu.

Jamry, yang bertugas sebagai Pengarah JAIP sejak 2004, diarah bertukar serta- merta ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas.

Mohammad Nizar yang mengeluarkan arahan itu pada 29 April mendakwa Jamry tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

Pertukaran itu dikatakan ada kaitan dengan isu-isu pentadbiran agama dan usaha kerajaan negeri yang baru untuk menukar senarai ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.

Pada Jumaat lalu, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya menarik balik arahan pertukaran tersebut.

Arahan itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak.

Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).

Sumber : Utusan Malaysia
....................................................................

Karpal boleh didakwa

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyerahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menentukan sama ada Pengerusi DAP, Karpal Singh boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948, kerana mempertikai kuasa Sultan Perak dan campur tangan istana dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata seseorang Ahli Parlimen memang diberikan perlindungan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk bercakap di Parlimen, tetapi ia bukan bermakna mereka boleh melakukan perbuatan menghasut.

“Dalam Parlimen ada perlindungan diberikan Perlembagaan, namun sesuatu yang bersifat menghasut tidak boleh disebut... maknanya perlindungan ini bukan tiada had atau mutlak,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja dan Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2008 Kementerian Pertahanan di sini, semalam.


Najib yang juga Menteri Pertahanan bagaimanapun menegaskan hanya Peguam Negara boleh mentafsir kenyataan Karpal itu sama ada ia berbaur hasutan serta menentukan sama ada untuk mengambil tindakan lanjut.

“Kerajaan tidak akan meminta Peguam Negara mengkaji tindakan ke atas Karpal kerana Peguam Negara sendiri berhak menentukannya. Saya tidak boleh katakan perkara itu kerana hanya Peguam Negara yang boleh mentafsir sedemikian,” katanya

Najib diminta mengulas tindakan Karpal yang dilihat menggunakan imuniti sebagai Ahli Parlimen bagi mempertikai kuasa Sultan Perak kerana campur tangan campur tangan dalam keputusan Kerajaan Perak yang menukar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Datuk Jamry Sury.


Pada sidang akhbarnya di lobi Parlimen kelmarin, Karpal mendakwa arahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang dan Jamry sepatutnya ditukar seperti keputusan awal yang dibuat kerajaan negeri.

Najib berkata, tindakan Karpal jelas mempertikai peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang secara jelas menyatakan bidang kuasa Raja-Raja Melayu.

“Semua bidang kuasa Raja dan kerajaan, termasuk kuasa kerajaan negeri sudah termaktub dalam Perlembagaan negara dan negeri, maka mana-mana pihak tidak seharusnya mempertikaikan keputusan yang dibuat, asalkan ia selaras peruntukan Perlembagaan.

“Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa dalam bidang agama, Raja adalah ada kuasa mutlak dalam bidang itu. Jadi, keputusan dibuat Sultan Perak selaras dengan Perlembagaan dan tidak boleh dipertikaikan,” katanya.

Ditanya kemungkinan tindakan Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menimbulkan kemarahan orang Melayu, Najib berkata, ia memang boleh menimbulkan pelbagai reaksi, termasuk rasa marah rakyat yang mempertahankan kuasa Raja di bawah Perlembagaan.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan memantau perkembangan kenyataan itu dan akan mengambil tindakan perlu apabila tiba masanya kerana negara mempunyai undang-undang mencukupi untuk mengambil tindakan bagi mencegah sesuatu yang boleh membawa kepada perbalahan kaum.

“Jadi dalam isu ini, kita akan memantau dan jika ada kesan yang boleh menjurus kepada keadaan menggugat ketenteraman awam, maka masa itu kerajaan akan ambil tindakan,” katanya sambil mengingatkan pemimpin DAP supaya tidak mengambil tindakan sedemikian.

Sementara itu, Abdul Gani ketika dihubungi berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang ulasan sama ada Karpal akan dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan serta enggan membuat kesimpulan terlalu awal.

“Lagipun sudah ada laporan polis dibuat dalam isu ini, jadi biar polis jalankan siasatan mereka dan saya akan teliti semuanya. Pada masa ini, saya tidak mahu kata apa-apa,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Fadzi Paharuddin membuat laporan polis di Ipoh, terhadap Karpal berhubung isu sama supaya polis menyiasat pemimpin pembangkang itu mengikut Akta Hasutan berikutan kenyataan yang meresahkan rakyat, terutama menyentuh kuasa Sultan.

Sumber : Berita Harian
....................................................................................
Pengerusi DAP biadab, politikkan undang-undang

Oleh Zainab Mohd Yatim, Mohamed Farid Noh

KUALA LUMPUR: Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singah, mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Datuk Jamry Sury, disifatkan sebagai biadab dan bertentangan dengan Perlembagaan.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Karpal yang menafikan hak Sultan sebagai Ketua Agama itu menunjukkan beliau langsung tidak arif dalam bidang yang diceburinya iaitu sebagai Peguam.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, dalam tempoh yang singkat sejak menang pilihan raya lalu, pemimpin DAP itu sudah menunjukkan bersikap sombong dan bongkak.


“Ini (tindakan Karpal) memang agak kurang bahasa sikit (Kurang Ajar yang sebetulnya Tan Sri). Menegur Raja secara terbuka bukan adat orang Melayu atau adat orang Malaysia. Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menyoal hal seperti itu.

“Kalau adapun kita pergi menghadap dan beritahu apa yang nak disampaikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Edu World Services Sdn Bhd, syarikat membuat perabot kegunaan pejabat, di Sungai Buloh , semalam.

Kelmarin, Karpal mendakwa arahan Sultan Azlan Shah, supaya Jamry dilantik semula ke dalam jawatannya sebagai tidak sah mengikut undang-undang dan sepatutnya keputusan terdahulu kerajaan negeri mengarahkan pertukaran Jamry dikekalkan.


Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan Karpal seorang yang 'pelupa dan uzur' serta suka mempolitikkan undang-undang apabila mempertikaikan kuasa Sultan Perak itu. (Lupa apanya Datuk Seri, ini sebenarnya jenis keturunan pendatang yang tak sedar diuntung. Hantar balik India lah nak tenguk jadi apa kat sana)

“Saya rasa dia (Karpal) sudah lupa akibat uzur. Raja atau Sultan mempunyai hak mutlak dalam urusan hal ehwal agama Islam, Karpal juga sengaja tidak mahu memahami Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri,” katanya di Ayer Keroh, semalam.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, juga menyelar tindakan Karpal dan menyifatkan tindakan ia sebagai jelas melanggar ketertiban pembentukan negara ini yang diamal dan dipertahankan sejak dulu lagi.

“Kemakmuran dan kerukunan bermasyarakat terbentuk selagi kita menghormati urusan kenegaraan antara institusi raja dan Perlembagaan kerana ia berkait rapat antara satu sama lain. Saya dan Pemuda Umno tidak akan sekali-kali berkompromi dalam soal ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebagai seorang peguam dan ahli politik veteran, Karpal seharusnya lebih mahir mengenai undang-undang serta sejarah penubuhan negara ini, dan sewajarnya lebih bertanggungjawab sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga membidas kenyataan Karpal dan menyifatkannya sebagai cuba mencampuri pentadbiran kerajaan negeri dan tidak wajar serta sangat tidak dialu-alukan rakyat.

“Kenyataan Karpal itu tidak wajar kerana soal agama dan adat istiadat memang di bawah Sultan. Saya percaya apa yang dilakukan Sultan itu adalah untuk menjaga keharmonian dalam perkhidmatan awam di peringkat negeri supaya tidak timbul isu, masalah atau sebagainya.

“Saya juga percaya tindak tanduk Karpal itu tidak kena gaya, tidak diperlukan malah tidak dialu-alukan rakyat sama sekali,” katanya yang juga Menteri Pengajian Tinggi selepas melancarkan Seminar Antarabangsa Inovasi Pendidikan (ICEI), di Kuala Lumpur.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, pula berkata Karpal boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan kerana menghina sistem Raja Berperlembagaan di negara ini.

Beliau berkata, pengerusi DAP itu seharusnya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham terhadap sensitiviti penduduk berbilang kaum di negara ini.

“Karpal seolah-oleh tidak memahami kedudukan dan kedaulatan Sultan dan Raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negara ini. Malah dari segi undang-undang, dia (Karpal) tidak boleh menyentuh isu itu di dalam Dewan Rakyat,” katanya.

Sementara itu, Karpal dalam kenyataannya mempertahankan tindakannya dan mendakwa isu mengenai Jamry adalah berkaitan perundangan berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 5 September 1981 dalam kes membabitkan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan dengan Loot Ting Yee.

“Tidak boleh dipertikaikan Sultan Perak berhak terhadap perkara berkaitan agama Islam dan budaya Melayu. Tiada seorang pun boleh menafikannya. Apa yang saya kemukakan adalah berkaitan isu perundangan semata-mata,” katanya.

Sumber : Berita Harian
.................................................

Laporan polis terhadap Karpal Singh

Oleh Abdul Razak Din
IPOH 5 Mei - Pemuda UMNO Perak hari ini membuat laporan polis terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (gambar) bahawa Sultan Perak tidak mempunyai kuasa untuk menukar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin berkata, beliau membuat laporan itu supaya polis menyiasat dan meminta pemimpin DAP itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan berbau hasutan itu.

''Kita meminta polis menyiasat Karpal Singh di bawah Akta Hasutan 1948 kerana kenyataan itu telah meresahkan rakyat Perak, khususnya berhubung dengan kuasa Sultan Perak itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan Sultan Perak tidak mempunyai kuasa terhadap penukaran Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury.

Karpal dilaporkan berkata, Sultan Perak tidak boleh berkata apa-apa terhadap keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri dan mengikut undang-undang, istana tidak boleh melantik kembali Jamry Sury ke jawatannya.

Selasa lalu, Sultan Perak, Sultan Azlan menitahkan agar ditarik balik arahan pertukaran serta-merta Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry pada hari Selasa lalu, telah membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).

Zainol berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh itu menimbulkan satu polemik serta keresahan dalam kalangan rakyat atas bidang kuasa raja ke atas agama dan istiadat Melayu di negeri ini.

Katanya, ia sekali gus menjejaskan kepercayaan atas hujah tersebut.

''Oleh itu, polis perlu menyiasat atas kenyataan ini kerana ia telah menghasut kerana ia boleh menjejaskan di atas kuasa sultan terhadap agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri ini," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Sabtu, 3 Mei 2008

KONGRES PERMUAFAKATAN MELAYU

Hak Melayu tak boleh dipersoal

Oleh Johan Afandi dan Srihanasham Noordin

JOHOR BAHRU: Kuasa politik orang Melayu di negara ini dijamin Perlembagaan Negara dan sebarang usaha mengubah hak keistimewaan orang Melayu perlu dibawa ke Parlimen dan mendapat majoriti dua pertiga daripada Ahli Parlimen, kata Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Sehubungan itu, bekas Pengerusi MAS itu yang membentangkan kertas kerja 'Kedaulatan Perlembagaan Malaysia' pada Kongres Permuafakatan Melayu berkata, tiada mana-mana rakyat Malaysia yang boleh mempersoalkan keistimewaan orang Melayu di negara ini.

“Perkara ini dijamin Perlembagaan Negara dan juga negeri. Ia adalah kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semua pemimpin masyarakat ketika menggubal Perlembagaan Negara,” katanya.


Abdul Aziz berkata, institusi Raja Perlembagaan adalah sumber penting yang menyumbang kepada pegangan Ketuanan Melayu dan ia perlu dipertahankan semua orang Melayu di negara ini tanpa mengambil kira pandangan politik masing-masing.

“Kita perlu sedar bahawa Umno melalui Datuk Onn Jaafar yang menentang Malayan Union sekali gus membawa kepada kemerdekaan negara. Ketika itu, orang Melayu bersatu dalam menangani ancaman yang sudah pasti menggugat ketuanan Melayu di tanah air sendiri,” katanya.

Beliau berkata, Perkara 153 mengenai Hak Istimewa Orang Melayu tidak pernah menjadi bahan tawar-menawar ketika penggubalan Perlembagaan Negara kerana ia dilindungi Raja-Raja Melayu sejak British mula menduduki Tanah Melayu.


“Ia tidak boleh dipindah kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Peruntukannya dalam Perlembagaan Negara tidak boleh dipertikai atau dipersoalkan oleh sesiapa pun.

“Suruhanjaya Reid yang menggubal perlembagaan pernah mencadangkan supaya perkara berkenaan diguna pakai selama 15 tahun saja tetapi mendapat tentangan keras daripada Umno dan Raja-Raja Melayu.

“Kedudukan orang Melayu tidak boleh disamakan dengan pendatang. Kerana itulah, hak istimewa kita dilindungi Perlembagaan,” katanya.

Sementara itu, Profesor Datuk Dr Zainal Kling dari Universiti Perguruan Sultan Idris dalam kertas kerjanya bertajuk ‘Kedaulatan Kebudayaan, Pendidikan, Bahasa dan Agama Bangsa Melayu’ menggesa supaya pertikaian keistimewaan hak Melayu dihentikan.

.....................................................................


Peralihan sokongan tidak jejas kedaulatan

KEDAULATAN politik Melayu atau 'Malay Polity' di negara ini, tidak tercabar dengan peralihan sokongan orang Melayu daripada Umno seperti yang dapat dilihat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Kedaulatan politik Melayu akan terus utuh selagi teras pemerintahan negara bertuankan Melayu dan terus mempertahankan Raja Melayu sebagai simbol kerajaan Melayu.

Sehubungan itu, Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata orang Melayu tidak mengira parti politik, perlu terus memastikan keupayaan untuk mempertahankan kekuatan Melayu memerintah negara.


Beliau berkata, pilihan raya umum lalu bukan saja menyaksikan peralihan sokongan orang Melayu daripada Umno malah parti politik lain, termasuk Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Keputusan pilihan raya lalu menunjukkan orang Melayu hanya mempunyai 124 kerusi Parlimen saja selepas dicampurkan kerusi yang dimiliki Umno, Pas, PKR serta parti dari Sarawak.

“Bilangan ini tidak mencerminkan langsung negara ini sebagai negara yang berteraskan Melayu," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Kedaulatan Politik Melayu‘ pada Kongres Permuafakatan Melayu di sini, semalam.


Kongres selama tiga hari yang bertema 'Kedaulatan Melayu Sebagai Paksi Kewujudan Bangsa‘ itu dianjurkan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (BBK) Melayu di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor.

Mengulas lanjut mengenai kemerosotan sokongan terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN), Mohammad Agus berkata, orang Melayu sedar Umno adalah parti politik dan mendukung kedaulatan politik Melayu dalam perjuangannya apabila ia ditubuhkan.

Bagaimanapun, katanya, perubahan sikap pemimpin Umno pada masa kini, yang sombong dan menjarakkan diri dengan masyarakat selain gagal menangani manifesto pembangkang menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan dengan Umno.

Katanya, walaupun kerajaan mengambil langkah segera dengan mengumumkan pelbagai pakej bagi menarik semula sokongan rakyat, pemimpin perlu sedar bahawa rakyat mahu melihat kesan daripada segala pengumuman bukannya memahami apa yang berlaku, seperti dalam isu kenaikan harga minyak.

“Umno perlu sedar mereka tidak boleh sombong dengan orang Melayu kerana ia hanyalah sebuah parti, boleh datang dan pergi".

“Pemimpin Umno perlu bertindak segera mengubati parti ini, ia perlu membina semula imejnya, menyusun kembali kaedah pengurusan maklumat dan media yang dikuasainya, memperbetulkan semula kedudukannya supaya sesuai dengan tuntutan semasa rakyat dan mengubah semula strategi menawan hati rakyat,” katanya.

Isnin, 28 April 2008

PAK LAH : TAK PERLU UMNO BAHAGIAN BUAT EGM ???




MataHatiJohor~ : Buletin Utama TV3, 28hb. April 2008, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegur Bahagian UMNO yang sibuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas bagi membincangkan permasalahan parti selepas kemerosotan sokongan rakyat pada PRU12 yang lalu.

Beliau menyifatkan semua pihak sudah tahu sebab-sebabnya dan menggesa semua ahli dan pemimpin UMNO meneruskan khidmat kepada rakyat dan mengelakkan persepsi rakyat yang melihat UMNO hanya sibuk dengan permasalahan sendiri dan tidak melaksanakan amanah dan tenggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat.

Apa tidaknya, semua bahagian UMNO yang mengadakan Mesyuarat Agung Khas rata-ratanya menggesa Pak Lah untuk meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri. Malah resolusi terpenting dari setiap Mesyuarat Agung Khas yang telah diadakan sehingga kini adalah mendesak Pak Lah untuk menyegerakan proses penyerahan kuasa kepada Timbalannya Datuk Seri Najib.

Antara dua bahagian UMNO yang lantang menyuarakan desakan ini adalah UMNO Bahagian Batu Pahat yang dipimpin oleh YB Dr Mohd Puad Zakarshi dan UMNO Bahagian Cheras yang diketuai oleh Syed Ali Al Habshee.

Persoalannya, adakah Pak Lah masih belum dapat membaca mesej yang sedang cuba disampaikan oleh ahli & pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat akar umbi.

UMNO adalah sebuah parti yang telah melalui banyak pengalaman pahit dan manis. Setiap pengalaman khususnya yang pahit tidak akan pernah dilupakan oleh setiap ahli UMNO. Ahli UMNO telah dilatih untuk sayang & taatkan pemimpin sejak dari dahulu lagi. Sikap ini adalah merupakan satu dari kekuatan yang dimiliki oleh UMNO.

Oleh kerana tidak mahu memalukan pemimpin sendiri, maka ahli memberi mesej secara berhemah dan bersopan. Mereka sayangkan pemimpin tetapi mereka sayang parti dan bangsa melebihi sayang mereka kepada pemimpin.

Hari ini mereka telah menghantar mesej yang cukup jelas. Andai mesej ini tidak dapat difahami oleh Pak Lah dan Pak Lah terus pula bercakap dengan nada sombong seperti yang saya lihat di Buletin Utama sebentar tadi, saya yakin dah penuh percaya, Pak Lah telah memilih untuk menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama akan diMALUkan dalam pemilihan parti hujung tahun ini.

Saya yang pada awal blog ini menyatakan Ku Li tidak layak untuk merawat UMNO, hari ini menyeru, demi untuk memastikan UMNO terus relevan sepanjang masa, jika tiada pemimpin lain yang berani mencabar jawatan Presiden UMNO untuk menggantikan Presiden yang sudah tidak relevan itu, Maka sokongan harus diberikan kepada Ku Li sebagai pemimpin yang berani untuk menyuarakan pandangan ahli di peringkat akar umbi untuk melihat UMNO dapat dipulihkan sebelum tibanya PRU13.

(Masih mengharap Tan Sri Mahyuddin Yassin untuk terus bersuara dan bertindak menyelamatkan UMNO).

Ahad, 27 April 2008

MELAYU MOHON MAAF ????




~MataHatiJohor~ : Akhirnya, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO memohon maaf kerana menghunus dan mencium keris Panca Warisan pada perhimpunan Pemuda UMNO sebelum ini. Oleh kerana permohonan maaf ini dilakukan selepas mesyuarat Pemuda Barisan Nasional, maka jelaslah kepada kita bahawa tentunya terdapat tekanan kepada beliau supaya memohon maaf secara terbuka oleh pemuda parti-parti komponen BN.

Namun beliau menafikan wujudnya tekanan agar beliau memohon maaf secara terbuka. Beginilah lemahnya politik Melayu sehingga walaupun ditekan oleh kaum lain masih cuba menafikan dan tidak berani berterus terang. Padahal, kaum lain pada ketika ini mengambil kesempatan untuk bersikap biadap dan celupar atas nama berterus terang.

Dan seperti biasa, tindakan ini akan mendapat pujian dan sokongan oleh Pemimpin-Pemimpin Melayu khususnya para 'Pemuda Harapan Bangsa' yang dipimpin oleh Datuk Hisham. Sementara itu, lapor Bernama , timbalan presiden parti Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata permohonan maaf Hishammuddin "tidak akan menjejaskan maruah orang Melayu kerana keris merupakan simbol semata-mata".

Inikah pandangan Bakal Pemimpin No 1 UMNO?... Tidak akan menjejaskan maruah orang Melayu.... kerana keris merupakan simbol semata-mata..... Mungkin apabila Datuk Najib mengambilalih jawatan Perdana Menteri, Pertabalan Sultan dan Yang DiPertuan Agung tidak akan terdapat lagi upacara Mencium Keris...

Persoalan timbul difikiran saya, "Pada siapakah lagi harus saya menaruh harapan untuk memperjuangkan 'Ketuanan Melayu' sebagai pribumi asal negara ini"? PKR & PAS... tentunya tidak, kerana telah jelas sanggup menggadaikan hak & maruah bangsa semata-mata untuk mengejar kuasa.

Wahai Bangsa ku, Jangan terburu-buru. Jangan cepat melatah. Jangan mudah mengalah. Berfikiran jauh. Apakah kaum lain tidak pernah bertindak melukakan perasaan bangsa kita. Jangan cepat lupa.

Adakah dengan permohonan maaf akan mengembalikan sokongan kaum lain terhadap BN. Siapa yang mengapi-apikan isu menghunus & mencium keris kalau bukan Pemuda BN dari kaum bukan Melayu. Mengapa mereka tidak menerangkan kepada kaum mereka bahawa 'keris' adalah satu dari simbol bangsa Melayu dan menghunus keris di majlis perasmian bukan bermakna mengancam kaum-kaum lain.

Seperkara lagi, di manakah peranan Raja-Raja Melayu dalam permasalahan ini??? Apakah mereka boleh duduk berdiam diri. Apakan mereka lupa bahawa pada tahun 1946, rakyat menerusi UMNO telah berjaya mengembalikan institusi Raja Melayu yang mana Raja-raja sendiri telah menandatangani surat menyerahkan kuasa mereka kepada penjajah British. Di mana anak-anak Raja yang bakal memerintah suatu hari nanti? Apakah dengan kedudukan politik Melayu seperti hari ini boleh menjamin mereka dapat menaiki tahta sama seperti ayahanda mereka sekarang.

Saya percaya, hanya dengan campurtangan Istana boleh menyatukan semula bangsa Melayu. Adakah menyatukan Bangsa Melayu boleh juga diistilahkan sebagai campurtangan dalam politik?...
................................................................................................
YANG BERANI

Syed Ali: Hisham jatuhkan maruah Melayu

Ketua bahagian Cheras menyifatkan tindakan ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta maaf dalam isu keris sebagai menjatuhkan maruah orang Melayu.

Datuk Syed Ali Al-Habshee berkata, keris adalah lambang orang Melayu dan hak orang Melayu yang perlu dipelihara.

"Hishammuddin mengapa perlu meminta maaf? Ini hak orang Melayu, apa kena minta maaf. Di mana maruah orang Melayu.

"Keris ada dalam bendera Umno. Dalam pertabalan Yang di-Pertuan Agong pun mencium keris. Ini simbol orang Melayu," katanya ketika berucap merasmikan perhimpunan agung khas Umno bahagian Cheras di ibu negara hari ini.

Seramai 222 perwakilan menghadiri perhimpunan tersebut.

Dalam ucapannya selama kira-kira 40 minit, Syed Ali berkata, pemimpin tidak boleh takut dengan ahli-ahli di peringkat akar umbi.

Kerana mahu jawatan, mereka sanggup menjadi "pak sanggup" sehingga orang bawah dianggap sebagai sampah.

Tukang angguk

"Kita kena berani, sebagai pemimpin parti kena berani. Kita tidak mahu Majlis Tertinggi (MT) Umno sekadar menjadi tukang angguk dan geleng sahaja tetapi sebaliknya bertanggungjawab terhadap bangsa.

"(Ahli) MT dalam media selalu buat kenyataan 'saya sokong presiden parti, tiada masalah'," katanya.

Syed Ali juga berkata, ahli tidak mahu pemimpin seperti ini kerana ia hanya mementingkan diri sendiri.

Dalam ucapannya juga, Syed Ali mengkritik keputusan kerajaan membayar pampasan kepada bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas yang dipecat semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad 20 tahun lalu.

"(Perdana) menteri minta maaf kepada Salleh, menteri apa ni? Tribunal yang pecat dia.

"Bawa kes ini ke mahkamah, kita cabar di mahkamah. Tak perlu beri duit rakyat kepada dia dan hakim-hakim lain yang dipecat.

"Ini semua kerana layan (tuntutan) Majlis Peguam, yang layan itu pasal apa," katanya lagi.

YANG PENGECUT

Permohonan maaf tidak jatuhkan maruah Melayu


PEKAN 26 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon maaf secara terbuka berhubung isu keris Panca Warisan, tidak akan menjatuhkan maruah orang Melayu.

Sambil memuji langkah yang diambil oleh Hishammuddin itu, Timbalan Presiden UMNO menegaskan, maruah orang Melayu hanya akan jatuh jika kaum itu tercicir dalam pelbagai bidang.

''Maruah orang Melayu akan dilihat lebih tinggi jika mereka berjaya menguasai pelbagai bidang terutama ekonomi, politik dan sosial.

''Dalam dunia hari ini, kejayaan sesuatu bangsa dilihat melalui penguasaan dalam bidang-bidang tersebut, sedangkan keris hanya simbol bagi orang Melayu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Air Asas Kesucian sempena program Masjid Gemilang Pahang di Masjid At-Taqwa, Peramu Jaya di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Hishammuddin yang secara terbuka memohon maaf kepada rakyat negara ini sama ada Melayu atau bukan Melayu jika isu keris Panca Warisan menyinggung perasaan mereka.

Hishammuddin berkata, beliau bertanggungjawab jika tindakan menghunus keris Panca Warisan sewaktu Persidangan Perwakilan Tahunan pergerakan itu pada 2005 menjadi antara faktor yang menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Keris Panca Warisan yang juga keris pusaka Pergerakan Pemuda UMNO pertama kali diarak masuk oleh 12 hulubalang pada Persidangan Perwakilan Tahunan pergerakan itu pada 2005 bagi membangkitkan semangat ahli sayap parti itu.

Isu berkenaan kemudiannya dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang sebelum ini, Lim Kit Siang di Parlimen dan turut digunakan oleh pembangkang dalam kempen pilihan raya umum baru-baru ini.

Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, permohonan maaf yang dilakukan oleh Hishammuddin sangat mulia dan ikhlas serta dilakukan bukan dalam konteks perkauman.

Beliau menegaskan, rakyat terutama bukan Melayu seharusnya memahami bahawa keris kini hanya lambang kebudayaan kepada orang Melayu dan ia tidak lebih daripada itu.

''Beliau (Hishammuddin) memohon maaf kerana ada pihak yang membangkitkan isu keris tersebut dari sudut perkauman," katanya.

Sehubungan itu, Najib meminta semua pihak tidak lagi membangkitkan isu keris tersebut selepas permohonan maaf dilakukan oleh Hishammuddin.
...............................................................

LAGI PENGECUT

Hishammuddin berjiwa besar

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
MACHANG 26 April - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menunjukkan sikap berani dan wajar dicontohi apabila sanggup memohon maaf berhubung isu menghunus keris Panca Warisan sewaktu Persidangan Perwakilan Tahunan pada tahun 2005 demi memulihkan semula imej parti.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhkriz Mahathir berkata, beliau menyokong penuh permohonan maaf itu dan ia menunjukkan sikap keterbukaannya sebagai pemimpin berjiwa besar.

Katanya, perkara tersebut telah dibincangkan dalam Mesyuarat Exco Pemuda UMNO dan menganggapnya sebagai punca kekalahan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, ini kerana isu itu telah diputar belitkan oleh pembangkang sehingga menimbulkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan orang bukan Melayu termasuk parti komponen lain.

"Atas sebab itulah beliau membuat keputusan untuk memohon maaf dan kami menyokong tindakan beliau, saya menganggap beliau mempunyai hati besar dan berani mengakui tindakan itu sebagai satu kesilapan.

"Saya percaya, beliau tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak. Pada masa sama, semangat perjuangan yang lahir dari hati kita kadang-kala tidak perlu dizahirkan secara tersurat (menghunus keris)... sebaliknya kita laksanakan melalui semangat dari dalam diri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu kehormat dan ahli panel forum anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Machang yang bertemakan Barisan Nasional (BN) Hilang Sokongan Pengundi Muda: Di Mana Silapnya di Sekolah Kebangsaan Machang 2 di sini hari ini.

Semalam Hishammuddin secara terbuka memohon maaf kepada rakyat negara ini sama ada Melayu atau bukan Melayu jika isu keris Panca Warisan telah menyinggung perasaan mereka.

Hishammuddin berkata, beliau bertanggungjawab jika tindakan menghunus keris Panca Warisan sewaktu Persidangan Perwakilan Tahunan pergerakan itu pada 2005 merupakan faktor yang menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Terdahulu dalam ucapannya, Mukhriz berkata, UMNO kehilangan sokongan dari golongan muda pada pilihan raya umum kali ini kerana kesemua sayap Pemuda, Puteri serta Putera gagal menyediakan program berkesan serta tidak sensitif dalam menangani isu orang muda.

"Kita lebih kepada program seperti terjun di Antartika serta merenangi Selat Melaka, ini tidak memberi faedah terhadap usaha menangani masalah orang muda seperti pengangguran dan bebanan membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Pemuda UMNO sewajarnya menggunakan jaringan yang baik dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka tentang masalah yang dihdapi oleh golongan muda," katanya.
..........................................................................
Tidak tertekan untuk mohon maaf

SI PENGECUT

BATU PAHAT 26 April - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau tidak berada dalam keadaan tertekan ketika membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai isu keris Panca Warisan yang dikatakan antara faktor menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Menurutnya, beliau sedar memang masih ada pihak yang tidak menyenanginya apabila dia menghunus keris tersebut pada Persidangan Perwakilan Tahunan pergerakan itu pada tahun 2005.

Katanya, terserah kepada perwakilan UMNO untuk membuat penilaian permohonan maafnya secara terbuka kepada orang Melayu dan bukan Melayu dalam isu keris berkenaan.

Beliau yakin, tindakannya itu akan difahami barisan Exco Pemuda UMNO dan ia bersesuaian dengan apa yang dilaung-laungkan selama ini iaitu mendahulukan kepentingan parti daripada diri sendiri.

"Saya lakukan ini untuk parti dan bukan diri sendiri kerana dengan cara ini sahaja kita boleh melihat ke hadapan untuk membina parti. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar Keibubapaan dan Pencegahan Dadah anjuran Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) di Dewan Semarak Felda Kahang Timur di Kluang hari ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin mengalu-alukan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain yang mahu menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti Disember ini.

Bagaimanapun, menurutnya, mereka yang berhasrat menawarkan diri haruslah mempunyai visi tersendiri termasuk usaha untuk menguatkan parti.

Selain itu, calon tersebut juga harus melakukannya secara berdisiplin dengan tidak memburuk-burukkan calon lain, menjejaskan kedudukan parti dan menganiaya pihak lain, katanya.

"Calon juga harus menjauhkan diri daripada amalan rasuah," katanya ke tika ditanya mengenai kemungkinan terdapat beberapa calon baru akan menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan akan datang.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Jamek Felda Ulu Dengar dan meluangkan masa kira-kira 20 minit pada majlis persandingan bekas tunang pemain bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan, Norlida Abdul Rahman, 27, yang terletak tidak jauh dari situ.

Sebelum ini, Hishammuddin telah menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Naib Presiden parti selepas mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang disandangnya sejak sedekad lalu.

Ditanya mengenai kemungkinan berlakunya 'pecah undi' kerana dijangka ramai pemimpin dari Johor turut menawarkan diri merebut tiga jawatan naib presiden, beliau berkata: "Itu terserah. Tak tahu saya, ia terpulanglah pada perwakilan."
............................................................
Muhyiddin sifatkan hak, budi bicara Ketua Pemuda UMNO

TAK BERANI (laporan Media Terkongkong)

MUAR 26 April - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan permohonan maaf secara terbuka oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai isu keris Panca Warisan adalah hak dan budi bicara Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu sendiri.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, terserah kepada Hishammuddin untuk berbuat demikian sekiranya beliau berpendapat tindakan memohon maaf itu mampu meredakan kemarahan satu kelompok masyarakat.

Bagaimanapun, beliau percaya niat Hishammuddin menghunus keris Panca Warisan itu adalah sebahagian daripada adat Melayu dan untuk menunjukkan usahanya selaku Ketua Pemuda UMNO mahu berjuang untuk rakyat dan negara.

"Terserah kepada beliau (Hishammuddin), sama ada beliau berpendapat dengan meminta maaf itu boleh menyelesaikan masalah setelah tindakannya itu menyebabkan kemarahan satu kelompok masyarakat.

"Dari segi asasnya, saya faham tindakan (menghunus keris) yang dilakukan Hishammuddin itu bukannya bertujuan mencabar atau menakutkan kaum bukan Melayu kerana itu sebahagian daripada adat Melayu," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi tebing runtuh di pekan Panchor, dekat sini hari ini.

Muhyiddin mengulas tindakan Hishammuddin hari ini yang secara terbuka memohon maaf kepada rakyat sama ada Melayu atau bukan Melayu jika isu keris Panca Warisan telah menyinggung perasaan mereka.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu semalam, beliau sendiri akan bertanggungjawab jika tindakan menghunus keris Panca Warisan sewaktu Persidangan Perwakilan Tahunan UMNO pada 2005 merupakan faktor yang menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Muhyiddin percaya isu itu telah diputarbelitkan oleh pihak tertentu semasa berkempen dalam pilihan raya lalu sehingga menimbulkan kemarahan sesetengah pihak.

"Sesetengah pihak pula berpendapat, kenapa perlu meminta maaf, penjelasan sahaja sudah cukup, yang sudah berlaku itu sudahlah... tetapi apa pun, terserahlah kepada Hishammuddin sendiri," ujarnya.

Menjawab satu soalan, Muhyiddin berkata, beliau tidak mendengar sebarang ura-ura bahawa Ahli Parlimen di kalangan parti pembangkang akan membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang Parlimen yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Setahu saya, belum ada mana-mana Ahli Parlimen yang ingin membawa usul sedemikian dan saya dengar pembangkang juga tidak berhajat hendak bawa usul, sama ada itu ada dalam peraturan atau tidak, saya tidak pasti tetapi setakat hari ini, tidak ada.

"Pembangkang bagaimanapun, ada atau tidak ada usul, mereka boleh kata macam-macam kepada kerajaan dalam ucapan kerana itu tugas mereka iaitu membangkang dan ini tidak menjadi masalah," katanya.
........................................................................

MUHYIDDIN BERANI (Laporan MalaysiaKini)

Muhyiddin: Tidak perlu maaf isu keris
Apr 26, 08 11:08pm
Tidak perlu memohon maaf isu menjulang dan mencium keris oleh ketua Pemuda Umno, yang dianggap kontroversi dan salah satu punca kekalahan teruk BN, kata naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Niat Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) amat baik iaitu untuk berjuang demi bangsa dan negara dan saya faham ia bukan mahu menakut-nakutkan orang bukan Melayu.

"Tetapi pembangkang memutar-belitkan kenyataan itu untuk tujuan tertentu," katanya di Pagoh, Johor hari ini, mengulas permohonan maaf ketua Pemuda Umno, yang juga ketua Pemuda BN, kepada masyarakat bukan Melayu selepas mesyuarat pergerakan itu semalam.

"Pada saya, tak perlu bagi Datuk Hishammuddin meminta maaf."

Sementara itu, lapor Bernama lagi, timbalan presiden parti Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata permohonan maaf Hishammuddin "tidak akan menjejaskan maruah orang Melayu kerana keris merupakan simbol semata-mata".

Sebaliknya, beliau berkata maruah Melayu hanya akan terus terbela jika mereka berjaya dalam bidang strategik untuk terus bersaing dengan bangsa-bangsa lain.

"Saya harap, isu ini tidak berbangkit lagilah, Datuk Seri Hishammuddin telah buat sesuatu yang sangat prihatin dan mulia, maknanya dia sanggup meminta minta maaf walaupun ada pihak mengatakan memang bukan niat dia hendak isytihar perang ataupun disabitkan sebarang tindakan yang bersifat perkauman," beliau dipetik sebagai berkata di Pekan hari ini.

Mengulas kenyataan ketua Pemuda itu semalam, Najib menambah: "Keris ini satu senjata dalam konteks kebudayaan kita (Melayu), tidak lebih daripada itu... tapi ada pihak yang mainkan isu ini.

"Jadi langkah yang dibuat Datuk Seri Hishammuddin ini (memohon maaf) saya harap akan diterima sebagai sesuatu yang positif, ikhlas dan mulia, supaya isu ini tidak berbangkit lagi."
Tindakan terpuji, wajar dihormati

YANG NI LAGI PENGECUT

KUALA LUMPUR 26 April - Para pemimpin Pemuda UMNO di semua peringkat menyifatkan kesediaan Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon maaf secara terbuka berhubung isu keris Panca Warisan membuktikan beliau seorang pemimpin yang bertanggungjawab.

Ketua Penerangan pergerakan itu, Datuk Azimi Daim berkata, langkah itu menunjukkan Hishammuddin sentiasa peka dengan keresahan dan perasaan kaum lain serta isu-isu yang boleh memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN).

''Kesediaan untuk memohon maaf adalah tindakan terpuji dan wajar dihormati semua pihak kerana ia membuktikan kesediaan untuk bertanggungjawab terhadap setiap tindakan yang telah dilakukan oleh beliau dan ahli Pemuda lain,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas langkah Hishammuddin semalam yang secara terbuka memohon maaf kepada rakyat negara ini sama ada Melayu atau bukan Melayu jika isu keris Panca Warisan telah menyinggung perasaan mereka.

Hishammuddin berkata, beliau bertanggungjawab jika tindakan menghunus keris Panca Warisan sewaktu Persidangan Perwakilan Tahunan pergerakan itu pada 2005 menjadi faktor yang menjejaskan prestasi BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Exco Pemuda UMNO, Johan Abd. Aziz pula berharap isu berkenaan selesai agar pergerakan itu dan Pemuda parti-parti komponen dapat memberikan tumpuan untuk kembali bersatu.

Tegas beliau, kesediaan individu yang menjulang dan mengucup keris berkenaan untuk meminta maaf bermakna tiada lagi isu yang boleh membuatkan Pemuda parti-parti komponen BN tidak bersatu.

Seorang lagi Exco, Kamaruzaman Kamdias berkata, memohon maaf untuk membendung sentimen yang dirasai kaum lain yang gagal memahami warisan orang Melayu adalah tindakan matang walaupun berat untuk dilakukan.

''Kadang-kadang kita terpaksa memohon maaf walaupun tahu kita tidak melakukan perbuatan yang salah,'' katanya.

Exco Pemuda UMNO, Abdullah Yusoff juga berharap permohonan maaf itu akan mengembalikan keyakinan bukan Melayu bahawa pergerakan itu sentiasa memperjuangkan perpaduan kaum.

Katanya, ia membuktikan pergerakan itu kini diterajui pemimpin yang memandang ke depan dan sentiasa berusaha memperbaiki kedudukan BN.

Seorang lagi Exco Pemuda, Ir. Mohd. Ikhsan Samsudin pula amat terharu dengan tindakan Hishammuddin yang menggambarkan sifat beliau yang tidak mencari populariti peribadi semata-mata.

''Kesediaan beliau memohon maaf secara terbuka kepada orang Melayu dan bukan Melayu adalah langkah bijak dan berani demi meletakkan kedudukan parti melebihi segala-galanya, walaupun mungkin pahit untuk ditelan,'' katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob berkata, tindakan Hishammuddin itu menunjukkan beliau adalah pemimpin yang mementingkan parti dan bukannya diri sendiri.

''Ketua Pemuda UMNO telah pun memohon maaf. Oleh itu, saya meminta semua pihak untuk tutup buku dan buat agenda baru bagi memastikan BN terus relevan,'' katanya.

Ujar beliau, semua pihak harus memberikan tumpuan bagi mendapatkan semula sokongan generasi muda di peringkat akar umbi.

Ketua Pemuda UMNO Melaka, Ashakari Abu Noor menegaskan, sikap toleransi yang ditunjukkan oleh Hishammuddin harus dijadikan contoh oleh pemimpin Pemuda parti-parti komponen BN.

''Semangat toleransi dan bersabar harus ada dalam diri setiap ahli Pemuda parti komponen BN, demi kebaikan semua kaum,'' ujarnya.