PAS ELAK SENTUH ISU KONTRAK SOSIAL
~MataHatiJohor~ : Ekoran kenyataan Lim Kit Siang yang mahu kontrak sosial dikaji semula agar tidak wujud perbezaan antara bumiputera dan bukan bumiputera selain pertikaian tentang konsep negara Islam serta kebiadapan Karpal Singh yang mempertikaikan Institusi Raja.
Nampaknya sudah ada gerakan terancang yang mahu menghapuskan status 'keistimewaan Melayu' selaku pribumi asal Tanah Melayu ini. Isu Fungsi Institusi Raja yang dicabar oleh Karpal Singh belum selesai. Kini 'kontrak sosial' pula yang mahu dinilai semula. Inilah mentaliti kaum pendatang dalam DAP.
Semuanya pun kerana kesilapan Melayu juga. Melayu penggila kuasa. Melayu yang boleh menukar perjuangan bangsa demi mencapai impian untuk berkuasa. Masa depan bangsa bukan lagi agenda utama bagi dirinya. Semuanya boleh digadaikan demi menggapai impian untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Melayu ini kini sedang sibuk mengira 'berapa' yang diperlukan untuk segera berkuasa pada bulan September nanti.
Rakan Si Penggila Kuasa ini dalam DAP tahu benar cita-cita tinggi menggunung Melayu seorang ini. DAP tahu, apa pun yang mereka lakukan tidak akan berani dihalang oleh Melayu-Melayu dalam Pakatan Rakyat. DAP tahu betapa terdesaknya Melayu ini untuk berkuasa. Melayu ini terdesak mungkin kerana merasakan nyawanya sudah tidak panjang lagi kerana pernah di racun 'arsenik' dan dicucuk dengan jarum yang mempunyai kuman 'HIV' semasa dipenjara dulu. Mungkin juga....
Kini kerana Melayu-Melayu dalam Pakatan Rakyat begitu gilakan kuasa, DAP menggunakan sepenuhnya kesempatan yang ada untuk mempersoalkan asal usul kewujudan sebuah negara Malaysia termasuk bidang kuasa Raja-Raja Melayu nya sekali. Ini tidak pernah berlaku sehingga begini serius sebelum ini. Jika pernah berlaku pun samada disuarakan oleh MCA & Gerakan, ianya dapat diselesaikan dengan segera kerana UMNO sebagai parti yang berjuang menjaga & membela orang Melayu berani & sanggup menegur rakan dalam BN apabila perkara berkenaan kepentingan Melayu dipersoalkan.
Tetapi ini tidak mampu dilakukan oleh parti dan pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat. Justeru itu, orang Melayu harus sedar, bahawa sekiranya orang Melayu membiarkan UMNO terus lemah maka tidak akan ada lagi parti politik yang mampu untuk memperjuangkan nasib & masa depan orang Melayu.
Mengharapkan PAS dan KEADILAN dalam Pakatan Rakyat untuk menjaga & memartabatkan bangsa Melayu adalah umpama menyuruh anjing menjaga tulang. Watak PAS dan Keadilan adalah penjelmaan semula watak-watak Melayu yang pernah membawa kepada kejatuhan Kesultanan Melaka dahulu.
Sayangkan Bangsa Mu.
.........................................................
KUALA LUMPUR 8 Mei - Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa mengelak daripada menyentuh isu kontrak sosial walaupun diminta pandangannya oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada sesi perbahasan sidang Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Bachok itu memberikan alasan kesuntukan masa untuk tidak menjawab persoalan itu yang dibangkitkan oleh Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) ketika beliau membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.
Khairy, antara lain meminta Nasharuddin menjelaskan pendiriannya tentang kenyataan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang mahu kontrak sosial dikaji semula agar tidak wujud perbezaan antara bumiputera dan bukan bumiputera selain pertikaian tentang konsep negara Islam.
"Saya nak tahu dari segi persetujuan asas mengenai perkara ini...kita mahu jawapan yang jelas. Saya nak tahu sama ada Yang Berhormat setuju dengan kenyataan Ipoh Timur itu kerana ia perjanjian dalam Pakatan Rakyat,'' katanya.
Timbalan Yang Dipertua, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya mengingatkan Nasharuddin, setiap anggota Dewan hanya diberi masa 30 minit untuk berbahas dan beliau hanya mempunyai masa lima minit sahaja untuk menghabiskan ucapannya itu.
Nasharuddin kemudiannya meminta supaya diberikan lebih masa untuk berbahas tetapi tidak dibenarkan oleh Wan Junaidi.
Sehubungan itu, beliau meneruskan ucapannya tanpa menjawab soalan Khairy menyebabkan beberapa Ahli Parlimen BN mempersoalkan tindakannya tidak menjawab soalan itu.
Menyedari perkara itu menimbulkan rasa tidak senang Ahli Parlimen BN, Nasharuddin meminta mereka menghormati Peraturan Mesyuarat dengan meminta izin untuk bercakap.
Beliau secara sinis kemudiannya berkata:
"Jawapan saya ada dalam kertas ini (teks ucapan). Kalau ada masa dua jam saya akan jawab."
Nasharuddin menjelaskan, pakatan baru berusia dua bulan dan dalam tempoh itu, walaupun ada perbezaan ideologi dan pendekatan, mereka sentiasa sepakat dalam menyelesaikan isu berkaitan rakyat.
"Nasihat menasihati tentulah kita lakukan, termasuk dalam hal berkaitan kontrak sosial dan apa sahaja akan kita jelaskan,'' jelas beliau.
0 ulasan:
Catat Ulasan