Najib Oh Najib
~MataHatiJohor~ : Akhirnya Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah bergerak satu langkah lagi ke hadapan. Satu langkah yang sangat ditunggu-tunggu oleh ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi.
UMNO memerlukan perubahan kepimpinan. Keperluan melakukan perubahan kepimpinan berarti keperluan samada menukar kepimpinan sediada, melonjakkan pemimpin sediada ke peringkat lebih tinggi dalam hierarki kepimpinan parti dan kemasukan tenaga-tenaga baru yang dapat mengembali dan menyegarkan semula persepsi umum terhadap UMNO sendiri.
Dalam kes Tan Sri Muhyiddin, beliau belum membuat keputusan muktamad kemanakah langkah ke hadapan yang beliau maksudkan itu. Berdasarkan pengumuman Pak Lah sebelum ini yang akan mempertahankan jawatan Presiden bermakna Datuk Seri Najib pula tentunya akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.
Bermakna juga kedua-dua jawatan tertinggi UMNO itu tidak akan berubah sekiranya kedua-duanya kekal disitu. Ini juga bermakna tidak akan berlaku perubahan seperti yang dituntut oleh ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi. Tiada perubahan kepimpinan bermakna tidak akan ada perubahan besar-besaran oleh UMNO sebagai parti induk dalam Barisan Nasional. Maka rakyat akan melihat tidak ada tindakan yang dilakukan oleh UMNO terhadap mesej yang jelas lagi nyata seperti yang telah mereka tunjukkan melalui peti-peti undi pada PRU12 yang lalu.
Ini sangat bahaya bagi UMNO. Rakyat mahukan perubahan dan Tan Sri Muhyiddin adalah pemimpin yang paling layak untuk memulakan perubahan untuk menyelamatkan UMNO. Mengapa?. Kerana Datuk Seri Najib terus-terusan bermain politik 'play safe'.
Dalam keadaan UMNO yang gawat ini, UMNO harus meletakkan kepentingan yang lebih besar daripada melayan kerenah pemimpin yang asyik mahu main selamat sahaja.
Tan Sri Muhyiddin telah memberikan isyarat kepada orang no 2 bahawa politik selamat sudah tidak sesuai ketika UMNO ditimpa krisis kepimpinan seperti ini. Sehingga hari ini, Datuk Seri Najib maseh diharap-harapkan untuk berterus-terang kemana langkah yang sepatutnya diambil. Dan penulis rasakan sekiranya Datuk Seri Najib gagal menyatakan pendiriannya seperti yang dituntut oleh ahli UMNO di peringkat akar umbi, sesuatu peristiwa yang besar dijangka akan berlaku pada bulan Oktober dan November ini dan kemuncaknya pada Disember mendatang.
Langkah yang telah dimulakan oleh Tan Sri Muhyiddin hari ini menunjukkan paling tidak beliau akan bertanding kerusi No 2 parti. Dari kata-katanya, beliau masih mengharap untuk berganding bersama Datuk Seri Najib untuk melakukan perubahan seperti yang diharapkan.
Andai kata Datuk Seri Najib tidak segera menyatakan pendiriannya, penulis menjangkakan Tan Sri Muhyiddin tentunya akan digandingkan oleh ahli-ahli UMNO bersama Ku Li bagi mencabar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Ku Li yang telah pun bergerak ke seluruh negara memang diakui mempunyai penyokong-penyokongnya yang tersendiri. Keadaan UMNO yang gawat ketika ini menjadikan Ku Li relevan semula kepada ahli-ahli UMNO.
Tan Sri Muhyiddin pula memang seorang pemimpin yang serba menjadi. Ungkapan 'letak mana pun menjadi' memang sinonim dengan Tan Sri Muhyiddin berdasarkan track recordnya ketika menjadi Menteri Besar Johor dan Menteri di peringkat persekutuan. Keberanian Tan Sri Muhyiddin menyuarakan pandangan ahli-ahli UMNO yang mahukan perubahan selepas PRU12 memang amat dihargai oleh semua yang sayangkan UMNO.
Berdasarkan faktor-faktor ini dengan gabungan faktor-faktor yang lain, gandingan Ku Li sebagai Presiden dan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden bagi mencabar Pak Lah dan Datuk Seri Najib pada pemilihan UMNO akan datang dijangkan akan mendapat sokongan sebahagian besar perwakilan UMNO.
Sekiranya Datuk Seri Najib masih mengharapkan teori RAHMAN... penulis khuatir Datuk Seri Najib pun akan menerima nasib yang sama seperti Timbalan - Timbalan Perdana Menteri sebelum ini dan akan tersungkur di anak tangga terakhir kepimpinan negara. Jika ini berlaku, janganlah pula beliau menyalahkan ahli-ahli UMNO yang telah memberikan peluang kepada beliau untuk memberikan kepimpinan tetapi kerana perangai main selamatnya beliau terlepas peluang ini untuk selama-lamanya.
Sayangkan Bangsa Mu
0 ulasan:
Catat Ulasan