Isnin, 30 Mac 2009

SYED HAMID HILANG KELAYAKAN PEJUANG MELAYU


Syed Hamid belum fikir letak jawatan

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata beliau belum memikirkan sama ada mahu meletak jawatan dalam kabinet selepas gagal merebut jawatan Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti Khamis lepas.

Beliau berkata perkara itu terserah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selaku bakal Perdana Menteri.

"Apa saja keputusan yang hendak dibuat, saya rasa ia tidak harus diheboh-hebohkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, yang tewas dalam pertandingan merebut kerusi anggota Majlis Tertinggi Umno telah mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan dalam kabinet dengan alasan bahawa kekalahan itu menunjukkan beliau tidak cemerlang dalam tugasnya sebagai seorang menteri.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said, yang juga tewas dalam pemilihan bagi kerusi MT Umno, bagaimanapun tidak berhasrat untuk meletakkan jawatan tetapi menyerahkan kepada Najib untuk menentukan kedudukannya. BERNAMA

MataHati~ UMNO memperjuangkan kedaulatan Agama, Bangsa & Tanahair.

Di Era Syed Hamid Menteri Luar, Negara kehilangan Kedaulatan Keatas Pulau Batu Putih. (Tanahair)

Ketika menerajui Kementerian Dalam Negeri, ...

1. Kesucian Agama Islam tercemar apabila Syed Hamid terlepas pandang dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan bukan Islam. (Agama)

2. Institusi Raja2 Melayu telah dihina, tercabar dan diperlekehkan oleh kaum lain. Raja Melayu adalah Simbol Ketuanan Bangsa Melayu di tanah ini. (Bangsa)

Lengkaplah 3 komponen perjuangan yang dijunjung oleh UMNO tergadai ketika berada dalam tanggungjawab Syed Hamid.

Maka hilanglah kelayakkan Syed Hamid untuk dilantik lagi bagi memegang apa2 amanah Bangsa, Agama & Tanahair.

Ahad, 22 Mac 2009

KENAPA ZAHID HAMIDI LAYAK




Majlis peguam diberi amaran akhir berhubung kalimah Allah

22/03/2009 5:47pm

KUALA LUMPUR 22 Mac — Majlis Peguam diberi amaran terakhir supaya berhenti membincangkan larangan penggunaan kalimah Allah dengan mengadakan tinjauan pendapat di laman webnya kerana ia boleh membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah yang diambil oleh majlis itu adalah langkah yang tidak bijak kerana isu penggunaan kalimah Allah atau mengenai agama lain bukan sesuatu yang boleh dibincangkan atau dibuat tinjauan.

“Jika mereka meneruskan bermain dengan isu ini orang Islam keseluruhan akan bangun, dan mereka (Majlis Peguam) jangan marah kalau menerima akibat daripada kebangkitan rasa marah di kalangan umat Islam.

“Ini merupakan amaran terakhir kepada mereka (Majlis Peguam) dan saya harap mereka takut dengan apa yang diputuskan oleh kerajaan. Hal ehwal agama adalah di bawah Raja-raja Melayu dan jika mereka terus mempertikai secara tidak langsung mereka mempertikai kuasa Raja-raja Melayu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Sekolah Menengah IMTIAZ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata semua pihak terutamanya anggota Majlis Peguam yang terdiri daripada golongan professional harus sedar bahawa isu itu sudah dibawa ke mahkamah dan ia tidak perlu dipolemikkan lagi sehingga keputusan dibuat.

“Malah kabinet telah memutuskan supaya meletakkan noktah, berhenti daripada membincangkan isu ini dan di Parlimen juga saya telah meletakkan noktah supaya kalimah Allah ini jangan dijadikan sebagai bahan perbincangan.

“Saya harap selepas ini tiada mana-mana pihak sama ada individu atau organisasi cuba membangkitkan isu ini lagi dan kita terima keputusan mahkamah.

Negeri-negeri juga telah mewartakan perkara ini dulu lagi dan saya harap keputusan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan warta larangan penggunaan perkataan Allah yang diperkenalkan oleh Raja-raja di negeri masing-masing dihormati,” katanya.

Tindakan Majlis Peguam mengadakan tinjauan pendapat di laman web berhubung isu itu menaikkan kemarahan sebahagian besar umat Islam kerana dilihat seperti menghina Islam.


— BERNAMA

Selasa, 3 Mac 2009

PAK LAH MACAM TAK JADI NAK BERSARA

Pembodek No 1... MKT ??? Mandikan Diaaa...

Abdullah Md. Zin dilantik penasihat agama PM

02/03/2009 3:28pm

KUALA LUMPUR 2 Mac - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin dilantik sebagai penasihat agama kepada Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Besut, menggantikan Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman yang memegang jawatan itu sejak Januari 2001.

Abdullah, 62, sebelum melibatkan diri dalam politik pada tahun 2004 adalah Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).

Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Dakwah dan Tasauf daripada University of Kent, England pada tahun 1990, beliau adalah anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Timbalan Pengerusi Biro Agama Umno.

Beliau adalah juga lulusan ijazah Sarjana Muda Usuluddin daripada Madinah University, Madinah, Arab Saudi dan Syariah daripada Al-Azhar University, Kaherah, Mesir. - Bernama

~MataHati~: Pemerintahan tinggal tak sampai pun sebulan... tapi sempat lantik Penasihat Agama yang baru lagi... Betul ker nak berhenti ni...??? Biasanya seseorang yang akan bersara mengambil cuti sebaliknya Pak Lah semakin hampir hari bersara semakin sibuk pulak...

Ada pepatah kata : Jangan ada kepentingan - Ambil mana yang penting aje. Jangan ambil kesempatan - Ambil mana yang sempat... Ambillah mana yang sempat Pak Lah...

(Lepas bersara, Pak Lah duduk kat mana yer dalam Dewan Rakyat... kerusi belakang lah kan... eeemmmmm zzzzzzzzz lahhhhh)