Sabtu, 12 April 2008

CALON Parachute PUNCA KHIANAT

Sebelum PRU12, tentunya kita masih ingat tentang bagaimana telitinya Presiden UMNO membuat penilaian terhadap calon-calon yang akan dipilih bertanding bagi mewakili Parti UMNO. Beliau selain mendapatkan laporan dari pihak BPR dan Polis dengan tegasnya memaklumkan bahawa akan meneliti Laporan Prestasi Wakil Rakyat. Dan yang paling penting sekali beliau mengingatkan ahli & pemimpin UMNO agar tidak melobi sehingga menggunakan orang tertentu bagi mempengaruhinya. Presiden UMNO itu akan membuat pilihan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Dengan kata lain, calon-calon UMNO khususnya adalah dipilih sendiri oleh Presiden tanpa campurtangan lain-lain pihak.

Apabila kita membaca Laporan di bawah yang dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO selepas mengadakan perjumpaan dengan Pemimpin UMNO negeri Kedah semalam berbunyi :

"The selection of candidates, allegedly made without the consent of Umno divisions, have been identified as among the reasons for the defeat of several Barisan Nasional candidates in the March 8 general election."

Jelaslah kepada kita, siapa yang harus dipersalahkan sehingga BN kehilangan kuasa pemerintahan di Perak, Kedah dan Pulau Pinang selain gagal merampas Kelantan.

Presiden UMNO sebenarnya merasa begitu kuat dan berpengaruh sehingga mendorong dirinya melakukan keputusan yang luarbiasa dari budaya parti UMNO. UMNO sejak dahulu lagi memang akan menghadapi masalah apabila berhadapan dengan isu "calon payung terjun". Ini memang diakui oleh semua. Tetapi kerana merasa dirinya sangat berpengaruh dan yakin pengundi akan mengundi bukan kerana calon tetapi lebih kepada parti kalau pun tidak kerana imej Presiden Parti, pandangan pemimpin UMNO khususnya di peringkat Bahagian ditolak @ dikesampingkan begitu sahaja. Mungkin juga Presiden merasakan bahawa Ahli & Pemimpin UMNO akan merasa takut dan akan tetap menyokongnya kerana mereka yang engkar boleh dikenakan tindakan disiplin kerana mensabotaj parti. Presiden lupa bahawa Undi adalah rahsia...

Saya teringat YAB Dato Ghani Othman ketika menceritakan pengalamannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Johor pada zaman Presiden sebelum ini...

Katanya : " Presiden akan melihat senarai calon yang dikemukakan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang mana senarai ini adalah senarai yang datangnya dari cadangan UMNO Bahagian-Bahagian. Presiden HANYA akan menentukan beberapa nama khususnya Menteri-Menteri dan sesiapa yang diperlukannya untuk menjawat jawatan dalam kabinet. Selebihnya (sebahagian besarnya) Presiden menyerahkan kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri untuk menentukan calon-calon yang sesuai dengan alasan bahawa Pengerusi Perhubungan Negeri tentunya telah berbincang dengan Kepimpinan UMNO Bahagian bagi memilih calon yang benar-benar layak dan diyakini akan memperolehi kemenangan." (Ada tambahan kepada cerita ini tetapi diluar konteks dan akan dihuraikan dalam posting yang akan datang sekiranya sesuai).

Jelas sekali, pendekatan yang digunakan oleh Presiden UMNO masa kini adalah pendekatan yang mengundang malapetaka kepada UMNO. Sebaliknya pendekatan memilih calon yang digunakan oleh Bekas Presiden UMNO itu sesuai dengan hadis "Kamu lebih mengetahui urusan kamu sendiri" walaupun beliau tidak menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang warak.

Persoalannya, adakah Presiden UMNO berani mengakui kesilapannya ini setelah pendedahan UMNO Kedah semalam disebarkan kepada pengetahuan umum. Malah, yang mendedahkan KESILAPAN PRESIDEN itu adalah Timbalan Presiden UMNO sendiri.... Mungkin ada rasionalnya banyak pihak meminta Presiden UMNO berundur dan mengakui akan kelemahannya selaku Nakhoda UMNO dan Barisan Nasional. Mungkin juga Presiden menyamakan UMNO dan Barisan Nasional seperti sebuah kapal. Walaupun kapal akan karam, secara prinsipnya, Nakhoda tidak boleh meninggalkan kapalnya. Nakhoda harus karam bersama-sama dengan kapalnya sekali.

Tetapi UMNO dan BN bukan sebarang kapal. Kapal ini tidak mampu untuk karam kerana kapal besar ini memikul seribu harapan dan sandaran masa depan Bangsa Melayu. Saya pasti Bangsa Melayu lebih rela menukarkan Nakhoda dari membiarkan kapal keramat ini karam. Jika Kapal Keramat ini karam, maka karamlah perjuangan Agama Islam & Agenda Bangsa di bumi Melayu ini.

Saya pasti, anak cucu kita dikemudian hari akan melaknat Nakhoda dan Anak-Anak Kapal yang bongkak ini kerana telah gagal menyelamatkan Kapal Keramat yang telah banyak berjasa kepada Agama, Bangsa & Negara selama ini. Sayang Bangsa Mu...

~MataHatiJohor~
.........................................................

SUNGAI PETANI, THURS:

The selection of candidates, allegedly made without the consent of Umno divisions, have been identified as among the reasons for the defeat of several Barisan Nasional candidates in the March 8 general election.

Umno Deputy President Datuk Seri Najib Tun Razak said feedback received by the Umno management committee at a meeting with Umno divisional leaders here showed that many of the leaders and committee members were disappointed because they were not consulted on the selection of candidates.

“We will inform the Supreme Council (MT) about this so that the problem will not recur in the future,” he told reporters after meeting Kedah Umno leaders here today.

The deputy prime minister said the selection of candidates should be discussed thoroughly with divisional committees.

Najib said Umno would consider all views from party divisions and would raise them for deliberations at Umno MT meetings.

Najib, who is the party’s management committee chairman, said Umno would not be in a haste in taking actions against party members or leaders who were allegedly involved in misconducts in the election.

He said all allegations would be referred first to the party.

As a democratic party, Umno would not take actions in a haphazard manner, he said.

Kedah was the first state to hold a meeting with the party’s management committee in the aftermath of the 12th general election.

0 ulasan: