Khamis, 23 Oktober 2008

BUDGET SELANGOR : MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para sahabat blogers sekalian,

1. Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini hampir sebulan.

2. Seperti mana kita sedia maklumi kerajaan Pakatan Rakyat telah pun membentang Bajet pertamanya di Selangor beberapa hari lalu. Pada awalnya saya menjangkakan kerajaan negeri akan sedaya upaya membentangkan Bajet yang mencerminkan usaha-usaha untuk memenuhi janji-janji dalam manifesto pilihan raya yang lalu.

3. Malangnya, jika diteliti tidak sampai sepuluh peratus daripada janji tersebut disebut semula dalam Bajet ini. Antara yang disebut ialah Tabung wawasan Anak Selangor (Tawas), Bekalan air percuma 20 meter padu pertama, Hadiah anak masuk ke universiti dan Tabung mesra usia emas.

4. Namun, ada lebih 20 janji lagi dalam manifesto yang tidak disebut langsung, mungkin dengan harapan rakyat akan lupa. Antaranya ialah:

a. janji potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% untuk premis perniagaan.
b. elaun anak tadika RM 50 seorang sebulan
c. Elaun anak pusat asuhan kanak-kanan, RM 75 sebulan
d. elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
e. elauan khas ibu tunggal
f. bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin
g. bantuan geran untuk perniagaan
h. memberi sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri
i. membiayai rawatan percuma untuk warga Selangor yang berusi 60 tahun ke atas dan banyak lagi,

4. Jelas Bajet pertama Pakatan rakyat di Selangor ini gagal memberi penumpuan kepada usaha-usaha melaksanakan janji pilihan raya menunjukkan Bajet yang dibentang bercanggah sama sekali dan menyimpang jauh dari janji manifesto Pakatan rakyat dalam pilihan raya lalu.

5. Saya tidak tahu apa alasan yang akan PR berikan kepada rakyat Selangor kerana gagal menunaikan janji..

6. Suatu ketika dahulu saya ditempelak kerana tidak sabar menunggu janji tersebut ditunaikan, Dan ketika sambutan 100 hari PR menjadi kerajaan. YAB. Menteri Besar ada berjanji untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 50% janji manifesto dalam bajet pertamanya.


7. Namun saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan pakatan rakyat atas keberanian mereka menaikkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) daripada RM 731 kepada RM 1, 500. Menurut MB, dalam Bajet tersebut, dengan PGK baru ini, 30% rakyat Selangor berada di bawah paras kemiskinan.

8. Malangnya, keberanian tersebut tidak pula diikuti dengan langkah berani mengatasi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan isi rumah. Sepatutnya peningkatan PGK ini hendaklah diikuti dengan pelan perancangan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan isu rumah daripada kurang RM 731 kepada lebih RM 1, 500.

9. Lebih anehnya, pengisyitiharan PGK baru ini tidak pula diikuti dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan negeri. Ini bermakna terdapat kakitangan kerajaan negeri berada di bawah paras kemiskinan.

10. Seiring dengan pengisytiharan paras garis kemiskinan baru ini, saya fikir amat wajar untuk gaji kakitangan kerajaan negeri dinaikkan di atas RM 1, 500.

11. Ada beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat mempersoalkan mengapa kerajaan negeri tidak menaikkan gaji kakitangan kerajaan. Guru-guru sekolah agama rendah dan guru-guru sekolah agama rakyat dan juga kakitangan sokongan di semua jabatan dalam negeri Selangor juga berada di bawah garis kemiskinan berdasarkan PGK baru ini.

12. Adalah tidak wajar menaikkan paras garis kemiskinan dan membiarkan begitu sahaja.

13. Saya harap kerajaan negeri perlu memastikan tiga puluh peratus kemiskinan ini dapat dikurangkan dalam jangka masa setahun ini dan akan dapat dilihat dalam bajet tahun depan.

14. Jika tidak usaha menaikkan PGK ini tidak lebih dari menang sorak kampung tergadai. Bersorak kita bahawa kerajaan prihatin kerana menaikkan PGK tapi tiada apa yang untung kerana tiada satu pun tindakan dirancang meningkatkan pendapatan rakyat.

~Dari Blog Khir Toyo

Jumaat, 17 Oktober 2008

PERINGATAN RAJA MELAYU



KUALA TERENGGANU 16 Okt. — Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

Keistimewaan

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

Dipertikai

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

Menghormati

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

— Bernama

RATU ANJING; YANG MELENGKING ITU

RATU ANJING; YANG MELENGKING ITU
- (Panggak Binasa Terlajak Kata)

I
Ratu anjing itu pun melengking, menyalak galak mengasah taring,
setelah lepas tersepit pengancing, lalu keluar dari akal yang sinting,
munci; Wajah yang sering berpaling dan sanggah yang polang-poling
menunjuk telunjuk berkait kelinking.
Makhluk juga; Takdirnya dia ... anjing
tabiat 'bagai melihat bayang di air yang bening'.

II
Masyarakat anjing itu pun riuh menyambut pulang seorang tokoh
dari paksina kedaksina gamat gemuruh menggoncang tulang-tulang tanpa roh
pameo pusaka dari benua jauh, panggak yang terlanjur angkuh,
alibi 'telur tembelang' di hari ketujuh, telah jatuh ke wajah ratu yang selingkuh
menggadaikan kabilah mudah diperbodoh

III
Suci suatu subuh itu terganggu, salak anjing antara azan yang syahdu
melihat kelibat siluman dan hantu, tawakal muazin menuju nawaitu
tertip titipan taqwa pada yang satu
biarkan ratu anjing itu menyalak waktu, bukit bukau tetap jitu
gunung-ganang tetap padu, manusia perlu berakal dan berilmu

IV
Alam maya bukan mutlak milik kita
dipinjamkan cuma sementara
dipentas ini kesempatan bersama
berjuta makhluk berbagai rupa
ketentuan anjing-anjing juga ada

V
Kok anjing biar menyalak
kok bukit biar berpuncak
kok terasa menyelar bijak
bumi juga tempat berpijak
padah kata bila kata terlajak


Dr Ibrahim Ghaffar, Bukit Kapar
Selangor. 22 September 2008

Khamis, 16 Oktober 2008

DATUK AZALINA DAN RASUAH POLITIK DI PENGERANG



Petang tadi saya teringat emak di kampung lalu saya segera balik walau dalam hujan yang sangat lebat. Alhamdulullah Emak sihat.

Sedang rancak bersembang, kebetulan Ketua Pemuda Cawangan saya yang tinggal bersebelahan rumah dengan Emak saya datang. Kami pun bercerita tentang perkembangan kempen calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan UMNO Bahagian Pengerang yang akan datang. Katanya saya layak bertanding sebagai AJK Bahagian dengan No. 6 sebagai No. Calon AJK pada pemilihan yang dijangka akan berlangsung pada 9 November yang akan datang. Terus terang, saya sendiri pun tak tahu dan tak kisah kerana seperti sebelum ini, saya memang dah tak berapa berminat dengan politik yang penuh dengan permusuhan sama sendiri. Saya lebih suka mengumpul kawan dari lawan.

Dalam banyak-banyak topik saya tertarik dengan satu dua perkara yang saya rasa tidak betul dan menyalahi peraturan TataEtika Ahli UMNO yang dilakukan oleh YB Datuk Azalina Othman Said sepanjang Kempen Pemilihan UMNO Bahagian Pengerang pada kali ini seperti yang diceritakan kepada saya oleh Ketua Pemuda Cawangan saya ini.

Untuk pengetahuan semua, Azalina yang juga Menteri Pelancungan telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian kerana penyandangnya YB Datuk Harun Abdullah tidak mendapat cukup pencalonan bagi mempertahankan jawatan yang disandangnya semenjak kewujudan UMNO Bahagian Pengerang hasil persempadanan semula kawasan pilihanraya pada tahun 2003 yang lalu.

Menurut ceritanya, Azalina mengamalkan Rasuah Politik Secara Besar-Besaran bagi memastikan YB Datuk Harun Abdullah tidak mendapat cukup pencalonan bagi membolehkan Azalina diistiharkan menang tanpa bertanding. Menang Tanpa Bertanding memang sinonim dengan Azalina kerana dalam sejarahnya bertanding pilihanraya pun beliau telah 2 kali menang tanpa bertanding.

Menurut ceritanya, terdapat beberapa Ketua Cawangan dan Ketua Wanita yang telah membuat 'Pengakuan Bersumpah' dan melaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Lembaga Disiplin UMNO namun tiada tindakan di ambil. Katanya bagi BPR, Azalina merupakan 'Ikan Jerung' yang tidak mudah disabitkan kesalahan manakala Lembaga Disiplin UMNO pula adalah kaum keluarga Azalina sendiri.

Agen Azalina yang cukup terkenal dan berani secara terang-terangan menyogok rasuah ini katanya dikenali sebagai 'Uncle Rahim' dan 'Naib Ketua Puteri sebuah Bahagian UMNO dalam Negeri Johor'.

Apabila telah disahkan menang tanpa bertanding, katanya Azalina begitu gembira dan bangga. Namun apabila YB Datuk Harun Abdullah meneruskan perjuangannya bagi merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Azalina tidak dapat menahan perasaannya dan mengarahkan agen-agennya agar mencincang politik YB Datuk Harun sehingga ke akarnya. Dalam politik, 'kalau nak bunuh - biar sampai mati'.

Justeru, bagi mempengaruhi perwakilan agar turut sama dalam perjuangan 'kalau nak bunuh - biar sampai mati'nya itu, satu program khusus (yang menyalahi TataEtika Ahli UMNO)akan dijalankan pada 21 & 22hb Oktober ini (beberapa hari lagi).

Program 'Haram' yang dimaksudkan adalah PAKEJ MELANCUNG KE KUALA LUMPUR yang akan disertai oleh Perwakilan yang akan mengundi dalam Pemilihan UMNO Bahagian Pengerang yang akan datang.

Peserta lawatan ini adalah dipilih dari kalangan perwakilan yang 'boleh dibeli' bagi menyertai perjuangan 'kalau nak bunuh - biar sampai mati'nya itu.

Saya terpegun mendengar cerita dari Ketua Pemuda Cawangan saya itu sambil mencongak banyaknya wang digunakan (atau dilaburkan?) untuk merebut jawatan Ketua Bahagian.

Tambah Ketua Pemuda Cawangan saya mengakhiri ceritanya, "apa nak heran, komisyen BANTING yang dipasang dengan gambarnya yang nampak 'benar-benar perempuan' sepanjang jalan dari Kota Tinggi hingga ke Pengerang itu sahaja dah berapa?. Belum masuk komisyen bekalan baju-baju yang bermacam-macam menggunakan wang kerajaan ketika di Kementerian Belia & Sukan dahulu. Bayangkan, duit MSN yang berjuta-juta habis dikerjakannya sampai tak ada duit nak bayar gaji. Bacalah cerita terbaru yang keluar dalam akhbar Utusan .... Menteri Muda Paling Korup".

Saya menggelengkan kepala. Inilah pemimpin yang pernah saya sanjung dahulu. Saya tertarik ketika dia mengendalikan rancangan Forum di tv dahulu. Dan apabila ditolak dari menyertai Bahagian Tenggara, sayalah yang bersungguh mengalu-alukan kehadirannya di Bahagian Pengerang.

Saya mengaku, sayalah juga orang pertama yang tersasul dalam ucapan di Bandar Mas mengatakan Azalina sebagai Ketua Bahagian UMNO Pengerang di sahut dengan Azalina sendiri mengangkat tangannya ke langit (gayanya seperti kebiasaannya apabila beliau menjerit 'Hidup Pak Lah' - ayat bodeknya yang membuat saya mengundur kebelakang dari menjadi penyokong kuatnya).

Apa pun, saya terpegun dengan cerita-cerita yang disampaikan kepada saya. Saya percaya keburukan ini telah disedari oleh rakyat di Parlimen Pengerang. Dan rakyat pasti menghukum orang yang sebegini (jika benarlah seperti yang diceritakan kepada saya petang tadi).

Rabu, 15 Oktober 2008

MELAYU BUKAN PENDUDUK ASAL MALAYSIA - TAN LIAN HOE


KETUA WANITA GERAKAN, PARTI YANG SUDAH TIDAK RELEVAN.

Tan Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Penerangan mempertikaikan status orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini dalam rancangan Astro Awani baru-baru ini.

Mengapa masih ada yang mahu mencabar kesabaran Orang Melayu lagi. Kesabaran Orang Melayu ada hadnya. Jangan cuba membangkitkan lagi kemarahan orang Melayu.

Timbalan Menteri ini harus didakwa di bawah Akta Hasutan malah wajar di ISA kan memandangkan kenyataannya dibuat dalam sebuah rancangan TV dan dalam kedudukannya sebagai Timbalan Menteri.

Kepada yang selama ini mengatakan orang Melayu seperti MataHati bersifat perkauman... sekarang siapa yang memulakan dahulu.

(sedikit masa dahulu, Datuk Lee Kim Sai, seorang Timbalan Menteri, pernah mengeluarkan kenyataan yang sama. Lebih 100,000 ahli Pergerakan Pemuda Membantah dengan berarak ke Sri Perdana medesak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memecat beliau dan menarik balik gelaran Datuknya.)

Selasa, 14 Oktober 2008

MUFTI PERLIS - UMNO PERLU TUBUH MAJLIS ULAMA SENDIRI



“Satu hakikat yang sukar untuk dinafikan oleh sesiapa pun adalah UMNO pada hari ini begitu tenat dengan berbagai penyakit yang tidak putus mengunjungi tubuh parti itu. Sebagai seorang rakyat dan pengkaji Islam, saya rasa beberapa cadangan perlu dikemukakan kepada UMNO, mudah-mudahan penyakitnya itu boleh diubati. Cadangan ini perlu dibuat di atas sebab di tangan parti tersebut masih ada kuasa pemerintahan yang mana pergolakannya akan memberi kesan kepada sekelian rakyat. Berikutnya, kembalinya parti tersebut kepada landasan yang betul dapat menyelamat umat Islam yang berada dalamnya.

Saya dengan ini mencadangkan agar UMNO mengambil langkah berani dengan menubuh Majlis Ulama parti berkenaan. Namun, penubuhan itu bukan sekadar mengujud sebuah replika tanpa fungsi, sebaliknya hendaklah Majlis Ulama tersebut berperanan membimbing perjalanan parti selaras dengan kehendak Islam dalam segala aspek. Tokoh-tokoh agamawan yang jujur, amanah dan progresif yang cintakan parti itu diberi kebebasan untuk membetulkan UMNO. Sekaligus kemelayuan UMNO itu akan kelihatan begitu terikat dengan prinsip-prinsip Islam secara syumul. Jika tidak, dengan pergolakan yang ada sekarang UMNO akan terus kehilangan ruh islami. Sebaliknya, ia akan menjadi padang perlumbaan kuasa yang sebahagian besar mereka bercita-cita mengaut kekayaan harta.

Dengan wujudnya Majlis Ulama yang progresif, diharapkan ahli-ahli UMNO sentiasa berada dalam disiplin dan diberi kesedaran tentang tanggungjawab kuasa adalah bagi melaksanakan amanah Allah dengan bijaksana dan jujur. Namun hendaklah dipastikan bahawa Majlis Ulama itu didokongi oleh mereka yang tidak takut melainkan Allah, bukan ulama fulus yang dalam sejarah UMNO telah banyak merosakkannya”.

Ahad, 12 Oktober 2008

PENCALONAN MUKHRIZ UNTUK MENYELAMATKAN UMNO



MUKHRIZ PERLUKAN MANDAT PULIHKAN UMNO

DALAM temu bual dikendalikan sebelum Persidangan Perwakilan Bahagian Umno berlangsung, Exco Pergerakan Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir berkongsi pengalaman, peluang dan visinya untuk memimpin sayap utama Umno ini.

Ahli Parlimen Jerlun ini yakin bahawa beliau mampu membawa pembaharuan dan perubahan dalam Umno walaupun ramai yang mengaitkan beliau sebagai anak bekas Perdana Menteri.

"Tidakkah lebih wajar kalau kita lihat apakah sifat-sifat yang kita inginkan dalam pemimpin itu... berwibawa, berwawasan, bertenaga, jujur, amanah dan sebagainya.

"Tidakkah itu yang lebih penting? Tak kiralah apa latar belakang mereka. Kalau tidak ada hubungan sama ada dengan Perdana Menteri atau bekas Perdana Menteri, tetapi masih tidak berwibawa, tidak berwawasan, masih tidak berkemampuan ataupun berkebolehan untuk memimpin, apa gunanya?" kata beliau kepada mStar Online.

Sehingga semalam, Mukhriz memperoleh 27 pencalonan untuk bersaing merebut Ketua Pemuda kali ini.

TEMU BUAL PENUH DENGAN DATUK MUKHRIZ

Bagaimana persediaan Datuk bagi menghadapi pemilihan Ketua Pemuda?

MUKHRIZ:Setakat ini kerja-kerja untuk mendapatkan sokongan dalam bentuk pencalonan dan kemudiannya untuk mendapatkan undi daripada perwakilan telah saya jalankan sejak beberapa bulan yang lalu. Saya jalankan perkara ini dengan cara berjumpa perwakilan di peringkat akar umbi bagi menerangkan apa yang hendak saya lakukan demi mengukuhkan parti khususnya Pemuda.

Saya lihat penerimaan yang begitu baik sekali kerana rata-rata ada satu perasaan cemas di kalangan Pemuda kita tentang apa yang sedang berlaku sekarang iaitu situasi Umno itu sendiri terutamanya dalam keadaan sekarang ini. Mereka percaya bahawa satu perubahan yang besar perlu berlaku untuk menyelamatkan keadaan.

Sebelum ini Datuk tidak yakin untuk bertanding, tapi sekarang menyatakan keyakinan itu sudah ada. Apa yang mendorong Datuk untuk bertanding?

MUKHRIZ:Graf itu turun naik... jadi ada ketikanya turun dan ada ketikanya naik balik. Seingat saya selepas pilihan raya umum lalu, waktu itu grafnya naik tinggi juga setelah saya keluarkan surat meminta Presiden menyerahkan tugasnya kepada timbalannya. Tapi bila mulanya mesyuarat Pemuda di peringkat cawangan, saya dapati bahawa sudah bermula amalan-amalan yang kurang sihat dalam pemilihan. Waktu itu kesannya begitu buruk terhadap saya. Oleh sebab itu saya telah keluarkan kenyataan bahawa kalau keadaan ini dibenarkan berterusan, maka peluang saya untuk mendapat pencalonan sekalipun akan tipis.

Sekarang ini saya lihat mungkin mesej itu dah sampai kepada semua peringkat. Ada sedikit kesedaran mengenai peripentingnya menjalankan pemilihan dengan cara yang telus. Jadi nampaknya sokongan tu dah meningkat semula, itu yang saya maksudkan graf turun naik.

Boleh Datuk huraikan tentang amalan kurang sihat yang dikatakan tadi?

MUKHRIZ:Begini, tahapnya serius tapi tidaklah teruk sangat. Ia dilakukan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melalui panggilan telefon di mana arahan diberikan kepada perwakilan mahupun yang berjawatan tinggi di Pemuda bahagian supaya jangan hadir perjumpaan-perjumpaan bersama saya. Ada juga yang sampai diberitahu pastikan jangan berikan pencalonan kepada saya. Jadi itu dalam bentuk sekatan.

Lebih teruk lagi ialah amalan rasuah politik. Saya dimaklumkan amalan ini memang berlaku dan rasuah politik ini dalam pelbagai bentuk. Ada yang dijanjikan imbuhan, jawatan dan sebagainya. Ada yang terus diberikan sogokan dalam bentuk wang, kononya bermula dengan salam pengenalan.

Maksudnya tidak terhad kepada yang itu sahaja (pemberian pertama). Selain itu ada juga ugutan lebih-lebih lagi bagi kawan-kawan kita yang bertanding di peringkat bahagian, kononya kalau terlampau menunjukkan sokongan mereka terhadap saya maka mereka akan menerima padahnya di peringkat bahagian. Jadi perkara-perkara ini nampaknya berlaku dan ini sudah tentu bukan amalan yang sihat kerana sudah tentu ahli-ahli Umno yang lain memerhatikan perjalanan pemilihan ini, malah saya ingat rakyat Malaysia keseluruhannya pun agaknya memberi perhatian kepada pemilihan Umno.

Sekiranya mereka lihat bahawa amalan-amalan terkeji seperti ini masih berlaku di dalam Umno, maka tidak kiralah siapapun yang kita pilih nanti sudah tentu rakyat akan menolak kerana mereka tahu bahawa naiknya orang seperti itu adalah kerana unsur-unsur atau elemen yang tidak baik. Jadi saya amat risau kesan amalan seperti ini kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Adakah Datuk mengesyaki halangan untuk berjumpa itu datang dari saingan lain yang turut bertanding jawatan Ketua Pemuda?

MUKHRIZ:Itu saya tidak pasti. Tetapi walau apa pun, mungkin mereka yang mendapat faedahnya. Kalau tak boleh jumpa saya tapi boleh jumpa orang lain, kita boleh buat andaian-andaian tertentu. Tak ada pula pihak saya mengarahkan agar sesiapa pun jangan pergi berjumpa sesiapa (calon).

Sebabnya kita amalkan demokrasi dalam Suasana yang terbuka. Saya pasti dalam proses ini sudah tentu kita membuat penilaian kita sendiri mengenai calon-calon yang menawarkan diri. Kalau mereka tidak dapat berjumpa dengan calon-calon ini bagaimana mereka nak buat penilaian tersebut.

Saya tidak pernah, tidak menggalakkan perwakilan untuk berjumpa dengan calon-calon lain walaupun calon-calon yang bersaing dengan saya untuk jawatan yang sama. Tetapi perkara ini tidak berlaku untuk saya pula. Jadi kita boleh buat andaian-andaian tertentulah mengenai perkara ini.

Sehingga sekarang berapa peratus pencalonan daripada bahagian-bahagian untuk Datuk?

MUKHRIZ:Saya tak dapat nak pastikan, hanya tuhan yang tahu apa sahaja dalam hati manusia ini. Tapi saya ingat setakat pencalonan itu mungkin cukup sebab kita tentukan lebih kurang 38 pencalonan daripada bahagian-bahagian dan saya ingat kalau tiada halangan seperti yang saya nyatakan tadi InsyaAllah cukup untuk pencalonan.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin merupakan salah seorang calon yang ingin bertanding. Adakah Datuk rasa beliau adalah saingan yang hebat kerana beliau sekarang memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Umno?

MUKHRIZ:Saingan semuanya sukar, tak ada yang mudah. Masing-masing yang bertanding mempunyai kemampuan tersendiri. Tapi saya lihat dari segi prinsip, dari segi pendekatan yang kami gunakan agak berbeza. Saya percaya perwakilan akan menilai rekod calon-calon ini dari segi prestasi kerja yang telah ditunjukkan sebelum ini dan matlamat yang mereka ingin bawakan kepada Pemuda.

Rasanya saya pun telah menunjukkan satu cara kerja yang tersendiri. Khairy dan calon lain pun mungkin ada cara-cara mereka sendri, jadi terpulanglah kepada perwakilan nanti untuk membuat keputusan siapa di antara kami yang sepatutnya memegang tampuk kepimpinan sayap ini.

Antara calon-calon yang bertanding kerusi Ketua Pemuda, Datuk dilihat lebih lantang bersuara terutama sekali berkaitan dengan soal peralihan kuasa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Tidakkah ini akan memberikan kesan kepada pencalonan Datuk?

MUKHRIZ:Apa yang saya hendak tonjolkan ialah saya pro-Umno. Maksudnya apa yang saya buat, apa yang saya perkatakan, saya ingat tidak sesiapa pun menafikan ia adalah semata-mata untuk menguatkan parti. Sekiranya ada elemen yang saya lihat melemahkan parti, perkara itu akan saya bangkitkan, saya akan bercakap mengenai perkara ini. Amat penting bagi kita untuk sedar mengenai elemen-elemen yang melemahkan parti dan tindakan yang harus kita ambil untuk memperkuatkan parti.

Jadi sebab itu saya lantang kerana kebelakangan ini begitu banyak sekali faktor yang melemahkan parti. Saya fikir bila saya bercakap sedikit sebanyak saya juga mencerminkan apa yang terbuku dalam hati ahli-ahli kita lebih-lebih lagi diperingkat akar umbi.

Selagi saya bercakap apa yang ada dalam hati saya, dan saya fikir apa yang saya cakap itu benar dan yang ketiga, saya fikir ramai juga yang berkongsi pendapat dengan saya. Pastinya yang berpendirian sama seperti saya dalam hal ini, maknanya saya fikir tidak ada salahnya saya meneruskan dengan kelantangan bersuara ini, malah tidak menjejaskan sekalipun kedudukan saya dalam parti.

Contohnya kita semua tahu peringkat awal saya telah mengkritik keputusan kerajaan membatalkan projek jambatan antara Johor dan Singapura. Walaupun perkara ini dibincangkan di mesyuarat Exco Pemuda, tetapi tiada tindakan yang diambil ke atas saya walaupun Pemuda telah membuat ketetapan bersetuju dengan keputusan kerajaan itu.

Keduanya, kenyataan saya mengenai ucapan dasar Presiden Umno pada 2006 apabila saya menyatakan bahawa tiada perkara yang baru yang dibangkitkan oleh Presiden untuk kita gunakan sebagai panduan. Perkara ini juga diselar oleh pelbagai pihak dalam parti dan ada suara-suara kedengaran supaya tindakan disiplin dikenakan ke atas saya.

Ada juga minta saya digantung dan ada juga yang harap supaya saya dipecat daripada parti, hanya kerana mengeluarkan komen mengenai ucapan dasar Presiden. Tapi akhirnya tiada juga sebarang tindakan yang diambil ke atas saya.

Terakhirnya, saya telah mengeluarkan surat supaya Presiden berundur dan serahkan jawatannya kepada Timbalan Presiden. Saya ingat setakat ini tiada pihak lain yang melakukan perkara ini walaupun ada yang menyatakan perkara yang sama. Tetapi dalam bentuk surat, saya ingat saya seorang sahaja yang melakukannya. Itu juga tiada tindakan yang diambil ke atas saya. Jadi ini membuktikan kepada saya bahawa kelantangan suara saya ini langsung tidak menjejaskan kedudukan saya dalam parti. Kita mesti ingat saya telah dipilih dalam Pergerakan Pemuda Umno ini melalui pemilihan 2004.

Alhamdulillah saya menang dengan undian terbanyak. Saya kira itu satu petanda bahawa terletak di atas bahu saya satu harapan yang besar oleh Pemuda untuk terus bersuara demi kepentingan parti dan saya rasa apa yang saya lakukan ini memang menepati permintaan Pemuda itu sendiri.

Adakah kelantangan Datuk didorong oleh Tun Dr. Maharhir Mohamad?

MUKHRIZ:Tidak, saya didorong oleh rakyat. Rakyat telah menyampaikan mesej yang cukup jelas. Kalau kita masih belum faham lagi mesej yang rakyat sampaikan kepada kita, pilihan raya yang akan datang, saya tak tahulah apa lagi mesej yang rakyat hendak sampaikan. Adakah kita nak tunggu sampai kita dah kalah semua, kalah majoriti Parlimen, kalah negeri-negeri kita, baru kita nak sedar? Waktu itu kita sudah terlambat. Apa gunanya kita nak tunggu sampai dah tergadai kesemuanya sebelum kita nak sedar dan lakukan sesuatu?

Jadi oleh sebab itu, bila saya fikirkan mengenai keputusan pilihan raya umum yang ke-12, saya lihat ada hikmahnya walaupun kita kalah begitu teruk kali ini berbanding dulu iaitu kalah di lima negeri, hilang majoroti dua pertiga di Parlimen dan juga majoriti keseluruhan pun telah menurun. Maksudnya undi popular kita juga menurun dengan mendadak. Bagaimanapun dalam keadaan itu jua kita masih menguasai kerajaan, itu hikmahnya. Hikmahnya ialah agaknya Tuhan memberikan satu mesej kepada kita serta memberi kita peluang kedua untuk memperbetulkan diri kita sendiri supaya akhirnya akan diyakini semula oleh rakyat.

Mesej ini begitu jelas. Tetapi sekarang ini saya lihat masih ada lagi sindrom menidakkannya, di mana kita seolah-oleh tidak terjaga dari lena kita dan juga seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Kita rasa masih lagi berkuasa dan masih lagi kuat.

Ramai juga kawan lain yang bersetuju dan rasa begitu cemas dengan keadaan sekarang. Seolah-olah paras air dah sampai ke hidung, tunggu nak tenggelam dan nak lemas sahaja. Tapi kita macam tidak mula hendak berenang pun untuk menyelamatkan diri, jauh sekalilah nak tunggu orang lemparkan kita pelampung untuk selamatkan diri. Jadi itulah yang saya rasa sedih sangat apabila kita sudah sampai satu tahap di mana mungkin kerana gilakan kuasa... kita sanggup menggadai kepentingan parti. Saya lihat kepentingan peribadi mendahului parti. Kalau begini dibenarkan oleh ahli-ahli kita di peringkat akar umbi untuk terus menguasai keadaan, maka akhirnya kita semua akan menerima padahnya.

Saya minta sekarang ini ialah untuk kita selamatkan parti. Jangan kita benarkan arahan-arahan tertentu daripada pihak atas dan kita terima bulat-bulat, kita membuta tuli dan biarkan ditarik hidung walhal arahan-arahan ini adalah semata-mata untuk mempertahankan kepentingan peribadi individu tertentu sahaja bukannya untuk parti. Saya rasa kecewa bila kadang-kadang itu apabila saya bercakap banyak-banyak, mereka faham dan sedar mengenai perkara ini, namun masih tidak buat apa-apa.

Itu yang saya rasa pelik seolah-olah analogi yang saya pakai tadi iaitu kita dah dekat nak lemas dan kita diarah jangan buat apa-apa jadi maksudnya kita sendiri lemas begitu sahaja. Saya tak faham kenapa kita tidak selamatkan diri, selamatkan parti.

Apa pembaharuan yang Datuk akan bawa dalam Pemuda nanti (jika memimpin Pemuda)?

MUKHRIZ:Saya ingat kita kena balik ke pangkal jalan. Bermula dengan Pemuda, dan Pemuda akan menjadi satu sayap yang amat-amat penting. Kita belum fikirkan mengenai satu juta pengundi baru yang akan mengundi pada pilihan raya ke-13 nanti, yang boleh dikatakan 100 peratus orang muda. Maksudnya pelajar tingkatan enam sekarang ini akan mengundi tahun 2012 nanti. Kita perlu fikirkan mengenai apa yang kita ingin buat untuk mereka supaya mereka yakin kepada kita. Pertama sekali ialah muhasabah diri. Maksudnya kita perlu melalui satu proses penilaian diri mengenai kelemahan kita dan bagaimana nak kuatkan lagi faktor-faktor kekuatan kita dan macam mana kita nak hapuskan kelemahan-kelemahan kita.

Seperti yang saya sebutkan tadi, budaya kita dah tak kena. Dulunya rasuah politik ini satu kegiatan yang diamalkan oleh beberapa orang di bawah meja dan tersembunyi. Sekarang ini dibuat terang-terangan dan amalan ini sudah jadi budaya. Amalan menjadi kebiasaan dan kebiasaan menjadi budaya. Kita tahu apabila sesuatu amalan itu menjadi budaya, cukup susah untuk bertukar. Contohnya bagi orang Islam, makan babi itu adalah haram. tapi bila kita mula dengan sikit-sikit, lama-kelamaan makan babi itu adalah budaya.

Mungkin orang cakap benda ini tak mungkin berlaku. Tapi kita kena lihat, dahulu rasuah politik kita fikir tak akan jadi, tapi sekarang dah jadi budaya. Malah sekarang ada orang mengatakan ia sebagai sesuatu yang biasa untuk cari makan. Itu sebabnya kalau kita tak boleh nak perbaiki diri kita sendiri ia semacam tiada harapan harapan pula.

Mujurlah saya ini jenis orang yang masih optimis dan berharap sangat iaitu yang pertamanya kepada keikhlasan manusia dan keduanya kepada keagungan Tuhan. Sama ada kita berjaya melepasi peringkat yang pertama iaitu ikhlas atau tidak pada diri dan juga dalam parti, ia perlu dipersoalkan. Jadi kalau saya diberi jawatan ini, saya nak cuba terapkan semula nilai-nilai murni yang saya fikirkan amat-amat penting untuk membersihkan diri kita dari gejala-gejala yang tidak baik dan akhirnya dapat memperkuatkan diri kita ke satu tahap yang tidak boleh dijejaskan oleh mana-mana pihak, individu-individu dalam parti, mahupun pihak pembangkang dari luar. Itu hasrat saya dan saya percaya perkara itu boleh dilakukan.

Datuk menyebut mengenai rasuah politik. Adakah perkara tersebut semakin menular dalam Pemuda?

MUKHRIZ:Memang berlaku. Laporan-laporan yang saya terima daripada pelbagai pihak seluruh negara mengenai amalan rasuah. Ada yang dianggap kecil, tapi amalan rasuah ini tak ada kecil tak ada besar, semuanya sama sahaja. Orang yang tak ada jawatan dalam Pemuda, jika ada sahaja perjumpaan boleh dapat RM100. Bagi yang berjawatan pula kadang-kadang dapat RM1000. Apa nak jadi dengan parti kita ini? Kita sanggup jual maruah, sanggup gadaikan parti. Jadi tak terkejutlah ia berlaku diperingkat Pemuda. Tapi yang mengejutkan ialah itu baru peringkat cawangan, belum lagi peringkat bahagian.

Datuk pernah keluarkan kenyataan tidak akan menerima jawatan dalam kerajaan sekiranya terpilih sebagai Ketua Pemuda, mengapa?

MUKHRIZ:Jawatan Ketua Pemuda untuk penggal akan datang ini saya kira adalah jawatan sepenuh masa kerana kita mesti beri tumpuan 100 peratus kepada usaha memulihkan parti. Kita tidak harus terlari perhatian kita dengan tugas-tugas yang lain seperi jawatan dalam kerajaan. Satu lagi yang saya lihat, ada juga orang-orang beritahu saya kalau tidak ada jawatan dalam kerajaan, bagaimana nak gerakkan Pemuda? Itupun saya lihat sebagai satu kesilapan kerana maksudnya kita menggunakan kemudahan jabatan kerajaan ataupun kementerian itu untuk kerja-kerja politik kita.

Masyarakat khususnya golongan muda tidak boleh terima perkara ini. Sebab dari segi prinsipnya ia tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi kalau kita inginkan jawatan menteri atau timbalan menteri supaya memudahkan kerja-kerja kita sebagai pemegang jawatan dalam parti. Itupun bagi saya salah. Keduanya kita nak pegang jawatan dalam parti semata-mata nak dapatkan jawatan dalam kerajaan, itu tidak betul.

Jadi itu sebabnya saya kira ia sepatutnya diasingkan. Terutama sekali dalam keadaan sekarang di mana usaha-usaha untuk menawan semula negeri-negeri yang kita kalah. Untuk meningkatkan juga bilangan kerusi dalam Parlimen memerlukan tumpuan dan masa yang secukupnya. Jadi itulah sebabnya saya fikir kalau menang dalam pemilihan kali ini biarlah saya tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. Saya tak mahu teralih perhatian saya kepada tugas yang penting ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jawatan Ketua Pemuda seharusnya dipegang pemimpin yang tidak dipengaruhi hubungan persaudaraan dengan Perdana Menteri atau bekas Perdana Menteri. Tidakkah itu dilihat sebagai satu serangan peribadi, komen Datuk?

MUKHRIZ:Itu mungkin serangan peribadi. Tetapi adakah sebab itu kita pilih pemimpin? Tidakkah lebih wajar kalau kita lihat apakah sifat-sifat yang kita inginkan dalam pemimpin itu... berwibawa, berwawasan, bertenaga, jujur, amanah dan sebagainya. Tidakkah itu yang lebih penting? Tak kiralah apa latar belakang mereka. Kalau tidak ada hubungan sama ada dengan Perdana Menteri atau bekas Perdana Menteri, tetapi masih tidak berwibawa, tidak berwawasan, masih tidak berkemampuan ataupun berkebolehan untuk memimpin, apa gunanya?

Apa yang penting, latar belakang seseorang itu atau kebolehannya? Jangan kita termakan dengan hujah-hujah seperti itu. Itu hanya sekadar memikat sokongan. Saya pun tak pernah nak sentuh peribadi mana-mana pihak. Apa yang saya selalu tekankan ialah peripentingnya pemimpin itu mempunyai sifat-sifat kepemimpinan. Mereka boleh datang daripada kampung sekalipun, jika ada sifat-sifat kepemimpinan, maka boleh jadi Perdana Menteri.

Kalau ada kemampuan, ada kebolehan apa salahnya? Itu yang kita mahukan. Jadi kesempatan ini saya ingin mencabar orang-orang muda yang mempunyai semangat untuk menyelamatkan parti kita ini, yang ada keyakinan tidak kira sama ada memegang jawatan atau tidak dalam parti untuk menawarkan diri bertanding untuk memegang jawatan dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno. Sebabnya kita amat-amat memerlukan satu proses peremajaan dalam parti walaupun diperingkat MT Umno.

Saya cabar untuk mereka menawarkan diri supaya kita dapat kenal pasti siapa mereka untuk disokong. Kita nak tarik mereka naik. Lebih elok lagi jika dalam tawaran itu mereka nyatakan seperti saya bahawa mereka tidak berminat memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. Jadi itu sekali gus dapat menolak sebarang andaian bahawa mereka ini hanya nak merebut atau mengejar jawatan atau untuk kepentingan peribadi sahaja. Jadi kita mahu orang yang begitu ikhlas ingin membantu dan menyelamatkan parti.

Lebih elok jika yang berumur bawah 40an. Tidak kisah walaupun 20an. kerana sekarang ini kita sedang fikrkan bagaimana kita nak hubung semula dengan orang-orang muda. Jadi lebih baik kalau kita ada orang-orang seperti ini yang berjawatan dalam parti. Tak perlulah nak bertanding cawangan ataupun bahagian, terus sahaja ke MT, apa salahnya? Itu kita nak pecahkan tradisi kita, nak cuba buat satu perubahan.

Kita bercakap berani berubah, jadi kita perlu, berani berubahlah. Mesti betul-betul bawa perubahan kepada parti. Saya turut berbangga dengan sejarah Umno selama 62 tahun ini. Tetapi pada masa yang sama, orang lihat parti kita ini macam terlalu lama. Ini pandangan orang, saya tak fikir sebegitu. Jadi bagaimana kita nak meremajakan parti kalau tidak dengan diberikaan suntikan yang baru melalui penyertaan orang-orang muda dalam parti hingga ke peringkat MT.

Akhirnya, apakah harapan Datuk dalam pertandingan Ketua Pemuda kali ini?

MUKHRIZ:Untuk menang, untuk diberi kepercayaan dan disokong untuk menyelamatkan parti yang kita sayangi ini.

Oleh G.MANIMARAN
~MStar

Jumaat, 10 Oktober 2008

Kenapa Kita Mesti Berani Berubah? - Mukhriz Mahathir




Kenapa Kita Mesti Berani Berubah?

1. Kita akui bahawa pada hari ini UMNO ditempangkan akibat pelbagai kepincangan dan krisis kepimpinannya. Kepincangan-kepincangan ini telah menghakis sokongan orang Melayu khususnya, dan rakyat Malaysia amnya terhadap UMNO. Malah, keputusan PRU12 dan PRK Permatang Pauh boleh disimpulkan bahawa orang UMNO sendiri menolak calon-calon kita dengan menzahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan tidak keluar mengundi, merosakkan undi, atau lebih teruk lagi, mengundi pihak lawan.

2. Apabila saya mengumumkan penawaran diri saya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saya telah menggunakan slogan "Berani Berubah!" untuk menyemarakkan semangat pejuang di dalam diri Pemuda yang mahukan perubahan dalam ertikata yang sebenar. Saya mahu mencetus dan melahirkan sebuah generasi kepimpinan di dalam Pergerakan Pemuda UMNO yang peka dan responsif terhadap keperluan akarumbi. Saya amat berharap dapat melahirkan satu lapisan pemuda yang dinamik serta berdaya maju. Saya akui kenyataan-kenyataan saya sebelum ini adalah antara yang paling lantang apabila berlakunya perkara-perkara yang merugikan parti, atau apabila keputusan-keputusan pucuk kepimpinan tidak menepati citarasa dan aspirasi rakyat. Contohnya apabila Kerajaan membatalkan pembinaan jambatan antara Johor Bharu dan Singapura, juga terhadap ucapan dasar Presiden parti pada tahun 2006 tidak mengandungi intipati baru untuk kita jadikan panduan, serta terhadap keputusan PRU12 yang secara jelas mencerminkan rasa tidak puashati rakyat terhadap YAB Perdana Menteri, saya akan berkata-kata dengan benar demi kelangsungan UMNO dan rakyat Malaysia. Namun, setiap kali saya membuat kenyataan sedemikian, saya dianggap sengaja mencetuskan kontroversi. Ada pihak-pihak tertentu yang akan mendesak agar saya dikenakan tindakan disiplin, atau digantung keahlian, malah ada juga yang menggesa supaya saya dipecat dari parti.

3. Tetapi akhirnya, Alhamdulillah, tiada juga sebarang tindakan yang diambil ke atas saya walaupun saya terus bersuara lantang mengkritik pucuk kepimpinan dan keputusan mereka. Ugutan-ugutan bahawa tindakan akan diambil terhadap saya tidak langsung menakutkan saya daripada mengubah prinsip dan meneruskan pendekatan yang saya ambil selama ini. Kenapa?

4. Pada hemat saya, umum mengetahui bahawa apa yang saya perkatakan dan nyatakan tidak langsung melanggari Perlembagaan, peraturan dan/atau tataetika parti. Malah kita sedar bahawa lebih baik jika ada "check and balance" yang mengimbangi pelbagai kepentingan dalam parti bagi menguatkannya. Jika ada isu-isu semasa yang penting, lebih baik perbahasan berlaku di dalam parti daripada menjadi bahan yang digunakan oleh pembangkang mahupun rakyat untuk menghentam Kerajaan BN. Jika kita ikhlas mengkritik untuk kebaikan, saya percaya pembangkang akan kehilangan modal untuk menarik perhatian dan tidak lagi mampu untuk meraih simpati rakyat.

5. Sesungguhnya kepimpinan parti perlu sentiasa mendapatkan pandangan dari banyak pihak sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat. Malangnya seringkali kita lihat keputusan-keputusan dibuat seolah-olah tanpa mengambil kira pandangan-pandangan yang mampu membantu mereka membuat pertimbangan yang saksama dan matang. Contohnya begitu banyak laporan-laporan telah diserahkan kepada pucuk kepimpinan sebelum PRU 12 mengenai peluang kemenangan BN pada pilihanraya tersebut. Rata-rata laporan-laporan tersebut meramalkan situasi yang genting bagi BN, di mana kemungkinan besar lima negeri akan jatuh ke tangan pembangkang. Salah satu agensi Kerajaan telah melaporkan bahawa BN hanya akan dapat mempertahankan 138 kerusi di Parlimen. Kebetulan dengan keluarnya SAPP dari BN tempohari, laporan-laporan ini nampaknya kini menjadi kenyataan. Soalnya, kenapa laporan-laporan yang dikeluarkan oleh badan-badan yang bertauliah ini tidak diendahkan, dan sebaliknya laporan-laporan lain yang entah dari mana datangnya digunapakai sebagai sandaran? Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Inilah yang kita lihat terpampang di depan mata kita pada hari ini; UMNO tidak lagi dihormati, BN kehilangan kuasa mutlak, rakyat mempersoalkan integriti pemimpin dan pihak pembangkang meneguk di air keruh.

6. Sudah menjadi kelaziman kita berkeyakinan penuh dan tanpa soal menerima bahawa keputusan-keputusan penting yang dibuat oleh kepimpinan kita adalah berdasarkan kepada matlumat yang sahih, dan strategi yang berkesan. Tetapi dengan timbulnya pelbagai isu yang berkait rapat dengan kepincangan keputusan Kerajaan sekarang, rakyat sudah merasa gusar dan keyakinan mereka terhadap Kerajaan semakin terhakis. Bagaimana dapat kita mengatasi masalah ini? Sudah tentu caranya ialah dengan meletak pemimpin yang dipercayai dan berkebolehan di jawatan-jawatan tinggi parti dan Kerajaan. Di sinilah terletaknya peranan kita sebagai ahli UMNO di musim pemilihan ini.

7. Dalam keadaan UMNO dan BN menghadapi situasi politik yang seolah-olah telur dihujung tanduk, pemimpin tidak wajar hanya berusaha mengekalkan jawatan sendiri dengan mencadangkan agar jawatan-jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi. Walaupun perkara ini pernah diamalkan sebelum ini, keadaannya amat berbeza. Dulu pemilihan UMNO seringkali dijalankan sebelum PRU. Bagi memastikan UMNO dan BN kuat bagi menghadapi Pilihanraya Umum, maka jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan. Tetapi selepas PRU 12 keahlian UMNO, orang Melayu dan rakyat Malaysia menuntut perubahan. Jika UMNO dan BN tidak berubah sudah tentu perubahan yang dituntut mereka akan dipenuhi oleh pihak pembangkang. Itulah sebabnya UMNO mesti berani berubah. Sikap tidak peduli dan sambil lewa akan mengundang badai yang jauh lebih teruk dari tsunami politik yang telah melanda kita Mac lepas. Krisis kepimpinan yang UMNO hadapi pada hari ini tidak akan terbaiki dengan sendirinya. Kita sendiri mesti membetulkan di mana yang silap. Jika kita tidak berani untuk merubah, maka tiada perubahan akan berlaku. Kita mesti berani menolak sebarang usaha untuk menidakkan hak kita untuk memilih pemimpin. Kita mesti berani menguasai keadaan jika ada taktik-taktik untuk menyekat suara akarumbi di dalam Mesyuarat-mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dilakukan sesetengah pihak. Kita mesti berani mencalonkan tokoh-tokoh yang berwibawa, yang akan memberi kekuatan kepada parti. Kita mesti berani melawan sebarang usaha untuk mencemarkan proses demokrasi melalui rasuah politik yang menggunakan wang ringgit, ugutan mahupun imbuhan dalam berbagai bentuk. KITA MESTI BERANI BERUBAH!

8. Janganlah kita sekadar batuk ditepi tangga - merungut mengenai keadaan yang tidak menentu tapi tidak lakukan sesuatu untuk memperbaikinya. Sekiranya kita terus takut kepada perubahan, maka percayalah, ahli UMNO yang seramai 3.5 juta akan disingkirkan daripada arus perdana pemerintahan negara apabila rakyat memberi mandat yang lebih besar kepada pembangkang di Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Sesungguhnya, Allah SWT telah berfirman bahawa Ia tidak akan mengubah nasib sesuatu masyarakat itu kecuali masyarakat itu berusaha mengubahkannya. Maka pemilihan inilah satu-satunya peluang yang tinggal bagi ahli-ahli UMNO membawa perubahan yang akan menyelamatkan parti. Saya harap Saudara bersama saya dalam perjuangan ini.



BERANI BERUBAH!
Mukhriz Mahathir
24.09.08

Khamis, 9 Oktober 2008

5 BULAN - 5 JAHANAM

CEMERLANG-GEMILANG-TERBILANG-TEMBERANG
5 inisiatif Abdullah termasuk tubuh 3 suruhanjaya sebelum bersara

Sebelum melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno Mac depan,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu melaksanakan lima inisiatif termasuk menubuhkan tiga suruhanjaya.

Ketiga-tiga suruhanjaya yang dimaksudkan Abdullah ialah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Aduan Khas.

Jelas Abdullah, badan kehakiman perlu memperkukuhkan kedudukan dan kredibilitinya di mata rakyat.

"Saya akan membawa rang undang-undang ke Parlimen bagi menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Suruhanjaya ini akan diberi mandat untuk mencadangkan pelantikan para hakim dengan cara yang telus," katanya.

Apa pula kata YAB Tun Dr Mahathir Mohamad tentang inisiatif untuk menubuhkan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman di dalam posting terbarunya di chedet.com. yang bertajuk 'ZAID IBRAHIM THE DE FACTO MINISTER OF JUSTICE' :


3. The moment Zaid was appointed he went to town. Apparently without bothering to consult the Cabinet or the Prime Minister he publicly proposed so-called legal and judicial reforms. He proposed that judges should be appointed by a panel on which sit several members of the Bar Council. He did not think it odd that members of the bar would in the course of their work be facing the judges they appointed. I suppose he thinks that it will be alright because gratefulness is not a Malaysian value.

4. It would seem that his Cabinet colleagues were not happy with his proposal as well as his failure to inform the Cabinet about this major change. Since it is the Agong who will appoint the judges his idea might not be welcome by the Agong or the Rulers' Council.

5. In the past if the candidate was rejected by the Agong only the Prime Minister would know about it. But with Zaid's proposal rejection by the Agong can result in a public scandal.

6. The Bar Council would want to know why. If the explanation is not forthcoming then the Bar will organise a forum to debate whether their candidate can be rejected by whomever. The findings of such a debate would show that no one, absolutely no one can reject the Bar with impunity.


Kenyataan Tun Dr Mahathir ini menjelaskan kepada kita hubungan sebenar Perdana Menteri dengan Yang DiPertuan Agong dan Bekas Yang DiPertuan Agong sehingga berlaku permasalahan ketika perlantikan Menteri Besar Terengganu dan Menteri Besar Perlis selepas PRU12 yang lalu.

Namun kata Pak Lah, "Tempoh saya sebagai Presiden Umno akan tamat pada bulan Mac 2009. Namun, ada beberapa inisiatif yang saya ingin laksanakan sebelum saya menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada bakal pengganti saya."

"Inisiatif-inisiatif ini adalah penting untuk membolehkan negara kita terus melangkah maju. Inisiatif-inisiatif ini akan memperbaiki daya saing negara dan membolehkan Malaysia mengharungi cabaran-cabaran luaran yang pasti mendatang," katanya.

Apakah benar inisiatif yang dimaksudkan oleh Pak Lah mampu membolehkan negara kita terus melangkah maju, meningkatkan daya saing dan mengharungi cabaran-cabaran luaran? Apa yang pasti, Malaysia di era Pak Lah bukan bergerak ke hadapan tetapi kepimpinan Pak Lah telah membantutkan sasaran untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 seperti yang telah digariskan oleh Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Wawasan 2020.

Buktinya, Pak Lah mengakui melalui kenyataannya, "Hakikatnya, kita telah sama-sama melihat bahawa keharmonian hubungan antara kaum dan agama semakin merosot dan terhakis. Pelbagai isu telah dibangkitkan yang berupaya meretak dan menghancurkan perpaduan yang telah kita jalin sekian lama, yang kita banggakan selama ini."

"Isu-isu ini perlu kita depani dengan bijak dan matang, melalui dialog; tangani isu-isu ini secara konstruktif dan adil; bagi memastikan rakyat dapat memahami isu-isu ini dengan jelas, tanpa sebarang keraguan; dan berikan fokus kepada aspek-aspek yang menyatukan kita dan bukannya aspek-aspek yang makin memecah-belahkan kita semua," katanya.

Nasihat oleh Pak Lah ini adalah nasihat yang tidak adil oleh seorang yang telah gagal malah penyebab kepada semua kepincangan yang telah berlaku. Kerosakan telah pun berlaku. Pak Lah tidak layak untuk memberikan nasihat seolah-olah orang lain yang telah melakukannya padahal kerosakan itu adalah berpunca dari sikapnya yang kononnya mengamalkan apa yang dibanggakannya sebagai 'Telus & Terbuka'.

Pada ketika ini, orang yang layak memberikan nasihat adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, Negarawan yang telah berjuang penuh gigih meletakkan negara pada landasan yang begitu kukuh untuk menjadi negara dan bangsa yang maju. Selama 22 tahun usaha dan penat lelah tanpa mengenal jemu Tun Dr Mahathir, Pak Lah hanya mengambil masa kurang dari 4 tahun untuk memporak perandakan segala yang telah direncanakan selama ini.

Bagi saya, puncanya adalah kerana kesombongan pemimpin dan keghairahan untuk menidakkan jasa pemimpin terdahulu. Menafikan sistem terbaik yang telah terbukti yang menjadi amalan selama ini.

Walau bagaimana pun, yang lepas telah pun berlalu. Rakyat Malaysia harus memandang ke hadapan. Desakan harus diteruskan agar Pak Lah berundur segera, sekarang. Kita tidak boleh memberikan tambahan masa 5 bulan yang akan datang untuk Pak Lah meneruskan kerosakan yang lebih besar. Bencana yang lebih besar. UMNO harus menghalang Pak Lah melaksanakan 'inisiatif-inisiatif' yang akan menghuru-harakan negara lagi.

Kepada Datuk Seri Najib, kesilapan yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri ini harus dijadikan sempadan dan tauladan. Tidak ada salahnya mengguna pakai pandangan dari bekas pemimpin yang telah terbukti berjaya memacu kemajuan kepada negara sehingga dikagumi di peringkat antarabangsa.

Walaupun kita tidak gemar dengan Singapura, namun tindakan melantik bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew sebagai Menteri Mentor mungkin ada kebaikkannya. Dalam usia 80an, Tun Dr Mahathir tidak ada agenda politik yang tersembunyi untuk dicurigai. Beliau melepaskan jawatannya tanpa paksaan. Malah rakyat yang menangisi persaraannya. Mungkin jawatan Menteri Mentor sesuai baginya untuk terus memberikan pandangan demi kebaikan negara. Persepsi rakyat akan bertambah baik kepada Najib dan kerajaan sekiranya Tun Dr Mahathir diletakkan pada kedudukan yang sesuai dan terhormat, tidak seperti yang telah dinafikan oleh Pak Lah sebelum ini.

Selepas Mac, adakah pejabat Pak Lah juga di Yayasan Kepimpinan Perdana ???

Pak Lah, Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang telah gagal itu terus memberi nasihat (atau berleter lagi), tanpa rasa malu, katanya :

"Ini sememangnya satu usaha jangka panjang yang saya harap dapat saya mulakan dan akan terus saya berikan sumbangan bagi memastikan kejayaannya," katanya. "Saya ingin menyerahkan kepada bakal pengganti saya, Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu untuk berhadapan dengan sebarang cabaran ekonomi global; Malaysia yang tidak mengira atau memandang miskin atau kaya, tua atau muda, di bandar atau di desa, utara atau selatan, apatah lagi kaum atau agama; melainkan peraduan dan keharmonian."

Jelas beliau, ini bukan masanya untuk kita berbalah sesama sendiri atau untuk kita berpolitik secara sempit.

"Ini adalah masa untuk memperkukuhkan peraduan dan kerjasama antara kita Ini adalah masa untuk kita meletakkan kepentingan negara di hadapan, mengatasi segalanya," katanya lagi. (Bukan meletakkan kepentingan keluarga sehingga semuanya beres dijangka pada Mac depan ????)

Rabu, 8 Oktober 2008

BERITA SEPARUH GEMBIRA - "I will not contest in the Umno elections,"

Sebahagian Besar Masalah UMNO Akan Pergi Bersama Mereka Kerana Merekalah Masalah Besar Itu

PM will not defend Umno post

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will not defend his Umno presidency in the party polls next March, paving the way for his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak.

"I will not contest in the Umno elections," he told reporters after a Barisan Nasional Supreme Council meeting at the Putra World Trade Centre here on Wednesday.

"I do not want a divided party, or a divided government," he said.

Abdullah also told reporters that he would "stay on as Prime Minister" till March. (Untuk apa ???)

He also outlined several initiatives he wanted to see implemented before he leaves. These will be tabled in Parliament by the end of the year, he said.

They involve his on-going commitment to reforming the judiciary; an anti-corruption Bill to give more clout to combat corruption; and the special complaints commission to revamp the police force. (Nak bagi masa lagi 5 bulan untuk dia teruskan kerja merosakkan negara ???)

By tradition, the Umno president and deputy president become the prime minister and deputy prime minister respectively. Najib is expected to run for president, and if he wins, would become the nation’s sixth prime minister.

Abdullah also said he would discuss handing over the prime minister's post to Najib after the Umno elections.

"I know I've not been doing well; it's time for someone else to take over," he said, adding that Barisan leaders have received the news well.

He said that he believes that other Barisan leaders would accept Najib as his successor and that the latter would win the Umno polls.

He added that he would not pick a deputy for his successor Najib.

Abdullah had said after a special Umno supreme council meeting that he would decide by Oct 9 whether he would defend his party presidency.

At the meeting, it was also decided that the Umno general assembly and supreme council elections, scheduled for Dec 16 to 20, will be postponed to March next year to facilitate an early transition of power from Abdullah to Najib.

Abdullah also said that the original June 2010 plan to hand over power as Prime Minister and Umno president was now off.

"We are talking about an earlier transition, so the 2010 plan does not arise any more," he had said.

Earlier on Wednesday, groups of supporters gathered outside the Umno headquarters here ahead of Abdullah’s meeting with the supreme council.

The supporters claimed to be from Umno divisions in Perak and Johor, as well as various non-governmental organisations.

Abdullah arrived at about 3.36pm to shouts of “Hidup Pak Lah” (Long live, Pak Lah).

Supporters were also heard shouting for Abdullah to follow the transition plan instead of stepping down now.

The supporters gathered outside the Umno building were holding banners which read “Hidup Pak Lah”, “Hormati Peralihan Kuasa” (Respect the transition of power) and “Elak Perpecahan party” (Avoid splitting the party).

There has been a lot of dissatisfaction within Barisan after the March 8 general election, which saw the ruling coalition lose its two-thirds majority in Parliament, as well as ceding control of five states to the Pakatan Rakyat opposition alliance.

Large portions of the Umno grassroots, as well as many leaders, have been clamouring for a leadership change.

His career

Abdullah’s political career began in 1978 when he resigned as the deputy secretary-general of the Culture, Youth & Sports Ministry to successfully contest for the Kepala Batas parliamentary seat.

Following the victory he was appointed Parliamentary Secretary to the Federal Territory Ministry.

He became Kepala Batas Umno division chief in 1979 and won a seat in the Umno supreme council two years later. He was Umno vice-president for two periods – from 1984 to 1990 and again from 1996 to 2001.

In May 2000, he became Umno deputy president and on Sept 23, 2004, Abdullah won uncontested the Umno president’s post.


ABDULLAH’S UMNO CAREER

Sept 23, 2004: Won uncontested as Umno President

May 2000: Umno deputy president

1998: Chairman of Penang Umno state liaison committee

1996 - 2001: Umno vice-president

1993 - 1996: Umno supreme council member

1990: Head of Umno delegation to the National Economic Consultative Committee/ Chairman of the Committee on the Restructuring of Society

1984 - 1990: Umno vice-president

1981: Umno supreme council member

1979:- Bertam Umno branch chief

1979: Kepala Batas Umno division chief

1978 to present: Kepala Batas MP

More on his profile at the PM's Office website here:

His full statement:

PRESS RELEASE FROM YAB PERDANA MENTERI

1. I have been in public service for over 45 years. I have served this country as a civil servant, and as an elected representative of the people. I have served as a member of government and feel blessed to serve in the highest office in the land. I have seen this country grow from a small, poor nation into the modern, prosperous Malaysia that we live in today.

2. Despite our successful track record, for the past few years I have firmly believed that our nation is standing at an historic crossroads. We must reform some elements of our nation, we must evolve and mature, or we risk losing all that we have gained in over 50 years. Throughout this time of reform and transformation, we Malaysians need to be united now more than ever before.

3. In all my years of service, I have always been guided by my conscience. I have always placed the interests of the nation above all else. It is with this in mind that I announce I will not stand for the Presidency of UMNO. I do not want a divided party and governing coalition, but one that is united and harmonious. A united Barisan Nasional is vital in order for the country to face the global challenges ahead and for Malaysia to become a fully developed nation, with prosperity and fairness for all.

4. My current term as President of UMNO ends in March next year. There are several initiatives I intend to see through before I leave office. These initiatives are important because they are necessary to move our country forward. These initiatives are needed to regain our country's competitiveness. They are necessary to enable our nation and our society to face the challenges that the world has in store for us. I ask all Malaysians to unite and join me in working towards making Malaysia a better place. 5. First, our institutions need to be reformed and strengthened.

i) The judiciary needs to enhance its stature and credibility in the eyes of the public. Before I end my term, I will table a Parliamentary Bill to establish a Judicial Appointments Commission. Such a Commission will propose judicial appointments in a transparent and merit-based manner.

ii) We also need a strong and effective anti-corruption body that can combat the cancer of corruption without fear or favour. Before the end of the year, I will table a Parliamentary Bill to establish the Malaysian Anti-Corruption Commission, with greater powers of investigation and enforcement. The Commission's oversight structure has been modelled after the successful ICAC in Hong Kong.

iii) I also intend to complete the establishment of a Special Complaints Commission to enhance the integrity and effectiveness of enforcement agencies. 6. Second, I have long spoken about the need to ensure that the fruits of growth are more equitably distributed. In the recent Budget, I explained the government's commitment to strengthening and enlarging the Social Safety Net. We will speed up work on this front to help poor and disadvantaged Malaysians, regardless of background, race or religion. I will also work to ensure that tangible results can begin to be enjoyed in Iskandar, as well as the development corridor initiatives around the country.

7. Third, I would like to see the Government and Barisan renew their commitment towards building a united and harmonious nation. Society has seen an alarming decline in inter-racial and inter-religious relations. Various issues have cropped up which threaten to tear the very fabric of Malaysian life. We need to tackle these issues head-on, through dialogue; deal with the issues constructively and even-handedly; ensure greater clarity and certainty for the people; and focus on the points that unite us, rather than the points that divide us. For this reason, I will convene a BN Convention early next year. This is a long-term effort that I hope to kick-start and continue to contribute towards.

I fully intend to see through my mission, and I am sure that my successor will carry on this agenda. I want to hand over to my successor a Malaysia that is capable of weathering the challenges of a dangerous global economy, a Malaysia not of rich and poor, of young and old or of the city or the kampung (village), not of south and north, and not of one religion or another but of unity and harmony. This is not the time for infighting and narrow politics but for greatness, unity and cooperation.

PAK LAH, JANGAN TINGGAL DAKU...

30 NGO berkumpul di kediaman rasmi PM

PUTRAJAYA: Lebih 30 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di depan pekarangan kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, di sini, sejak awal pagi ini bagi menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mereka yang berkumpul sejak jam 7.15 pagi adalah terdiri daripada Alumni Kelab Umno Luar Negara, Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti (PERKIP) dan Pekida.

Abdullah dijadual menyatakan pendiriannya sama ada mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno pada pemilihan Mac depan ketika mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 3.30 petang ini

~MataHati~: Depa semua tahu perangai PM kita ni... tak boleh kena bodek sikit... Dulu di Johor kena desak serah kuasa - dia kata ok ok. Lepas tu pergi Kelantan kena tee-up dgn Anwar Musa yang baru dapat Tan Sri - terus kata akar umbi masih mahu dia jadi PM.

Sebab itu dia mintak masa untuk umum... biar sempat KJ atur & bayar orang untuk demo kat depan rumah dia... dalam poket lah semua tu...

20 KETUA UMNO BAHAGIAN YANG MAHU UMNO TERUS BERKUBUR


Ketua bahagian jumpa Abdullah

08/10/2008 12:11am

PUTRAJAYA 7 Okt. – Lebih 20 ketua UMNO bahagian dari Pulau Pinang, Perak dan Kedah menemui Perdana Menteri malam ini dipercayai bagi memberi sokongan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mempertahankan jawatan presiden parti pada pemilihan Mac depan.

Pemimpin-pemimpin UMNO dari tiga negeri tersebut kelihatan mula memasuki kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana pada pukul 8 malam dan masih berada di sana sehingga tengah malam ini.

Antara yang kelihatan ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Abdul Rashid Abdullah dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Hilmi Abdul Rashid. – Utusan.

~MataHati~ : Inilah yang dikatakan mendahulukan kepentingan sempit pribadi dari perjuangan meneruskan kelangsungan UMNO itu sendiri.

Selasa, 7 Oktober 2008

CheDet.Com FC BERHARI RAYA BERSAMA TUN M


Isnin, 6 Oktober 2008

UMNO MASIH RELEVAN

Ahad, 5 Oktober 2008

GELOMBANG PEMULIHAN UMNO BERMULA


Umno Besut umum calon

JERTIH: Umno Bahagian Besut akan mencalonkan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Umno pada mesyuarat perwakilannya pada 11 Oktober ini.

Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata cadangan itu dibuat oleh sebahagian besar perwakilan yang akan menghadiri mesyuarat bahagian.

Bagi jawatan Ketua Pemuda Umno, katanya, pergerakan bahagian itu akan mencalonkan Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun pada mesyuarat perwakilan Pemuda pada 10 Oktober.

Sementara itu, semua jawatan utama dalam Umno Bahagian Besut iaitu ketua, timbalan dan naib tiada pertandingan selepas pengesahan calon ditutup kelmarin.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih menang tanpa bertanding, manakala jawatan timbalan bakal diisi Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad selepas penyandang jawatan yang juga Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr Abdullah Md Zin menarik diri.

~MataHati~: Apa yang pernah saya tulis sebelum ini tentang kesediaan Najib untuk menerima pencalonan Presiden dan Muhyiddin untuk Timbalan Presiden sudah hampir bermula untuk menjadi kenyataan. Awan cerah kembali menyinari UMNO. Sama-samalah kita bergerak seiring dengan perubahan yang bakal membersihkan sebahagian besar masalah UMNO. Diharap tidak ada lagi 'pemikiran azalina' @ 'pembodek' yang masih ingin menoleh kebelakang. Cukuplah segala korupsi yang telah berlaku selama ini yang menjadi kemarahan rakyat. UMNO harus memulihkan pandangan rakyat.

Pengunduran Pak Lah harus diikuti bersama dengan pengunduran 'Menteri-Menteri Kabinet Lantikan KJ'. Jika tidak, masalah terbesar UMNO iaitu Menantu Perdana Menteri yang berkuasa ke atas sebahagian Menteri Kabinet & Setiausaha Politik Menteri tidak akan dapat disingkirkan dan ini akan mengganggu proses pemulihan yang mempunyai waktu yang amat singkat sehingga PRU13 akan datang.

Najib sememang telah tahu siapa Menteri-Menteri Kabinet Lantikan KJ itu...

HINDRAF : KERAJAAN PENTINGKAN POLITIK DARI KESELAMATAN RAKYAT


Bertindak tegas elak Hindraf jadi lebih agresif

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Kerajaan digesa bertindak tegas terhadap Hindu Rights Action Force (Hindraf) bagi mengelakkan anggota pertubuhan haram itu menjadi lebih agresif ekoran tindakan keterlaluan mereka.

Dekan Pasca-Siswazah dan Penyelidikan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, kerajaan perlu melakukan sesuatu sebelum kumpulan itu bertindak lebih agresif.

Pengalaman beberapa kumpulan pelampau agama yang menjadi militan sebelum ini, katanya, harus dijadikan contoh.

"Kerajaan tidak perlu bertolak ansur dengan Hindraf memandangkan ia sebuah kumpulan haram yang bergerak atas dasar perkauman sempit dan membuat pelbagai dakwaan," kata Mohamed Mustafa kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan anggota Hindraf 'menyerbu' di Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Rabu lalu.

"Kumpulan itu memperjuangkan isu-isu politik berlandaskan satu agama dan satu kaum,'' jelasnya, sambil menambah matlamat tersebut berbahaya kepada hubungan kaum di negara ini.

Mohamed Mustafa memberitahu, sebelum ini kerajaan telah mengharamkan dan bertindak tegas ke atas beberapa kumpulan pelampau agama.

Justeru, kata beliau, tindakan yang sama perlu diambil terhadap Hindraf.

"Kadang-kadang manusia lupa kepada sejarah dan menuduh kerajaan tidak demokratik sedangkan kumpulan seperti Hindraf mempunyai saluran dan cara yang sah untuk membuat aduan dan rayuan," katanya.

Semalam, ketika mengulas kes penyokong Hindraf di PWTC, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi amaran kepada para pemimpin pertubuhan itu supaya "jangan melakukan provokasi yang melampau dan menakutkan."

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kumpulan pelampau baik Islam mahupun bukan Islam.

Menurut beliau, tindakan Hindraf tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat dan kaum lain.

"Anggota kumpulan itu perlu berhati-hati sebelum berlaku sesuatu yang hanya akan merugikan mereka akibat daripada perbuatan menimbulkan keadaan yang boleh menjurus kepada huru-hara dalam negara," katanya.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Datuk S. Subramaniam pula meminta Hindraf menggunakan pendekatan perbincangan dan perundingan untuk mendapatkan sesuatu daripada pihak kerajaan.

Menurutnya, sewaktu menjadi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dahulu, beliau mengamalkan cara rundingan dengan kerajaan untuk membincangkan apa juga masalah yang dihadapi.

"Apa yang diperoleh di meja rundingan bergantung kepada kebijaksanaan kita merundingkan perkara itu," jelasnya.

Bagi Suhakam pula, tegas beliau, pihaknya hanya melihat isu 68 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari sudut hak asasi manusia.

Kata beliau, Suhakam akan menggunakan meja rundingan bagi menjaga kebajikan mereka yang ditahan di bawah ISA.

Jumaat, 3 Oktober 2008

HINDRAF : KALINGGAM YANG TERLAMPAU


HINDRAF KETERLALUAN

Oleh NOR ZAINAH NORDIN
KUALA LUMPUR 2 Okt. – Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam mengutuk keras dan menyifatkan perbuatan sekumpulan penyokong Hindraf menimbulkan kekecohan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet Islam sebagai keterlaluan, biadap dan menghina kesucian 1 Syawal.

Sambil membayangkan tindakan pertubuhan haram itu didalangi individu tertentu dengan tujuan menghancurkan perpaduan negara, mereka meminta kerajaan bertegas dan tidak melayan tekanan daripada kumpulan yang mengambil kesempatan atas kemurahan hati kerajaan.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, perbuatan kumpulan berkenaan adalah menghina perayaan besar umat Islam, tidak bertamadun dan tidak bertanggungjawab.

Beliau mempersoalkan tujuan mereka menimbulkan kekecohan dalam suasana Perdana Menteri dan rakyat jelata meraikan 1 Syawal, seolah-olah cuba memberi gambaran negatif bahawa mereka langsung tidak mendapat peluang bertemu Perdana Menteri pada hari lain.

Katanya, insiden itu dikhuatiri didalangi pihak-pihak tertentu dengan mempergunakan suasana perayaan dan kehadiran wakil kedutaan asing untuk mengganggu serta memberi imej buruk kepada negara luar.

Beliau berkata, kejadian itu bukan menunjukkan perjuangan tulen tetapi mengambil kesempatan merosakkan imej negara selain memberi gambaran seolah-olah Malaysia tidak mengamalkan budaya tolak-ansur.

“GPMS meminta kerajaan supaya jangan melayan mereka kerana Hindraf bukan pertubuhan sah. Mereka patut dikenakan tindakan, tidak kisah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau undang-undang lain.

“Biar ia menjadi pengajaran. Tidak pernah berlaku insiden sebegini dalam sejarah 50 tahun kita merdeka. Ini perbuatan berani tidak bertempat dan dipengaruhi demonstrasi jalanan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas perbuatan sekumpulan penyokong Hindraf menimbulkan kekecohan pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Tanpa mempedulikan peraturan, mereka bertindak mendahului barisan pengunjung lain yang sudahpun beratur untuk memasuki dewan sejak pukul 10 pagi. Walaupun timbul kekecohan, mereka dibenarkan memasuki dewan atas semangat hari raya.

Menurut saksi, kumpulan itu mula memotong barisan orang ramai menjelang tengah hari untuk menyerahkan patung beruang dan kad hari raya yang mereka dakwa mengandungi 300 tandatangan bagi mendesak pembebasan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.

Sementara itu, The Star Online memetik kenyataan K. Shanti, isteri kepada Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy bahawa isi kandungan kad raya yang diserahkan meminta Perdana Menteri membebaskan beberapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.

“Mesej kami ialah kami mahukan hero-hero kami dibebaskan. Ini adalah rumah terbuka dan kami boleh datang, jika kami mahu. Semasa hari raya ini, kita sepatutnya bermaaf-maafan.

“Jadi, kami memaafkan dosa-dosa UMNO terhadap komuniti India. Kami hanya mahu tahanan Hindraf dibebaskan,” kata Shanti.


Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, kumpulan itu mengambil peluang suasana rumah terbuka untuk menonjolkan isu yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara lain.

Katanya, perbuatan itu tidak kena pada masanya iaitu ketika sambutan Aidilfitri bagi meraikan kemenangan umat Islam menjalani ibadat puasa dan merapatkan hubungan sesama rakyat.

“Mereka tidak menghormati orang Islam yang merayakan Aidilfitri,” ujarnya.



Pengerusi Persatuan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, perbuatan penyokong Hindraf itu sepatutnya membuka mata rakyat tentang siapa sebenarnya kumpulan yang disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

“Kita selalu memikirkan orang lain dan tidak mengambil kira perasaan sendiri. Mereka sudah melampau dan tidak prihatin kepada suasana 1 Syawal yang menjadi perayaan besar umat Islam,” katanya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Pribumi Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Hindraf adalah pertubuhan haram yang semakin mencabar undang-undang serta nampak bersedia menimbulkan kekecohan tanpa mengira tempat dan keadaan.

Katanya, Hindraf langsung tidak mempedulikan dan menghormati perayaan besar umat Islam menyambut 1 Syawal.

Timbalan Presiden MBM, Datuk Idris Haron pula menganggap Hindraf dan pihak yang mendalangi kumpulan itu sebagai pengkhianat kepada perpaduan kaum di Malaysia.

Beliau yang juga Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) berkata, perbuatan mereka cuba menguji kesabaran orang Melayu dan kerajaan serta berniat mahu menghancurkan negara dan perpaduan yang dibina lebih 50 tahun lalu.

“Kita perlu siasat siapa dalang mereka dan beri peringatan keras supaya mereka tidak terus mencuba mencetuskan ketidakseimbangan sosial negara” tegasnya.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Helmi Ismail pula berkata, perbuatan kira-kira 1,000 anggota kumpulan itu langsung tidak kena pada tempatnya dan keterlaluan kerana mengganggu majlis rasmi yang dianjurkan oleh pemimpin kanan negara.

Katanya, selain itu, tindakan kumpulan itu yang sering menggunakan kanak-kanak sebagai barisan hadapan setiap kali demonstrasi diadakan adalah tindakan pengecut.

~MataHati~ : Di manakah ketegasan Polis di dalam mengawal keselamatan ??? Mengapa Kerajaan 'melayan' sebuah pertubuhan Haram yang tidak berdaftar ??? Mengapa ??? Adakah kerana dasar 'keterbukaan' Pak Lah yang telah melahirkan bermacam pertubuhan haram & akhirnya tidak dapat dikawal lagi sehingga mengganggu keselamatan negara.

Khamis, 2 Oktober 2008

APA DAH JADI PADA 16 SEPTEMBER

Khamis, 25 September 2008

SURUHANJAYA DIRAJA MAKANAN ANJING


Theresa Kok ketika mengadakan Sidang Akhbar selepas dibebaskan dari tahanan ISA mendakwa diberikan makanan yang lebih baik sedikit dari 'makanan anjing'.

Bukankan 'Anjing' sepatutnya diberikan makanan anjing. Mengapa Kerajaan memberi makanan yang lebih baik sedikit dari makanan anjing kepada seekor 'Anjing'.

Kerajaan Abdullah sering melakukan kesilapan atas alasan untuk lebih terbuka dan hadhari, sehingga 'Anjing' pun ingin diberikan makanan yang lebih baik sedikit dari makanan anjing. 'Anjing' tetap 'Anjing'. 'Anjing' tetap akan komplen walaupun diberikan makanan yang serupa untuk Abdullah sendiri pun. Sebab 'Anjing' ini serupa Iblis yang kerjanya Membangkang dan Komplen selagi matlamatnya tak tercapai.

Menteri pun ada bodohnya juga. Dengar komplen dari 'Anjing' terus melatah. Hebuh nak siasat. Lebih baik tubuhkan 'Suruhanjaya Siasatan DiRaja Makanan Anjing'. Kalau dah makanan Tahanan ISA sama dengan makanan Abdullah, rasanya tak muat seluar dan baju Raja Petra bila keluar nanti. (Orang ni tak payah keluarkan pun tak per.... jenis TB (takut bini) ni susah.)

Datuk Ibrahim Ali mendakwa sihat walafiat ketika berada dan keluar dari ISA dulu.

Saya cadangkan kepada Kerajaan supaya menjemput mereka yang menentang ISA termasuk Pemimpin-Pemimpin Pembangkang dan tak lupa juga Majlis Peguam untuk melawat dan menziarahi Kem Tahanan ISA di Kemunting. Satu lawatan dicadangkan selama 2 hingga 4 tahun.

InsyaAllah, mereka ini semua akan tahu keadaan sebenar di Kem Tahanan ISA dan akan menyokong kewujudan ISA seperti yang Datuk Ibrahim Ali lakukan sekarang.

Orang yang pertama dan harus mengetuai lawatan 2 hingga 4 tahun ke Kem Tahanan ISA Kemunting ini adalah Anwar Ibrahim Si Penggila Kuasa itu.

Isnin, 22 September 2008

ALHAMDULILLAH,SEMAKIN RAMAI YANG PUSING

Mereka ini dahulunya begitu bangga melaungkan CEMERLANG GEMILANG TERBILANG. Di T-Shirt, di cermin kereta, di rumah dan pejabat, di sekolah, semuanya terpampang CEMERLANG GEMILANG TERBILANG. Sedikit Pak Lah - Sedikit Pak Lah. Kini mereka sudah ada cogankata baru TEMBELANG TEMBERANG TERAJANG.

YB Dr Mohd Puad Zarkashi - Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat
Ketua- ketua UMNO bahagian meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu supaya tidak mengabaikan keresahan di peringkat akar umbi berhubung isu peralihan kuasa pucuk pimpinan UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sekiranya keresahan dan pandangan ahli diketepikan, gelombang di peringkat akar umbi dikhuatiri akan membahayakan parti.

Katanya, akar umbi tidak lagi boleh berdiam untuk menyatakan pendirian bahawa merekalah yang sepatutnya berhak memutuskan soal pimpinan dalam parti.

Beliau percaya pada mesyuarat bahagian kali ini, akar umbi akan bertindak berani menyatakan pendirian mereka mengenai calon yang mereka fikir wajar dijadikan pemimpin.

"Jika ini berlaku, kita tidak dapat menahan arus ini. Apa pun janji yang kita buat, ia tidak akan dapat mengubah pendirian mereka," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Puad berharap MT UMNO akan mengambil kira pandangan ahli-ahli supaya tidak berlaku pertembungan yang hebat dalam parti.

Beliau berkata, barisan kepimpinan UMNO perlu lebih terbuka, bersikap jujur serta realistik tentang pandangan dan keresahan ahli-ahli di peringkat akar umbi.

Katanya, mereka tidak harus mengeluarkan kenyataan untuk menyedapkan hati, seolah-olah semuanya baik sedangkan di peringkat bawah ahli-ahli UMNO resah dan bimbang.

"Bahaya jika parti bersikap tidak realistik kerana kesannya seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-12 boleh berulang," katanya.

===============================

Datuk Saifuddin Abdullah _ Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi

Sementara itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, UMNO perlu memberi suara yang lebih kepada akar umbi untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung dasar-dasar parti.

Katanya, setelah enam bulan mengharungi kesan buruk Pilihan Raya Umum Ke-12, sudah tiba masanya UMNO melakukan perubahan tersebut.

"Kebetulannya isu sekarang ialah peralihan kuasa dan pada saya, inilah detik permulaan yang sangat penting.

"Jika dalam keadaan 'sakit' sebegitu pun UMNO masih enggan mendengar pandangan akar umbi, ia akan menghadapi masa depan yang sukar," katanya.