Sabtu, 31 Januari 2009

UMNO DIHINA DI ERA 'PRESIDEN GAGAL'



Nik Aziz anggap UMNO pokok hampir mati

30/01/2009 4:15pm

KOTA BAHARU 30 Jan. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perkembangan dalam UMNO sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.

Katanya kalau diibaratkan sebatang pokok, UMNO kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.

“UMNO kini tiada daya tarikan atau `graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama Pas,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini hari ini.

MataHati~ UMNO yang telah memerdekakan negara ini dari penjajah. UMNO yang menjadi teras Kerajaan telah berjaya mengisi kemerdekaan sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang disegani. Hanya kerana seorang Presidennya yang gagal memimpin, UMNO kini dihina. Dihina oleh bekas parti serpihannya sendiri.

Di manakah letaknya maruah pemimpin-pemimpin UMNO yang masih mempertahankan 'Presiden Gagal' Abdullah Bin Ahmad. Mengapakah UMNO terus merelakan satu demi satu kerosakan dilakukan oleh 'Presiden Gagal' Abdullah Bin Ahmad.

'Presiden Gagal' Abdullah Bin Ahmad adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan UMNO dihina. 'Presiden Gagal' Abdullah Bin Ahmad adalah individu yang akan dikutuk kerana menyebabkan UMNO dihina. Kerana jika UMNO terhina maka sebenarnya Melayu juga akan terhina.

Bangkitlah UMNO. Singkirkan 'Presiden Gagal' itu beserta anak, menantu dan kroni mereka. Binalah UMNO yang baru. UMNO yang bermaruah. UMNO yang mampu mengembalikan kemajuan dan kestabilan negara. UMNO yang boleh menjadi sandaran kepada masa depan agama, bangsa dan tanahair. Bangkitlah UMNO.

Rabu, 28 Januari 2009

UMNO KIAN HANCUR - MARI SELAMATKAN UMNO

Assalamualaikum wbt.

Rakan-rakan KPUMaya yang saya hormati.

Samada kita mahu mengakui ataupun terus menafikan, hakikatnya parti kita UMNO sedang berada dalam kedudukan yang cukup lemah semenjak ianya ditubuhkan lebih 63 tahun yang lalu.

Ada yang mengatakan semuanya bermula semenjak PRU12 pada Mac 2008 yang lalu. Ada juga yang berpendapat bahawa bibit-bibit kelemahan ini telah lama berputik dalam UMNO.

Yang paling jelas, UMNO ditimpa pelbagai masalah yang datang satu demi satu di era kepimpinan Presiden dan Perdana Menteri Abdulah Ahmad yang akan dikenang dalam sejarah UMNO sebagai Presiden Yang Gagal.

UMNO begitu penting kepada Bangsa Melayu Islam di Malaysia. Masa depan UMNO berkait rapat dengan masa depan Bangsa Melayu Islam di Malaysia. Lemahnya UMNO akan menyebabkan lemahnya kuasa politik Melayu ketika berhadapan dengan permintaan melampau kaum-kaum lain di Malaysia.

Justeru mahu atau tidak, UMNO perlu diperkukuhkan semula. Ahli UMNO dan rakyat Malaysia sedang menanti ketibaan Mac 2009 bagi melihat kesungguhan UMNO untuk berubah dan kembali kepada perjuangan asalnya untuk membela agama, bangsa dan tanahair.

Cahaya dan harapan tetap bersinar di hadapan sekiranya kita sebagai ahli UMNO tetap bersatu dengan barisan kepimpinan yang bakal menerajui UMNO mulai Mac 2009 nanti.

Sebagai ahli, marilah kita memainkan peranan kita walau sekecil zarah sekalipun bagi membantu memantapkan semula perjuangan parti kita UMNO.

Di sini saya memohon agar dapatlah kiranya kita berkongsi pendapat dan pandangan akan bagaimana kaedah dan pendekatan yang boleh digunapakai oleh pucuk pimpinan UMNO yang baru dalam menerajui UMNO ke arah perubahan bagi memulihkan sokongan rakyat terhadap parti yang telah banyak berjasa ini.

Segala pandangan ini akan dipersembahkan kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib sebagai pandangan dari KPUMaya.

Sila klik di sini untuk memberikan pandangan. Selamat berdiskusi...

KES KUGEN DAN KEBODOHAN MENTERI DALAM NEGERI

Dalam keadaan rakyat bertambah muak dengan telatah sombong bodoh pemimpin-pemimpin UMNO, terbit pula satu isu yang menampakkan kebodohan seorang Menteri Kabinet Pak Lah.

Masalah dan isu terus datang bertimpa-timpa. Tetapi tidak satu pun dapat diselesaikan dengan memuaskan hati rakyat. Isu terbaru adalah kes kematian Kugen yang dalam tahanan Polis.

Melihat dari gambar-gambar yang disiarkan di kaca tv, saya yang bukan berbangsa India pun menjadi marah dengan kesan-kesan siksaan yang terdapat pada badan si mati. Biar apa pun tuduhan yang bakal dikenakan, Polis tidak berhak menyiksa orang yang sedang dalam tahanan. Sebagai orang biasa, tentunya masyarakat akan berasa tidak selamat lagi ketika berada dalam tahanan Polis.

Walaupun kes kematian ketika dalam tahanan ini sedang disiasat, masyarakat umumnya begitu marah kepada pihak Polis. Masyarakat menganggap seolah-olah ada sesuatu yang cuba diselindungkan oleh pihak-pihak tertentu yang terlibat.

Kesan dari peristiwa ini, rakyat semakin marah kepada Kerajaan Barisan Nasional yang sememangnya sentiasa menjadi sasaran kemarahan rakyat sejak PRU12 yang lalu. Kemarahan ini tentunya akan diambil kesempatan oleh pihak pembangkang untuk terus memburuk-burukkan imej Kerajaan seolah-olah semua yang berlaku di Malaysia ini adalah arahan dari pemimpin Kerajaan.

Oleh kerana mangsa kes ini adalah dari seorang berketurunan India, maka HINDRAFF tentunya akan cuba menjadi jaguh membela kaum India. Tetapi dua Timbalan Menteri berketurunan India telah bertindak cepat dan bijak untuk membantu Kerajaan menangani permasalahan yang boleh menjadi isu besar jika tidak ditangani segera.

Tetapi apa yang mereka dapat? Ketua Polis Selangor telah memberi amaran bahawa kedua Timbalan Menteri ini boleh didakwa kerana menganggu bahan bukti Polis. Apa pula kata orang politik yang menjaga Kementerian Polis yang sewajarnya faham akan maksud tindakan kedua Timbalan Menteri untuk menyelesaikan isu ini sebelum menjadi besar?

Syed Hamid sebaliknya membela Polis dan mengejek kedua Timbalan Menteri sebagai "mereka ini mempunyai minat untuk bercakap" kerana keduanya terus memberikan kenyataan membela tindakan mereka. Mereka terus memberikan kenyataan adalah disebabkan kebodohan Menteri Dalam Negeri yang merasa angkuh dan menganggap jawatan Menterinya boleh menyebabkan Timbalan Menteri itu boleh menutup mulut dari terus bersuara. Kebodohan Menteri ini juga dapat dilihat dari sukarnya memahami maksud sebenar tindakan kedua Timbalan Menteri tersebut.

Rakyat sudah ragu dan marah kepada Polis sejak kes Anwar Ibrahim Si Pengkhianat Bangsa itu di pukul sehingga lebam matanya ketika dalam tahanan Polis 10 tahun yang lalu. Sejak itu bermacam-macam kes lagi yang menyebabkan rakyat marah.

Kerajaan sedang berada dalam keadaan lemah. Rakyat tidak nampak perubahan yang dilakukan oleh Kerajaan demi untuk memulihkan imejnya yang telah banyak tercalar. Kebodohan Menteri Dalam Negeri ini menyebabkan rakyat bertambah marah lagi.

Sepatutnya Menteri Dalam Negeri tidak perlu bertelagah dengan kedua-dua Timbalan Menteri kerana masalah tersebut boleh diselesaikan dengan cara tertutup kerana mereka adalah sesama anggota Kerajaan Barisan Nasional.

Sepatutnya Menteri Dalam Negeri membuang sikap angkuh Arabnya dengan membuat kenyataan yang lebih merendah diri dan tegas. Contohnya, "Polis akan membuat siasatan dengan telus dan tidak ada pihak yang akan terlepas walaupun mereka adalah anggota Polis". Ini akan lebih meyakinkan rakyat.

Sepatutnya juga Menteri Dalam Negeri menziarahi keluarga mangsa sebagai menunjukkan rasa simpati dan terkilan dengan apa yang telah berlaku sambil berjanji akan membawa mereka yang bersalah kemuka pengadilan secepat mungkin.

Sepatutnya inilah yang dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri dalam mengembalikan imej baik Kerajaan Barisan Nasional di mata rakyat.

Isnin, 26 Januari 2009

KENYATAAN TERKINI SYED HAMID : CUBA TANYA ORANG KOTA TINGGI...



Najib perlu lakukan perubahan

Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

KOTA TINGGI 25 Jan. - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melakukan perubahan dengan mencipta minat baru kepada parti sebaik sahaja mengambil alih tampuk kepimpinan Mac ini.

Calon Naib Presiden, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, antara agenda perubahan itu, UMNO mesti mesra rakyat dan pengundi serta tidak menggambarkan imej parti hanya untuk golongan elit yang angkuh dan jauh daripada masyarakat.

Menurutnya, UMNO juga perlu membuang imej parti yang sudah kehilangan keyakinan rakyat serta tidak diterima lagi oleh generasi muda pada hari ini.

"Apa yang paling penting, kita kena kerja kuat dan meyakinkan rakyat".

"Mulai sekarang UMNO perlu menjadi parti perubahan dan agenda perubahan parti itu mesti jelas. Apa kebaikan yang kita akan bawa? Dari segi rekod, orang tidak boleh menafikan kebaikan UMNO, tetapi kita perlu memesrakan kembali UMNO kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat agung Kelab Rakan Muda dan Pelancaran Blog Rakan Muda Parlimen Kota Tinggi di Felda Bukit Aping Barat, di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan pelbagai pihak bahawa UMNO masih tidak berubah dan mahu parti itu melakukan perubahan besar-besaran jika ingin terus relevan dan diterima rakyat pada masa akan datang.

Syed Hamid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah melakukan tugasnya, tetapi setiap pemimpin mesti melaksanakan sesuatu yang baru bagi menarik perhatian rakyat.

Mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan mendakwa beberapa pemimpin dan ahli UMNO berkaitan politik wang, beliau berkata, masyarakat perlu menerima hakikat bahwa negara ini berasaskan undang-undang.

MataHati~ Syed Hamid kata, 1) Datuk Seri Najib perlu membawa perubahan untuk 2) memastikan UMNO terus relevan dan disokong oleh generasi muda. 3) UMNO tidak boleh menjadi parti elit. 4) Pemimpin UMNO perlu lebih kuat bekerja dan 5) UMNO perlu dimesrakan kembali kepada rakyat.

Dari lima kenyataan Syed Hamid ini, cubalah pembaca bertanyakan kepada orang Kota Tinggi, apakah jawapan kepada kelima-lima kenyataan terkini Calon Naib Presiden UMNO yang menurut Setiausaha Sulitnya : dah tentu kalah itu....

Ahad, 25 Januari 2009

SYED HAMID YANG PERLU BERUBAH



UMNO mesti berubah demi rakyat- Syed Hamid

25/01/2009 6:16pm

KOTA TINGGI 25 Jan. — UMNO mesti berubah sebelum rakyat mengeluarkan “hukuman mati” terhadapnya, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, masanya sudah tiba untuk UMNO berubah kerana imejnya kini terjejas teruk ekoran terdapat kes di mana ahlinya ditahan berhubung dakwaan rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat beberapa ahli UMNO yang didakwa mengamalkan politik wang semasa berkempen bagi pemilihan bahagian parti baru-baru ini. - Bernama

MataHati~ Syed Hamid Singa Sarkas ini yang perlu berubah. Peluang selama 19 tahun mewakili rakyat Kota Tinggi tidak digunakan dengan sebaiknya untuk berbakti kepada rakyat. Kesannya, Imej UMNO menjadi hina di mata pengundi gara-gara sikap Singa Sarkas ini yang hanya menggunakan kedudukan yang telah diberikan untuk kepentingan diri dan kroninya sahaja.

'Hukuman Maut' sebenarnya telah diberikan oleh ahli UMNO Kota Tinggi kepada Singa Sarkas ini. Namun oleh kerana keupayaannya membeli Lembaga Disiplin UMNO, Singa Sarkas ini kini menjadi Jeneral Tanpa Tentera di UMNO Bahagian Kota Tinggi.

Hairan, Singa Sarkas ini tidak malu untuk mengeluarkan kata-kata yang sebenarnya amat tepat ditujukan kepada dirinya sendiri.

Sabtu, 24 Januari 2009

Sejarah Penubuhan Israel

Palestin - Sejarah Penubuhan Israel

KENAPA PPSMI PERLU DITERUSKAN

KENAPA PPSMI PERLU DITERUSKAN



Mengajar Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Jumaat, 16 Januari 2009

APA KATA ANWAR TERHADAP PAS


Apa Kata Anwar Ibrahim Terhadap Pembangkang :

~"Pemimpim DAP, PAS dan Semangat 46 (kini Parti Keadilan)gila kuasa sehingga mereka sanggup memperdayakan rakyat untuk mencapai matlamat Politik mereka. Pemimpin seperti ini yang mudah berbohong, hanya berminat kepada kuasa & tidak mengendahkan kepentingan rakyat & negara."

~“Ia tiga serangkai berkhalwat; perkahwinan untuk keselesaan. Parti-parti ini tidak mempunyai objektif yang sama dan setiap satu mengikut agenda sendiri.”
(Apakah bezanya dengan Pakatan Rakyat.)

~"Rakyat harus menolak PAS kerana ia gagal untuk menjaga kebajikan orang Islam di negara ini. Ketidakjujuran perjuangan PAS terbukti daripada kerjasamanya dengan DAP untuk menafikan masa depan yang lebih cerah bagi orang Melayu".

Apakah pandangannya terhadap DAP dan Pas pada amnya?

Dalam mesejnya kepada pengundi pada 1995, Anwar berkata:

~“Parti-parti pembangkang mencetuskan sentimen perkauman untuk mengganggu keharmonian. Pas dan Semangat 46 (kini Parti Keadilan)menimbulkan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu manakala sekutu mereka, DAP dalam usaha memancing undi masyarakat Cina, cuba untuk mencetuskan kebencian terhadap kerajaan dan orang Melayu. Kita tidak sepatutnya membenarkan diri kita diperalatkan oleh parti-parti pembangkang.”
(Kini Anwar yang sedang diperalatkan oleh DAP untuk mencapai matlamat 'Malaysian Malaysia'nya untuk menghapuskan Dasar Keistimewaan Melayu.)


Dan bagaimana pula dengan sekutunya sekarang, Lim Kit Siang dari DAP?

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan DAP, yang memainkan sentimen perkauman. Saya memberi amaran kepada Kit Siang agar jangan bermain api kerana orang Melayu tidak bodoh dan kesabaran mereka ada hadnya."

Apa kata Anwar Ibrahim terhadap Kerajaan BN:

~"Rakyat harus menggunakan rekod cemerlang Kerajaan BN untuk mengukur sejauhmana kecekapan Kerajaan BN mentadbir negara. Tidak seperti pembangkang yang suka membuat janji kosong, Negara di bawah BN, dihormati diseluruh dunia. Kita tidak seharusnya menjadi warganegara yang tidak bersyukur seperti PEMBANGKANG".

(Kini Anwar Ibrahim yang sudah menjadi warganegara yang tidak bersyukur itu. Sanggup memperdayakan rakyat demi mencapai matlamat politiknya. Bersahabat dan bersubahat dengan mereka yang pernah dituduhnya sendiri dengan pelbagai label. Sanggup menggadaikan maruah dan keistimewaan Bangsa Melayu demi mengejar kuasa dan pangkat dunia. Hanya satu gelaran yang sesuai untuknya : PENGKHIANAT BANGSA.)

Rabu, 14 Januari 2009

Pengalaman di Kuala Terengganu... Datuk Shapie Daud

Setelah memandu selama 7 jam dari Kota Tinggi, saya sampai di sebuah masjid di pusat bandar Kuala Terengganu tepat jam 6.00 pagi 12hb. Januari yang lalu. Seperti yang saya sedia maklum, Masjid tersebut adalah salah satu dari banyak masjid yang cantik yang telah dibina oleh Kerajaan BN khususnya sejak zaman Tan Sri Wan Mokhtar lagi.

Saya sebenarnya baru beberapa kali sampai ke Bandaraya Kuala Terengganu. Kali pertama ketika saya masih belajar di USM kerana mengetuai suatu program pendidikan di MRSM Kuala Berang. Seingat saya kali terakhir saya di sini adalah ketika mengiringi YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang pada ketika itu Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi membuat kunjungan hormat ke pejabat Datuk Seri Idris Jusuh yang baru saja dilantik sebagai Menteri Besar selepas BN berjaya menawan kembali Terengganu dari Kerajaan PAS.

Selepas beberapa tahun tidak datang ke Negeri Terengganu ini, saya amat terkejut dengan beberapa pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan BN semasa era Datuk Seri Idris Jusoh. Saya juga amat yakin dengan pengembalian Royalti Minyak seperti yang telah dihebahkan beberapa hari lalu, Negeri Terengganu tentunya akan lebih cepat dapat dimajukan secara keseluruhannya.

Seperti telah ditakdirkan Allah, baru sebentar tadi saya dapat bersama dengan YB Datuk Idris Jusoh dan mendengar ceramah umumnya di kawasan peti undi di mana saya bertugas membantu BN di Kampung Nibong.

Lebih membuat saya terharu apabila ketika sedang menikmati jamuan sambil berbual bersama YB Datuk Seri Idris, tanpa disangka-sangka, muncul pula Y Bhg. Datuk Seri Amar DiRaja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, juga bekas Menteri Besar Terengganu. Saya merasa sungguh beruntung kerana mendapat kesempatan belajar dari pengalaman kedua-dua Bekas Menteri Besar Terengganu itu khususnya di dalam menghadapi ancaman Parti Songsang PAS yang menggunakan Agama Islam untuk mendapatkan sokongan.

Kesempatan itu juga saya dapat mengucapkan sendiri ucapan setinggi-tinggi terima kasih saya dan UMNO Johor kepada Tan Sri Wan Mokhtar kerana ketika saya menjadi Setiausaha Kerja Biro Penerangan UMNO Negeri Johor, Beliau telah mengizinkan Biro Penerangan UMNO Johor untuk menggunakan khidmat seorang pegawainya iaitu Datuk Shafie Daud yang bertugas sebagai Pengarang di Pejabat Menteri Besar Terengganu.

Sepanjang tahun 1998 sehingga pilihanraya 1999, sekiranya tidak mempunyai program ceramah di Terengganu pada hujung minggu, pasti Datuk Shafie akan berada bersama saya di Johor, menjelajah ke semua 20 Parlimen (sekarang 26) di seluruh pelusuk kampung dan cawangan dalam Negeri Johor.

Oleh kerana Johor pada ketika itu (mungkin sehingga kini) amat kekurangan penceramah yang mempunyai pengalaman dalam menentang dakyah Parti PAS, Datuk Shafie juga telah memperkenal beberapa orang penceramah yang hebat yang merupakan bekas-bekas ahli PAS dari Terengganu dan Kelantan seperti Ustaz Omar Khalid (Bekas tahanan ISA PAS), Ustaz Ghazali Ahmad (kini Datuk, bekas ADUN dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu), Ustaz Azmi Mahsyar (Bekas Penceramah PAS & adik Rozali Isohak), Prof. Madya Mohd Noor Deris (bekas ahli dewan Ulamak PAS).

Datuk Shafie juga telah memperkenalkan kepada saya seorang penceramah dari UMNO yang mahir dalam menghadapi PAS iaitu Ustaz Kamal Saidin dari Negeri Kedah.

Nama-nama di ataslah yang telah banyak membantu Biro Penerangan UMNO Negeri Johor yang diketuai oleh YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam menghadapi serangan dakyah dan fitnah PAS di Negeri Johor.

Beratus jumlah ceramah telah saya aturkan diseluruh Negeri Johor. Selain itu terdapat juga Kursus untuk melahirkan penceramah yang telah mendapat bimbingan dari nama-nama saya telah saya sebutkan di atas.

Kesannya, pada Pilihanraya Umum ke 10, BN Johor terus mengekalkan rekod cemerlang dengan kemenangan 100%. Malangnya, Terengganu pula telah terlepas ke tangan PAS.

Pertemuan malam tadi juga membuat saya merasa sungguh hiba kerana Tan Sri Wan Mokhtar memaklumkan bahawa Y Bhg Datuk Shafie Daud telah tiada lagi. Betapa besarnya ganjaran ke atas pengorbanan Allahyarham kepada perjuangan UMNO untuk memartabatkan Agama, Bangsa dan Tanahair... hanya Allah yang akan membalasnya.

Allahyarham ada meninggalkan beberapa orang anak dan salah seorang darinya juga merupakan seorang yang hebat berpidato yang saya kenali sebagai Dr. Suaidi.

Al Fatehah....

DI MANA LETAKNYA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT



DAP PERALATKAN PAKATAN RAKYAT



1. Dimanakah kedudukan Pemimpin PAS dalam Kabinet Pakatan Rakyat?

2. Sanggupkah kita berTimbalan Perdana Menterikan Lim Kit Siang (DAP) yang jelas MEMUSUHI Melayu Dan ISLAM (Hudud)?

3. Bukankah MELAYU & ISLAM dalam Pakatan Rakyat hanya menjadi KUDA TUNGGANGAN Parti DAP?

4. Sanggupkah kita bersekongkol dengan DAP untuk melemahkan Kuasa Politik Melayu?


"SEKIRANYA PAKATAN RAKYAT MENANG ...CINA... INDIA... MELAYU... SEMUA SAMA..." (Anwar Ibrahim)



-----------"PAS PARTI KELOQ-KELEQ"-----------


Sabtu, 10 Januari 2009

BERILAH PERHATIAN



Ya Allah,
Apakah pengajaran
Yang ingin Kau sampaikan
Dari ceritera menyayat
Yang tiada berkesudahan
Membuat kami semakin berdendam.

Ya Allah,
Apakah dosa dan kesalahan
Ummat Palestine
Sehingga Kau biarkan
Tersiksa tiada bantuan
Tiada pertolongan.

Ya Allah,
Berilah perhatian
Kepada doa dan harapan
Ummat dunia
Yang cintakan kedamaian
Keamanan.

Berapa lamakah lagi
Keimanan mereka
akan diuji?

Jumaat, 9 Januari 2009

UMNO, PAS & 6666 AYAT AL QURAN (siri-i)

1. Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan berlangsung pada 17hb. Januari 2009 ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional yang diwakili oleh UMNO dan Pakatan Rakyat yang akan diwakili oleh PAS.

2. Tanpa berniat untuk mengupas isu-isu terbaru hubungan di antara PAS, Keadilan dan DAP dalam Pakatan Rakyat, penulis cuba untuk mengupas isu-isu berbentuk tuduhan dan dakyah yang selama ini dilemparkan oleh PAS bagi mengaburi pandangan pengundi Melayu Islam terhadap kebaikkan yang telah dilakukan oleh UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional selama ini.

3. Semenjak berpisah dari UMNO, PAS yang berasal dari Biro Agama UMNO tidak lebih dari cuba menonjolkan bahawa Parti yang memperalatkan Nama Islam ini adalah lebih Islam dari UMNO.

4. Di antara isu besar yang berkaitan adalah soal Negara Islam vs Negara Sekular dan Perlembagaan Persekutuan sebagai Perlembagaan Kufar serta Perlaksanaan Hukum Hudud dalam menentukan Islam atau tidaknya sesebuah negara.

5. Bagi penulis, semua isu yang dibawa oleh PAS tidak lebih dari strategi politik untuk meraih sokongan pengundi dan bukan merupakan matlamat sebenar perjuangan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam ini.

6. Penulis berpandangan sedemikian adalah kerana, sehingga YAB Tun Dr Mahathir mengistiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dalam ucapannya sewaktu merasmikan Perhimpunan Agung Parti GERAKAN, PAS yang mendakwa Perlembagaan Persekutuan sebagai Perlembagaan Kafir masih tidak berupaya menyediakan Draf Perlembagaan Hudud seperti yang didakwa menjadi perjuangan parti ini.

7. Persoalannya, i)Apakah jenis-jenis negara yang ada di dunia hari ini?. ii) Apakah kriteria untuk menentukan sebuah negara itu sebagai negara Islam?. iii) Adakah perlaksanaan Hudud menjadi pra-syarat kepada pengiktirafan sebagai negara Islam. iv) Siapakah yang berhak menentukan Islam atau tidaknya sesebuah negara?.


~Bersambung...