Rabu, 28 Januari 2009

KES KUGEN DAN KEBODOHAN MENTERI DALAM NEGERI

Dalam keadaan rakyat bertambah muak dengan telatah sombong bodoh pemimpin-pemimpin UMNO, terbit pula satu isu yang menampakkan kebodohan seorang Menteri Kabinet Pak Lah.

Masalah dan isu terus datang bertimpa-timpa. Tetapi tidak satu pun dapat diselesaikan dengan memuaskan hati rakyat. Isu terbaru adalah kes kematian Kugen yang dalam tahanan Polis.

Melihat dari gambar-gambar yang disiarkan di kaca tv, saya yang bukan berbangsa India pun menjadi marah dengan kesan-kesan siksaan yang terdapat pada badan si mati. Biar apa pun tuduhan yang bakal dikenakan, Polis tidak berhak menyiksa orang yang sedang dalam tahanan. Sebagai orang biasa, tentunya masyarakat akan berasa tidak selamat lagi ketika berada dalam tahanan Polis.

Walaupun kes kematian ketika dalam tahanan ini sedang disiasat, masyarakat umumnya begitu marah kepada pihak Polis. Masyarakat menganggap seolah-olah ada sesuatu yang cuba diselindungkan oleh pihak-pihak tertentu yang terlibat.

Kesan dari peristiwa ini, rakyat semakin marah kepada Kerajaan Barisan Nasional yang sememangnya sentiasa menjadi sasaran kemarahan rakyat sejak PRU12 yang lalu. Kemarahan ini tentunya akan diambil kesempatan oleh pihak pembangkang untuk terus memburuk-burukkan imej Kerajaan seolah-olah semua yang berlaku di Malaysia ini adalah arahan dari pemimpin Kerajaan.

Oleh kerana mangsa kes ini adalah dari seorang berketurunan India, maka HINDRAFF tentunya akan cuba menjadi jaguh membela kaum India. Tetapi dua Timbalan Menteri berketurunan India telah bertindak cepat dan bijak untuk membantu Kerajaan menangani permasalahan yang boleh menjadi isu besar jika tidak ditangani segera.

Tetapi apa yang mereka dapat? Ketua Polis Selangor telah memberi amaran bahawa kedua Timbalan Menteri ini boleh didakwa kerana menganggu bahan bukti Polis. Apa pula kata orang politik yang menjaga Kementerian Polis yang sewajarnya faham akan maksud tindakan kedua Timbalan Menteri untuk menyelesaikan isu ini sebelum menjadi besar?

Syed Hamid sebaliknya membela Polis dan mengejek kedua Timbalan Menteri sebagai "mereka ini mempunyai minat untuk bercakap" kerana keduanya terus memberikan kenyataan membela tindakan mereka. Mereka terus memberikan kenyataan adalah disebabkan kebodohan Menteri Dalam Negeri yang merasa angkuh dan menganggap jawatan Menterinya boleh menyebabkan Timbalan Menteri itu boleh menutup mulut dari terus bersuara. Kebodohan Menteri ini juga dapat dilihat dari sukarnya memahami maksud sebenar tindakan kedua Timbalan Menteri tersebut.

Rakyat sudah ragu dan marah kepada Polis sejak kes Anwar Ibrahim Si Pengkhianat Bangsa itu di pukul sehingga lebam matanya ketika dalam tahanan Polis 10 tahun yang lalu. Sejak itu bermacam-macam kes lagi yang menyebabkan rakyat marah.

Kerajaan sedang berada dalam keadaan lemah. Rakyat tidak nampak perubahan yang dilakukan oleh Kerajaan demi untuk memulihkan imejnya yang telah banyak tercalar. Kebodohan Menteri Dalam Negeri ini menyebabkan rakyat bertambah marah lagi.

Sepatutnya Menteri Dalam Negeri tidak perlu bertelagah dengan kedua-dua Timbalan Menteri kerana masalah tersebut boleh diselesaikan dengan cara tertutup kerana mereka adalah sesama anggota Kerajaan Barisan Nasional.

Sepatutnya Menteri Dalam Negeri membuang sikap angkuh Arabnya dengan membuat kenyataan yang lebih merendah diri dan tegas. Contohnya, "Polis akan membuat siasatan dengan telus dan tidak ada pihak yang akan terlepas walaupun mereka adalah anggota Polis". Ini akan lebih meyakinkan rakyat.

Sepatutnya juga Menteri Dalam Negeri menziarahi keluarga mangsa sebagai menunjukkan rasa simpati dan terkilan dengan apa yang telah berlaku sambil berjanji akan membawa mereka yang bersalah kemuka pengadilan secepat mungkin.

Sepatutnya inilah yang dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri dalam mengembalikan imej baik Kerajaan Barisan Nasional di mata rakyat.

1 ulasan:

~MataHatiJohor~ berkata...

Apa yang dia nak bela Polis sangat... Polis nak bertanding pilihanraya ker???

Jadi Menteri Polis mesti kena bela Polis ker???

Bela kebajikan Polis tu betullah....