Jumaat, 9 Januari 2009

UMNO, PAS & 6666 AYAT AL QURAN (siri-i)

1. Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan berlangsung pada 17hb. Januari 2009 ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional yang diwakili oleh UMNO dan Pakatan Rakyat yang akan diwakili oleh PAS.

2. Tanpa berniat untuk mengupas isu-isu terbaru hubungan di antara PAS, Keadilan dan DAP dalam Pakatan Rakyat, penulis cuba untuk mengupas isu-isu berbentuk tuduhan dan dakyah yang selama ini dilemparkan oleh PAS bagi mengaburi pandangan pengundi Melayu Islam terhadap kebaikkan yang telah dilakukan oleh UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional selama ini.

3. Semenjak berpisah dari UMNO, PAS yang berasal dari Biro Agama UMNO tidak lebih dari cuba menonjolkan bahawa Parti yang memperalatkan Nama Islam ini adalah lebih Islam dari UMNO.

4. Di antara isu besar yang berkaitan adalah soal Negara Islam vs Negara Sekular dan Perlembagaan Persekutuan sebagai Perlembagaan Kufar serta Perlaksanaan Hukum Hudud dalam menentukan Islam atau tidaknya sesebuah negara.

5. Bagi penulis, semua isu yang dibawa oleh PAS tidak lebih dari strategi politik untuk meraih sokongan pengundi dan bukan merupakan matlamat sebenar perjuangan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam ini.

6. Penulis berpandangan sedemikian adalah kerana, sehingga YAB Tun Dr Mahathir mengistiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dalam ucapannya sewaktu merasmikan Perhimpunan Agung Parti GERAKAN, PAS yang mendakwa Perlembagaan Persekutuan sebagai Perlembagaan Kafir masih tidak berupaya menyediakan Draf Perlembagaan Hudud seperti yang didakwa menjadi perjuangan parti ini.

7. Persoalannya, i)Apakah jenis-jenis negara yang ada di dunia hari ini?. ii) Apakah kriteria untuk menentukan sebuah negara itu sebagai negara Islam?. iii) Adakah perlaksanaan Hudud menjadi pra-syarat kepada pengiktirafan sebagai negara Islam. iv) Siapakah yang berhak menentukan Islam atau tidaknya sesebuah negara?.


~Bersambung...

0 ulasan: