Isnin, 26 Januari 2009

KENYATAAN TERKINI SYED HAMID : CUBA TANYA ORANG KOTA TINGGI...



Najib perlu lakukan perubahan

Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

KOTA TINGGI 25 Jan. - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melakukan perubahan dengan mencipta minat baru kepada parti sebaik sahaja mengambil alih tampuk kepimpinan Mac ini.

Calon Naib Presiden, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, antara agenda perubahan itu, UMNO mesti mesra rakyat dan pengundi serta tidak menggambarkan imej parti hanya untuk golongan elit yang angkuh dan jauh daripada masyarakat.

Menurutnya, UMNO juga perlu membuang imej parti yang sudah kehilangan keyakinan rakyat serta tidak diterima lagi oleh generasi muda pada hari ini.

"Apa yang paling penting, kita kena kerja kuat dan meyakinkan rakyat".

"Mulai sekarang UMNO perlu menjadi parti perubahan dan agenda perubahan parti itu mesti jelas. Apa kebaikan yang kita akan bawa? Dari segi rekod, orang tidak boleh menafikan kebaikan UMNO, tetapi kita perlu memesrakan kembali UMNO kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat agung Kelab Rakan Muda dan Pelancaran Blog Rakan Muda Parlimen Kota Tinggi di Felda Bukit Aping Barat, di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan pelbagai pihak bahawa UMNO masih tidak berubah dan mahu parti itu melakukan perubahan besar-besaran jika ingin terus relevan dan diterima rakyat pada masa akan datang.

Syed Hamid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah melakukan tugasnya, tetapi setiap pemimpin mesti melaksanakan sesuatu yang baru bagi menarik perhatian rakyat.

Mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan mendakwa beberapa pemimpin dan ahli UMNO berkaitan politik wang, beliau berkata, masyarakat perlu menerima hakikat bahwa negara ini berasaskan undang-undang.

MataHati~ Syed Hamid kata, 1) Datuk Seri Najib perlu membawa perubahan untuk 2) memastikan UMNO terus relevan dan disokong oleh generasi muda. 3) UMNO tidak boleh menjadi parti elit. 4) Pemimpin UMNO perlu lebih kuat bekerja dan 5) UMNO perlu dimesrakan kembali kepada rakyat.

Dari lima kenyataan Syed Hamid ini, cubalah pembaca bertanyakan kepada orang Kota Tinggi, apakah jawapan kepada kelima-lima kenyataan terkini Calon Naib Presiden UMNO yang menurut Setiausaha Sulitnya : dah tentu kalah itu....

0 ulasan: