WANITA PKR AKAN USUL ANWAR LETAK JAWATAN
'Letak jawatan jika skandal seks, rasuah'
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM 23 Nov. - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengusulkan agar Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu meletak jawatan sekiranya terbabit dalam skandal rasuah mahupun seks.
Cadangan usul itu akan dikemukakan pada Kongres Nasional Wanita PKR yang diadakan 28 November ini.
Usul itu dibuat sebagai salah satu cara bagi membersihkan parti termasuk di peringkat kepimpinan daripada gejala tersebut.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya usul itu diluluskan, mana-mana pemimpin yang didapati terlibat dalam skandal tersebut, jawatan mereka dalam parti termasuk wakil rakyat akan digugurkan secara automatik.
''Ini yang kita bawa dan bahaskan dalam kongres parti yang akan diadakan nanti.
''Kita tidak mahu ada pemimpin khususnya daripada PKR terlibat dalam gejala rasuah atau seks, kita mahu pemimpin yang bersih.
''Sekiranya diluluskan, kita turut mahu supaya usul ini dapat diikuti oleh parti sekutu seperti DAP dan Pas,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum ini, dua pemimpin parti itu, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, 57, dan Kapten (B) Usaili Alias, 56, ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam sogokan wang lebih RM100,000 berhubung satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, Perak, pada Ogos lalu.
~MataHati~ : Tetapi dalam Kes Liwat Anwar, mereka kata 'Konspirasi Politik'. Wanita PKR tidak akan percaya apa-apa pertuduhan seks terhadap Anwar. Samada benar Anwar terlibat atau tidak, itu tidak penting bagi mereka. Hanya dua kemungkinan bagi Wanita PKR : 1. Kemungkinan Wanita PKR sudah menganggap Anwar 'maksum' @ 2. Kemungkinan Wanita PKR sudah ada bukti bahawa Anwar sudah 'mati pucuk'. Wallahualam.
1 ulasan:
hahaha...
mrepek jer dorg nie,,,
nie sume nak ttip slah yg ada,,,
Catat Ulasan