KENAPA KJ CALON TERBAIK KETUA PEMUDA UMNO ?
Jangan nilai calon atas sentimen talian keluarga
Walaupun WATAN dikatakan telah mensensasikan berita UMNO TOLAK KHAIRY baru-baru ini yang menimbulkan kemarahan para penyokong Khairy, WATAN cuba bersikap adil dengan memberi peluang kepada Khairy untuk menjelaskan visi dan misinya dalam wawancara eksklusif dengannya. Sebagai seorang tokoh politik muda, beliau tidak cepat melenting dan menyambut ketibaan kami bertiga dengan senyum mesra. Jelas tidak nampak kemarahan di wajahnya. Ini menunjukkan Khairy seorang pemimpin yang berjiwa besar yang sedia dikritik. Ikutilah wawancara MOHD. ZABIDI HAJI SAIDI dan SHAHHILAN M. ALIAS dengan beliau.
Ikuti wawancara bersama dengan beliau…..
Bagaimana saudara melihat senario pencalonan dalam pemilihan UMNO kali ini
Saya melihat proses pencalonan telah berjalan dengan baik secara keseluruhannya walaupun saya ketinggalan dari segi pencalonan itu menggambarkan realiti politik semasa yang melihat saya sebagai calon underdog…calon yang tidak menjadi calon favourite dalam Pemuda UMNO tetapi keadaan ini memberi saya rangsangan untuk bekerja dengan lebih kuat lagi untuk menyakinkan perwakilan…untuk menyakin ahli-ahli Pemuda dan sebenarnya ramai perwakilan Pemuda di peringkat cawangan dan bahagian diaorang muda lagi dan mungkin mereka tidak terdedah lagi dengan perjuangan saya sebelum ini dan mereka ikut sentimen terkini tapi saya harap insyaAllah saya akan melepasi kuota..tinggal dua lagi dan setelah mendapat lesen untuk bertanding itu saya ada beberapa bulan lagi untuk jumpa dengan perwakilan untuk menerangkan perjuangan dan misi saya untuk sama-sama kita mengangkat martabat orang muda dalam UMNO dan secara keseluruhanya
Adakah pencalonan yang diperolehi saudara ada kaitan dengan proses peralihan kuasa yang diumumkan Pak Lah
Sebelum mesyuarat bahagian-bahagian ini bermula saya telah keluarkan kenyataan dengan harapan bahawa keputusan Pak Lah tidak akan mengubah tanggapan persepsi Pemuda terhadap saya dan mereka dapat menilai saya atas kreadibiliti dan merit saya sendiri. Calon-calon itu tidak boleh dinilai dengan sentimen talian keluarga dengan pemimpin sama ada saya atau calon yang lain. Bagaimanapun saya berpendapat ada perubahan sedikit sebanyak sentimen itu dan perkara itu perlu kita terima dan akui tapi bagaimana kita sesuaikan diri dengan persekitaran yang lebih mencabar lagi dan itu perkara yang lebih penting lagi bagi saya.
Adakah ini budaya UMNO
Saya taknak spekulasi lah…sama ada ini budaya UMNO atau tidak…cuma apa yang saya nampak sedikit sebanyak perubahan dari segi sentimen telah membawa satu keadaan yang mana lebih sukar dan mencabar bagi saya tapi yang lebih penting bukannya ini adalah budaya UMNO atau tidak. Yang penting adalah persekitaran sudah berubah dan bagaimana saya dapat mengatasi persekitaran tersebut.
Pemuda dikenali sebagai kumpulan pendesak jadi adakah saudara akan membawa imej dan gaya itu nanti
Saya rasa tradisi menjadi kumpulan pendesak adalah penting bagi Pemuda sebab Pemuda ini dikenali sebagai jurucakap bagi masyarakat umum golongan bawah dan sebagainya. Pemuda juga dianggap sebagai hati kepada UMNO di mana Pemudalah yang membawa isu yang berkaitan bangsa, agama dan negara tapi pada masa yang sama saya melihat pada contact politik masa kini jika kita terus jadi pendesak dalam UMNO saya tidak nampak kita bawa nilai tambah pada perjuangan. Hari ini orang muda dalam UMNO atau di luar, mereka tidak hendak melihat sebagai pendesak sahaja sebab pendesak ini siapapun boleh mendesak.
Orang muda kini ramai cerdik pandai dengan pendedahan terhadap IT, mereka mahu lihat pemuda UMNO dapat selesaikan masalah. Kalau kita tidak dapat selesaikan masalah dan kita hanya tahu mendesak maka mereka kan melihat pemuda hanya badan yang tidak ada hala tuju yang konkrik. Siapa sahaja boleh menyalak, siapa sahaja boleh menjerit tapi kalau betul-betul mahu jadi jaguh pada generasi muda kita mesti solve the problem kita mesti bawa solution dan solution ini tidak akan menjadi jika kita pandai mendesak sahaja.
Bagaimana saudara melihat kuasa akar umbi yang dilaung-laungkan UMNO kebelakangan ini
Kuasa akar umbi ini penting dan sebagai parti politik yang mengamalkan demokrasi kita harus menghormati suara akar umbi yang menentukan perwakilan ke bahagian dan kemudian ke perhimpunan agung. Saya lihat UMNO tidak pernah menidakkan suara akar umbi dari dulu hingga sekarang malah UMNO lah parti politik yang paling demokratik.
Mungkin ada soal kuota yang mungkin kita perlu lihat semula pada masa akan datang yang mana kuota ini dilihat sebagai satu sekatan pada demokrasi…ada yang kata kuota ini baik kerana tidak mahu ada pencalonan yang tidak serius dan sebaliknya…jadi soal akar umbi ini memang penting tetapi akhirnya perwakilan yang pergi ke mesyuarat agung nanti mereka harus membuat pilihan yang benar-benar mereka sudah menilai setiap calon.
Mungkin di akar umbi ini merka menilai tetapi di atas sentimen..perwakilan cawangan dan bahagian ramai, maka ramai yang tak jumpa calon-calon maka mereka buat penilaian atas sentimen tapi bila dah masuk ke perhimpunan agung nanti perwakilan yang mewakili bahagian ini nanti akan membuat satu keputusan yang menggambarkan kepada penilaian mereka sendiri pada setiap calon dari segi ketokohan, kewibawaan dan ketegasan dan sebagainya.
Adakah saudara puashati dengan proses pencalonan sekarang dengan cara undi angkat tangan
Inipun kita pulangkan hak kepada ahli untuk menentukannya sebab di setiap bahagian bila nak buat undian maka pengerusi tetap akan minta persetujuan sama ada perwakilan setuju buat undian secara terbuka atau sulit jadi cara undian itu juga dibuat dan dipilih oleh perwakilan jadi saya rasa perkara ini terpulang pada bahagian yang menentukan. Kalau sebulat suara undi angkat tangan untuk jimat masa, nak tumpu pada perkara lain pun saya rasa takpa juga, jika mahu buat undi sulit kerana mahu ada privacy jika dipersetujui tidak ada masalah juga.
Ada yang mengatakan undi angkat tangan tak sesuai kerana berlaku perwakilan angkat tangan dua kali
Itu makanisme dan penguatkuasaan. Maka perlulah kita berwaspada…yang saya maksudkan ini adalah pemerhati. Dia juga ada budi bicara, jika dia rasa angkat tangan bahaya kerana mungkin ada yang angkat tangan beberapa kali…contohnya…dia boleh buat keputusan supaya buat undi sulit
Perwakilan empat orang yang akan ke perhimpunan nanti dikatakan belum tentu membawa mesej dan kehendak pencalonan bahagian. Bagaimana pandangan saudara
Ini adalah hak perwakilan itu untuk menentukan undi mereka. Mungkin mereka dah buat keputusan berdasarkan tanggapan di bahagian sendiri tapi dalam masa kempen empat bulan ni mereka ada masa untuk menilai calon. Mungkin penilaian itu tidak dibuat secara total di peringkat bahagian… macam saya kata tadilah… ketua pemuda cawangan mungkin tak pernah jumpa calon-calon, jadi kali ini kita ada 800 perwakilan dan mereka ada cukup masa untuk menilai semua calon.
Kalau ada pihak yang ingin menganjurkan debat adakah saudara setuju
Saya sedia dan saya memang menggalakkan benda ini berlaku sebab saya bukan sahaja mahu perwakilan tapi seluruh rakyat M alaysia melihat dan menilai… inilah calon-calon masa depan pemuda dan UMNO itu sendiri. Bagilah orang ramai tengok sebab ini bukannya UMNO affair , kita tahu satu Malaysia sedang menyaksikan apa yang berlaku dalam UMNO, sebab itu bila saya cakap pasal perjuangan…perjuangan saya bukan terhad pada perwakilan, bukan terhadap pada ahli pemuda tapi pada seluruh rakyat Malaysia…orang Melayu, orang Cina, orang India…mereka juga nak tengok siapa kah pemimpin akan datang dalam UMNO sebab ini akan menentukan sokongan terhadap BN pada pilihan raya umu akan datang. Kalau mereka tidak ada keyakinan kreadibiliti pemimpin dalam UMNO, dalam Pemuda sudah tentu orang muda dalam pilihan raya akan datang akan berkata…tak payahlah saya undi sebab pemimpin UMNO tak boleh pakai.
Ramai beranggapan bahawa macam wujud puak-puak dalam Pemuda menghadapi pemilihan kali ini. Tidak terfikir saudara untuk kompromi bagi mengelakkan perpecahan ini
Saya rasa yang penting kita kena pegang pada konsep yang saya bawa iaitu konsep setiakawan. Maksudnya hanya ada seorang pemenang dalam pertandingan nanti. Saya dah cakap dari awal yang penting bukan individu itu menang tetapi pemuda UMNO menang.Maksudnya tak pentinglah siapa menang atau kalah sudah tentulah sebagai calon saya mahu menang tapi akhirnya yang penting institusi itu menang.
Kalau institusi itu kalah kerana ada perpecahan maka institusi itu rugi jadi saya mahu pastikan bahawa siapapun dipilih akan menguntungkan Pemuda dan Pemuda UMNO itu jadi lebih kuat daripada pemilihan itu sendiri. Perkara ini kita tidak boleh lari daripada hakikat kalau kita kata kena kompromi hendak elak dari perpecahan… nanti orang kata UMNO takda demokrasi, UMNO takda pertandingan… the best man doesn't win sebab ada kompromi jadi saya rasa adalah lebih baik kita buka pada pertandingan supaya ada demokrasi
Jika menang apa perancangan saudara untuk menarik orang muda yakin pada UMNO dan mengundi BN pada pilihan raya umum nanti
Yang penting saya rasa kita hidupkan semula Pemuda di setiap peringkat dari atas hingga ke bawah…kita tak nak ibarat manusia, kepalanya sihat tapi tubuh badannya lemah. Kita perlu kepada satu proses pembaharuan di semua peringkat dan ini menuntut kepada satu pendekatan di mana mementingkan jati diri. Jjika ada satu pembaharuan yang saya hendak bawa adalah dari segi latihan. Latihan ini kita pecah mengikut kekuatan individu itu sendiri. Tidak boleh bagi latihan yang sama pada setiap pemuda… contohnya jika seseorang itu kuat dalam agama kita bagi latihan dalam agama supaya dia jadi tokoh agama dalam pemuda.
Sekiranya dia kuat dalam ekonomi kita bagi latihan dalam bidang itu supaya dia boleh jadi pakar ekonomi pada pemuda. Jadi proses latihan ini penting jadi asas kita kukuh. Itu dalam pemuda. Berbalik pada soalan tadi, pengundi muda lebih dari lima juta dan menjelang pilihan raya akan datang, bilangan ini akan melonjak, jadi kita punya bilangan ahli terlalu kecil. Jika kita harapkan ahli pemuda sahaja, kita takan menang pilihan raya.
Jadi kita yakinkan mereka di luar ini bukan untuk mereka masuk dalam pemuda…masalahnya bagaimana kita nak tarik mereka yang tidak mahu menjadi ahli parti politik…mereka ini tak mahu jadi ahli UMNO, PKR, PAS atau lain-lain parti. Saya nak reach out mereka ini kerana orang kata pemuda UMNO ini terlalu exclusive dan imej elite. Jadi kita perlu tukarkan jadi inclusive maksudnya kita melibatkan semua golongan muda yang ada di luar. saya selalu ingatkan bahawa pemuda UMNO jangan terlalu fokuskan kepad ahli ..semua program kita syok sendiri.
Saya berucap dihadapan ahli-ahli pemuda…dan di mana-mana adalah orang yang sama…jadi saya nak buat rangkaian. Contohnya pemuda UMNO dengan kakitangan awam muda…pemuda dengan guru muda…pemuda dengan imam muda… pemuda dengan buruh muda dan pemuda dengan NGO muda. Jadi kita ada setiap cell yang kita boleh enggage…kita boleh bersama. Langkah pertama yang kia boleh yakinkan orang ialah kita hulurkan tangan kita…salam…kita wujudkan rangkaian ini maka merka akan rasa bahawa ada parti politik yang care prihatin nasib mereka dan mereka boleh meluahkan masalah mereka bukan kita hanya mendesak tak tentu arah tapi tak menyelesaikan masalah we have to be seen to do things dan bukannya sekadar desak dan cakap sahaja.
Ada calon yang tak mahu jawatan kerajaan sekiranya menang. Adakah saudara senada dengannya.
Saya rasa ini bukan keputusan kita. Ini keputusan PM. Ini adalah kuasa mutlak PM dan siapalah kita yang mengatakan… saya tak nak ataupun saya nak. Saya rasa kita sebagai ketua pemuda UMNO Malaysia dan PM berkata…saya memerlukan khidmat saudara dalam kerajaan, adakah kita akan mengecewakan PM…insyallah Datuk Seri Najib. Adapun kita tak dapat jadi menteri atau jawatan dalam pentadbiran kerajaan, adakah kia akan mendesak… saya ketua pemuda UMNO saya berhak berada dalam kerajaan.
Saya rasa ini bukan tempat untuk pemuda menentukan. Ini adalah kuasa mutlak PM yang perlu kita hormati dan kita sebagai orang muda dalam parti dan kerajaan, kita perlu bincang dengan PM. Jangan kita letak macam macam syarat…saya taknak itu…saya taknak ni…dan sebagainya. Kita perlu ada hubungan dengan kepimpinan parti bukannya letak begitu banyak syarat yang boleh menyusahkan semua pihak.
Bagaimana hubungan dan kerjasama saudara dengan Datuk Seri Najib dalam parti dan kerajaan.
Saya memang yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib. Saya menyokong dan berdoa beliau akan ditabalkan sebagai presiden UMNO menang tanpa bertanding dan mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan daripada Pak Lah pada bulan tiga akan datang. Saya telah memberi ikrar saya…semalam saya berada di Pekan, Pahang… saya telah buat ikrar dan janji saya bahawa saya menang ataupun tidak saya akan berdiri teguh di belakang Najib kerana dalam UMNO kita percaya pada satu benda iaitu kesetian kita kepada pemimpin tak kira lah pemimpin itu menggantikan bapak mertua saya. Saya beri jaminan dan saya telah beritahu Pak Lah sendiri dan Najib bahawa saya tetap bersama kepimpinan parti dan itu loyalty saya dan kesetian saya pada kepimpinan parti.
Jadi kalau kalah tidak timbul untuk lompat parti…masuk PKR
Ohh…No..no…noooo… politik saya bukan politik murahan dan turun naik saya tetap bersama UMNO
Pelbagai tanggapan terhadap saudara dengan Anwar. Benarkah saudara ada hubungan peribadi dengan Anwar
Saya tidak ada hubungan langsung dengan Anwar. Saya adalah seorang yang belajar daripada politik Pak Lah…politik Abdullah Badawi. Walaupun disingkir daripada kabinet pada 1987, walaupun kalah naib presiden pada 1993 tidak pernah keluar daripada UMNO. Walaupun rakan-rakan Pak Lah dalam team B keluar menubuhkan Semangat 46. Pak Lah selalu ingatkan saya…the most important thing tapi kamu jangan menolak UMNO…dan saya pegang kata-kata keramat itu sebagai falsafah politik saya. Kalau Pak Lah sendiri boleh ditolak oleh UMNO orang UMNO sendiri taknak jumpa dengan dia waktu dia disingkir daripada kabinet…orang tak sangka dia jadi PM maka apalah saya pada masa saya menghadapi kekalahan di peringkat umur yang masih muda. Tak kan saya nak cepat merajuk dalam perjuangan…perjuangan tetap diteruskan
Baru-baru ini Tun Musa Hitam mengatakan ada sindrom tua dalam UMNO. Apa komen saudara
Apa yang saya nampak bila Pak Lah serah kuasa kepada Najib kita melihat bukan sahaja peralihan kuasa tapi peralihan generasi. Pak lah tidak serah kuasa kepada pemimpin yang tua atau sebaya dengannya. Pak Lah serah kuasa kepada seorang pemimpin yang datang daripada generasi yang berbeza. Najib 10 tahun muda daripada Pak Lah, jadi kita bukan ada pembaharuan kepimpinan tapi sebenarnya ada pembaharuan dari segi generation of change… pembaharuan generasi.
Saya rasa perkara yang sama juga perlu berlaku dalam pemuda UMNO, di mana saya melihat saya juga dalam generasi yang berbeza dari kepimpinan Datuk Seri Hishamudin. Kalau Pak Lah boleh serah kuasa pada Najib dan kita melihat peralihan generasi ini maka dalam pemuda juga mesti ada peralihan generasi.
Mungkin itu adalah satu perkara yang membezakan saya dari calon yang lain. Datuk Khir dan Datuk Mukriz ada kekuatan mereka sendiri tetapi the same generation dengan Datuk Hisham. Mungkin ada yang mengatakan usia ini tidak bermakna…hanya pemikiran kita sahaja … tapi saya rasa sudah tentunya usia yang lebih muda…saya satu-satunya calon bawah 40 tahun, memberi satu kekuatan pada saya…saya bukan hanya membawa suara malahan identiti orang muda dalam pemilihan ini.
Saudara mengatakan mahu menjadi ketua pemuda Malaysia seolah-olah tidak menunjukkan saudara prihatin kepada imej dan martabat Melayu itu
Saya rasa tidak ada apa yang tidak konsisten untuk menjadi seorang yang mewakili setiap kaum tapi pada masa yang sama mempunyai semangat nasionalisma yang tulin kerana saya pernah melihat dan saya pernah berkata bahawa idola saya dalam politik adalah Tun Razak dan Tun Dr. Ismail yang mempunyai semangat nasionalisma yang cukup tinggi yang mengubah dasar ekonomi baru dan sebagainya.
Dalam perjuangan mereka tidak pernah lupa agenda ini wujud dalam konteks nasional dan kita tidak boleh lari dari hakikat sebab ketua pemuda UMNO akan menjadi pengerusi pemuda BN jadi tidak boleh kata saya hanya mewakili orang Melayu. Ketua pemuda UMNO sebagai pengerusi pemuda BN akan mewakili semua tapi dalam hal-hal tertentu dalam hal-hal pokok asas nasionalisma Melayu itu sendiri… kedudukan agama, bahasa, raja-raja, hak dan keistimewaan orang Melayu itu tidak boleh dikompromi.
MCA menggesa kerajaan menahan saudara dibawah ISA kerana kenyataan saudara mengenai biasiswa JPA dikatakan berbaur kaum
Ini contoh yang paling baik tentang soalan tadi. Tentang identiti saya sebagai seorang ketua pemuda untuk semua dan juga seorang ketua pemuda UMNO Malaysia. Saya bangkitkan isu biasiswa JPA ini…dulu nisbahnya 90% untuk bumiputra dan 10% bukan bumiputra. Tahun ini kerajaan entah kenapa naik kan biasiswa untuk bukan bumiputra menjadi 55% dan 45% jadi saya bangkitkan isu ini dalam parlimen.
Saya kata saya setuju kalau kita nak bagi biasiswa kepada pelajar bukan bumiputra yang cemerlang tetapi kita kena kembangkan cake tersebut. Kita kena banyakkan lagi jumlah biasiswa itu sebab kalau kita tak banyakkan lagi jumlah besar itu maka kita kena ambil kuota yang diberikan pada bumiputra. Jadi itu yang berlaku begini dari 90 – 10 turun ke 55 – 45, jadi ini memaksudkan saya boleh jadi pemimpin Melayu tetapi pada masa yang sama pemimpin untuk semua kerana saya kata kerajaan patut belanja lebih sikit bagi kepada semua tetapi untuk Melayu itu jangan sentuh ataupun jangan keluarkan begitu mendadak kerana itu ada hubung kait perkara 153 dalam perlembagaan kita dari segi kuota yang boleh diletakkan oleh Yang Di Pertuan Agong. Jadi itu contoh macam mana saya boleh menjadi seorang pemimpin untuk Melayu dan pada masa yang sama tidak bercanggah dengan aspirasi nasional.
Ramai ahli dan pemimpin mahu pemilihan diadakan awal seperti jadual asal Disember ini. Apa komen saudara
Saya rasa tidak elok jika keputusan itu dibuat sekejap kemudian ada perubahan. Orang akan lihat ini sebagai permainan buat keputusan kemudian tukar.Keduanya cadangan mengatakan bahawa Pak Lah boleh terus sebagai Perdana Menteri sampai bulan tiga tanpa menjadi presiden UMNO, ini boleh mengelirukan orang kerana bagi kita dalam UMNO juga tradisinya presiden itu tidak boleh dipisahkan dengan jawatan perdana menterinya dan itu telah menjadi maruah kita, kekuatan kita segala tunjang BN dan saya rasa Pak Lah sedar perkara ini bahawa presiden UMNO itu adalah tradisi menjadi prime minister dan kalau tak jadi presiden UMNO dia hilang kredibiliti, moral untuk terus sebagai Perdana Menteri.
Saya rasa kita kekallah dengan apa yang telah di persetujui. Ada yang kata terlalu panjang dan sebagainya dan saya dulu ada kata, ini menimbulkan masalah yang tertentu bagi kita tetapi kita terima sebab ini keputusan untuk kita memberi penghormatan kepada peralihan kuasa dan sebagainya. Saya rasa kalau ada di antara calon yang mengatakan ini akan merumitkan kerja mereka sebagai anggota pentadbiran dan sebagainya, saya rasa mereka perlu pilihlah antara nak jadi calon atau nak jadi anggota pentadbiran.
Masa kempen yang panjang ini gejala politik wang dikatakan akan menjadi bertambah buruk
Itu penguatkuasaan sama ada 5 bulan ke 1 bulan ke kalau tidak ada penguatkuasaan dan kalau tidak ada pemantauan dan kalau tidak ada iltizam di kalangan ahli dan pemimpin ini untuk membanteras politik wang, benda itu akan terus berlaku. Bukan soal tempoh kempen mungkin soal tempoh kempen itu memberi ruang yang lebih untuk benda ini berlaku tetapi kalau tempoh yang singkat juga benda ini akan berlaku juga, kalau tidak ada benda-benda yang betul iltizam untuk membanteras benda ini. Jadi bagi saya masalah pokoknya bukan soal tempoh kempen tapi adalah budaya kita sendiri dan juga berapa serius kita nak banteras
Nampaknya Negeri Sembilan tidak memberi sokongan padu kepada saudara. Apa komen saudara
Saya nampak mungkin ini berhubung kait pada masalah tertentu yang berlaku di bahagian– bahagian tersebut yang mungkin ada pertandingan yang mana calon-calon yang dilihat bersama saya tidak menang ataupun tidak mendapat sokongan. Jadi saya drag down bersama dengan calon-calon tersebut.
Mungkin ada isu-isu yang diterangkan dan sebagainya ini tidak putuskan semangat saya kerana saya dapat percalonan dari tempat-tempat lain…alhamdulillah dan selagi saya dapat daripada mana pun saya tak kisah, daripada bahagian mana pun tak apa, saya tetap dengan keputusan saya untuk bertanding. Sebenarnya saya akan jumpa dengan perwakilan dan bertanya kenapa tidak di beri sokongan dan akhirnya yang penting hari ini adalah perwakilan itu sendiri sama ada perwakilan itu mau kita atau pun tidak.
Pesanan saudara pada pemuda dan ahli-ahli UMNO
Saya rasa yang penting adalah pilihan raya umum yang akan datang kita perlu ada satu kepimpinan pemuda yang akan dapat bantu Datuk Seri Najib bukan hanya dari segi idea tapi dari segi ketegasan untuk berada di hadapan. Membantu untuk mempertahankan kepimpinan parti kita tidak boleh ada kepimpinan yang di lihat sebagai lemah lembut, tidak ada ketajaman untuk mematah hujah-hujah pembangkang. Kita perlu kepada satu kepimpinan pemuda yang saya rasa boleh berdepan dalam apa jua keadaan sama ada berdebat secara terbuka dengan pembangkang berdepan dalam apa jua keadaan dan saya harap pemuda akan menilai setiap calon atas faktor tersebut… siapa yang boleh ke depan untuk kesempurnaan parti.
Dipetik dari mingguan-wattan.com
0 ulasan:
Catat Ulasan