Sabtu, 15 November 2008

PRESIDEN PENGGALAK POLITIK WANG

By CheDetFC on November 14, 2008 2:58 PM
(Komen dalam chedet.com : Peralihan Kuasa)

YAB Tun,

Bagi saya 'Politik Wang' yang begitu berleluasa pada pemilihan kali ini adalah berpunca dari apa yang di panggil sebagai 'pelan peralihan kuasa' tajaan Pak Lah.
Sekiranya Pak Lah menerima hakikat bahawa kepimpinan beliau sudah tidak relevan lagi dan segera mengambil tindakan melepaskan jawatan, maka politik wang dalam UMNO tidak akan sehebat hari ini.

Menurut trdisi UMNO, sekiranya Pak Lah melepas jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Maka Datuk Najib selaku Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri akan memangku jawatan Presiden UMNO dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sebagai Perdana Menteri, Najib akan segera melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari salah seorang Naib Presiden UMNO. Setelah lengkap perlantikan PM & TPM, maka sudah menjadi tradisi UMNO untuk memastikan kedua-duanya akan dinobatkan sebagai Presiden & Timbalan Presiden UMNO tanpa ada pertandingan. Itulah yang menjadi kebiasaan dalam tradisi UMNO untuk mengelakkan perpecahan khususnya selepas kemerosotan teruk UMNO dalam PRU12 yang lalu kesan kerosakan besar yang telah dilakukan oleh Pak Lah, Keluarga dan Menteri2 kabinetnya.

Apabila Pak Lah berdegil dan masih keras menegakkan benang basahnya melalui Pelan Peralihan Kuasanya itu, menyebabkan wujud ruang untuk 'kenaikkan pangkat' bagi pemimpin2 yang bernafsu besar seperti Muhammad Taib yang mempunyai dan pernah mencalit sejarah hitam dalam kepimpinan UMNO.

Ketika UMNO memerlukan orang yang berani menegur dan mengakui kesilapan, Ali Rustam & Muhammad Taib masih terus membodek dan memuja muji Pak Lah. Muhyiddin dan Rais begitu lantang bersuara (khususnya Muhyiddin). Persepsi buruk digambarkan diwajah Muhyiddin.

Apabila Muhyiddin berjaya mempengaruhi ramai untuk menerima pandangan pertamanya bahawa 'pelan peralihan kuasa' harus dinilai semula, maka timbul Muhammad Taib yang ingin mengambil kesempatan yang telah dibuka oleh Muhyiddin untuk
mengambil 'Peperiksaan STPM' setelah jemu mengambil SPM.

Kemudiannya, Muhyiddin sekali lagi memberikan pandangan agar peralihan kuasa disegerakan pada Disember 2008. Kini beliau dituduh pula dengan pelbagai tuduhan oleh Pak Lah sendiri seperti yang telah ditontoni oleh seluruh rakyat Malaysia di kaca2 TV. Keluarlah ungkapan "Apa Kurangnya Ali (Rustam)" dari mulut Pak Lah sendiri ketika berada di Sabah. Banyak lagi ungkapan tidak manis yang keluar dari seorang Perdana Menteri yang sedang marah kepada Muhyiddin dan YAB Tun sendiri.

Akhirnya, Muhyiddin yang mendapat pencalonan menggalakkan pada awalnya bagi jawatan Timbalan Presiden tiba2 hilang momentum dan rakyat menyaksikan Ali & Muhammad pula meraih pencalonan dari bahagian2 UMNO.

Adakah kemungkinan ini suatu konspirasi Pak Lah untuk memastikan Muhyiddin Menteri kabinet yang dituduhnya tidak dengar nasihat ini tidak berjaya dalam laluannya untuk menduduki kerusi no 2 UMNO itu?

Sebagai seorang yang begitu rapat dalam pemilihan UMNO di semua peringkat, saya merasa begitu jijik dan loya apabila pemimpin2 UMNO khususnya yang akan bertanding jawatan tertinggi parti memberikan nasihat kepada ahli agar menjauhkan politik wang yang menurut katanya akan merosakkan parti sedangkan, merekalah raja apa yang dikenali sebagai politik wang.

~ Ketika Datuk Seri Azalina Othman Said berucap pada ucapan penangguhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pengerang, saya terpaksa keluar untuk muntah kerana begitu loya dengan ucapan dan penerangan tentang politik wang yang sepatutnya diucapkan untuk dirinya sendiri...
...............................................

By CheDetFC on November 14, 2008 2:22 PM

Saya mendapat satu telefon pagi tadi dari seorang sahabat yang kini berjawatan EXCO Kerajaan Negeri. Dalam sembang-sembang politik beliau sempat bercerita bahawa terdapat seorang Agen Kepada Ketua Menteri Melaka bernama Datuk Yunus begitu marah apabila setelah sogokan wang diberikan kepada pemimpin tertentu Bahagian Kota Tinggi, namun Nama Datuk Ali Rustam tidak dicalonkan langsung semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi.

Rupa-rupanya agen kepada Tan Sri Muhammad Mohd Taib lebih berjaya 'menawan' hati perwakilan.

Akhirnya, bagi Bahagian Air Hitam, Johor, Datuk Yunus terpaksa memberikan sendiri sogokkan kepada perwakilan bagi memastikan nama Datuk Ali Rustam di calonkan. Datuk Yunus berjaya di Air Hitam.

Di Bahagian Tenggara, Bekas Ketua Bahagian YB Datuk Halimah Sadique merayu agar menerima cadangannya bagi pencalonan Majlis Tertinggi. Perwakilan yang telah 'kekenyangan' diusap & dibelai oleh Agen 'Mike Tyson' tidak mengendahkan langsung dan menyokong Mike Tyson.

Dalam setiap persidangan tersebut, akan terdapat 3 kumpulan agen bagi jawatan Timbalan Presiden dan selepas selesai pencalonan jawatan Timbalan Presiden, satu kumpulan akan tersenyum manakala 2 kumpulan agen akan pulang dengan hampa.

Begitulah UMNO di Bawah kepimpinan korup Pak Lah.

0 ulasan: