Memaparkan catatan dengan label KONSPIRASI LIWAT ANWAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KONSPIRASI LIWAT ANWAR. Papar semua catatan

Isnin, 24 November 2008

WANITA PKR AKAN USUL ANWAR LETAK JAWATAN



'Letak jawatan jika skandal seks, rasuah'

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM 23 Nov. - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengusulkan agar Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu meletak jawatan sekiranya terbabit dalam skandal rasuah mahupun seks.

Cadangan usul itu akan dikemukakan pada Kongres Nasional Wanita PKR yang diadakan 28 November ini.

Usul itu dibuat sebagai salah satu cara bagi membersihkan parti termasuk di peringkat kepimpinan daripada gejala tersebut.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya usul itu diluluskan, mana-mana pemimpin yang didapati terlibat dalam skandal tersebut, jawatan mereka dalam parti termasuk wakil rakyat akan digugurkan secara automatik.

''Ini yang kita bawa dan bahaskan dalam kongres parti yang akan diadakan nanti.

''Kita tidak mahu ada pemimpin khususnya daripada PKR terlibat dalam gejala rasuah atau seks, kita mahu pemimpin yang bersih.

''Sekiranya diluluskan, kita turut mahu supaya usul ini dapat diikuti oleh parti sekutu seperti DAP dan Pas,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, dua pemimpin parti itu, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, 57, dan Kapten (B) Usaili Alias, 56, ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam sogokan wang lebih RM100,000 berhubung satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, Perak, pada Ogos lalu.

~MataHati~ : Tetapi dalam Kes Liwat Anwar, mereka kata 'Konspirasi Politik'. Wanita PKR tidak akan percaya apa-apa pertuduhan seks terhadap Anwar. Samada benar Anwar terlibat atau tidak, itu tidak penting bagi mereka. Hanya dua kemungkinan bagi Wanita PKR : 1. Kemungkinan Wanita PKR sudah menganggap Anwar 'maksum' @ 2. Kemungkinan Wanita PKR sudah ada bukti bahawa Anwar sudah 'mati pucuk'. Wallahualam.

Isnin, 14 Julai 2008

Anwar tidak hadir ke IPK beri keterangan


14/07/2008 3:16pm

KUALA LUMPUR 14 Julai _ Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijualkan memberi keterangan berhubung kes liwat melibatkan dirinya, tidak hadir di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Kuala Lumpur hari ini.

Peguamnya SN Nair ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil menegaskan Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu kini menunggu surat perintah 111 Kanun Prosedur Jenayah untuk hadir ke IPK.

Berpuluh wartawan dan jurugambar berkumpul di IPK berkenaan apabila dimaklumkan Anwar akan memberi keterangan pukul 2.30 petang ini berhubung laporan beliau meliwat pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Adnan pada 26 Jun lalu. - Utusan

~MataHatiJohor~ : Begitulah Anwar Ibrahim Si Penggila Kuasa itu. Sudah tentunya apabila pihak Polis menahannya kerana tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa, Polis dan Kerajaan yang akan dipersalahkan. Kenapa Anwar? Berani kerana benar - Takut kerasa salah.
............................................................................

TERBARU : POLIS AKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP ANWAR : Maka Si Penggila Kuasa ini tidak akan berseorang ketika ditahan Polis nanti melainkan diiringi dengan ribuan penyokong fanatiknya. (Kemungkinan Kumpulan GAY juga akan turut serta membantah penahanan Anwar nanti.) Kah Kah Kah Kah @ pun penyokong fanatiknya itu sememangnya pengamal seks luar tabiee... Nauzubillah...

Isnin, 7 Julai 2008

ANWAR : SUMPAH ADA SYARAT



Anwar sedia bersumpah tetapi bersyarat

PETALING JAYA 6 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia bersumpah bagi membersihkan dirinya daripada tuduhan liwat dengan syarat ia dibuat di bawah bimbingan ulama-ulama yang berwibawa dari dalam dan luar negara.

Walaupun beliau bersedia bersumpah, dari segi pendirian beliau tetap berpegang pada pandangan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian.

Menurut Anwar, sejak dahulu beliau memang bersetuju untuk membersihkan namanya menggunakan cara syariah jika kerajaan membenarkan beliau berbuat demikian.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang kini berdepan dengan dakwaan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, mendakwa hasrat tersebut pernah diluahkannya semasa menghadapi tuduhan liwat yang pertama pada 1998.

“Saya minta dibawa ke Mahkamah Syariah pada tahun 1998, tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN) menolak.

“Malah untuk bersumpah kali ini, saya setuju untuk berbuat demikian atas nasihat ulama-ulama berwibawa dari dalam dan luar negara,” katanya ketika berucap pada program Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya di sini malam ini.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mencadangkan Anwar dan Mohd. Saiful yang mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar bermubahalah sebagai jalan penyelesaian kepada isu itu yang kini menjadi tumpuan nasional.

Anwar berkata, selain Harussani, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya dan beberapa ulama lain menegaskan beliau tidak perlu bersumpah.

Katanya, Harussani membuat penegasan beliau tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ia tidak menepati undang-undang Islam.

“Tunggulah kenyataan Mufti Perak itu keluar nanti,” katanya.

SUMBER : UTUSAN

~MataHatiJohor~ : Nak dibicarakan di mahkamah bersyarat. Nak diajak ber MUBAHALAH pun letakkan syarat. Macamana kalau semua penjenayah yang dituduh merasa dirinya hebat dan meletakkan pelbagai syarat. Sekiranya syaratnya tidak dipenuhi, maka semua sistem yang ada didakwa tidak adil. Apakah definisi keadilan bagi dirinya. Adakah apabila keputusan berpihak kepada dirinya baru dikatakan adil. Hanya Allah jua yang Maha Adil.