Sabtu, 28 Februari 2009

NAIB PRESIDEN : 1001 SEBAB KENAPA SYED HAMID TAK LAYAK


Bantah guna perkataan ‘Allah’

Oleh RADZI MD. ZIN, HASNURUL MOHAMED dan ZUHAYATI YAZID
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria terkejut dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Tokoh Maal Hijrah itu menegaskan Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dan berbeza dengan agama lain.

“Mengapa hendak bertolak-ansur sangat dalam hal ini? Kalau ikut enakmen jabatan agama islam negeri pun memang tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh KDN.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.

Perintah tersebut berbunyi: ‘‘Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’’.

Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia hari ini mendesak kerajaan membatalkan semula pewartaan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, langkah pewartaan tersebut mampu mencetuskan kegelisahan di kalangan orang Islam.

“Keputusan itu juga dilihat melanggar arahan Jemaah Menteri yang dibuat pada 19 Mei 1986,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zainul Rijal memberitahu, mahkamah sepatutnya tidak membenarkan penggunaan kalimah tersebut bagi digunakan oleh orang bukan Islam, tambahan lagi 10 buah negeri telah menggubal undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

Enakmen tersebut memperuntukkan adalah menjadi kesalahan menggunakan kalimah tersebut untuk kegunaan orang bukan Islam.

Dalam perkembangan sama, Zainul Rijal memberitahu, mahkamah tidak sepatutnya mengatasi keputusan Jemaah Menteri dan undang-undang yang diperkenankan oleh raja Melayu.

‘‘Hal ini seolah-olah ingkar dengan titah perintah raja yang melibatkan hal ehwal agama Islam,” katanya.

Di PULAU PINANG pula, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya terkejut dengan keputusan KDN membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan agama Kristian.

Beliau, yang bimbang dengan perkembangan itu, menggesa KDN membuat penelitian sedalam-dalamnya berhubung perkara itu kerana ia menyentuh sensitiviti agama suci itu dan umat Islam di negara ini.

“Bagi saya ini amat bahaya kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat terutama yang beragama Islam.

“Dalam kes penerbitan Herald – The Catholic Weekly, perkara tersebut masih menjadi perdebatan. Kenapa warta ini boleh dikeluarkan?’’ soalnya.

Lebih menghairankan Shabudin, mengapa isu itu dibangkitkan pada masa sekarang walaupun agama Islam sudah diangkat sebagai agama rasmi.

Isnin, 23 Februari 2009

HUKUM MENENTANG KERAJAAN (AHLI SUNNAH WALJAMAAH)

Sabtu, 21 Februari 2009

AZALINA MOHON RM400j UNTUK BILLBOARD BARU BODEK NAJIB?


Azalina mohon RM400j

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan memohon tambahan peruntukan RM400 juta dalam pakej rangsangan ekonomi bagi memberi tumpuan penyelenggaraan produk pelancongan di samping mempromosi segmen pasaran utama sektor pelancongan negara.

Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kedua-dua aspek itu menjadi fokus tahun ini kerana kementerian mahu menggalakkan pemain industri pelancongan berbelanja lebih untuk mempromosi industri berkenaan, seterusnya menjana pendapatan negara menerusi kedatangan lebih ramai pelancong.

“Semua terkandung dalam kertas kerja permohonan peruntukan tambahan yang diserahkan kepada Menteri Kewangan hari ini (semalam) kerana bajet menyelenggara produk pelancongan negeri ini tidak begitu banyak dan kita mahu hal ini dipertimbangkan.


“Produk ini jika dapat diselenggara dan sentiasa ditambah baik berupaya menarik lebih ramai pelawat,” katanya selepas melancarkan lagu iklan dan kuiz Zoom! sempena program Zoom! Jalan Masjid India di sini, semalam.

MataHati~ Masih ingat kisah Azalina dan Timbalan Menterinya tidak hadir sidang Dewan Rakyat untuk menjawab soalan Lim Kit Siang "Apakah kaedah kajian empirikal yang digunakan oleh Kementerian Pelancongan bahawa dengan meletakkan gambar Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelencongan sedang mengangkat tangan (jerit Hidup Pak Lah Lah tu) akan meningkatkan jumlah kemasukan pelancong ke Malaysia."

Kini, siang-siang lagi Azalina sudah merancang strategi baru untuk membodek DS Najib yang akan ditabalkan sebagai Perdana Menteri baru hujung bulan Mac nanti. Maka akan sakitlah mata kita dengan billbord, banting & banner serta baju/t shirt & topi baru yang berharga RM400j dengan gambar dan slogan baru "HIDUP PAK JIB" pula....

Selasa, 10 Februari 2009

NIZAR JAMALUDDIN AKAN DIKENANG SEBAGAI ...


Di atas ketentuan Illahi, tempoh hambanya Mohd Nizar Jamaluddin memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak hanya bertahan selama 11 bulan sahaja. Sebagaimana hamba ini dilantik ke jawatan Menteri Besar, begitu juga perlucutan jawatannya dilakukan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Ketua Negeri dan Ketua Agama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Dengan kehendak Allah jua, hambanya YAB Datuk Dr Zamry Abdul Kader pula telah mendapat perkenan DYMM Tuanku Sultan Perak untuk menjawat jawatan Menteri Besar Perak yang baru. Semuanya adalah di atas ketentuan Allah swt. Manusia hanya merancang - Allah yang maha menentukan.

Sebagai hambanya kita diwajibkan menerima dan percaya tanpa soal berkenaan qada' dan qadar Allah bagi diri kita yang telah tertulis semenjak azali lagi... semenjak kita belum dilahirkan ke dunia lagi.

Siapa sangka, anak kepada penoreh getah yang miskin dengan adik beradik seramai 14 orang mampu meniti kejayaan demi kejayaan sehingga menjadi seorang Menteri Besar. Abang kepada Nizar Jamaluddin telah mengakui bahawa tanpa bantuan Kerajaan, tidak mungkin ayahnya mampu memberikan pendidikan sehingga 11 orang dari adik beradiknya mendapat peluang pendidikan sehingga peringkat universiti. Nizar sendiri adalah pemegang biasiswa kerajaan ketika belajar di luar negara.

Tetapi manusia yang sombong memang mudah melupakan jasa orang lain. Seperti Kacang Lupakan Kulit. Kacang yang lupakan kulit masih dianggap biasa tetapi 'Anjing tersepit yang menggigit orang yang telah membantu melepaskannya' adalah lebih hina lagi di sisi budaya Melayu.

Apa pun tindakan Nizar samada mahu menerima kenyataan bahawa Allah telah menyatakan kehendakNya atau masih mahu berdegil mempertahankan egonya... Allah telah memutuskan bahawa Zamri adalah Menteri Besar yang baru. Hujung bulan Februari ini, yang sah mendapat gaji sebagai Menteri Besar adalah Zamri, bukan Nizar.

Maka bolehlah kita mulai bernostalgia akan apakah sumbangan Mohd Nizar Jamaluddin yang boleh kita kenang ketika menjadi Menteri Besar Perak ke 10 yang baru tamat beberapa hari lalu. Namun harus perlu kita ingat, bahawa janganlah kita meletakkan harapan yang tinggi kerana Nizar hanya memegang jawatan Menteri Besar selama 11 bulan sahaja.

Mohd Nizar Jamaluddin akan dikenang sebagai Menteri Besar Perak yang telah :

1. Menderhaka kepada Rajanya.

2. Menjadi BONEKA kepada DAP (Ngeh & Nga)

3. Angka 999 akan terus menghiris hati Raja & Rakyat Negeri Perak.

4. Menandatangani 'Perjanjian Pangkor 2' dengan DAP yang menguasai Kerajaan.

5. Tidak menerima bahawa dirinya bukan Menteri Besar lagi.


Namun begitu, bagi saya Mohd Nizar sememangnya tidak layak menjadi Menteri Besar Perak pun. Sebabnya :

1. Beliau tiada pendirian dalam menegakkan perjuangan partinya PAS yang sering melaungkan Islam kerana bersetuju menandatangani 'Perjanjian Pangkor 2' yang berkehendakkan Nizar tidak boleh samasekali menyebut Perak adalah Kerajaan Islam selain isu Hudud.

2. Beliau sanggup membelakangkan perasaan Raja dan Rakyat Melayu Perak dengan isu angka 999 dan berkaitan dengan tanah dan seumpama dengannya.

3. Beliau adalah seorang yang sombong kerana tidak tahu bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang telah membantu diri dan keluarganya sehingga berjaya.


Inilah balasan Allah yang telah dijanjikan bagi orang yang sombong kerana Allah sering mengingatkan bahawa"Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong dan bongkak." Pesanan ini juga untuk Menteri Besar Perak yang baru.

Isnin, 9 Februari 2009

NASKAH PERLEMBAGAAN UMNO

Perlembagaan UMNO

Sabtu, 7 Februari 2009

PANDANGAN ANAK MUDA TERHADAP POLITIK MALAYSIA


Terima kasih atas nasihatnya.

Sebenarnya pada pendapat saya, apa yang berlaku di Perak adalah antara kesan politik pembangkang yang secara terus menerus meracuni pemikiran orang ramai demi kepentingan politik mereka, demi menjulang kuasa yang diimpi-impikan selama ini, tanpa menitik-beratkan kesan negatif kepada negara.

Ramai yang kini terlalu taksub kepada Parti, taksub kepada ajakan DS Anwar yang menampakkan dirinya sebagai Hero, kononnya penyelamat Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah ia turut akan membawa kepada kemunduran kualiti sistem pemerintahan di Malaysia dimana hari ini ramai yang membuta tuli memilih calon atas nama parti, atas nama membawa kemenangan kepada PR, agar ia mampu memberi haluan kepada DS Anwar untuk menakluk Putrajaya.

Kualiti calon, orang yang akan membela mereka di kawasan sudah tidak lagi dilihat. Siapa yang bakal membela rakyat dikawasan tidak lagi penting. Inilah permainan yang dimainkan pembangkang. Soal membela rakyat tidak penting, apa yang penting mereka mampu berkuasa.

Walaupun DS Anwar sedar bahawa beliau telah melatih jutaan pemberontak, merosak byk nilai orang Melayu, menipu atas nama Perubahan dan mencabuli hak orang Melayu yang pastinya akan membawa kerugian pada bangsa Melayu, menabur nilai sentimen perkauman, pada satu kaum dia laung begini, pada kaum yang lain beliau laung yg lain pula, menyemarakkan api-api atas nama mengembalikan hak rakyat, bagi DS Anwar semua ini tidak penting, apa yang penting adalah supaya beliau dapat menakluk kuasa.

Saya berasa sedih apabila melihat ramai orang pada hari ini terlalu taksub kepada ajakan sebegini. Negara kita negara yang muda, rakyat berasa seronok apabila ada sesuatu yang baru, tambahan pula atas nama membawa perubahan, kononnya membentuk Malaysia Baru.

Lebih sedih lagi ia amat jelas berlaku di kalangan belia. Pembangkang mengambil kesempatan meracuni pemikiran-pemikiran muda untuk kononnya melakukan perubahan di Malaysia. Adalah zahir orang-orang muda suka kepada sifat rebel kerana ia merupakan antara elemen pembentukan pribadi manusia. Ini telah dimanfaatkan oleh pembangkang untuk kepentingan mereka.

Kawan-kawan yang dulu memuji kerajaan kerana keprihatinan mereka terhadap rakyat miskin, merapatkan jurang ekonomi selama ini, menjadikan Malaysia antara negara maju terulung, etc etc, perkara ini sudah dilupakan sama sekali. Kini kononnya apa yang mereka cari adalah hak sama rata walhal formula barat yang dilaungkan pembangkang itu satu yang akan merosakkan negara. Pembangkang tahu hal ini, tapi mereka tetap melaungkannya untuk kepentingan mereka dan rakyat terus tertipu.

Bagi saya, berlakunya perkara-perkara ini juga adalah disebabkan kelemahan dalaman parti orang Melayu UMNO itu sendiri.

Semasa pilihanraya yang lalu, saya berasa sangat pilu melihat ramai yang seolah-olah tidak mengunnakan akal, ramai yang seronok kepada ajak memberontak, seronok untuk keluar berarak, kononnya inign mengambil bahagian kepada pembaharuan yang bakal dilakukan oleh pembangkang.

DAP dalam manifestonya bercakap tentang peranan mereka kononnya akan membela semua orang.Orang Melayu yang baru sahaja balik dari mengundi DAP berasa bangga dan mengaku bangga di laman-laman web tentang tindakan mereka walhal mereka tidak sedar mereka ditipu dan ia hanya akan merugikan mereka.

Ini sesuatu yang sangat sedih apabila bangsa sendiri dimanipulasi. Pengkhianat Melayu (DS Anwar) pula menjadi simbol kepada manipulasi besar-besaran ini. Ramai yang tertipu dan terpedaya. Mereka melaung dengan bangga untuk pembaharuan.

Apa sebenarnya yang hendak diperbaharui? Ini tak lebih hanya permainan politik pembangkang. Mereka ingin mengambil kesempatan terbesar hasil daripada kepincangan UMNO sendiri.

Bila difikirkan selama 50 tahun merdeka, ramai orang Melayu sebenarnya terhutan budi kepada negara dan kerajaan UMNO. Tanpa UMNO, adakah taraf orang Melayu akan dapat setinggi hari ini? Mampukah anak Melayu mendapat peluang pendidikan besar? Mampukah orang Melayu mendominasi Putrajaya & KLCC?

Adakah ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan kita selama ini menderita tak cukup makan? Tidak apa yang perlu diubah. Kita perlu bersyukur dan terus usaha memajukan bangsa.

Tapi hari ini ramai yang lupa, ramai terpedaya dengan peluang yang diberikan kepada pembangkang untuk meracuni fikiran ramai orang.

Seperti apa yang saya katakan, semua ini berlaku akibat kepincangan dalam UMNO sendiri. Oleh sebab itu, semua harus mengembeling tenaga untuk merawat, membaiki, dan mengembalikan kegemilangan UMNO, meletak ia atas landasan yang benar dan lancar.

Bila orang yang pernah membantu kita, yang kita sayang, pada hari ini orang itu sakit, kita perlu bantu merawat mereka. Bukan buang di tepi jalan, biar melarat dan terus sakit atau mati; dan pilih orang yang lain kerana orang lain melaungkan kononya mereka adalah insan yang lebih baik.

Kita perlu sama-sama membantu untuk menguatkan elemen penting dalam bangsa Melayu. Penggerak orang Melayu.

Atas semangat ini, saya telah berjanji pada diri saya untuk bersama-sama 'merawat', dan mengembalikan maruah dan kegemilangan UMNO yang saya kira telah byk memberi kepada kesejahteraan dan kemajuan bangsa saya selama ini.

Seperti yang saudara MataHati katakan, mungkin ia adalah satu perjuangan try & error.

Tetapi saya amat berharap perjuangan try & error dalam beberapa tahun ini dapat sedikit sebanyak membantu dalam proses rehabilitasi dan mengembalikn kepercayaan ramai, membantu bersama membina kegemilangan yang susah payah Tun M bina satu ketika dulu.

Maaf, saya cuma sekadar berkongsi. Banyak yang harus saya pelajari dari saudara. Untuk berjuang bersama saudara dan lain-lain supaya sama-sama kita meletak kembali apa yang sudah tergelincir.

Salam perjuangan.
=================================

~MataHati~ Di atas adalah pandangan Sdra Rizal dalam msgnya kepada jawapan saya sebelum ini.

PERISTIWA DI PERAK : ANGKARA KERAKUSAN DAP & PENGAJARAN BUAT MELAYU


Sdra Rizal, Semua ini adalah berpunca idea jahat dan pengajaran kepada Anwar Ibrahim Si Penggila Kuasa dan Pengkhianat Bangsa. Dialah syaitan yang mengajarkan pemikiran lompat melompat ini dengan menghebahkan 16 Sept 2008 sebagai Hari Lompat Katak Semalaysia.

Apa kata mereka sekiranya 16 Sept menjadi kenyataan tempohari? Tentu mereka akan kata "DEMOKRASI, RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN etc etc. LOMPAT BAGI MEREKA HIJRAH. LOMPAT BAGI BN KHIANAT'.

ALLAH MAHA BESAR. Hukuman akhir zaman tiba di dunia lagi.

Kita bukan DEMOKRASI TULEN. Kita Demokrasi BerPerwakilan, Demokrasi Raja Berperlembagaan. Undang2 kita yang ada membenarkan perkara ini berlaku. Apabila tiada lagi undang2 yang menghalang bermakna ianya diperbolehkan walaupun dari segi moralnya ianya tidak manis sekali dipandang.

INI PENGAJARAN UNTUK SI PENGGILA KUASA YANG SEDANG MELENGAHKAN PERBICARAAN LIWATNYA.

INGAT APA KATA PEMIMPIN PR BILA DATUK NASA MENYEBERANG KE PR. ANGKUH & SOMBONG SEGALA ANWAR, SEGALA HADI DAN SEGALA NIK AZIZ. UMNO diibaratkan seperti POKOK YANG HAMPIR MATI. Tindakan Datuk Nasa di puji segala puji. Malah dengan bangga berkata ramai yang akan melompat lagi.

ALLAH MAHA BESAR. Hukuman akhir zaman tiba di dunia lagi.

Hanya 11 hari Allah memberi rasa bangga & riak dalam jiwa mereka. Selepas 11 hari Allah swt menarik semula segala sombong segala riak termasuk menarik segala pangkat yang telah dikurniakan melalui DYMM Paduka Seri Sultan dari pada mereka..

Adakah mereka terima ketentuan ALLAH ini dengan rasa penuh syukur dan TAKWA sebagaimana ketika menerima segala kurniaan mereka dahulu.

Udah ler yop... Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Juga sdra Rizal, janganlah sdra merasa gundah gulana lagi.

Di Malaysia, setiap calon yang bertanding dalam setiap pilihanraya walaupun mewakili parti tertentu, tetapi kedudukannya dalam Dewan adalah dikira dirinya secara individu. Setiap wakil rakyat adalah telah dipilih dari kawasannya tempat ia bertanding. Ia secara sah mewakili rakyat dikawasannya. Perubahan pendirian dan sokongan wakil rakyat tersebut tetap dikira juga sebagai perubahan pendirian dan sokongan rakyat di kawasanya. Sekiranya bertentangan, ianya hanya boleh dihukum pada pilihanraya yang akan datang.

Inilah Demokrasi berperwakilan.

Kini beberapa wakil rakyat telah berubah pendirian. Mereka telah tidak sehaluan dengan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan. Mereka telah bersetuju untuk memberikan sokongan kepada BN sehingga BN pula boleh memperolehi sokongan MAJORITI Ahli Dewan.

Apakah yang sepatutnya BN lakukan? Biarkan mereka yang minoriti meneruskan KERAJAAN? BODOH SANGATKAH BN?

INILAH PELUANG YANG DINANTIKAN untuk memperbaiki kerosakan silam. Peluang yang diberikan Allah ini jangan dipersiakan.

Sultan yang adil telah membuat keputusan berlandaskan undang2. Sultan yang Adil adalah undang2.

Inilah pengajaran buat Si Penggila Kuasa. Pengajaran kepada PAS agar tegas mendirikan pegangan Islam & Melayu dalam perjuangan. Pengajaran kepada DAP agar hormat dan tidak rakus merompak hak Pribumi.

PENGAJARAN JUGA BUAT PEMIMPIN UMNO AGAR JANGAN LAGI MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT MELAYU.

PENGAJARAN JUGA BUAT SEMUA RAKYAT BAHAWA TUANKU RAJA-RAJA MELAYU MASIH MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI KEBAIKKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.


INILAH PADAHNYA APABILA RAKYAT MEMILIH PAKATAN RAKYAT YANG TIDAK MEMPUNYAI KESATUAN IDEOLOGI PERJUANGAN... YANG BERJUANG HANYA UNTUK MELAKSANAKAN DENDAM KESUMAT AJARAN SYAITAN.

Wallahualam.

...........................
~MataHati~ Inilah jawapan kepada luahan gundah gulana Sdra Rizal dalam komen-komennya terhadap note saya di facebook.com

Jumaat, 6 Februari 2009

DEMI DAP - NIZAR TERUS DERHAKA


Nizar saman Sultan jika BN berkuasa

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa dengan Menteri Besar baru mengangkat sumpah hari ini.

Pengerusi DAP, Karpal Singh mendakwa, Sultan Perak telah bertindak di luar bidang kuasanya dalam mengenepikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Nizar.

Katanya, Nizar akan memfailkan saman terhadap Sultan dan kerajaan negeri yang baru di Mahkamah Tinggi Ipoh, Selasa ini jika BN mengambil alih kuasa.

Semalam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan Rakyat dan menitahkan Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan pada 2.15 petang semalam yang menyatakan bahawa Sultan Azlan Shah telah menitahkan Nizar meletak jawatan setelah baginda berpuas hati Menteri Besar itu tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ekoran tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing untuk menyokong BN.

KEBIJAKSANAAN SEORANG RAJA VS KEDERHAKAAN SEORANG MB

(SULTAN Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menerima menghadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Hee Yit Foong di Istana Kinta, Ipoh, semalam berikutan tindakannya keluar daripada DAP dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Baginda turut menerima menghadap tiga lagi ADUN Pakatan Rakyat yang keluar daripada parti masing-masing dan memberi sokongan kepada BN. Terdahulu, Sultan Azlan Shah menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN Perak bagi mendapatkan perkenan baginda untuk BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. – BERNAMA)

BERIKUT ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

“Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.”
================================================

Nizar tidak pegang kepada janji

IPOH: Keengganan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin patuh kepada titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah supaya beliau serta barisan exconya meletak jawatan membuktikan beliau tidak berpegang pada kenyataannya semalam.

Mohammad Nizar semalam semasa ditemui pemberita mendakwa beliau tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) berikutan perkembangan terbaru politik di negeri itu.

Bagaimanapun pada sidang akhbar di kediaman rasminya di sini hari ini, Mohamad Nizar telah mengumumkan keengganannya melepaskan jawatan Menteri Besar kerana menganggap beliau masih menyandang jawatan itu secara sah mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan.

Artikel XVI (6) Undang-undang Tubuh negeri menyatakan bahawa jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka, kecuali atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan negeri, beliau patut mengemukakan peletakan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat.

Sementara Artikel XVI (7) Undang-undang Tubuh Negeri menyatakan bahawa berkait dengan klausa (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat selain Menteri Besar boleh mengekalkan jawatan atas perkenan Paduka Seri Sultan tetapi mana-mana ahli Mesyuarat, boleh, pada bilabila masa, meletakkan jawatan.

Mohammad Nizar semalam turut berkata beliau yakin sebarang keputusan yang diperkenankan oleh Sultan Perak dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil dan akan "akur dan menerima sebarang keputusan yang diperkenankan Tuanku."

Hari ini beliau turut mendakwa Barisan Nasional (BN) tidak boleh menubuhkan kerajaan negeri di Perak kerana majoriti yang disebut oleh BN adalah tidak tepat kerana kedudukan tiga ADUN Pakatan Rakyat yang dianggap mereka telah meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi itu.

Ini berikutan keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V.Sivakumar sebelum ini yang mengisytiharkan terdapat tiga kawasan DUN yang kosong dan telahpun memohon mahkamah untuk mengisytiharkan kekosongan itu berikutan dakwaan Sivakumar yang mengatakan beliau menerima surat peletakan jawatan daripada ketiga-tiga ADUN Behrang, Jelapang dan Changkat Jering.

Sultan Perak hari ini memutuskan untuk tidak memperkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), serta menitahkan supaya Mohammad Nizar dan barisan exconya meletak jawatan.

Baginda membuat keputusan itu setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas di Istana Kinta di sini hari ini dan yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan. BERNAMA
=============================================

Patik mohon derhaka – Nizar

Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’.

Akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan akan masuk pejabatnya hari ini.

Kerajaan negeri bersama pemimpin kerajaan campuran pembangkang akan memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah untuk merayu agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
=============================================

MataHati~ Kesan didikan dari manusia yang tidak bermoral, kini anak buah mereka juga telah menunjukkan sikap dan tingkah laku tidak bermoral. Sila klik untuk melihat bukti kebiadapan mereka terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Rabu, 4 Februari 2009

SIAPA MB BARU PERAK? KRONI PAK LAH JUGA KER?




MataHati~ Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO Perak kerana berjaya dalam operasi semalam... walaupun operasi tersebut telah tergendala kerana kebodohan Pak Lah yang terlalu ghairah membocorkan makumat terlalu awal.

Persoalan sekarang, siapakah bakal Menteri Besar Perak yang baru. Saya cadangkan UMNO Perak haruslah mengekalkan semangat baru dengan berkeras sekiranya Pak Lah yang hanya tinggal 1 bulan setegah tempoh sebagai Presiden dan Perdana Menteri ingin menamakan Kroninya di Perak.

Kejayaan ini telah membuktikan keupayaan Datuk Seri Najib memimpin UMNO Perak. Sebagai bakal Presiden dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib lebih berhak menamakan siapakah yang bakal menerajui Kerajaan Barisan Nasional Perak.

Ahad, 1 Februari 2009

RENUNGI KENYATAAN BODOH 'PRESIDEN GAGAL'


1. Perdana Menteri juga diminta mengulas sama ada terdapat kemungkinan akan ada wakil rakyat PR dari negeri lain, selain Perak, yang akan menyertai Umno dan BN.

"Kemungkinan tetap ada di mana-mana pun. Bila kita nak meramaikan ahli Umno ia terbuka untuk sesiapa juga. Bukan kita kata orang ini jangan. Kita hendak kalau datang dari parti lain nak masuk Umno (kita terima)," katanya.

(PEJUANG MELAYU SEPERTI DATUK AHMAD ISMAIL DIGANTUNG KEAHLIANNYA. YAB TUN DR. MAHATHIR KELUAR UMNO TIDAK PULA DIRAYU SUPAYA MENYERTAI SEMULA UMNO. DUA ADUN PKR YANG MENGHADAPI DAKWAAN RASUAH DAN MENGGANGGAP RASUAH SEKS SEBAGAI SEDEKAH YANG DIALU-ALUKAN MENYERTAI UMNO. SEKIRANYA BENAR 2 ADUN PKR INI MENYERTAI UMNO, ADAKAH IANYA AKAN MENGUATKAN UMNO & BN? ATAU HANYA AKAN MENJADI MODAL/PELURU LEBIH BERKESAN PIHAK PEMBANGKANG UNTUK MENYERANG UMNO YANG MENERIMA PERASUAH MENJADI RAKAN PERJUANGAN MEREKA?)

2. Berhubung cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan undang-undang antilompat parti, Abdullah berkata:

"Yang ini kita tengoklah apa kehendak dan kita beri peluang kepada pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)...parti-parti politik (untuk memberi pendapat). Selama ini kita beri kebebasan...tidak ada masalah yang timbulpun," katanya.

("SELAMA INI KITA BERI KEBEBASAN... TIDAK ADA MASALAH TIMBUL PUN!!!". NAMPAKNYA BELIAU TIDAK SEDAR APA KESILAPAN YANG TELAH BELIAU LAKUKAN SELAMA INI KERANA DALAM KEADAAN POLITIK NEGARA YANG HURU HARA KETIKA INI PUN BELIAU MASIH BERKATA.... TIDAK ADA MASALAH YANG TIMBUL PUN!!!!)


3. Abdullah juga ditanya mengenai terdapat dakwaan anggota tersebut dipukul ketika dalam siasatan.

"Cara yang mereka (SPRM) buat. Ini yang mereka tak mahu. Jangan buat lagilah macam ini. Mereka ini bukanlah berupa seorang penjenayah. Walau apa pun saya harap cara siasatan dibuat adalah dengan mengikut undang-undang," katanya.

("Mereka ini bukanlah berupa seorang penjenayah". KEPADA PAK LAH PERASUAH BUKAN SEORANG PENJENAYAH???)

Dari 3 contoh di atas, bolehlah kita bayangkan apa akan jadi sekiranya Malaysia mempunyai Perdana Menteri seperti Pak Lah selama 22 tahun... Jahanam...