Sabtu, 7 Februari 2009

PANDANGAN ANAK MUDA TERHADAP POLITIK MALAYSIA


Terima kasih atas nasihatnya.

Sebenarnya pada pendapat saya, apa yang berlaku di Perak adalah antara kesan politik pembangkang yang secara terus menerus meracuni pemikiran orang ramai demi kepentingan politik mereka, demi menjulang kuasa yang diimpi-impikan selama ini, tanpa menitik-beratkan kesan negatif kepada negara.

Ramai yang kini terlalu taksub kepada Parti, taksub kepada ajakan DS Anwar yang menampakkan dirinya sebagai Hero, kononnya penyelamat Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah ia turut akan membawa kepada kemunduran kualiti sistem pemerintahan di Malaysia dimana hari ini ramai yang membuta tuli memilih calon atas nama parti, atas nama membawa kemenangan kepada PR, agar ia mampu memberi haluan kepada DS Anwar untuk menakluk Putrajaya.

Kualiti calon, orang yang akan membela mereka di kawasan sudah tidak lagi dilihat. Siapa yang bakal membela rakyat dikawasan tidak lagi penting. Inilah permainan yang dimainkan pembangkang. Soal membela rakyat tidak penting, apa yang penting mereka mampu berkuasa.

Walaupun DS Anwar sedar bahawa beliau telah melatih jutaan pemberontak, merosak byk nilai orang Melayu, menipu atas nama Perubahan dan mencabuli hak orang Melayu yang pastinya akan membawa kerugian pada bangsa Melayu, menabur nilai sentimen perkauman, pada satu kaum dia laung begini, pada kaum yang lain beliau laung yg lain pula, menyemarakkan api-api atas nama mengembalikan hak rakyat, bagi DS Anwar semua ini tidak penting, apa yang penting adalah supaya beliau dapat menakluk kuasa.

Saya berasa sedih apabila melihat ramai orang pada hari ini terlalu taksub kepada ajakan sebegini. Negara kita negara yang muda, rakyat berasa seronok apabila ada sesuatu yang baru, tambahan pula atas nama membawa perubahan, kononnya membentuk Malaysia Baru.

Lebih sedih lagi ia amat jelas berlaku di kalangan belia. Pembangkang mengambil kesempatan meracuni pemikiran-pemikiran muda untuk kononnya melakukan perubahan di Malaysia. Adalah zahir orang-orang muda suka kepada sifat rebel kerana ia merupakan antara elemen pembentukan pribadi manusia. Ini telah dimanfaatkan oleh pembangkang untuk kepentingan mereka.

Kawan-kawan yang dulu memuji kerajaan kerana keprihatinan mereka terhadap rakyat miskin, merapatkan jurang ekonomi selama ini, menjadikan Malaysia antara negara maju terulung, etc etc, perkara ini sudah dilupakan sama sekali. Kini kononnya apa yang mereka cari adalah hak sama rata walhal formula barat yang dilaungkan pembangkang itu satu yang akan merosakkan negara. Pembangkang tahu hal ini, tapi mereka tetap melaungkannya untuk kepentingan mereka dan rakyat terus tertipu.

Bagi saya, berlakunya perkara-perkara ini juga adalah disebabkan kelemahan dalaman parti orang Melayu UMNO itu sendiri.

Semasa pilihanraya yang lalu, saya berasa sangat pilu melihat ramai yang seolah-olah tidak mengunnakan akal, ramai yang seronok kepada ajak memberontak, seronok untuk keluar berarak, kononnya inign mengambil bahagian kepada pembaharuan yang bakal dilakukan oleh pembangkang.

DAP dalam manifestonya bercakap tentang peranan mereka kononnya akan membela semua orang.Orang Melayu yang baru sahaja balik dari mengundi DAP berasa bangga dan mengaku bangga di laman-laman web tentang tindakan mereka walhal mereka tidak sedar mereka ditipu dan ia hanya akan merugikan mereka.

Ini sesuatu yang sangat sedih apabila bangsa sendiri dimanipulasi. Pengkhianat Melayu (DS Anwar) pula menjadi simbol kepada manipulasi besar-besaran ini. Ramai yang tertipu dan terpedaya. Mereka melaung dengan bangga untuk pembaharuan.

Apa sebenarnya yang hendak diperbaharui? Ini tak lebih hanya permainan politik pembangkang. Mereka ingin mengambil kesempatan terbesar hasil daripada kepincangan UMNO sendiri.

Bila difikirkan selama 50 tahun merdeka, ramai orang Melayu sebenarnya terhutan budi kepada negara dan kerajaan UMNO. Tanpa UMNO, adakah taraf orang Melayu akan dapat setinggi hari ini? Mampukah anak Melayu mendapat peluang pendidikan besar? Mampukah orang Melayu mendominasi Putrajaya & KLCC?

Adakah ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan kita selama ini menderita tak cukup makan? Tidak apa yang perlu diubah. Kita perlu bersyukur dan terus usaha memajukan bangsa.

Tapi hari ini ramai yang lupa, ramai terpedaya dengan peluang yang diberikan kepada pembangkang untuk meracuni fikiran ramai orang.

Seperti apa yang saya katakan, semua ini berlaku akibat kepincangan dalam UMNO sendiri. Oleh sebab itu, semua harus mengembeling tenaga untuk merawat, membaiki, dan mengembalikan kegemilangan UMNO, meletak ia atas landasan yang benar dan lancar.

Bila orang yang pernah membantu kita, yang kita sayang, pada hari ini orang itu sakit, kita perlu bantu merawat mereka. Bukan buang di tepi jalan, biar melarat dan terus sakit atau mati; dan pilih orang yang lain kerana orang lain melaungkan kononya mereka adalah insan yang lebih baik.

Kita perlu sama-sama membantu untuk menguatkan elemen penting dalam bangsa Melayu. Penggerak orang Melayu.

Atas semangat ini, saya telah berjanji pada diri saya untuk bersama-sama 'merawat', dan mengembalikan maruah dan kegemilangan UMNO yang saya kira telah byk memberi kepada kesejahteraan dan kemajuan bangsa saya selama ini.

Seperti yang saudara MataHati katakan, mungkin ia adalah satu perjuangan try & error.

Tetapi saya amat berharap perjuangan try & error dalam beberapa tahun ini dapat sedikit sebanyak membantu dalam proses rehabilitasi dan mengembalikn kepercayaan ramai, membantu bersama membina kegemilangan yang susah payah Tun M bina satu ketika dulu.

Maaf, saya cuma sekadar berkongsi. Banyak yang harus saya pelajari dari saudara. Untuk berjuang bersama saudara dan lain-lain supaya sama-sama kita meletak kembali apa yang sudah tergelincir.

Salam perjuangan.
=================================

~MataHati~ Di atas adalah pandangan Sdra Rizal dalam msgnya kepada jawapan saya sebelum ini.

1 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

ngarut la hang... selama 11 bulan aman damai.. mai datang najib huru hara negeri... still slh orng PR ka? cube byg kan pade bulan ke 11 tu NAJIB meninggal kan dunia tak kire le mati xcident ka... sakit kurap ka.. ape2 jelah... tak ke benda2 ni tak jadi... blaajar sejarah bukan soh tgk yg tengah2, tgk yang mule2 tu le SEJARAH... klu hang tere hang cari sejarah MELAYU!