Selasa, 10 Februari 2009

NIZAR JAMALUDDIN AKAN DIKENANG SEBAGAI ...


Di atas ketentuan Illahi, tempoh hambanya Mohd Nizar Jamaluddin memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak hanya bertahan selama 11 bulan sahaja. Sebagaimana hamba ini dilantik ke jawatan Menteri Besar, begitu juga perlucutan jawatannya dilakukan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Ketua Negeri dan Ketua Agama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Dengan kehendak Allah jua, hambanya YAB Datuk Dr Zamry Abdul Kader pula telah mendapat perkenan DYMM Tuanku Sultan Perak untuk menjawat jawatan Menteri Besar Perak yang baru. Semuanya adalah di atas ketentuan Allah swt. Manusia hanya merancang - Allah yang maha menentukan.

Sebagai hambanya kita diwajibkan menerima dan percaya tanpa soal berkenaan qada' dan qadar Allah bagi diri kita yang telah tertulis semenjak azali lagi... semenjak kita belum dilahirkan ke dunia lagi.

Siapa sangka, anak kepada penoreh getah yang miskin dengan adik beradik seramai 14 orang mampu meniti kejayaan demi kejayaan sehingga menjadi seorang Menteri Besar. Abang kepada Nizar Jamaluddin telah mengakui bahawa tanpa bantuan Kerajaan, tidak mungkin ayahnya mampu memberikan pendidikan sehingga 11 orang dari adik beradiknya mendapat peluang pendidikan sehingga peringkat universiti. Nizar sendiri adalah pemegang biasiswa kerajaan ketika belajar di luar negara.

Tetapi manusia yang sombong memang mudah melupakan jasa orang lain. Seperti Kacang Lupakan Kulit. Kacang yang lupakan kulit masih dianggap biasa tetapi 'Anjing tersepit yang menggigit orang yang telah membantu melepaskannya' adalah lebih hina lagi di sisi budaya Melayu.

Apa pun tindakan Nizar samada mahu menerima kenyataan bahawa Allah telah menyatakan kehendakNya atau masih mahu berdegil mempertahankan egonya... Allah telah memutuskan bahawa Zamri adalah Menteri Besar yang baru. Hujung bulan Februari ini, yang sah mendapat gaji sebagai Menteri Besar adalah Zamri, bukan Nizar.

Maka bolehlah kita mulai bernostalgia akan apakah sumbangan Mohd Nizar Jamaluddin yang boleh kita kenang ketika menjadi Menteri Besar Perak ke 10 yang baru tamat beberapa hari lalu. Namun harus perlu kita ingat, bahawa janganlah kita meletakkan harapan yang tinggi kerana Nizar hanya memegang jawatan Menteri Besar selama 11 bulan sahaja.

Mohd Nizar Jamaluddin akan dikenang sebagai Menteri Besar Perak yang telah :

1. Menderhaka kepada Rajanya.

2. Menjadi BONEKA kepada DAP (Ngeh & Nga)

3. Angka 999 akan terus menghiris hati Raja & Rakyat Negeri Perak.

4. Menandatangani 'Perjanjian Pangkor 2' dengan DAP yang menguasai Kerajaan.

5. Tidak menerima bahawa dirinya bukan Menteri Besar lagi.


Namun begitu, bagi saya Mohd Nizar sememangnya tidak layak menjadi Menteri Besar Perak pun. Sebabnya :

1. Beliau tiada pendirian dalam menegakkan perjuangan partinya PAS yang sering melaungkan Islam kerana bersetuju menandatangani 'Perjanjian Pangkor 2' yang berkehendakkan Nizar tidak boleh samasekali menyebut Perak adalah Kerajaan Islam selain isu Hudud.

2. Beliau sanggup membelakangkan perasaan Raja dan Rakyat Melayu Perak dengan isu angka 999 dan berkaitan dengan tanah dan seumpama dengannya.

3. Beliau adalah seorang yang sombong kerana tidak tahu bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang telah membantu diri dan keluarganya sehingga berjaya.


Inilah balasan Allah yang telah dijanjikan bagi orang yang sombong kerana Allah sering mengingatkan bahawa"Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong dan bongkak." Pesanan ini juga untuk Menteri Besar Perak yang baru.

1 ulasan:

Goh Wei Liang berkata...

selalunya di tv dan di surat khabar, saya lihat wajah nizar dan ngeh koo ham sahaja.

kadang-kadang ada juga nga kor ming.

tapi saya hairan, Nizar ni MB dari PAS atau DAP?

di mana pula penyokong-penyokong PAS atau peguam PAS?

Makin lama makin jelas, PAS boneka DAP di Perak.

Kontroversi tanah bernilai RM1.5 billion selama 999 tahun juga patut dilihat semula oleh Pakatan Rakyat.

Apatah lagi ada dua EXCO kerajaan negeri Perak yang korup, tetapi disanjung dan dihargai sehinggalah mereka keluar dari Pakatan.

Sebelum mereka keluar, Speaker Perak tak gantung mereka berdua. Kerajaan Nizar juga tak gantung mereka.

Kerenah macam ini, Nizar nak mohon restu Sultan untuk terus mentadbir Perak?

Jangan harap.