SEKALUNG TAHNIAH DARI KPUMaya KEPADA DATUK AHMAD ISMAIL
Pada satu ceramah 23 Ogos lepas dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ahmad didakwa menyebut bahawa masyarakat Cina adalah pendatang di negara ini dan tidak layak menuntut hak yang sama.
Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka tetapi Ahmad enggan berbuat demikian.
Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat semalam berpendapat kenyataan dan tindakan Ahmad yang menimbulkan keresahan dan bantahan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) adalah serius.
Keputusannya, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail digantung keahlian dalam parti selama tiga tahun berkuat kuasa serta-merta.
~ Sesiapa yang ada hujah untuk menafikan bahawa kaum Cina dan India bukan merupakan kaum PENDATANG dipersilakan mengemukakan hujahnya di sini.
~ Sesiapa yang dapat menafikan bahawa Kaum Cina dan India memang tidak mahu memutuskan hubungannya dengan negara asal nenek moyang mereka yang menyebabkan pembinaan sebuah Negara Bangsa Malaysia tidak akan pernah berjaya.
~ Sekiranya kaum Cina dan India benar-benar ikhlas mahu menumpahkan taat setia kepada Malaysia, Mengapa mereka menuntut untuk mempertahankan sistem pendidikan yang berasingan (SRJK).
TAHNIAH TSU KOON !!!!! Kerana telah berjaya memindahkan dengan begitu licin sekali Pemerintahan Pulau Pinang kepada DAP.... rakan PAP dan GERAKAN suatu masa dahulu sebelum ianya berjaya dirampas oleh UMNO yang mempunyai bilangan kerusi DUN paling tinggi di sana.
Penang - Singapore - Hong Kong .... rangkaian perdagangan ini masih dikuasai oleh kaum anda.....Usaha YAB Tun untuk untuk memecahkan tradisi ini dengan membina Jambatan Bengkok juga telah di GAGALkan oleh Bangsa Melayu sendiri.
TAHNIAH UMNO !!!! Kerana telah berjaya menghina pejuang Bangsanya sendiri....
TAHNIAH DAN TAKZIAH juga untuk DATUK AHMAD ISMAIL.... percayalah, suatu hari nanti Melayu akan mengungkapkan "Kalaulah Abang Tuah Masih Hidup..." dan Datuklah 'Abang Tuah' yang dimaksudkan itu.
Kepada pembaca, percayalah, perjuangan Datuk Ahmad bukan atas kepentingan diri melainkan kerana kepentingan dan Masa Depan Bangsa Melayu. Ini yang tiada dalam perjuangan Pemimpin Melayu sekarang.
Percayalah, kerana perjuangan ini, Datuk Ahmad Ismail tidak akan pernah lagi DICALUNKAN sebagai WAKIL RAKYAT seperti yang diidam-idamkan oleh setiap pemimpin dalam UMNO....
Hukuman terhadap Datuk Ahmad Ismail ini semakin menunjukkan bahawa UMNO semakin tidak mampu untuk dijadikan sandaran dan jaminan bagi membela nasib dan masa depan Bangsa Melayu di bumi tumpah darahnya sendiri.
0 ulasan:
Catat Ulasan