ISYARAT JELAS UNTUK UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN
Pelan Peralihan Kuasa 1 :
BAHAGIAN TENTUKAN PELAN PERALIHAN KUASA :NAJIB
12/09/2008 12:00pm
KUALA LUMPUR 12 Sept. – Sebarang perubahan dalam pelan peralihan kuasa antara Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri seharusnya ditentukan melalui mesyuarat bahagian UMNO, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Perniagaan China Guandong-Malaysia di sini hari ini. - Utusan
========================================
MUHYIDDIN SEDIA TANGGUNG RISIKO
12/09/2008 12:00pm
KUALA LUMPUR 12 Sept. – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan pendiriannya dan sanggup berhadapan risiko berhubung kenyataannya bahawa proses peralihan kuasa perlu disegerakan.
Beliau berkata, kenyataannya itu adalah pandangan ikhlas yang berasaskan kepada pendapat umum.
Beliau ditemui pada Persidangan Perniagaan China Guandong-Malaysia di sini hari ini. - Utusan
~MataHati~: Tan Sri Muhyiddin telah menyuarakan semula perlunya UMNO menukar kepimpinannya yang ternyata lemah dan tidak berdaya mengatasi kemelut politik paling tragis dalam sejarah UMNO dan Barisan Nasional. Beliau berikrar sanggup menanggung risiko termasuk dipecat oleh Presiden UMNO yang hanya tahu menggantung dan memecat sesiapa yang tak mendengar arahannya.
Apabila Datuk Seri Najib berkata "Sebarang perubahan dalam pelan peralihan kuasa antara Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri seharusnya ditentukan melalui mesyuarat bahagian UMNO", maka ini seharusnya dilihat sebagai isyarat yang jelas kepada UMNO Bahagian-Bahagian yang akan bersidang pada bulan hadapan untuk mengambil keputusan dan menyuarakan pendirian sebenar tentang perlunya perubahan kepimpinan UMNO disegerakan dan paling bermaruah adalah pada pemilihan parti pada Disember 2008 ini.
5 bulan yang semakin parah dengan Permatang Pauh sebagai bukti yang paling nyata bahawa Pak Lah tidak mampu untuk mengembalikan semula kekuatan UMNO kerana .... Pak Lah adalah kelemahan/liabiliti yang paling besar kepada UMNO itu sendiri. Menyingkirkan Pak Lah sama seperti menyingkirkan sebahagian besar masalah yang sedang ditanggung oleh UMNO pada ketika ini.
Justeru UMNO Bahagian-Bahagian tidak mempunyai banyak pilihan. Memperkukuhkan semula atau 'menjerumuskan terus UMNO ke jurang yang tidak mampu untuk bangkit lagi'.
Jika pilihan pertama yang dipilih, maka Pak Lah harus diturunkan secara terhormat pada Disember depan. Datuk Seri Najib wajar dicalonkan sebagai Presiden UMNO yang baru dan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden yang akan bergandingan dalam usaha berat untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN.
Jika tidak, jika kepimpinan UMNO di peringkat Bahagian masih merasakan bahawa kuasa hanya dimiliki oleh presiden bukan dimiliki oleh ahli UMNO yang layak memilih pemimpinnya, maka tidak ada yang sedang menanti orang Melayu UMNO selain dari Jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen selepas PRU 13 akan datang.
Percayalah, tidak ada gunanya lagi kita mengusung Pemimpin yang ternyata telah gagal. Mengapa pertengahan 2010? Apakah ada lagi agenda keluarga yang belum selesai? Tender Tren KTMB? Usaha merampok PETRONAS belum berjaya keseluruhannya? Atau ...memberikan peluang dan masa yang lebih besar bagi Anwar Si Penggila Kuasa itu membelasah Datuk Seri Najib sehingga tamat riwayat politiknya. Dan... tidak ada peralihan kuasa selepas itu...
Pelan Peralihan Kuasalah yang meningkatkan RASUAH POLITIK dalam Pemilihan UMNO tahun ini...
========================================
Tiada peralihan kuasa dalam Perlembagaan Umno: Ku Li
MUAR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau tidak mahu mempersoalkan kenyataan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menganggap peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 2010 terlalu lama.
Sebaliknya, beliau lebih terkejut dengan cadangan peralihan kuasa antara kedua-dua pemimpin tertinggi Umno yang pada pendapatnya tidak ada dalam perlembagaan parti.
Tengku Razaleigh tetap dengan pendiriannya bahawa perlembagaan Umno tidak ada peruntukan untuk mengadakan peralihan kuasa.
“Ahli-ahli yang patut memilih pemimpin. Pemimpin tak boleh menentukan berapa lama nak duduk (memimpin), bila nak turun kecuali apabila dia nak berhenti,” katanya.
- Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan