Ahad, 24 Ogos 2008

"Sah Gila" : Raja Petra tuduh Najib amal cara hidup Hindu




Sehari satu akuan bersumpah dikeluarkan oleh pengendali laman web Malaysia Today. Terbaru Raja Petra mengeluarkan akuan bersumpah seorang lelaki India yang dikatakan pernah menjadi pemandu D Nalakaruppan mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak setiap bulan melakukan acara keagamaan Hindu di rumahnya. Akuan bersumpah yang tidak diketahui kebenaran atau kesahihannya itu, menceritakan barang-barang untuk upacara sembahyang agama Hindu telah dibawa ke rumah Najib dan acara keagaman itu dilakukan setiap bulan. Menurut dakwaan itu sami Hindu akan bawa peralatan untuk acara keagamaan itu dan Najib serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan duduk di depan api yang dinyalakan. Setelah selesai, Najib dan Rosmah akan dimandikan dengan susu yang telah dijampi dengan mentera Hindu. Di akhir tulisannya, Raja Petra menuduh Najib mungkin lahir dalam keluarga Islam tapi hidup mengamalkan agama Hindu. Dia membuat tuduhan itu sebagai usaha memperkecilkan sumpah Najib di Masjid Gua Perahu Jumaat malam. - 23/8/2008 /AGENDA DAILY

0 ulasan: