Ahad, 24 Ogos 2008

ANWAR PENGKHIANAT BANGSA




PETALING JAYA 23 Ogos – Bekas sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Mohamad menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, Anwar yang menjadi idolanya satu ketika dahulu kini tidak lagi dipercayainya kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu berhasrat menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.

Beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata, Anwar yang dikenali sejak 1970-an turut berhasrat untuk mengubah semua dasar negara terutama Dasar Ekonomi Baru (DEB).

‘‘Saya sangat dukacita dengan kenyataan Anwar kepada majalah ekonomi, Asia Inc., dua bulan lalu apabila menyuarakan keinginannya mewujudkan meritokrasi, Malaysian Malaysia dan menghapuskan keistimewaan orang Melayu sekiranya menjadi Perdana Menteri.

‘‘Saya menentang habis-habisan jika Anwar mahu jadi Perdana Menteri kerana hasrat Anwar selari dengan perjuangan DAP dan menggunakan PKR untuk menyuarakan keinginan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai projek ternakan babi secara moden di Sepang di pejabatnya, di sini hari ini.

Zulkifli yang juga Pengerusi Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM) berkata, bekas Menteri Pendidikan itu juga tidak mahu cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri gagal.

‘‘Dia mahu menjadi Perdana Menteri yang liberal dan percaya hajatnya akan tercapai apabila tersenarai sebagai salah seorang daripada 100 pemimpin dunia yang terbilang seperti yang diramalkan sahabat baiknya, Paul Wolfowitz,” katanya.

0 ulasan: