Rabu, 4 Jun 2008

TERKINI : NAJIB PRESIDEN - MUHYIDDIN TIMBALAN




~MataHatiJohor~:Berita terbaharu yang saya terima sendiri dari orang kanan kedua-dua pemimpin harapan rakyat Malaysia pada ketika ini iaitu Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin adalah bahawa sudah ada persefahaman untuk menerima hakikat bahawa akar umbi UMNO mahukan perubahan segera kepimpinan tertinggi UMNO.

Justeru berita yang paling menggembirakan kita semua pada hari ini adalah YAB Datuk Seri Najib dikatakan telah bersetuju untuk menerima pencalonan bagi jawatan Presiden UMNO berganding bersama Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Keputusan ini dikatakan dibuat berdasarkan meningkatnya desakan ahli dan pemimpin UMNO di peringkat akar umbi yang menyuarakan desakan supaya Pak Lah segera melakukan proses peralihan kuasa kepada Timbalannya ini.

Ditanya mengapa sebelum ini Datuk Seri Najib berpendirian untuk bersama-sama berganding dengan Pak Lah, sumber saya mengatakan bahawa Datuk Seri Najib menyangkakan Pak Lah akan melakukan proses peralihan kuasa sebelum pemilihan UMNO pada bulan Disember nanti. Pernyataan Pak Lah ini yang semakin berubah amat berbeza dengan penyataannya yang dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan UMNO Johor bulan lalu dan ini membuatkan Datuk Seri Najib semakin ragu dengan keikhlasan Pak Lah untuk melakukan proses peralihan kuasa.

Berdasarkan senario politik semasa yang agak tidak menentu serta persepsi buruk rakyat terhadap UMNO dan kerajaan ditambah pula dengan keadaan ekonomi dan krisis tenaga dan makanan yang kian meruncing, maka terdapat keperluan bagi Datuk Seri Najib mengambil langkah kehadapan bagi menyelamatkan parti dan negara ke arah membaiki segala kelemahan yang telah dilakukan oleh Pak Lah.

"Memandangkan tidak banyak tindakan yang telah dilakukan oleh Pak Lah bagi membaiki dan menangani segala kelemahan dalam pentadbirannya serta campurtangan keluarganya maka Datuk Seri Najib merasa bertanggungjawab dan terpanggil untuk menyahut desakan seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia dari semua peringkat untuk mengetuai proses menguatkan semula UMNO dan memulihkan persepsi rakyat terhadap UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan."

Sumber itu menyatakan bahawa "proses ini dijangka akan mengambil masa selama 6 bulan sahaja. Selepas bulan Disember atau mulai tahun 2009, Kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri sudah boleh memfokuskan kepada menangani segala cabaran yang sedang dihadapi oleh rakyat termasuk isu kenaikan harga minyak dan krisis makanan."

Justeru itu saya menyeru kepada semua pembaca supaya bergandingbahu bagi memastikan usaha pembaharuan ini akan berjaya dilakukan. Pada ketika ini semua pihak di dalam UMNO harus memastikan YAB Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin mendapat pencalonan yang secukupnya bagi melayakkan mereka bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Semoga Allah merestui perjuangan mereka untuk agama, bangsa dan negara.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berat untuk mempercayai apa yang dikatakan dan dijanjikan oleh Pak Lah sekarang........kepimpinan beliau penoh dengan janji kosong serta pengumuman dan keputusan yang bercanggah dengan menteri2 kabinet.
Bagaimana seorang ketua mengharapkan sokongan dari hulubalangnya sekiranya ketua itu sendiri membelakang dan memperlekehkan orang2 kanannya.

Walauapa pun janji yang Pak Lah warwarkan....perjuangan supaya beliau dengan apa cara sekali pun mesti diteruskan.

Tanpa Nama berkata...

Berat untuk mempercayai apa yang dikatakan dan dijanjikan oleh Pak Lah sekarang........kepimpinan beliau penoh dengan janji kosong serta pengumuman dan keputusan yang bercanggah dengan menteri2 kabinet.
Bagaimana seorang ketua mengharapkan sokongan dari hulubalangnya sekiranya ketua itu sendiri membelakang dan memperlekehkan orang2 kanannya.

Walauapa pun janji yang Pak Lah warwarkan....perjuangan supaya beliau berundur dengan apa cara sekali pun mesti diteruskan.