PENANG + ANWAR + AZIZAH + NURUL IZZAH + PENANTI = KERAJAAN 3 BERANAK JUGA
Anwar kata, calon DUN Penanti mesti 'orang cukup kanan dalam parti'. Sesiapa pun sudah boleh meneka siapakah yang cukup kanan dalam parti kalau bukan Wan Azizah, Presiden merangkap 'Menteri Pertahanan Tetap' Anwar di rumah.
Selanjutnya, Wan Azizah akan dilantik pula sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 menggantikan Fairus berdasarkan lanjutan kenyataan Anwar berbunyi "Orang Melayu di negeri ini mahu satu ketetapan bahawa suara mereka diberi perhatian di peringkat kepimpinan negeri". Ini diperkukuhkan lagi melalui kenyataannya "pemilihan calon daripada kalangan 'orang cukup kanan' juga penting memandang kemungkinan untuk dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang."
Kerajaan BN baru sahaja menukar pentadbiran baru dengan menggantikan 'Kerajaan Tiga Beranak" seperti menurut Zahrin Sang Kelembai. Ini juga tuduhan yang sering dilemparkan oleh Anwar... Kroni... Kroni.... Kroni....Nepotisme... Nepotisme.... Nepotisme....
Ternyata, Anwar Ibrahim masih tidak dapat menahan gelojoh dan ghairahnya terhadap kuasa sama seperti ketika berada dalam UMNO dahulu. Orang UMNO memang sudah masak dengan semua jenis nafsu yang dimiliki oleh manusia bernama Anwar Ibrahim ini.
Orang PAS... mereka lagi masak dengan Anwar Ibrahim... mereka hanya menggunakan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan UMNO.
Orang DAP... mereka mengambil kesempatan di atas kelemahan Anwar Ibrahim yang begitu gelojoh dan ghairah dengan kuasa bagi menjayakan cita-cita Malaysian Malaysianya.
HINDRAFF pun begitu juga...
Yang bodoh sebodoh-bodohnya adalah Melayu PKR yang dah dibutakan mata & hati serta telinga untuk melihat tipu muslihat Anwar Si Pengkhianat Bangsa itu. Kepada Pemimpin PKR Pulau Pinang yang sudah pasang angan-angan untuk jadi TKM1... lupakan saja sekiranya anda dibukakan sedikit kecerdikan bila menilai kenyataan Anwar ini :
"Ditanya sebab beliau tidak mengumumkan calon Timbalan Ketua Menteri 1 daripada kalangan pemimpin yang ada, Anwar menjelaskan bahawa parti itu kini mempunyai satu pilihan baru."
Alahai PKR (Tapi bukankah Wan Azizah masih tidak boleh bertanding dalam mana-mana pilihanraya selama 5 tahun kerana baru melepaskan kerusi Ahli Parlimen Permatang Pauh. Kalau begitu siapa pula yang 'cukup kanan dalam parti' itu.)
==================================
Calon DUN Penanti mesti 'orang cukup kanan' - Anwar
BUKIT MERTAJAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon yang akan dipilih untuk mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti mestilah 'orang cukup kanan' dalam parti.
Beliau berkata ketetapan itu penting bagi meyakinkan masyarakat Melayu khasnya dan masyarakat Cina serta India khususnya golongan bawahan.
"Orang Melayu di negeri ini mahu satu ketetapan bahawa suara mereka diberi perhatian di peringkat kepimpinan negeri," katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di DUN Penanti di sini malam ini.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, pemilihan calon daripada kalangan 'orang cukup kanan' juga penting memandang kemungkinan untuk dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Bagaimanapun beliau berkata, keputusan itu adalah dengan persetujuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa parti pembangkang yang lain.
Ditanya sebab beliau tidak mengumumkan calon Timbalan Ketua Menteri 1 daripada kalangan pemimpin yang ada, Anwar menjelaskan bahawa parti itu kini mempunyai satu pilihan baru.
"Adanya pilihan raya ini, kita boleh letakkan calon yang paling sesuai dan mempunyai sepenuh masa untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan