Jumaat, 3 April 2009

LEMBARAN BARU


TERIMA KASIH PAK LAH kerana akhirnya dapat menerima kenyataan dan desakan rakyat. Kepentingan ramai telah diutamakan mengatasi kepentingan pribadi.

Saya memohon jutaan ampun dan maaf kerana selama ini saya telah menulis dan mengkritik kepimpinan Pak Lah. Bukanlah perkara ini saya bangga-banggakan. Sesungguhnya semuanya adalah kerana perasaan sayang saya yang tinggi dan mendalam kepada bangsa saya.

Setelah mendapat kemenangan besar pada PRU11 tahun 2004, saya sudah merasakan banyak yang telah tidak berada dilandasan yang sewajarnya. Memandangkan ketika itu saya dapati Pak Lah begitu dipuja dan dipuji di sana sini, sebagai pemimpin dan rakyat kecil saya terpaksa menyimpan ketidakpuasan hanya di dalam hati.

Selepas prestasi buruk BN dalam PRU12, segala yang terbuku di dalam hati tidak dapat saya taha-tahan lagi. Saya memang menyalahkan Pak Lah di atas apa yang terjadi. Saya sungguh bersetuju dengan Tun Mahathir bahawa Pak Lah harus bertanggungjawab dan segera meletakkan jawatan. Saya juga bersetuju bahawa semua pihak harus terus memberikan tekanan agar Pak Lah meletakkan jawatan kerana Pak Lah seolah-olah tidak memahami mesej yang telah diberikan oleh rakyat melalui peti-peti undi.

Hari ini, perjuangan Tun Mahathir dan ribuan bloggers lagi telah membuahkan kejayaan. Terima kasih sekali lagi Pak Lah kerana memberikan peluang terakhir kepada pimpinan dan seluruh ahli UMNO untuk berjuang berhabis-habisan bersama Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan survival UMNO dan BN terus terpelihara pada PRU13 yang akan datang beberapa tahun sahaja lagi.

0 ulasan: