TAHUKAH ANDA : PAS BUKAN PARTI DOMINAN DALAM PAKATAN RAKYAT
YB. Dr Ahmad Yunus Hairi, EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang baru.
Selesai sudah teka-teki siapakan YB dari Pas yang akan dilantik menggantikan YB Dr. Hasan Ali sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang baru.
Walau bagaimanapun, rombakan portfolio EXCO yang dibuat oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim sempena perlantikan EXCO baru ini agak pelik dan memberikan tamparan yang cukup besar kepada parti Pas yang kononnya memperjuangkan Islam. Apa tidaknya kerana EXCO baru dari parti Pas ini hanya diberikan tanggungjawab berkaitan hal ehwal istiadat Melayu, Belia dan Sukan sedangkan portfolio Agama kini dipegang oleh Khalid sendiri dari parti Pkr.
Apakah maksudnya apabila Pas kini tidak lagi diberikan tanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam. Adakah Pkr dan Khalid Ibrahim lebih layak dalam menjaga hal ehwal agama Islam? Apakah Pakatan Rakyat benar-benar Pakatan Pkr, Dap dan Pas atau Pas hanya pak turut sahaja? Adakah jika berpeluang membentuk Kerajaan Persekutuan selepas PRU13 nanti (mohon dijauhkan Ya Allah), adakah Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam juga dari Pkr? Dan bukan dari parti Pas?
Inilah EXCO Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor yang baru.
0 ulasan:
Catat Ulasan