TAHUKAH ANDA : KADANG-KADANG SAYA PUN SAMA TERFIKIR MACAM FAUZI ASMARA JUGA... TAPI...
FAUZI ASMARA KECEWA, Kedah.
(yang tersiar dalam Utusan Malaysia)
DATUK Seri Anwar Ibrahim sekali lagi terlepas daripada tuduhan meliwat. Saya ingin memberi pandangan sebagai seorang rakyat biasa yang akan mengundi pada pilihan raya nanti. Bagi saya terlepasnya Anwar pada kali kedua ini menunjukkan bahawa beliau benar-benar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah Saiful.
Sekiranya pandangan saya salah, sila buktikannya, mahkamah pun tidak dapat membuktikan, apatah lagi anda para pembaca. Jangan lagi ada suara sumbang yang memburukkan beliau kerana kita perlu menghormati keputusan mahkamah.
Terlepasnya beliau kali ini benar-benar membersihkan imejnya pada mata sebahagian besar rakyat yang masih berada dalam kecelaruan. Pembebasan beliau membuktikan segala-galanya.
Beliau mangsa fitnah. Lihatlah saja bagaimana trio Datuk T bersalah kerana memfitnah Anwar. Mereka didenda, Anwar lepas bebas.
Saya juga ingin menyuarakan kekesalan saya atas apa yang berlaku akhir-akhir ini suara minoriti menjadi penentu corak dan hala tuju kerajaan, juga bagaimana untuk kerajaan dipaksa menuruti pihak minoriti.
Demonstrasi kini dilihat sebagai satu cara terbaik untuk menuntut apa saja daripada kerajaan. Lihat saja bagaimana baiknya mereka dilayan malah setiap tuntutan mereka pasti diberi perhatian.
Lihat juga bagaimana bersalahnya pihak polis apabila cuba menyuraikan perhimpunan ini.
Satu perkara lagi yang memusykilkan saya ialah apa saja yang diminta oleh pembangkang pasti dituruti oleh kerajaan. Lihat saja isu PPSMI.
Hapuskan ISA, Bersih dan berbagai perhimpunan yang dulunya dikatakan perhimpunan haram kini telah dihalalkan kerana ia dilakukan oleh pembangkang.
Nampaknya apa yang dituntut oleh golongan minoriti ini berasas dan ada benarnya. Jika tidak masakan kerajaan yang mendapat mandat dari rakyat boleh patuh pada tuntutan kumpulan minoriti ini walau ditentang oleh penyokong kerajaan sendiri yang sebenarnya golongan majoriti.
Ini juga menunjukkan bahawa golongan minoriti ini lebih ke depan dan berfikiran terbuka. Mereka pejuang rakyat. Mereka lebih baik daripada wakil rakyat pemerintah yang hanya menjadi 'pak turut'.
Adakah elok sekiranya saya memberikan undi saya pada mereka, sedangkan kerajaan pemerintah juga sentiasa memberi kredit pada setiap perjuangan mereka seolah-olah mengiktiraf perjuangan mereka?
Benarlah Anwar anugerah Tuhan. Layaklah beliau dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana beliaulah yang terbaik.
Malu menjadi penyokong UMNO dan kerajaan, banyak kepahitan yang terpaksa ditelan.
Pada NGO dan blogger prokerajaan, berhentilah menyalak dan membuat laporan polis, buat malu pada pembangkang saja. Sia-sia saja usaha anda, tiada siapa yang hargai.
0 ulasan:
Catat Ulasan