Selasa, 14 Ogos 2012

BERSAMA MENGHIDUPKAN 10 TERAKHIR RAMADHAN

Published with Blogger-droid v2.0.6

Selasa, 10 Julai 2012

ARTIS SENJA

Di Malaysia... seperti sudah menjadi satu budaya... ada bermacam2 musim... dan setiap kali tiba sesuatu musim... heboh satu Malaya... ada musim durian, musim tanah runtuh, musim kemalangan maut, nanti ada juga musim dera anak, dera pembantu rumah, musim jumpa ular sawa panjang2, musim kain fesyen Siti Norhaliza... pendek kata macam2 ada lah musim di Malaysia ni... Sekarang ni musim artis @ selebriti... khususnya yang dah tak berapa popular mula insaf dan merapatkan diri kepada Penciptanya... HIJRAH. Alhamdulillah... sesungguhnya itulah jalan yang terbaik... Tetapi saya melihat seperti ada yang tak kena dengan hijrah para artis yang berkenaan (sebahagian darinya lah)... Kecenderungan artis yang katanya ber'hijrah' ini seperti tidak tahu membezakan yang mana satu mendekatkan diri kepada Penciptanya dengan mendekatkan diri kepada azab dari Penciptanya... Mungkin kerana jahil dengan ajaran agama (macamana boleh jahil... tak sekolah agama ker dulu?) mereka ini tidak tahu membezakan antara ajaran agama dengan ajaran songsang parti politik yang berasaskan agama. Atau mereka terkeliru? Maka dengan kejahilan atau kekeliruan yang mereka miliki itu, mereka kini terjebak dan diperalatkan untuk naik ke pentas ceramah politik dengan saki baki populariti yang masih tinggal untuk memaki hamun dan menfitnah para pemimpin negara, mengadu-domba dan memecahbelahkan masyarakat... malah yang lebih buruk... mereka merasa berbangga dengan apa yang mereka lakukan dan menganggap perbuatan mereka itu sebagai suruhan agama... tetapi yang sebenarnya hanyalah ajaran sesat parti politik yang baru mereka anuti... Inilah yang selalu diingatkat oleh para alim ulama sebagai ' Jalan Palsu ke Syurga. Apa pun kita berdoa semoga musim artis senja ini akan berlalu dengan baik sebagai mana musim2 yang lain berlalu dan meninggalkan kita...

Isnin, 11 Jun 2012

HIMPUNAN IKRAR TAAT SETIA : JANJI TELAH DITEPATI

Nizar ohhh Nizar... Anda tak kenal Sultan kami... Sultan Johor Sultan yang sangat kasihkan rakyatnya. Bagi Baginda, sayang dan kasihkan rakyatnya adalah suatu amanah yang sentiasa diberikan keutamaan. Almarhum ayahandanya Sultan Iskandar... Walaupun wajahnya kelihatan bengis... Tapi kasihnya kepada rakyat... Tanahnya di Bakar Batu di serahkan untuk dibina perumahan rakyat... Estern Dispersal Link dibenarkan dibina disebelah istana anaknya Tengku Mahkota Johor... Malah lebih tinggi dari Istana sediada... Demi untuk kemudahan rakyatnya... Daulat Tuanku... Al Fatehah untuk Almarhum Sultan Mahmud Iskandar... Kami sayang Tuanku... Lautan manusia... Lebih 30,000 warga Johor dari segenap lapisan tanpa mengira agama dan bangsa membanjiri perkarangan Istana Pasir Pelangi... Patik sekalian berjanji untuk menghimpunkan seramai 5000 warga Johor... Tapi yang hadir 30,000 orang rakyat Tuanku... Janji patik sekalian telah patik tunaikan... Ampun Tuanku...

HIMPUNAN IKRAR DAN TAAT SETIA : BERJANJI KEPADA RAJA

10hb. Jun 2012... adalah antara hari yang penting juga dalam hidup aku... Adat Melayu Bersyariatkan Agama Islam... sekali berjanji, walau apa pun halangan tetap akan terlaksanakan jua... inikan pula berjanji dengan Baginda Raja... Berdebar menanti saat-saat ungkapan terlerai dari mulut... "Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun. Lebih dari 10,000 Rakyat Tuanku Sudah Bersedia Untuk Mengadap Dan Melafaskan Ikrar Taat Setia KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Mohon Perkenan Tuanku Untuk Membenarkan Lebih 10,000 Rakyat Tuanku Masuk Ke Perkarangan Istana Pasir Pelangi ini... Ampun Tuanku...

Sabtu, 9 Jun 2012

HIMPUNAN IKRAR TAAT SETIA KEPADA SULTAN JOHOR

Seluruh Warga Johor Darul Ta'zim tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik adalah dialu-alukan untuk turut serta menzahirkan sokongan dan ikrar taat setia kebawah DYMM Tuanku Sultan Johor.

Khamis, 7 Jun 2012

HIMPUNAN MENJUNJUNG TAAT SETIA KEBAWAH DYMM TUANKU SULTAN JOHOR

Seluruh Warga Johor Darul Ta'zim tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik adalah dialu-alukan untuk turut serta menzahirkan sokongan dan ikrar taat setia kebawah DYMM Tuanku Sultan Johor.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sabtu, 26 Mei 2012

JANJI PALSU Vs JANJI DITEPATI (Pak Khatan Rakyat vs Barisan Nasional)

TAHUKAH ANDA : BARISAN NASIONAL MENGAMALKAN JANJI DITEPATI...(Tidak akan berjanji jika tidak mampu ditepati berbanding Pak Khatan Rakyat yang suka menabur janji palsu termasuk Syurga Palsu) ikuti luahan ibu ini... NurulNafisa May 25, 2012 7:32 PM "Anak aku lahir tahun 2009, beralamat di Shah Alam. Datang Survey tahun 2009 jugak, kononnya menunaikan janji pilihanraya setiap anak yang lahir di Selangor akan dapat RM100. Okeylah..Rezki anak la.Tapi yang paling bangang bila duit RM100 anak aku akan dapat pada usia 18 tahun.... Bayangkan 2009 + 18 Tahun = 2027 itu pun kalau Pak Khatan Rakyat masih jadi gomen... Apa punya jahanam punya janji daaaa..."

Isnin, 21 Mei 2012

UMNO HEBAT - TAPI AHLI UMNO TAK TAHU NAK BUKTIKAN UMNO HEBAT

Published with Blogger-droid v2.0.4

Rabu, 16 Mei 2012

ANWAR ROMPAK HARTA RAKYAT MELALUI 'KORPORAT PENYAYANG'

TAHUKAH ANDA : Apakah dia 'Korporat Penyayang'? Siapakah yang memperkenalkan ungkapan 'Korporat Penyayang', Bagaimanakah ia dilaksanakan dan apakah tujuan tersirat disebalik ungkapan 'Korporat Penyayang' ini? Apakah dia 'Korporat Penyayang'? 'Korporat Penyayang' yang diperkenalkan sekitar tahun 90an adalah suatu kempen yang menggalakkan Syarikat Korporat TERPILIH untuk memberikan sumbangan kewangan kepada beberapa NGO's TERPILIH sebagai melaksanakan tanggung jawab korporat mereka kepada masyarakat. Sepanjang kempen ini, BEBERAPA Syarikat korporat TERPILIH telah bermurah hati memberikan sumbangan dengan jumlah yang besar sehingga ratusan juta ringgit. Siapakah yang memperkenalkan 'Korporat Penyayang'? 'Korporat Penyayang' yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada ketika menjadi Menteri Kewangan Malaysia merangkap Timb. Perdana Menteri. Hebat bukan... sehingga ramai yang telah tertipu... Bagaimanakah ianya dilaksanakan? Persoalan bagaimana ianya dilaksanakan sehingga pihak korporat begitu bermurah hati adalah sesuatu yang tidak ramai yang menyedarinya. Masyarakat biasa pada ketika itu begitu memandang tinggi usaha murni Anwar Ibrahim melalui kempen 'Korporat penyayang' tanpa menyadari bahawa 'Korporat Penyayang' adalah salah satu dari banyak lagi cara yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk merompak wang rakyat. Untuk memudahkan pembaca memahami modus operandi merompak wang rakyat melalui kempen 'Korporat Penyayang' ini,mari kita ikuti peringkat demi peringkat proses yang berlaku sehingga sesebuah syarikat korporat boleh dengan begitu bermurah hati untuk memberikan sumbangan yang bukan ratusan ringgit malah puluhan juta ringgit kepada sesuatu NGO yang telah TERPILIH atai diTENTUkan Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu... 1. Sesuatu projek pembangunan berskala besar dikenalpasti akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan. Sebagai contoh sahaja, sebuah jalan dengan kos pembinaan RM200 juta. Projek ini akan dilaksanakan oleh JKR melalui proses tender. 2. Menteri Kewangan akan mengenal pasti sebuah Syarikat Korporat Kroninya. (Diperingkat ini, Syarikat Korporat TERPILIH haruslah memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim dan sanggup memberikan sumbangan dengan jumlah yang ditentukan kepada kempen 'Korporat Penyayang'). 3. Beberapa bulan sebelum tender dikeluarkan, Menteri Kewangan akan menggunakan kuasanya dengan mengarahkan Kementerian Kerja Raya untuk melaksanakan projek tersebut secara 'Direct Nego' dengan Syarikat Korporat TERPILIH(kroni Menteri Kewangan)yang telah dikenalpasti tadi. 4. Proses Nego berjalan diantara Kementerian Kerja Raya dengan Syarikat Korporat TERPILIH berlangsung dan akhirnya Kementeria Kewangan akan memberikan persetujuan akhir bahawa kos pembinaan diluluskan sebanyak RM250 juta. (jumlah kontrak telah ditingkatkan sebanyak RM50 juta dari harga asal yang sepatutnya.) 5. Kontrak membuat jalan dengan nilai kontrak RM250 juta dianugerahkan kepada Syarikat Korporat TERPILIH. 6. Syarikat Korporat TERPILIH Bumiputera menjualkan kontrak tersebut kepada syarikat penbinaan kaum Cina dengan harga RM180 juta dan mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM70 juta. 7. Syarikat Korporat TERPILIH yang merupakan Kroni Politik Anwar Ibrahim memberikan sumbangan RM50 juta kepada mana-mana NGO's TERPILIH seperti Institut Kajian Dasar (IKD)melalui kempen 'Korporat Penyayang'. Inilah contoh bagaimana Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kewangan merompak wang rakyat dengan skala yang besar untuk menjayakan cita-cita politik peribadinya. Besarnya jumlah wang rompakan itu dikatakan sebanyak RM3 billion menurut Pengakuan Bersumpah Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara. Jumlah ini tidak akan mampu membuat Anwar Ibrahim dan tujuh keturunannya menjadi miskin walau pun tidak berkerja seluruh keturunannya. Hari ini, Anwar Ibrahim bergebang tentang RASUAH dan PENYALAHGUNAAN WANG RAKYAT. Ianya ibarat PENCURI yang menuduh orang lain mencuri... Apakan daya, ramai yang telah tertipu... ...kenapalah blog aku jadi mcm ini... paragraf hilang... siapa boleh tolong betulkan...

SELAMAT BERHENTI JADI CIKGU

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang telah berkhidmat dengan penuh berdedikasi tanpa jemu mendidik anak bangsanya. Anda memang sepatutnya diberikan penghargaan yang tinggi. Kepada guru-guru yang sudah tidak berminat untuk menjadi guru lagi dan melebihkan kerja-kerja bukan guru lebih dari kerja guru yang dibayar oleh Kerajaan, ambillah langkah yang bersesuaian dengan minat anda sekarang. Perniagaan Direct Selling... atau mungkin sudah boleh merancang untuk bertanding dalam PRU13 nanti seperti Cikgu Normala di DUN Tenang, Labis tempohari. Baju sedondon suami isteri dah boleh ditempah sekarang sementara orang tak perasan sempena nak sambut hari raya sebulan dua lagi ni... Kepada bakal-bakal guru yang perangainya seumpama Adam Adli, anda tak layak jadi guru. Berhentilah atau tukar kursus dan buat kursus lain. Rosak generasi muda kalau manusia macam kamu mendidik anak-anak bangsa. Kamu patut ambil kursus penternakan... pelihara ayam, itik, kambing, lembu (lembu nanti shahrizat marah pulak) atau babi pun boleh... peluang kerja di Selangor banyak sebab Selangor kan nak buka Pusat Penternakan Babi Bersepadu... pendek kata anda memang tak layak jadi guru. Akhir sekali, Selamat Hari Guru kepada semua bekas guru saya di SK LKTP Air Tawar 1, SM Air Tawar, SM Kolam Air, Institut Al Masriyah, Para Pensyarah Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Juga kepada guru-guru dan bekas guru-guru anak-anak saya di Tadika Agama Johor, Tadika AGATA, Tadika KEMAS, PRA Sekolah, SK Datuk Usman Awang, SK Limpoon 1, TIGS BP, High School BP, SK Taman Seri Saujana, SM Tun Habab, SA Datuk Usman Awang, SA Kg Istana dan SA Taman Seri Saujana. Kami semua sentiasa berasa terhutang budi dengan cikgu-cikgu semua. Hanya Allah yang dapat membalas jasa cikgu semua. Terima kasih cikgu...

Ahad, 13 Mei 2012

SELAMAT HARI IBU 2012

Khamis, 3 Mei 2012

HIMPUNAN 30 KENYATAAN MENGELIRUKAN NIK AZIZ

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999. 2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001. 3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999. 4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka. 5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999. 6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999. 7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963. 8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999. 9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994. 10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992. 11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999. 12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994. 13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995. 14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999. 15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999. 16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999. 17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001. 18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001. 19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004. 20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001. 21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994. 22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995. 23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu. 24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal. 25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999. 26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009. 27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999 28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002. 29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir. 30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009..

Khamis, 29 Mac 2012

RANCANGAN JAHAT

Ekonomi kita dikuasai oleh kaum Cina. Kalau kita belajar politik, politik tidak dapat dipisahkan dengan ekonomi. Kini setelah menguasai ekonomi, kaum ini semakin tamak dan mahu menguasai politik pula, walaupun kaum mereka bukan majoriti. Pada PRU12 yang lalu, berdasarkan keadaan semasa pada ketika itu... Iaitu kenaikan harga minyak dunia... Harga barang keperluan telah meninggkat sehingga menjejaskan kehidupan rakyat. Kesannya, rakyat marah kepada kerajaan sehingga mengakibatkan kerajaan kehilangan majoriti 2/3 dalam parlimen. Fenomena kanaikan harga adalah fenomena global dan tidak hanya berlaku di Malaysia. Malahan, di negara lain ianya lebih dahsyat lagi. Dalam sistem ekonomi pasaran bebas seperti di Malaysia, kenaikan harga barang adalah ditentukan oleh penawaran dan permintaan, bukan ditentukan oleh kerajaan. Tetapi sebagai kerajaan yang prihatin, terdapat beberapa barang keperluan yang dikawal harganya demi untuk mengurangkan beban rakyat. Berdasarkan pengalaman ini, kaum yang menguasai ekonomi di Malaysia telah mendapat idea bahawa kenaikkan harga barang keperluan sesungguhnya boleh membantu mereka memusnahkan penguasaan politik kaum pribumi. Kerajaan tidak boleh mengawal harga semua jenis barang. Justeru terdapat satu gerakan untuk menjatuhkan kerajaan yang dikuasai oleh pribumi asal Tanah Melayu dengan cara menaikkan harga barang menjelang PRU13 nanti. Namun, kerajaan pimpinan pribumi Islam kita tidaklah kering idea untuk menangani komplot jahat ini. Kerajaan kini dengan kerjasama peruncit bukan dari kaum Cina iaitu MAIDIN dan TESCO sedang mengatasi komplot jahat kaum ini dengan melaksanakan KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA, Transformasi Kedai Runcit, Pasar Ikan 1Malaysia dan bermacam2 lagi. Cuma yang perlu kita lakukan adalah bersatu dalam menggunakan hak kita sebagai pengguna. Kerajaan kita hari ini adalah kerajaan yang mendahulukan rakyat... Kerajaan kita hari ini adalah kerajaan yang telah insaf akan kesilapannya ketika mendapat majoriti besar pada PRU11 dulu. Kerajaan hari ini adalah kerajaan yang mahu mendapatkan kembali sokongan rakyat dalam PRU13 akan datang... Mustahil kerajaan ini mahu memperjudikan masa depannya dengan melakukan sesuatu yang akan menyusahkan rakyat... Berbeza dengan pihak yang satu lagi yang sanggup menjanjikan apa sahaja termasuk bulan dan bintang demi untuk mendapatkan kuasa... Mengurniakan tanah kepada kaum mereka sehingga 999 tahun... Tidak pernah berlaku di Malaysia sepanjang kaum Bumiputera Islam menjadi teras kepada kerajaan... Wallahualam

Jumaat, 10 Februari 2012

UMNO, PAS DAN ASSOBIYAH

CINTA DAN ASABIYAH Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah:“Adakah termasuk perbuatan asabiyyah apabila seseorang itu mencintai bangsanya?” Rasulullah menjawab:“Tidak,tetapi asabiyyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman”. (Direkod oleh Abu Daud dan Ibnu Majah) Dalam kesempatan yang lain,Rasulullah berkata kepada umat Islam tentang “sebaik-baik manusia” adalah yang menolong bangsanya untuk berjaya.Hadis ini direkod oleh Imam Abu Daud dalam buku Al Adab dari sahabat Syuraqah Bin Malik: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang membela kaumnya selama tidak terlibat dalam perkara dosa” Makna yang sama dikuatkan lagi ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah tentang hukum membantu kezaliman yang dilakukan oleh bangsa sendiri.Imam Al Bukhari merekodkan dalam bukunya Adabul Mufrad dengan tajuk “Cinta Seseorang Kepada Kaumnya” kisah di bawah: Seorang wanita yang dipanggil Fusailah berkata:“Aku mendengar ayahku bertanya kepada Rasulullah:“Wahai Rasulullah, apakah termasuk asabiyah apabila seseorang membela kezaliman yang dilakukan oleh kaumnya?” Rasulullah menjawab:“Ya”. Dalam hadits diatas menunjukkan para sahabat memahami bahawa menolong kaum sendiri merupakan sebuah tuntutan agama sehingga mereka terfikir apakah membela bangsa sendiri dalam perkara kezaliman juga dituntut oleh Islam.Tetapi mereka diingatkan oleh Rasulullah bahawa menolong dan membela bangsa atvas sesuatu kezaliman merupakan perkara yang dilarang dan ia disebut sebagai asabiyah. Kerana menolong kaum sendiri dalam perkara kemaksiatan dan dosa adalah perbuatan haram,yang dimisalkan oleh Rasulullah dengan sebuah analogi yang cukup menarik: “Perumpamaan orang yang membela kaumnya atas kesalahan ialah seperti seekor unta yang terjun ke dalam sumur sedang ekornya ditarik keluar” (Direkod oleh Ahmad) Sumber : Rakan Facebook Saya

Khamis, 19 Januari 2012

TAHUKAH ANDA : PAS BUKAN PARTI DOMINAN DALAM PAKATAN RAKYAT

YB. Dr Ahmad Yunus Hairi, EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Selesai sudah teka-teki siapakan YB dari Pas yang akan dilantik menggantikan YB Dr. Hasan Ali sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Walau bagaimanapun, rombakan portfolio EXCO yang dibuat oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim sempena perlantikan EXCO baru ini agak pelik dan memberikan tamparan yang cukup besar kepada parti Pas yang kononnya memperjuangkan Islam. Apa tidaknya kerana EXCO baru dari parti Pas ini hanya diberikan tanggungjawab berkaitan hal ehwal istiadat Melayu, Belia dan Sukan sedangkan portfolio Agama kini dipegang oleh Khalid sendiri dari parti Pkr. Apakah maksudnya apabila Pas kini tidak lagi diberikan tanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam. Adakah Pkr dan Khalid Ibrahim lebih layak dalam menjaga hal ehwal agama Islam? Apakah Pakatan Rakyat benar-benar Pakatan Pkr, Dap dan Pas atau Pas hanya pak turut sahaja? Adakah jika berpeluang membentuk Kerajaan Persekutuan selepas PRU13 nanti (mohon dijauhkan Ya Allah), adakah Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam juga dari Pkr? Dan bukan dari parti Pas?
Inilah EXCO Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor yang baru.

Khamis, 12 Januari 2012

TAHUKAH ANDA : KENAPA ANWAR IBRAHIM GEMAR 'STRATEGI JALAN BELAKANG'

TAHUKAH ANDA : RANCANGAN ANWAR IBRAHIM MELALUI JALAN BELAKANG UNTUK JADI PM GAGAL BILA TAK DIPENJARAKAN.

Anwar lebih suka masuk penjara kerana tahu hanya itu sahaja cara terakhir yang akan buat penyokongnya dan pengundi atas pagar merasa simpati dan seterusnya mengundi PR pada PRU13 nanti.

Sebab itu, beliau mengumumkan akan ada 'Perdana Menteri sementara' selepas PRU13 yang kemudiannya akan mengubah undang-undang bagi membolehkan beliau dibebaskan dari hukuman atas kesalahan memasukkan air maninya ke dalam dubur Saiful Bukhari secara suka sama suka seterusnya dilantik sebagai 'Perdana Menteri kekal'.

Tapi dengan keputusan Hakim yang melepas dan membebaskannya, 'STRATEGI JALAN BELAKANG'nya kini musnah. Ini bukan 'STRATEGI JALAN BELAKANG' pertamanya.

Kali pertama beliau menggunakan 'STRATEGI JALAN BELAKANG' untuk menjadi Perdana Menteri ialah ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. 'STRATEGI JALAN BELAKANG' beliau adalah dengan meruntuhkan ekonomi negara dan berharap rakyat akan sengsara seterusnya marah kepada Tun Dr Mahathir. Kemarahan rakyat ini akan menghalalkan segala tindakannya untuk menjatuhkan Tun Dr. Mahathir seterusnya mencapai impiannya menjadi Memamda Perdana Menteri. 'STRATEGI JALAN BELAKANG' nya ini gagal.

Sejak itu beberapa lagi 'STRATEGI JALAN BELAKANG' yang dilancarkannya demi untuk menjadi Memanda Perdana Menteri. Kebanyakannya melalui kaedah menghuru harakan negara. Rakyat diajak memberontak menentang kerajaan. Reformasi dijadikan slogan. BERSIH 2.0. Dan terakhir Kempen Bebaskan Anwar 901.

Selepas PRU12, dakwaan beliau bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan persekutuan adalah 'STRATEGI JALAN BELAKANG' Anwar yang terbesar dalam banyak-banyak 'STRATEGI JALAN BELAKANG' yang pernah beliau lakukan. 'STRATEGI JALAN BELAKANG' 16 SEPTEMBER ini telah menyedarkan banyak pihak akan budaya fitnah dan pembohongan yang telah mendarahdaging dalam diri Anwar Ibrahim dan telah disuburkan dalam partinya PKR serta rakan-rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Semua STRATEGI JALAN BELAKANG ANWAR GAGAL. Tetapi yang menjadi persoalan adalah : MENGAPA ANWAR BEGITU SUKA DENGAN 'JALAN BELAKANG?'

MUNGKIN JUGA ADA BENARNYA INGATAN DARI SEORANG KAWAN : "JANGAN SESEKALI DICUBA JALAN BELAKANG. SEKALI DICUBA, SEKALI MERASA, PASTI NAK LAGI". Mungkin itu sebabnya Anwar begitu ketagih dengan JALAN BELAKANG.

Rabu, 11 Januari 2012

TAHUKAH ANDA : KADANG-KADANG SAYA PUN SAMA TERFIKIR MACAM FAUZI ASMARA JUGA... TAPI...

FAUZI ASMARA KECEWA, Kedah.
(yang tersiar dalam Utusan Malaysia)


DATUK Seri Anwar Ibrahim sekali lagi terlepas daripada tuduhan meliwat. Saya ingin memberi pandangan sebagai seorang rakyat biasa yang akan mengundi pada pilihan raya nanti. Bagi saya terlepasnya Anwar pada kali kedua ini menunjukkan bahawa beliau benar-benar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah Saiful.

Sekiranya pandangan saya salah, sila buktikannya, mahkamah pun tidak dapat membuktikan, apatah lagi anda para pembaca. Jangan lagi ada suara sumbang yang memburukkan beliau kerana kita perlu menghormati keputusan mahkamah.

Terlepasnya beliau kali ini benar-benar membersihkan imejnya pada mata sebahagian besar rakyat yang masih berada dalam kecelaruan. Pembebasan beliau membuktikan segala-galanya.

Beliau mangsa fitnah. Lihatlah saja bagaimana trio Datuk T bersalah kerana memfitnah Anwar. Mereka didenda, Anwar lepas bebas.

Saya juga ingin menyuarakan kekesalan saya atas apa yang berlaku akhir-akhir ini suara minoriti menjadi penentu corak dan hala tuju kerajaan, juga bagaimana untuk kerajaan dipaksa menuruti pihak minoriti.

Demonstrasi kini dilihat sebagai satu cara terbaik untuk menuntut apa saja daripada kerajaan. Lihat saja bagaimana baiknya mereka dilayan malah setiap tuntutan mereka pasti diberi perhatian.

Lihat juga bagaimana bersalahnya pihak polis apabila cuba menyuraikan perhimpunan ini.

Satu perkara lagi yang memusykilkan saya ialah apa saja yang diminta oleh pembangkang pasti dituruti oleh kerajaan. Lihat saja isu PPSMI.

Hapuskan ISA, Bersih dan berbagai perhimpunan yang dulunya dikatakan perhimpunan haram kini telah dihalalkan kerana ia dilakukan oleh pembangkang.

Nampaknya apa yang dituntut oleh golongan minoriti ini berasas dan ada benarnya. Jika tidak masakan kerajaan yang mendapat mandat dari rakyat boleh patuh pada tuntutan kumpulan minoriti ini walau ditentang oleh penyokong kerajaan sendiri yang sebenarnya golongan majoriti.

Ini juga menunjukkan bahawa golongan minoriti ini lebih ke depan dan berfikiran terbuka. Mereka pejuang rakyat. Mereka lebih baik daripada wakil rakyat pemerintah yang hanya menjadi 'pak turut'.

Adakah elok sekiranya saya memberikan undi saya pada mereka, sedangkan kerajaan pemerintah juga sentiasa memberi kredit pada setiap perjuangan mereka seolah-olah mengiktiraf perjuangan mereka?

Benarlah Anwar anugerah Tuhan. Layaklah beliau dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana beliaulah yang terbaik.

Malu menjadi penyokong UMNO dan kerajaan, banyak kepahitan yang terpaksa ditelan.

Pada NGO dan blogger prokerajaan, berhentilah menyalak dan membuat laporan polis, buat malu pada pembangkang saja. Sia-sia saja usaha anda, tiada siapa yang hargai.

Selasa, 10 Januari 2012

ANWAR : LEPAS INI SIAPA PULAK

Hakikat di sebalik keputusan penghakiman kes liwat Anwar

Oleh Azman Anuar rencana@utusan.com.my

KEPUTUSAN mengejutkan. Barangkali Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun tidak menyangkanya.

Bukan sahaja keluarga dan rakan Anwar serta penyokong Perhimpunan Bebaskan Anwar 901 terkejut, malah banyak kalangan pemerhati politik dan orang ramai yang menyangka Anwar akan didapati bersalah pun terkedu.

Keputusan sudah dibuat. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mengumumkan keputusan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

Keputusan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat kata hakim itu, kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful.

Pada 16 Mei 2011, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri setelah membuat keputusan bahawa pengadu dalam kes ini, Mohd. Saiful adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Beliau menerima keterangan dua pakar daripada Jabatan Kimia iaitu Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon mengenai kewujudan DNA Male Y iaitu DNA lelaki asing pada dubur Mohd. Saiful yang disahkan sebagai DNA Anwar.

Keputusan itu diperoleh hasil perbandingan sampel DNA berdasarkan tiga barang Anwar yang diambil dari dalam lokap Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur semasa Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol bekas air mineral kosong.

Pada 22 Ogos 2011, Anwar memilih untuk memberi keterangan bela diri tanpa mengangkat sumpah dari kandang tertuduh menyebabkan soal balas tidak boleh dilakukan terhadapnya sama ada oleh pendakwa raya mahupun peguam bela.

Keputusan tidak disangka-sangka. Bagaimana Anwar tidak menyangka keputusan memihak kepadanya kerana hakim itulah yang dikutuk dan dikritiknya sebelum ini.

Bahkan hakim yang membebaskannya itu juga pernah tiga kali difailkan permohonan oleh Anwar supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwat yang dihadapinya. Alasannya ialah hakim berkenaan telah membuat penghakiman terlebih dahulu di peringkat pendakwaan kes tersebut.

Kali pertama Anwar memfailkan permohonan agar Hakim Mohamad Zabidin menarik diri pada 8 Februari 2010 atas dakwaan hakim itu bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonannya untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar tersebut.

Permohonan kali kedua pula dibuat pada 25 November 2010 apabila Anwar mendakwa hakim tersebut telah melakukan ugutan menghina mahkamah ke atas peguam belanya, Karpal Singh.

Satu lagi perkara mengejutkan Anwar ialah beliau sendiri tidak percaya kepada sistem kehakiman negara ini.

Semasa berucap pada forum The Future of Democracy in the Islamic World di Washington DC, Amerika Syarikat pada 10 Februari 2011, Anwar menuduh keputusan perbicaraan kes liwatnya sudah dirancang.

Anwar dipetik sebagai berkata: "Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul di mahkamah pada 14 Februari. Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan".

Perbicaraan kes liwatnya satu rekod dalam sejarah perbicaraan mahkamah moden di negara ini jika semuanya sudah dirancang. Anwar menikmati lebih 55 kali penangguhan dalam kes liwatnya sejak 2008. Kes tersebut sering tertangguh ekoran permohonan demi permohonan dikemukakan oleh Ketua Pembangkang itu. Rakyat Malaysia lain tidak pernah menikmati layanan sebegini tetapi Anwar mendapat segala-galanya.

Anwar didakwa di mahkamah pada 7 Ogos 2008. Dan 9 Januari 2012, baharu keputusan perbicaraannya tamat.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu gundah-gulana dengan keputusan penghakinan semalam, kerana parti itu tidak terlibat dan campur tangan dalam kes ini.

Saiful yang membawa kes liwat ke mahkamah. Beliau yang bersumpah laknat di dalam Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Malah Anwar dibebaskan hanya atas masalah teknikal. Jadi terpulang kepada Saiful dan pendakwa raya sama ada mahu membuat rayuan atau tidak.

Inilah hakikat dalam sistem kehakiman Malaysia. Suka tak suka, inilah realitinya.

Keadilan yang begitu takut dihadapi oleh pihak tertuduh sebelum ini, akhirnya membebaskannya.

Ini juga menunjukkan institusi kehakiman negara kita bebas membuat keputusan tanpa memilih bulu.

Keputusan perbicaraan kes liwat Anwar sudah diputuskan. Maka sah sudah kehakiman kita mempunyai tahap yang tidak boleh sesiapa meraguinya lagi.

Segala fitnah dan pembohongan pakatan pembangkang bahawa kes Mohd. Saiful adalah satu konspirasi UMNO dan BN juga terbukti adalah tidak benar. Ia adalah dakyah dan tipu muslihat Anwar dan PKR selama ini.

Kes liwat di mahkamah adalah tuntutan keadilan oleh Mohd. Saiful untuk dirinya yang menjadi mangsa dan dianiayai selama kes ini berjalan begitu lama.

UMNO dan BN tidak bergantung kepada isu kes mahkamah Anwar-Mohd. Saiful tetapi keupayaan BN atas rekod prestasinya memerintah Malaysia sejak merdeka dan langkah-langkah transformasi kerajaan, ekonomi dan politik negara.

Ahad, 1 Januari 2012

KULIAH POLITIK SEMASA MALAYSIA OLEH RAJA PETRA KAMARUDDIN


Persepsi politik sudah berubah

SUDAH lama RAJA PETRA KAMARUDIN tidak muncul dalam media arus perdana. Tetapi begitupun namanya yang sering dikaitkan dengan reformasi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih terus popular.

Tulisannya yang selalu kontroversi dalam portal berita miliknya, Malaysia Today masih mempunyai ramai pengikut. Walaupun kini tinggal dalam ‘buangan’ di Manchester, England tetapi Raja Petra masih dekat dengan Malaysia.

Banyak perkembangan politik di Malaysia diketahuinya. Malah dalam beberapa aspek beliau yang sudah tiga tahun keluar dari Malaysia merupakan pemainnya.

Dalam satu pertemuan eksklusif dengan wartawan Mingguan Malaysia, LUQMAN HAZIQ ABDULLAH dan jurugambar, RAJA JAAFAR ALI baru-baru ini, Raja Petra tetap sinikal kepada kerajaan dan pembangkang.

Penampilan Penggerak Gagasan Kebebasan Awam ini juga masih seperti dulu -seluar jeans, topi baretta dan baju T. Dalam wawancara itu, beliau menegaskan bahawa Anwar kini bukan lagi pilihan bagi Malaysia.

Lelaki berfikiran liberal ini juga secara berterus-terang tidak kisah dengan gerakan homoseksual tetapi yang penting adalah kredibiliti dan integriti individu itu terutama jika mahu diangkat menjadi pemimpin.Tidak ketinggalan beliau turut meramalkan pengundi yang menyokong pembangkang pada pilihan raya 2008, akan kembali kepada Barisan Nasional (BN).

Berikut adalah sedutan wawancara yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.

MINGGUAN: Boleh ceritakan sedikit tentang Penggerak Gagasan Kebebasan Awam (MCLM)?

Raja Petra: Semasa kami wujudkan MCLM, ia diketuai oleh Datuk Zaid Ibrahim, Marina Mahathir, Malik Imtiaz, Ivy Joseph - aktivis sosial. Ia sebagai satu pergerakan bukan politik yang bertujuan untuk memperkenalkan Civil Liberties Society. Ia amat kontroversi termasuk perkara berkaitan agama, kebebasan seksualiti dan diskriminasi masyarakat. Ia bertentangan dengan nilai-nilai agama, Islam dan juga Kristian tetapi kami tekankan supaya ia diasingkan daripada agama. Kalau mahu memberi fokus kepada politik dan agama, sudah tentu banyak perkara dalam kebebasan awam tidak boleh dilayan.

Kami mahu bertindak sebagai gelombang ketiga. Tetapi persepsi terhadap gelombang ketiga dianggap ingin mewujudkan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya. Jadi, MCLM dilihat sebagai ingin menggugat peluang pembangkang untuk menubuhkan kerajaan. Kalau itu pun perjuangan kami, apa yang ingin kami lakukan. Jadi apa masalahnya? Adakah kerusi itu milik BN? Apabila Parlimen dibubarkan, sesiapa sahaja boleh bertanding asalkan dia layak. Pakatan bantah. Jika kami ingin bertanding, kami kena sertai parti mereka. Kami tak berminat untuk bertanding dan tak minat untuk sertai parti anda!

Okey, anda ingin bahagikan kek kepada dua. BN dan Pakatan, anda tak nak ada pihak ketiga terlibat. Tetapi tengok kualiti calon. Adakah anda menyediakan calon yang baik? MCLM boleh mainkan peranan kecil dan kini memberi fokus kepada program pendidikan kepada orang lain, seperti kumpulan pendesak. Apa yang kami beritahu pengundi ialah pilih calon dan lupakan tentang parti.

Sudah tentu pembangkang tidak suka dan saya juga yakin BN juga tidak suka. Kalau begitu, kami tidak akan sokong parti. Pada 2008, pengundi berdasarkan Asal Bukan UMNO (ABU). Mereka tak kisah sama ada monyet atau keldai. Apa yang mereka tahu bukan UMNO.

Pada pilihan raya akan datang, kami beritahu Anwar, keadaan itu tidak akan berlaku lagi. Tak ada ABU lagi. Ia menjurus kepada siapa yang bertanding. Kalau tidak suka calon, saya tak kisah dia daripada parti mana pun. BN menerima perkara ini dan mereka tahu. Kalau letak salah calon, anda akan karam. Tetapi Pakatan masih berfikiran begitu, selagi calon daripada Pas, DAP atau PKR, rakyat akan tutup mata dan pangkah mereka.

Saya rasa semua gerakan kebebasan awam bukan sahaja MCLM perlu diasingkan dan bersedia untuk kedua-dua pihak berhubung (engage). Kita tidak boleh emosi atau sentimental berkenaan parti politik. Ia hanya landasan dan kita perlukan landasan itu. Parti politik yang menawarkan perubahan, kita akan bantu mereka. Jika rakyat nak katakan kita pro pembangkang atau anti kerajaan, saya nak katakan, kita bukan macam itu. Bukan pro pembangkang atau anti kerajaan. Kita sebagai penyokong perubahan dan anti-bad governance.

Kalau saya tak sokong Anwar, sepatutnya saya sokong Najib. Tidak. Ia tidak begitu. Falsafah seperti itu yang perlu kita pecahkan kerana kita perlu asingkan pembangkang daripada Anwar. Saya boleh sokong pembangkang tanpa menyokong Anwar. Ia bukan satu dosa dan bukan jenayah pun kalau saya tak sokong Anwar.

Mereka akan kembali sokong kerajaan

Sejauh mana Najib akan mampu melakukan reformasinya. Saya tak tahu. Adakah perubahan ini akan berjaya. Saya juga tak tahu dan hanya masa boleh menentukannya. Najib dilihat bercakap perkara yang tepat. Sebelum ini pada 1999, 2004 mereka mengundi kerajaan tetapi pada 2008 mereka undi pembangkang.

Saya beritahu anda, pada pilihan raya akan datang, mereka akan kembali menyokong kerajaan. Sekarang saya bercakap dengan pengundi pada 2008 yang mengikut pembangkang. Mereka beritahu, pada pilihan raya akan datang mereka tidak akan lagi mengundi pembangkang kerana mereka tidak puas hati, kecewa dan tidak yakin dengan pembangkang. Perkara ini yang berlaku. Kenapa saya harus risau dengan keadaan ini? Pembangkang yang harus risau dengan keadaan ini. Kenapa pembangkang begitu yakin untuk menubuhkan kerajaan? Hanya kerana ABU, kerana tak mahu UMNO?

Anda nak beritahu saya nak tubuh kerajaan atas dasar default (kegagalan). Sekali kerana orang benci UMNO, anda berkuasa? Jangan lupa pada 1999, anda gunakan strategi sama , asal benci Mahathir, ketika itu Barisan Alternatif. Tetapi apa yang berlaku pada 2004. Asal benci Mahathir, apa akan jadi apabila Mahathir bersara dan serah kuasa kepada Pak Lah.

Pada seminar di Melaka, kami bagi tahu bahawa jika anda guna strategi sama, ia tak akan berjaya. Pada 2003, Mahathir serah kuasa kepada Pak Lah dan enam bulan kemudian pilihan raya 2004. Keputusannya pembangkang kalah teruk. Prestasi paling teruk dialami pembangkang. Sejarah itu telah membuktikan. Sekarang kami beritahu lagi perkara sama.

Asal benci UMNO, Asal bukan UMNO… kalau masih guna strategi sama, apa terjadi kalau rakyat tidak lagi membenci UMNO? Kita tidak boleh menjalin hubungan dengan rakyat berdasarkan kebencian. Perkahwinan berdasarkan kebencian tidak akan kekal lama. Asas kepada perkahwinan yang kekal dan berpanjangan adalah berasaskan cinta. Kalau pengundi tak cinta kepada kamu dan kalau mereka bersama kerana benci pihak yang satu lagi dan apabila perasaan benci mereka sudah tiada, tiada ada apa-apa lagi untuk kamu. Itu sahaja. Ia asas yang rapuh. Pembangkang tidak mahu mendengar.

Di Pulau Pinang mereka berbalah, DAP lawan DAP, di Perak DAP lawan DAP, di Selangor PKR lawan PKR, Pas lawan Pas. Di Johor PKR lawan DAP, mereka bukan berlawan dengan BN tetapi berlawan sesama sendiri. Anda rasa pengundi akan suka dan cinta kepada kamu. Malah pengundi beritahu saya bahawa mereka akan kembali kepada BN dan lupakan Pakatan.

Ahli perniagaan Cina di Selangor, mereka datang kepada saya. Mereka membincangkannya dan kata mereka : “Awak tahu Pet, kami masih kena bayar. Sebelum ini juga kami kena bayar di bawah meja semasa pentadbiran lalu, sekarang pun kami masih kena bayar. Jadi apa bezanya?

Kata mereka kepada saya: “Dulu awak yang suruh kami sokong pembangkang sedangkan sebelum ini kami sokong MCA dan BN. Sekarang saya kena bayaran RM2 juta.” Mana saya hendak letak muka. Saya beritahu dia, saya tak tahu apa nak kata. Katanya lagi, pilihan raya akan datang, saya tak akan lagi undi Pakatan.

Semua kata mereka ini benar dan mereka ingin beri saya buktinya. Saya tanya mereka, apa yang mereka hendak saya lakukan? Mereka beri saya bukti itu dan saya siarkan di dalam Malaysia Today. Orang akan kata saya Trojan Horse. Orang akan kata saya sudah kena beli.

Saya beritahu mereka, saya boleh kritik Najib dan Rosmah Mansor (Datin Seri). Begitu juga dengan mengkritik Anwar, adakah ia satu jenayah? Jika dia pemimpin, maka dia tidak terlepas daripada kritikan. Kenapa ada sacred cows (lembu suci). Kini dah tiba ke tahap saya tak tahu lagi nak kata apa-apa. Tak tahu nak cakap dengan siapa. Kita tak boleh cakap dengan kerajaan. Kerajaan tak mahu bercakap dengan kita.

Arab Spring tak akan berlaku di Malaysia

Mungkinkah Arab Spring boleh menjadi Gelombang Malaysia?

Raja Petra: Kita selalu dengar tentang evolusi dan revolusi. Dalam negara tertentu perubahan evolusi perlu diketepikan demi revolusi. Kita harus bersikap praktikal. Pendapat saya, perubahan revolusi tak akan berlaku kerana delicate racial balance. Kita boleh bercakap tentang ini di Mesir kerana di sana semua mereka adalah orang Mesir. Setiap orang di jalanan adalah orang Mesir. Di Malaysia bukan semua orang di jalanan adalah orang Melayu. Keadaan ini lebih delicate.

Jadi saya kira negara yang tidak berbilang kaum adalah lebih mudah untuk kita capai perubahan yang lebih militan. Tapi jika anda bercakap tentang evolusi, selepas pasca revolusi, saya tahu ramai yang bercakap dengan saya bahawa mereka takut berlaku huru-hara. Mereka takut pertumpahan darah.

Mereka tidak mahu perubahan seperti ‘Tahrir Square’. Mereka nyatakan dengan jelas. Tetapi jika kita hendak bermula dengan perubahan evolusi seperti kata anda tadi, perubahan kecil, maka saya rasa inilah masanya.

Ia tak akan berlaku melainkan masyarakat yang mulakan. Ia tak akan berlaku jika ahli politik ingin melakukannya. Tunjukkan saya satu revolusi yang dimulai oleh ahli politik. Tak ada. Sejarah revolusi semuanya dimulakan oleh rakyat. Ahli politik hanya rampas revolusi ini. Saya tahu kerana saya mengikuti kursus age of revolution, di Oxford. Daripada revolusi Perancis sehingga ke Perang Dunia Pertama. Revolusi itu dicetuskan oleh rakyat dan kebanyakan revolusi ini dimulakan sebab rakyat kelaparan.

Leon Trotsky dan Vladimir Ilyich Lenin tiada di dalam negara, mereka dalam buangan seperti saya di Manchester. Apabila askar tak dibayar gaji, mereka marah dan keluar memulakan revolusi. Trotsky dan Lenin kembali dan jadi pemimpin revolusi di negara mereka. Kalau Anwar terfikir untuk mulakan satu revolusi tanpa kami, masyarakat madani, mari kita lihat sejauh mana usahanya. Ia tak akan berlaku.

Transformasi kerajaan

Najib serius mahukan perubahan, maka Najib perlu grab the bull by the horns . Dr. Mohamad Khir Toyo sudah pun disabitkan kesalahan. Selepas ini kita nak tahu sama ada dia akan dijel atau tidak. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada pemimpin BN yang lain. Tapi jika Najib berharap untuk mencapainya dari segi cosmetic window dressing sahaja, maka rakyat tidak akan mudah menerimanya.

Anda kena faham lebih 60 peratus rakyat Malaysia melayari Internet. Sekarang kanak-kanak sembilan, 10 tahun sudah ada Facebook. Mereka menggunakan Blackberry, IPhone. Mereka jauh lebih pintar daripada zaman kita dahulu.

Bagaimana hendak menipu generasi ini? Mereka well informed. Bagaimana kita hendak memperbodohkan generasi ini hanya dengan perubahan kosmetik. Tidak, perubahan ini semua kena nyata dan drastik. Soalnya sekarang, adakah Najib berikan kita perubahan itu? Berapa cepat dan setakat mana? Anda tahu hal-hal kecil tadi tidak akan berjaya. Rakyat semakin tidak sabar dan masih ramai lagi rakyat yang bersedia untuk mengundi pembangkang sebab mereka tiada keyakinan bahawa BN akan berubah.

Jika anda mahu rakyat undi BN, tak perlu cakap tentangnya tapi anda perlu lakukan dan tunjukkan. Ada satu kumpulan yang akan mengundi pembangkang, tanpa mengira apa yang anda cakap atau lakukan.

Senario Pilihan Raya Umum ke-13

Bagaimana senario pilihan raya umum akan datang, mungkinkah BN akan kembali berkuasa?

Raja Petra: Maksud anda pada pilihan raya akan datang akan dikuasai kembali oleh BN. Tidak. Saya rasa BN akan berubah. Tapi kami dah bosan dengan Pakatan. Jadi kami tidak akan undi. Jangan terkejut kerana jumlahnya besar.

Jumlah pengundi berdaftar meningkat tetapi jumlah pengundi yang akan mengundi tak meningkat. Mereka tidak ada keyakinan terhadap kedua-dua belah pihak. Soalnya sekarang, bagaimana anda nak yakinkan mereka untuk datang mengundi. Jangan duduk di rumah, undilah saya!

Mari kita lihat bagaimana kedua-dua pihak akan menghadapi situasi ini. Biar saya yakinkan anda bahawa ini bukan kumpulan yang kecil. Agak besar untuk tentukan siapa yang dapat tampuk kerajaan sebab pilihan raya kali ini tak lagi 60-40 atau 70-30.

Kita harap MCLM dapat mempengaruhi kumpulan ini. Bukan kita nak jadi king maker tapi kita nak beritahu pengundi bahawa mereka boleh mengundi tapi inilah kriteria kerajaan yang sepatutnya. Jika seseorang itu boleh mengundi kriteria ini, saya tak kira parti mana yang anda undi.

Anda nak undi Pakatan, undilah Pakatan. Kalau anda nak undi BN, undilah BN. Pastikan orangnya, bukan partinya. Anda undi orang yang menjanjikan sesuatu dan mampu menunaikannya. Janji, sesiapa pun boleh buat semasa pilihan raya, tetapi bolehkah ia ditunaikan?

MCLM tidak akan bertanding?

Raja Petra: Tidak. Kami tidak pernah bercadang untuk bertanding sejak dari awal penubuhannya lagi. Tapi kami pernah dituduh oleh pembangkang bahawa kami mahu jadi pengacau. Ia nampak tuduhan yang tidak berasas. Kami tak pernah kata nak bertanding dan tak pernah kata kami parti politik dan dituduh kacau daun.

Sekarang banyak pihak yang menentang MCLM. Mereka anggap MCLM sebagai Trojan Horse, sebagai ejen BN dan ini membuat saya marah. Ini tak adil. Kami bukan begitu.

Maknanya, tak ada Gelombang Ketiga?

Raja Petra: Anda akan terkejut. Ada banyak pihak yang menjadi Gelombang Ketiga nanti … Amanah, United Borneo Alliance, Hindraf dan begitu juga Bersih. Tapi masalah Bersih pro Pakatan. Kami memang tak suka hal ini, Mereka mestilah non-Pakatan. Ini sedikit mengecewakan kami. Ia seperti serving agenda Pakatan, agenda Anwar. Kami tak mahu itu. Bersih mesti atas daripada itu. Bukan sebahagian daripada politik.

Bagaimana perubahan dalam sistem kerajaan boleh berlaku, adakah ia bermakna rule of law ketelusan dan akauntabiliti adalah sebahagian daripadanya?

Raja Petra: Itu asasnya. Rule of law, not rule by law, akauntabiliti, ketelusan, kebebasan dan kehakiman. Ada beberapa perkara yang kami tidak suka tapi ia ada dalam perlembagaan. Kami bukan nak cipta semula wheel (roda). Cuma kami kata wheel kena berputar. Bagaimana kedua-dua wheel tadi boleh bergerak. Kita bercakap tentang empat cabang kerajaan dan kita bertuah kerana bukan ada tiga tetapi kita ada empat cabang. Kita ada legislatif, kehakiman dan eksekutif - Perdana Menteri yang mentadbir negara dan kita juga ada sistem beraja untuk periksa dan imbang.

Kita tidak perlu cipta semula sistem itu. Sistem itu sudah wujud. Kita cakap tentang pelaksanaannya. DEB sebagai contoh. Apa yang tak kena dengan DEB. DEB bertujuan untuk mengurangkan jurang antara yang ‘ada’ dengan yang ‘tak ada’. Juga mengurangkan jurang supaya kaum yang kurang akan meningkat. Tiada yang salah, tapi pelaksanaannya. Apabila DEB dijalankan dengan salah, jadi rakyat bantah DEB tetapi kita tak perlu bantah DEB sebenarnya.

Kita tak nak Anwarista

Keputusan kes Liwat Anwar akan dibuat pada 9 Januari ini. Komen anda?

Raja Petra: Kita ada bigger fish to fry. Agenda untuk perubahan perjuangan bukan sebagai personaliti. Sekarang kita patut kurangkan perjuangan untuk Anwar. Walaupun Mandela dipenjarakan selama 27 tahun, tak ada kempen pembebasan untuknya. Walaupun ada Kumpulan Free Mandela, tetapi ia merupakan kempen untuk menamatkan Apartheid, bukan untuk bebaskan Mandela. Mandela hanyalah pencetusnya (catalyst). Saya pasti Mandela adalah figura yang jauh lebih besar berbanding Anwar terutamanya dalam kepentingan sejarah.

Jadi ini tentang Apartheid berbanding individu?

Raja Petra: Apa yang saya bimbangkan, kita akan kurangkan perjuangan ‘Anwarista’ dan jangan lupa Anwarista adalah perkataan yang saya cipta pada 1999. Anwarista adalah perjuangan untuk Anwar. Kita tak nak Anwarista. Sekarang ini jika Anwar masuk jel dan kita tak nak dia masuk jel sebagai tahanan politik. Itu satu isu lain.

Saya dah periksa dengan kawan-kawan rapat dan mereka kata: “Pet, dia (pendakwa) adalah seorang yang boleh dipercayai. Kalau Anwar tak bersalah, dia tak akan fix up Anwar. Itu yang saya dapat dari sumber saya.

Saya tak tahu Anwar bersalah atau tidak. Pada saya isu Anwar tak penting, sama ada dia bersalah kerana liwat. Soalnya, adakah dia calon terbaik untuk mentadbir negara? Kalau anda seorang yang baik di dunia ini, anda tentu ‘bersih’. Tapi kalau anda tak boleh mentadbir negara, maknanya anda tak boleh. Itu sahaja.

Mari kita cakap tentang aspek sekular dalam kepimpinan. Sekarang Anwar tak kagumkan saya di Selangor. Dia tak tunjuk, dia jalankan kerjanya dengan baik. Saya berkata begitu kerana dapat laporan daripada ramai orang, ahli perniagaan. Mereka mengadu dan salahkan saya.

Saya berhak untuk kritik. Saya tak ada terima maklum balas tentang prestasi dia di Selangor. Kalau anda tak boleh jadi penasihat ekonomi yang baik dan tak boleh dipercayai, bagaimana nak tadbir negara?

Bercakap tentang permata di atas crown, tentunya Selangor. Adakah banyak perubahan drastik di Selangor? Tentu tidak. Maklum balas yang kita terima jadi kayu pengukur iaitu rasuah masih berada di tahap sama, tiada pengurangan.

Rakyat masih perlu bayar di bawah meja untuk selesaikan sesuatu hal. Itu yang perlu kita perangi sekarang. Kita gagal di bahagian ini. Kita mengadu kepada Anwar bahawa rakyat tak gembira. Jangan harap untuk kekalkan Selangor kerana peluang untuk BN kembali lebih cerah kerana rakyat tak gembira.

Kata Anwar: “Semasa mesyuarat Khalid ego dan tak mahu dengar cakap. Tak boleh kawal dia.” Saya kata anda yang lantik dia sebagai MB (Menteri Besar) dan tak perform.

Adakah anda ada masalah dengan dia (Khalid). Masalahnya dia ego, tak dengar cakap. Apa nak buat, anda yang cipta monster itu. Apa yang kamu nak buat? Jangan mengadu tentang Khalid. Selangor tak ada sebarang prestasi. Ego, tak dengar cakap. Kami tak mahu tahu tentang itu.

Dia pula lantik diri sebagai penasihat ekonomi negeri. Apa nasihat anda (Anwar)? Sejak tiga tahun lalu anda dilantik sebagai penasihat ekonomi. Pergi luar negara lebih 60 kali dalam masa tiga tahun. Patutnya duduk mentadbir negeri, jalankan tugas parti, mentadbir Pakatan. Pakatan huru-hara. Rakyat bergaduh sesama sendiri. Apa komennya? No comment, senyap sahaja.

Kita beritahu dia, duduk dalam negara dan jalankan tugas dalam Pakatan. Lebih 60 perjalanan ke luar negara memang agak melampau. Apa yang anda buat di luar negara. Bagi ceramah di universiti sana sini, tak payahlah. Adakah dengan bercakap di universiti orang akan undi anda? Penuntut ini pun belum berdaftar.

Apa yang anda kisah dengan universiti ini. Dia seolah-olah melarikan diri kerana tak tahu apa nak buat. Tak perlu ceramah di universiti di luar negara. Dia perlu fokus pada pilihan raya.

Dalam pemilihan PKR, parti itu dianggap tidak demokrasi?

Raja Petra: Ada beberapa bahagian di Sabah di mana pengerusi umumkan kepada perwakilan bahawa dia terima arahan daripada Anwar untuk tak calonkan anaknya, Nurul Izzah. Apa ni?

Mana ada demokrasinya. Kalau anaknya tak boleh bertanding, nak semua negara cadangkan Azmin, bukan anaknya? Bila kita dengar pengumuman itu, tentu kita kecewa, demokrasi apa yang anda cakap? Kamu tahu hal ini. Tentu anda juga ada dengar hal ini. Ini bukan fitnah.

Kenapa Anwar sokong Azmin?

Raja Petra: Mungkin dia akan masuk jel. Jadi dia perlu seseorang yang dipercayainya untuk teruskan perjuangan Kempen Bebaskan Anwar. Tapi kita tahu Azmin, tak diterima oleh parti lain, DAP dan Pas misalnya. Dari segi solidarity dalam Pakatan, Azmin tak mempunyai solidarity itu.

Pada 2008 kenapa pujuk mereka supaya pilih dan undi Pakatan serta pilih Anwar?

Raja petra: Tidak. Kami tak kata pilih Anwar. Kami kata undi pembangkang untuk ajar BN. Ke mana sahaja saya pergi untuk ceramah, kita perlu ajar BN. Paling tidak satu atau dua penggal, kalau Pakatan tak perform, kita akan beri kerajaan balik kepada BN. Kita nak ajar BN bagaimana rasanya jadi pembangkang. Pakatan boleh naik semula jika perform.

Apa yang anda perlu ada ialah dua parti politik. Dalam ceramah saya, apa yang perlu kita buat ialah dua penggal kepada satu parti dan dua penggal berikutnya untuk parti yang lagi satu. Kita tukar kerajaan setiap dua penggal seperti di Amerika dan England. Di England, ada kerajaan baru setiap 10 hingga 15 tahun. Dua atau tiga pilihan raya dah tukar kerajaan baru. Walaupun kerajaan itu ada prestasi baik, kita tetap tukar, hanya buat itu dan sistem dua parti adalah seperti itu. Kita tak bagi 100 tahun untuk satu-satu parti memerintah.

Apakah Anwar bukan lagi pilihan kepada rakyat Malaysia?

Raja Petra: Saya rasa kita tak perlu lagi cakap pasal Anwar. Ini bukan pasal Anwar. Bila kita cakap pasal politik, kita cakap pasal Najib-Anwar, Najib-Anwar.

Di England kita tak bercakap tentang pemimpinnya. Kita bercakap tentang Buruh-Konservatif. Jika di Amerika tentang Republikan-Demokrat. Pemimpinnya tak penting. Tapi di Malaysia, kita cakap tentang Najib-Anwar. Kita tak seperti di England, kalau tak boleh buat, letak jawatan.

Di Malaysia kita cakap tentang personalitinya. Keluar daripada asas ini, lupakan pemimpinnya. Bagaimana jika Najib kena serangan jantung seperti bapanya? Dia meninggal dan Malaysia pun habis.

Tidak! Kita akan dapat pemimpin baru. Bagaimana jika sesuatu berlaku kepada Anwar. Dia bukan muda lagi. Dia lebih tua daripada saya, Najib lebih muda daripada Anwar. Dia pun tak kelihatan sihat. Kita belum tamat, kita kena teruskan. Bukan sebab Anwar. Lupakan Najib-Anwar. Cakap tentang struktur dan kita akan bergerak ke depan. Inilah masalahnya sebab itu kita nak elakkan hal Anwarista ini.

Anwar digambarkan sebagai pemimpin yang mampu buat perubahan, bagaimana dengan gambaran seperti ini?

Raja Petra: Anwar gambarkan dirinya sebagai pemimpin masa depan hanya kerana Pakatan benarkan dia buat begitu. Mereka tekankan bahawa hanya ada seorang sahaja yang boleh pimpin pembangkang. DAP keluarkan kenyataan walaupun Anwar masuk jel, mereka masih sokong Anwar.

Maksudnya tak ada orang lain? Ini adalah kesalahan DAP dan Pas. Anwar terus bercakap tentang parti yang akan terima dia dan hanya Anwar sebagai ketua. Bila ramai suka Zaid Ibrahim, muncul satu alternatif bahawa terdapat orang baru. Jadi kill him off mereka tak terima.

Anwar yang memang bagus dalam berkempen terus ke serata negara untuk terus bercakap. Adakah itu ukuran dan sokongan terhadapnya. Dalam kebanyakan pilihan raya yang saya saksikan, malah dalam pilihan raya kecil yang kelihatan ramai orang berkumpul tetapi belum tentu undinya.

Pilihan raya di Indera Kayangan, Perlis semasa ceramah di rumah Shahidan Kassim (Datuk Seri) orang ramai datang dan cabut. Ada 100 orang , mereka batalkan ceramah. Di pihak sebelah lagi, mereka ada 30,000 orang, tetapi bila tiba masa mengundi, siapa yang menang, BN. Bukan pembangkang.

Tapi kenapa Anwar terus menggambarkan dirinya sebagai pemimpin bersih walaupun dia ada isu-isu termasuk integriti?

Raja Petra: Saya ada bercakap dengan orang yang pernah bersamanya dalam kerajaan dulu. Mereka jelaskan bahawa Anwar ada skeleton in the closet. Namun begitu, anda masih sokong Pakatan.

Jawapannya, apakah pilihan yang kita ada. Orang sokong Anwar kerana mereka kata Anwar sebagai alternatif kepada apa yang kita ada hari ini. Pakatan sangat kagum dalam ‘menunjukkan’ Anwar sebagai pemimpin yang berkebolehan. Saya ada menulis tentang ini sebulan yang lalu. Seramai 28 juta rakyat Malaysia hanya ada seorang Anwar Ibrahim. Siapa yang boleh mentadbir negara ini? Tak ada orang lain lagi ke? Ini bukan satu benda yang saya cakap hari ini tetapi saya dah tulis tentang ini lama dulu.

Pada pendapat saya, Pakatan sedang meningkatkan karisma Anwar. Dia penarik, ke mana sahaja dia pergi keluar negara dia menarik minat orang ramai. Bagus juga Pakatan gunakan kelebihan ini. Benarkah dia begitu? Ia hanya satu persepsi. Saya tahu ramai yang sokong Pakatan tetapi mereka tak berapa gembira dengan Anwar.

Saya tanya, kenapa sokong Pakatan? Mereka kata sebagai alternatif. Anwar mungkin teruk, tetapi yang satu lagi lebih teruk. Mereka tak kata Anwar bagus. Mereka cuma kata yang satu lagi lebih teruk. Itu sahaja. Tak bermakna dia lebih baik daripada yang lain sehingga ada orang lain yang dapat minta saya untuk ‘tunjukkan’ dia sebagai pemimpin yang lebih baik. Anwarlah tu. Itu sahaja yang mereka ada.

Anwar kekal sebagai ikon pembangkang. Satu lagi persoalan, adakah mereka ini tak benarkan orang lain muncul. Siapa yang boleh membayangi Anwar? Mereka tak benarkan pemimpin lain maju atau muncul.

Saya rasa orang itu Anwar

Sebagai pemimpin, Anwar sepatutnya beritahu kepada pengikutnya supaya terima keputusan mahkamah, bukan begitu?

Raja Petra: Pada 1999, bila Anwar disabitkan kesalahan, wujud elemen benci terhadap Dr. Mahathir. Orang ramai yakin bahawa Anwar sudah tentu tak bersalah sama ada dia mangsa atau dianiaya. Dr. Mahathir nak hapuskan Anwar.

Anda tentu tahu cara kes ini dikendalikan. Saya hadir perbicaraannya, terlalu banyak kelemahan atau kepincangan semasa perbicaraan itu. Alasan yang mudah saya bantah perbicaraan itu kerana cara kes dikendalikan.

Jika Anwar bersalah pun, itu tak penting bagi saya. Jika anda tak berjaya buktikannya di mahkamah, maka ia perbicaraan yang tak adil bagi saya. Jika Anwar tak bersalah dan anda tak berjaya buktikannya, maka dia harus dibebaskan.

Ini kerana pilihan seksualiti Anwar tak penting. Mungkin saya agak liberal. Jika anda seorang gay, anda adalah gay, jadi apa? Itu tak mengubah pendapat saya tentang anda. Kalau anda baik, anda baiklah. Jika anda seorang lurus tapi anda seorang lousy beggar, kehidupan seksual bukan penting pada saya.

Dalam perbicaraan kedua ini, persepsi orang berbeza dengan perbicaraan pertama. Sekarang apabila saya tanya orang ramai adakah Anwar bersalah, jawapannya mereka tak kisah. Kalau dia seorang beggar, maka dia seorang ‘beggarlah’. Itu tak penting, ramai orang cakap begini.

Isu moral, anda seorang yang tak bermoral tetapi berlagak alim. Jadi anda seorang yang tak jujur?

Raja Petra: Di Australia, menterinya seorang gay dan mereka terbuka. Menterinya gay, berkahwin dan ada anak, ia perkara luar biasa. Masih kekal dalam kerajaan. Tak ada orang suruh letak jawatan. Tapi bila anda terlibat hal seksualiti, anda sembunyikannya, anda nafikan, orang akan paksa anda letak jawatan bila rakyat dapat tahu anda terlibat dalam situasi itu. Ini isu moraliti. Ia hanya tentang hidup anda. Siapa yang peduli? Tapi bolehkah anda memerintah negara?

Tapi kalau dikaitkan dengan urus tadbir baik kerajaan, Anwar mesti ada keberanian untuk bercakap benar. Video seks telah mengesahkan tapi dia masih menafikannya?

Raja Petra: Saya rasa ramai yang 50-50 tentang video ini. Contoh mudah, cara video itu didedahkan tidak diterima rakyat. Tapi untuk negara yang lihat cara yang terbuka dan objektif. Mereka yakin bahawa Anwar dalam video itu. Tapi tentunya mereka syak akan cara hal ini diketengahkan. Pada saya, kesalahan terbesar dalam video itu adalah Rahim Thamby Chik dan gengnya, anda tahukan?

Ini isu penyanyi, bukan lagunya. Bukannya saya benci lagu, tapi saya benci penyanyinya. Lagunya mungkin baik tetapi bukan penyanyinya. Kalau mereka buat macam kes Chua Soi Lek (Datuk Seri), senyap letak dalam peti surat dan orang akan menjumpainya. Rasa saya, orang yang percayakan video itu semakin bertambah. Ada ramai, kawan rapat Anwar, ada yang saya jumpa di UK , Liverpool, Manchester, ramai yang cakap secara jujur, Anwar dalam video itu. Saya rasa orang itu Anwar. Saya tak kata 100 peratus tapi 90 peratus atau lebih itu Anwar.

Dan dia tak jawab isu jam Omega?

Raja Petra: Saya rasa dia terperangkap dalam perangkap madu. Saya rasa Eskay (Datuk Eskay Shazryl Abdullah) kenakan dia. Ada satu lagi hal yang fikir orang itu adalah Anwar. Pada awalnya saya 50-50. Tak mungkin itu Anwar. Jangan beritahu saya yang dia terlalu bodoh membiarkan dirinya ditangkap.

Dalam sidang akhbar selepas video itu didedahkan, dia kata tak kenal Eskay. Tak tahu nama penuhnya dan tak tahu sama ada dia muslim atau apa. Maknanya dia tak kenal Eskay. Tapi saya masih ingat tiga tahun lalu Anwar ada telefon saya, dia kata kawan kita ini ada problem. Boleh tak kita tolong.

Saya tanya apa masalahnya, katanya Datuk Shahril Eskay. Saya kata tak kenal siapa orang ini. Katanya dia Konsul Kehormat Thai di Langkawi. Dia kata, Shahril orang kita. Saya tanya dia ini orang Thai ka? Anwar kata, tak, dia orang Islam, orang Malaysia. Saya kata apa masalahnya, Anwar kata masalahnya ialah kerajaan syak Eskay yang seludup saya keluar dari Malaysia.

Kerajaan syak saya pergi ke Langkawi dan Eskay keluarkan satu pasport Thai untuk saya dan seludup saya keluar Thailand melalui Langkawi. Dia kata kerajaan beri masalah kepada Eskay. Awak kena jelaskanlah untuk bersihkan namanya.

Saya kata okay tak ada masalah. Saya kata, saya tak kenal pun Eskay ini sehingga awak beritahu saya. Tentunya Eskay tak pernah keluarkan pasport untuk saya dan seludup saya keluar dari Malaysia.

Jadi, saya tulis satu artikel menyangkal perkara itu dan bagaimana saya keluar dari Malaysia. Itu tiga tahun lalu. Sekarang Anwar kata dia tak kenal Eskay, tak tahu jika dia Muslim atau apa. Hal ini buat saya terfikir dan sedarkan saya. Saya tahu, Anwar kenal sangat dengan Eskay, kata sahajalah kenal sangat dengan Eskay. Itu benda yang melucukan.

Sidang akhbar di Kuching, dia marah pasal jam tangan?

Raja Petra: Ya, pokoknya kalau anda perlu menipu, maknanya anda ada benda yang nak disembunyikan. Tentunya anda bersalah. Saya beritahu sekarang ini yang saya tak kisah jika anda gay tapi anda boleh mentadbir.

Saya terbuka. Anda nak cakap Islam, macam dia ini saya tak akan berpura-pura menjadi ulama, alim. Saya adalah saya. Anda suka atau tak suka, inilah saya. Anda tak perlu suka pada saya tapi saya jujur tentang diri sendiri.

Peluang pakatan pembangkang dan Anwar

Apakah Anwar dilihat sebagai liabliti?

Raja Petra: Yang perlukan Anwar hanyalah PKR. Mereka tak ada pilihan dan ia adalah satu kelebihan untuk Pas dan DAP. Satu kelebihan jika Anwar ada sehingga menang pada pilihan raya akan datang. Kalau tak menang, tidak ada berguna lagi Anwar. Itulah sikapnya. Untuk tunggu lima tahun lagi dan Anwar dalam penjara, kita kena cari pemimpin barulah.

Walaupun dia di luar penjara, lebih negatif untuk Pakatan?

Raja Petra: Saya dah katakan sebelum ini. Jika Pakatan tak boleh bentuk kerajaan dalam pilihan raya akan datang. Mereka tentu tak akan bentuk kerajaan, tidak dalam generasi saya. Jangan beritahu saya dalam pilihan raya akan datang ini.

Senarionya jauh berbeza. Satu set kumpulan pengundi baru. Sistem nilai akan berubah, kriterianya akan berubah dan pilihan raya baru dan mungkin akan diadakan enam tahun dari sekarang. Nilai di seluruh dunia akan berubah, sistem berubah, nilai berubah. Mungkin England akan bankrap dan semuanya akan berbeza.

Medan sudah dibuka luas, dalam BN parti non-UMNO , MCA dan Gerakan adalah lemah. Adakah Pakatan akan diminati lagi?

Raja Petra: Pakatan akan pertahankan Anwar kerana mereka masih lagi berharap untuk bentuk kerajaan Persekutuan. Dalam pilihan raya akan datang ini, jika pakatan gagal membentuk kerajaan Persekutuan, maka Anwar tiada lagi gunanya kepada Pakatan terutamanya DAP dan Pas. Mereka akan sokong Anwar dan berdiri di belakang Anwar.

Sebab keselesaan politik?

Raja Petra: Sebab ini adalah proses penyelesaian politik untuk sokong Anwar. Sebab ada kebarangkalian untuk bentuk kerajaan Persekutuan. Tapi jika tak dapat bentuk kerajaan Persekutuan yang baru, Anwar akan menjadi tidak relevan dengan begitu cepat.

Bolehkah pakatan bentuk kerajaan Persekutuan dan teruskan kerelevanan Anwar? Ia bergantung kepada Sabah dan Sarawak. Kita ada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia. Daripada 165 kerusi Parlimen, berapa yang boleh dimenangi Pakatan? Katakan Pakatan menang 85 kerusi, mereka ambil lima kerusi MCA, rampas 85 kerusi Parlimen di Semenanjung. Dan BN hanya dapat 80 kerusi.

Dengan 70 kerusi untuk UMNO, 10 untuk MCA. Jadi kena menang di Sabah dan Sarawak iaitu 57 termasuk satu di Labuan. Pada pilihan raya 2008. Pakatan hanya menang dua kerusi, 55 kerusi dimenangi BN. Di Semenanjung, Pakatan menang dua lagi kerusi di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang, tapi di Sabah Sarawak hanya menang dua kerusi. Daripada 80 kepada 85, kira okaylah lima kerusi MCA. Itu adalah ramalan yang berasas.

Anda agak berapa pertambahannya? Anda perlu 30 kerusi dari Sabah dan Sarawak. Jadi, Pakatan hanya ada 115 kerusi. Maksudnya, ada tiga kerusi majoriti. Tapi kalau tiga orang melompat, anda akan hilang kerajaan.

Secara idealnya, anda perlukan 10 atau 15 kerusi majoriti. Makna perlu dapatkan 35 kerusi dari Sabah dan Sarawak. 35 + 85 iaitu 120 kerusi, ini adalah margin yang selesa. Tapi bagaimana anda nak dapat 35 kerusi dari Sabah dan Sarawak? Untuk dapat 35 itu terlalu jauh untuk dicapai.

Apa yang terjadi pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, DAP berjaya. Pakatan tak boleh buat, kalau mereka boleh buat, sudah lama mereka buat. Dah anda tak boleh buat, maka tak boleh buatlah.

Di Sabah, ia kucar-kacir. Saya tak nampak macam mana dari dua kerusi meningkat kepada 35 kerusi di Sabah dan Sarawak. Mungkin ia akan bertambah kepada 10 tapi 10 ini masih 95 kerusi. Maknanya tak boleh bentuk kerajaan.

Hanya dengan Taib Mahmud (Tan Sri) keluar dari BN dan bawa ahlinya sertai Pakatan. Bolehkah ini berlaku? Maksudnya, kebarangkalian untuk bentuk kerajaan baru sangat tipis. Jadi, kalau dalam pilihan raya umum akan datang tak bentuk kerajaan , tentunya Pas, DAP tak perlukan Anwar lagi.

901 tak akan dapat pengikut

Di Malaysia sekarang sudah sibuk mulakan Kempen Bebaskan Anwar. Wajarkah Anwar buat begitu?

Raja Petra: Saya yang mulakan Kempen Bebaskan Anwar pada 2000. Ya, malah saya dapat panggilan daripada seseorang , adakah saya dah sedia untuk lancarkan yang baru. Saya kata, Anwar belum dijelkan. Kenapa kita mesti ada kempen bebaskan Anwar? Kata mereka ini persiapan untuk Anwar.

Ini mungkin sesuatu seperti pada 1999/2000. Dah 12 tahun pun. Kita tak boleh kembali kepada masa lalu. Kita tak boleh undur masa. Semua dah berubah. Hal seperti kempen bebaskan Anwar ini tak akan dapat pengikut seperti pada tahun 2000. Dulu isunya Dr. Mahathir dan Anwar. Sesuatu yang dilakukan oleh Dr. Mahathir terhadap Anwar. Isu yang sangat spesifik. Dr. Mahathir menzalimi Anwar. Itulah persepsinya.

Kempen jatuhkan Anwar

Sekarang Malaysia Today mulakan kempen jatuhkan Anwar?

Raja Petra: Ia sebenarnya bukan kempen jatuhkan Anwar. Ini kempen fokus semula. Apa yang kita nak buat, kita nak rakyat fokus dengan gambaran besar. Kita mahu rakyat nampak lukisan secara keseluruhannya, kita tak nak lihat gerakan berus warnanya. Kita selalu lihat gerakan berusnya, jadi kita tak tengok lukisan itu sebenarnya.

Jadi kita nak bawa kembali isu perubahan. Adakah ia tentang Anwar, ia adalah mengenai negara dan Anwar boleh menjadi faktornya. Itu tak menjadi hal kepada saya. Anwar hanya menjadi satu faktor tapi dia bukanlah perkara utama.

Rakyat mudah hilang fokus, mereka mudah terganggu. Tiba-tiba terlepas sasaran dan salah arah. Kita sepatutnya ke Singapura tetapi melencong ke Melaka. Kalau anda rasa Anwar tak bersalah, berjuanglah untuk Anwar. Tapi jangan minta seluruh negara berjuang untuk Anwar sebab seluruh negara patut berjuang untuk penambahbaikan negara.

Kadang-kadang orang lupa tentang mangsa iaitu Saiful?

Raja Petra: Sebenarnya, kita dah letih dengan isu liwat ini. Kita mahu tamatkan hal ini segera. Kita harap perbicaraan ini selesai dan tidak dipanjangkan.

Tapi kenapa dia yang minta dipanjangkan?

Raja Petra: Betul tapi seluruh negara terikut-ikut sama. Kita tak perlukan semua ini. Masa depan negara tak bergantung kepada seorang lelaki ini.

Malaysia tak terima PM gay

Tentang isu moral, rasanya rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk seorang Perdana Menteri yang macam itu?

Raja Petra: Itu satu isu lain. Isunya sebab kita hidup dalam masyarakat seperti Malaysia yang tidak boleh terima cara hidup begitu. Di Malaysia, masyarakat belum bersedia. Mungkin mereka tak akan bersedia kerana mereka ini masyarakat Islam yang konservatif.

Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh. Anda boleh jadi menteri dan gay sekali gus. Di Malaysia, anda kena pilihlah. Anda nak jadi gay, teruskan. Saya tak ada masalah tapi anda nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, dah tentu di Malaysia tak boleh.

Walaupun bukan gay, tapi kalau anda tinggal dengan wanita lain bukan isteri, ia juga tidak diterima. Kalau nak jadi Perdana Menteri, anda tidak boleh begitu. Kena pilih salah satu.

Saya tidak pertahankan perbuatan yang tidak bermoral tapi itu pilihan anda. Kalau anda pilih itu, anda tak boleh dapat yang ini. Di UK anda boleh dapat kedua-duanya. Di Australia, anda boleh dapat kedua-duanya.

Saya tidak peduli. Kalau anda kata: “Adakah Anwar seorang gay?” Saya kata mungkin. Tapi tak boleh jadi Perdana Menteri. Itu realitinya.

Transformasi dalam UMNO

Apakah UMNO perlu perbaiki cara untuk menjadi kerajaan yang lebih baik?

Raja Petra: Ya, kalau tidak saya tak akan berada di sini. Kalau tak saya tak akan berada di sini untuk menyoal dan mempertikaikan kerajaan. Sudah tentu kerajaan perlu baiki dan ubah tindakan mereka.

Tapi Najib ada kekangannya? Parti dikawal warlord dan ada Godfather?

Raja Petra: Sebab itu saya kata tadi, dia kena catch up the bull by the horns. Maknanya berani dan yakin berdepan dengan kesusahan, bahaya dan hal-hal sukar. Anda tidak boleh mengubah dengan perlahan. Kita perlu bercakap tentang revolusi. Saya tak bermaksud cakap tentang revolusi dan pergi ke jalanan dengan senapang dan adakan revolusi berdarah.

Ya, UMNO perlukan revolusi dalamannya. Dan Najib mesti bersedia dan tidak hanya mengambil pisau tetapi gergaji berantai untuk potong apa sahaja yang patut dipotong. Kalau dia tak buat begitu, UMNO tak akan berkuasa.

Apa yang kita perlu buat ialah yakinkan pengundi yang Pakatan akan jadi alternatif yang lebih baik. Malah, Pakatan tak boleh yakinkan rakyat yang ia adalah lebih baik. Jadi, sekarang kita ada situasi periksa dan imbang.

Memandangkan UMNO gagal untuk yakinkan pengundi, adalah lebih baik mereka buat perubahan. Sebaliknya, Pakatan juga tak boleh yakinkan pengundi yang ia adalah lebih baik. Sebenarnya, ramai pengundi yang keliru sekarang. Mereka tidak pasti patutkah undi BN atau undi Pakatan atau pun tak payahlah mengundi. Ini yang berlaku sekarang , Sebenarnya medan sudah dibuka untuk kedua-dua pihak, siapa yang akan meyakinkan pengundi sekarang?

Bagaimana dengan pengundi muda?

Raja Petra: Jangan pandang rendah mereka. Mereka bukan bodoh. Bila anda cakap dengan mereka, anda akan tahu daripada cara mereka respons. Pemikiran mereka lebih ke hadapan sebagai pengundi.

Ada yang belum lagi jadi pengundi tapi akan jadi pengundi untuk pilihan raya akan datang. Kalau bukan pilihan raya ini, sudah tentu pada pilihan raya akan datang melainkan ada perubahan. Kalau ini berterusan, anda akan saksikan orang muda naik. Saya sudah berada di Thailand, Australia, New Zealand, Indonesia, saya jumpa dengan orang kita di luar Malaysia. Dari maklum balas, orang ini sudah bersedia untuk berubah. Soalnya UMNO sudah bersedia atau tidak?

Pandangan tentang pengundi Cina?

Raja Petra: Dahulu orang Cina takut untuk undi pembangkang tapi sekarang tidak. Sejak 2008 dan sehingga hari ini, orang cina masih condong kepada pembangkang tetapi subjektif kepada beberapa faktor.

Paling penting, faktor ekonomi. Orang Cina asalkan ekonomi berkembang, mereka boleh hidup walaupun di negara komunis seperti China.

Orang Cina di China protes demokrasi dan hak asasi manusia. Mereka ini tidak kisah tentang demokrasi dan hak asasi. Tapi ekonomi berkembang pesat, ramai jutawan dan hartawan lahir itu yang diingini di China. Mereka tak mahu satu lagi Tiennamen. Mereka tak kisah tentang perubahan politik sebab kerajaan dia beri perubahan ekonomi.

Saya ingat kata Deng Xioping tak kira kucing hitam atau putih, asalkan ia tangkap tikus. Siapa yang peduli tentang komunisme atau demokrasi. Selagi ekonomi berkembang dan rakyatnya menerima hal ini. Bangsa yang terbesar di dunia ini boleh terima kerajaan seperti ini. Tapi kerajaan perlu jana ekonomi untuk negara dan orang Cina di Malaysia apa bezanya.

Asal kerajaan dapat jamin mereka dengan ekonomi yang kuat dan tak campur tangan dalam perniagaan mereka. Kini kenapa ada orang Cina di Selangor sudah tak gembira dan tak puas hati kerana perniagaan mereka jammed. Itu sahaja. Semua ini berkaitan dengan projek, duit dan semuanya tentang bisnes.

Selain ekonomi dan bisnes, Perdana Menteri jadi faktor?

Raja Petra: Orang Cina tak kira hal-hal ini, yang mereka tahu akhirnya Najib kena cakap sesuatu kepada mereka.

Jadi MCA dan Gerakan ini macam mana?

Raja Petra: MCA dan Gerakan ini, daripada apa yang diberitahu kepada saya, dalam pilihan raya akan datang MCA dan Gerakan akan habis (dead).

Anda yakin Najib dapat menaikkan tahap tadbir urus baik di Malaysia?

Raja Petra: Adakah Najib faham dengan makna good governance? Adakah dia mahu berhubung? Contohnya, kita ada MCLM. Kalau kita jumpa Najib untuk bentang agenda reformasi rakyat, adakah dia bersedia jumpa kita? Dia tak mahu jumpa saya, jadi tak payah jumpa Raja Petra. Jumpa orang lain.

Kita boleh jumpa Najib dan bentangkan agenda reformasi rakyat, bincang dengan kita. Najib patut tanya kenapa kita kritik kerajaan, tak puas hati dengan kerajaan dan bantai kerajaan. Dia kena tanya kita apa yang anda ingin kami lakukan? Apa perubahan yang anda katakan? Beritahu saya, sekurang-kurangnya kami mula yakin. Tetapi anda tak layan, tak nak dengar suara kami. Anda kata nak berubah, perubahan apa?

Bercakaplah dengan kami. Kami ada dokumen mengenai agenda reformasi rakyat dan apakah perubahan yang kami kehendaki. Anda boleh kata saya tak mampu lakukan dalam sebulan, tak apa ada yang boleh buat dalam sebulan, dalam enam bulan, ada juga ambil masa 10 tahun. Itu dah okey bagi kami. Sekurang-kurangnya sudah ada pelan. Kalau Najib nak kita tertarik dengan perubahan yang beliau nak bawa, berhubunglah (engage) dengan kita.

Sudah ada reformasi yang dibuat contoh ISA, AUKU dan pemilihan dalam UMNO yang lebih demokratik berbanding DAP?

Raja Petra: Kosmetik. Ia terlalu kosmetik. Najib mansuhkan ISA dan pada masa yang sama bercakap tentang gantikan dengan undang-undang lain. Sebenarnya ISA bukan isu besar. ISA ada tujuannya untuk perangi keganasan.

Adakah kebarangkalian keganasan masih mengancam Malaysia? Kita tengok pengeboman di Bali. Ia berlaku, sentiasa ada kebarangkalian keganasan mengancam Malaysia. Jadi kita masih perlukan undang-undang untuk membanteras keganasan atau memerangi keganasan.

Tapi anda tangkap seseorang atas dakwaan ucapan atau menulis sesuatu. Ia tak ada kena mengena dengan keselamatan negara. Dalam kes saya, saya ditahan di bawah ISA kerana didakwa menghina Islam. Apabila ia dibawa ke mahkamah, mahkamah memutuskan penahanan saya adalah salah dan tidak sah, jadi kemudian saya dibebaskan.

Ini yang kita bincangkan. Najib ada reformasinya, dia ingin mansuhkan ISA tetapi itu bukan masalahnya. ISA juga bukan masalah. Masalahnya adalah bagaimana ia disalahgunakan. Adakah Najib faham perkara ini? Adakah dia faham inilah yang sebabkan kami marah?