Memaparkan catatan dengan label MUBAHALAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MUBAHALAH. Papar semua catatan

Ahad, 6 Julai 2008

ANWAR ENGGAN JAWAB CADANGAN BERSUMPAH

TAKUT BERSUMPAH ? Takut juga Anwar dengan laknat Allah.

06/07/2008 1:14am

BUTTERWORTH 5 Julai — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan menjawab soalan media berkenaan cabaran supaya beliau bersumpah dengan menjunjung Al-Quran berhubung tuduhan liwat terhadapnya.

Ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah perdana di sini malam ini, beliau yang dikawal ketat oleh beberapa penyokongnya terus berlalu tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Baru-baru ini, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya ’bermubahalah’ atau bersumpah.

Beliau berkata isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

Katanya, Anwar dan Mohd Saiful hendaklah bersumpah laknat iaitu dengan melafazkan sumpah: “Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya.”

Terdahulu, ketika memulakan ucapannya, Anwar menegaskan bahawa beliau sudah jemu bercakap dan mengulas berhubung tuduhan liwat terhadapnya.

“Seminggu yang lepas, kita telah dikejutkan dengan kisah itu (tuduhan liwat) dan saya tak nak, menyampah dan meluat dengan cerita kotor itu. Saya pernah dituduh dengan tuduhan yang sama dulu. Tuduhan daripada mereka yang kecewa dengan politik,” katanya. - Bernama


ANWAR SANGGUP KE MAHKAMAH BERSYARAT


06/07/2008 12:24am

BUTTERWORTH 5 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sanggup ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan liwat oleh pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan syarat hakim yang mengendalikan kes berkenaan adil dan telus.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga mahu kerajaan memastikan polis yang menyiasat kesnya adalah individu yang berwibawa.

``Saya tidak takut, saya tidak akan lari, malah saya akan lawan habis-habisan.

``Kalau mereka (kerajaan) ada bukti, saya (bersedia) ke mahkamah jika ada hakim yang berwibawa dan polis yang menyiasat juga berwibawa,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat di tapak Expo Seberang Jaya di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan isterinya, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam perhimpunan yang dihadiri lebih 15,000 orang itu, Anwar secara peribadi menganggap tuduhan liwat itu sebagai sesuatu yang jijik.



Anwar challenges authorities to take him to court

Saturday July 5, 2008 MYT 11:47:31 PM
BUTTERWORTH: PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has challenged the authorities to take him to court if there is solid evidence against him on the latest sodomy allegations.

He said the Government should first ensure a fair trial and select only judges who were credible and not those who could only say "correct, correct, correct."

Anwar reiterated that the latest sodomy allegations against him were a conspiracy by his enemies to kill him politically and to shut him up.

He also questioned the credibility of Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan and Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail over the sodomy case as he had lodged a police report against them.

Anwar also denied any link with the United States. He was speaking to a large crowd during a ceramah at the Seberang Jaya expo site here Saturday night.

Sabtu, 5 Julai 2008

MUBAHALAH : NIK AZIZ SETUJU MUFTI PERLIS

KOTA BHARU 4 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan cadangan yang meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dikaitkan dengan kes liwat supaya 'bermubahalah' atau bersumpah.

Beliau berkata, perkara itu merupakan ikhtiar terakhir sekiranya Anwar tidak mempercayai sistem keadilan negara.

"Memang patut kedua-duanya bermubahalah, dalam Islam pun ada, kita ajak ramai-ramai sembahyang hajat dan bersumpah dan kalau siapa salah biar Allah tunjukkan.

"Dalam al-Quran pun disebut dengan jelas mubahalah, mungkin Mufti Perlis 'serabut perut' tengok keadaan macam ini (tuduh-menuduh)," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang meminta Anwar dan Mohd. Saiful 'bermubahalah' atau bersumpah setelah isu liwat itu kini menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru sehingga berbalah dan bertengkar sesama sendiri.

Menurut Mohd. Asri, kedua-duanya perlu bersumpah dengan melafazkan : "Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya."

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam masa yang sama meminta semua pihak menghentikan tuduh menuduh kerana ia membawa kepada keburukan.

"Tuduh menuduh dalam Islam besar dosanya, senang saja kita tuduh liwat atau zina sedangkan tuduh cabul kehormatan menjatuhkan maruah orang.

"Kalau ada bukti bawa pergi ke mahkamah, jangan tuduh menuduh depan ramai, sekarang ada surat khabar lagi teruk, seluruh dunia tahu, Malaysia ini macam dah tidak ada maruah," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai campur tangan Amerika Syarikat (AS) dalam masalah dalaman negara, beliau dengan tegas menolaknya sambil menyifatkan kuasa besar dunia itu sebagai bapa kepada segala kejahatan.

"Campur tangan Amerika memang tidak boleh, buat apa... Ingat Malaysia budak-budak, dia (AS) orang tua.

"Dia (AS) itu bapa kepada kejahatan, bunuh orang setiap hari di Iraq. Lebih jahat daripada manusia yang jahat, buat apa nak kacau kita," ujarnya.

SUMBER : UTUSAN