MARI BERSYAIR MARI BERPANTUN KISAH GUNDAH GULANA MELAYU
Saya terjumpa ini dalam Group Majlis Ulama UMNO Facebook...
Dilema Melayu Islam... satu prejudis atau kenyataan? Satu realiti atau ilusi? Mari kita bicarakannya lewat puisi Berwacana di persada kata nan indah Mengungkai masalah di sulaman madah Agar bahangnya tidak begitu menyerlah Agar dapat segalanya direnungi... tanpa emosi berapi-api!
Pertama mari kita fikirkan... Agama kita sama, syahadah kita serupa Tapi mengapa mesti berpecah? Kedua mari kita renungkan... Bangsa kita sama, darah kita serupa Tapi mengapa mesti bertelagah? Darah dan syahadah boleh terpisah?
Justeru sepatutnya dengan keduanya Lebih mudah menyatukan kita Kerana agama dan bangsa kita sama Akidah kita Islam, kabilah kita Melayu... Tapi kenapa sukar benar untuk bersatu?
Dalam realitinya sungguh berbeza Agama didakwa punca sengketa Cintakan Islam telah dipolitikkan Kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan... Islam disinonimkan dengan parti Wajarkah begitu?
Cintakan bangsa turut dipersalah Kasihkan watan dituduh assabiah Melayu dan Islam bagai bertentangan Kedua-duanya saling berkonflik Islam menggugat semangat patriotik Benarkah begitu?
Cintakan agama atau bangsa? Seolah-olah satu dilema Satu ke timur satu ke barat Tak mungkin bersatu dalam muafakat Benarkah itu satu hakikat Atau hanya satu muslihat? Lain tersirat lain tersurat?
Cubalah kita ungkai segala yang kusut Berbicara secara tulus dan telus Merujuk ke dasar, menyelam ke akar Putuskan rantai kepartian... Yang membelenggu mata dan fikiran Putuskan sentimen ketaksuban... Yang mengaburi fakta dan kenyataan Marilah sama-sama bercerminkan visi bangsa Dari jurus misi agama!
Islam agama yang menyatukan Justeru itulah perintah Al-Jami'(Yang Maha Menyatukan) Apabila manusia sama-sama beriman Maka bertautlah hati, terbentuklah persaudaraan Iman dan persaudaraan-lazim berlaziman Yang paling kuat tauhidnya kepada Yang Esa Dialah yang paling mesra bersaudara Bila kukuh 'hablumminallah' yang vertikal Akan teguhlah 'hablumminannas' yang horizontal Itulah silaturrahim-'hubungan' intim atas nama Al-Rahim
Bila beriman ertinya yakin Bila yakin ertinya terikat... Terikat dengan syariat-peraturan dan hukum Tuhan Yang wajib ditegakkan Yang haram ditinggalkan Yang sunat jika mampu dilaksanakan Yang makruh jika mampu ditinggalkan Yang harus-terpulang, Bebas untuk membuat pilihan Inilah 5 hukum daripada Allah Yang bila semua meyakini dan mengamalkan Secara automatik terbentuklah perpaduan Inilah firman Tuhan: "Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah"
Melayu juga faktor penyatu Kerana ikatan darah itulah fitrah... Cintakan bangsa adalah naluri hati Yang tumbuh secara tabii -jika bangsa terjajah, jiwa terseksa... Bangunlah semangat merdeka dengan darah dan air mata -jika bangsa mundur, hati terdera... Bangunlah daya juang dengan minda dan usaha Ketuanan Melayu di bidang politik dan ekonomi Adalah nyawa, citra dan identiti Bangsa yang lemah, akan kalah Bangsa yang mundur, akan terkubur Bangsa yang kuat, akan berdaulat
Yang miskin dibela oleh agenda ekonomi dengan DEB Yang jahil diberi pelajaran dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan Kedua-duanya dilaksanakan dengan kuasa politik! ...selagi Melayu menguasai pemerintahan ...selagi "Hak istimewa Melayu" maktub dalam perlembagaan ...selagi itu kedua-duanya dikekalkan Tapi selama mana Melayu dapat menguasai pemerintahan? Selama mana perlembagaan dapat mempertahankan? Dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan... Jika jiwa Melayu sendiri melayu, kering dan berguguran?
Islam dan Melayu boleh diserasikan Yang satu FITRAH, yang satu HIDAYAH Cinta bangsa dan agama mampu dipertautkan Bila membela Melayu yang miskin... Itu tanggungjawab bangsa dan itu juga tuntutan agama Membantu Melayu yang bermasalah... Itu adalah fitrah kabilah dan itu juga jihad fisabilillah Lalu...satukanlah fitrah dengan hidayah!
Agama dan bangsa bukan milik organisasi Justeru bukan semua Muslim dan Melayu dalam satu parti Ada yang global, ada yang tribal, dan ada yang individual "Hubbul Watan minal Iman" Musuh bangsa dan agama cuma satu-dia yang dikuasai nafsu Lalu awasilah si hamba nafsu yang punya kepentingan diri... dalam barisan perjuangan bangsa dan saf perjuangan agama
0 ulasan:
Catat Ulasan