Sabtu, 31 Disember 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012 : Mengharap 2012 lebih baik daripada 2008, 2009, 2010 dan 2011

HARI ini adalah hari terakhir dalam kalendar 2011. Banyak orang mahu meninggalkan kenangan tahun 2011 dan berazam untuk membuka lembaran baru 2012.

Malam ini akan ada pelbagai bentuk sambutan di tempat tumpuan umum bagi meraikan kedatangan tahun baru 2012.

Bagi saya baik 31 Disember atau 1 Januari, apa yang akan kita harungi adalah sama sahaja -tidak ada banyak bezanya. Kita tetap akan mengharungi tempoh masa 24 jam sehari.

Dalam sepanjang tempoh itu, sama dengan hari-hari sebelum 1 Januari - kita akan bangun tidur, solat, sarapan, buat urusan kerja atau peribadi, makan, bertemu keluarga atau rakan, bersiar-siar atau beriadah, dan kembali ke kamar untuk tidur semula. Begitulah juga rutin keesokannya hampir sama sahaja.

Apa pun, kita mengalu-alukan kedatangan tahun baru 2012. Apa yang telah kita lalui selama empat tahun kebelakangan ini diharap dapat dijadikan teladan dan cabaran. 2012 diharap tampilkan perubahan.

Sepanjang tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011 banyak menguji kesabaran dan sikap tolak ansur rakyat berbilang kaum negara ini. Banyak yang memendam perasaan.

Dalam aspek ekonomi di tahun baru ini, rata-rata rakyat akan menghitung satu persatu masalah berikutan kemelut ekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat yang dijangka memberi kesan kepada Malaysia.

Ini meliputi soal dasar seperti perancangan dan strategi kerajaan dalam menangani cabaran ekonomi global hinggalah kepada harga barang serta inflasi yang dikhuatiri boleh menghimpit kehidupan kita.

Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku dalam tahun 2012 tetapi ia tetap akan memberi ujian yang cukup besar. Jadi, segala-galanya memerlukan pengorbanan, iltizam dan semangat muafakat yang cukup kuat daripada semua pihak termasuk rakyat berbilang kaum.

Pada tahun 2008, kedudukan ekonomi dunia sudah menunjukkan kesan tsunaminya kepada politik dan sosial negara kita. Lanjutan itu kedudukan agama Islam, hak-hak istimewa Melayu, Institusi Raja- Raja Melayu, bahasa kebangsaan mula dipersoalkan. Ia tidak terhenti walaupun sudah diberi amaran keras oleh pihak berkuasa dan Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Ekonomi, politik dan agama memang menjadi faktor duri dalam daging yang boleh mencetuskan ketidakstabilan negara majmuk kita ini.

Suasana perpaduan nasional dilihat hari demi hari cuba diganggu gugat oleh individu yang tidak sedar diri akan nikmat kemerdekaan negara kita ini.

Sudah empat tahun berlalu, begitu ketara gerakan provokasi untuk menggugat sensitiviti agama dengan niat supaya pihak satu lagi bangkit membalas tindakan itu sehingga tercetus ketegangan.

Provokasi seperti ini perlu dibendung secara tegas sebelum ia menular menjadi konflik hingga menghancurkan segala nikmat kebaikan yang kita kecapi selama ini.

Ingatlah pesanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa "segala yang kita capai, bina dan hargai boleh hancur berkecai serta musnah dalam sekelip mata jika masyarakat dirosakkan dengan budaya jumud dan melampau menerusi isu perkauman serta agama".

Kita bertuah mendapat pemimpin kerajaan yang sentiasa memikirkan rancangan untuk memajukan dan memakmurkan negara ini, malah masalah kebajikan dan perpaduan rakyat juga tidak lepas daripada perhatian beliau.

Apakah tahun 2012, isu perkauman dan agama akan terus mewarnai politik negara kita? Rakyat terutama pengundi rasanya sudah tidak sabar membuat perhitungan dalam pilihan raya umum untuk memberikan mandat kepada parti yang diyakini dapat memulihkan semula suasana harmoni negara.

Alangkah eloknya jika suasana politik, ekonomi dan sosial kita berada dalam keadaan aman dan makmur - tanpa hiruk-pikuk satu demi satu kegawatan politik.

Sebelum 2008, kita dapat rasai bagaimana kestabilan politik dan ekonomi telah membawa rakyat berasa gembira kerana mereka dapat menikmati hidup dengan aman dan sejahtera.

Pengalaman pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011 banyak memberi pengajaran kepada kita semua. Oleh itu, tahun baru 2012 ini adalah harapan kita untuk melihat perubahan lebih baik berlaku demi kemajuan dan kemakmuran hidup kita semua.

Selain takdir Tuhan, kita juga boleh menentukannya berlaku.

Isnin, 26 Disember 2011

KEMPEN BOIKOT PRODUK KELUARAN MELAYU TERBONGKAR... Masih Tak Sedar Agenda Mereka?

EMAIL PANAS DARI PENGGUNA MELAYU : ORANG CINA BOIKOT PRODUK MELAYU
Written by Administrator   

Kini tersebar luas di Internet tentang seruan dari segelintir kaum Cina yang menggesa bangsanyauntuk tidak memberi sokongan kepada perniagaan melayu lebih-lebih lagi yang berkaitan denganpersatuan Islam dan Melayu. Email yang diforwardkan kepada saya menyeru agar memboikotroti Gardenia kerana dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary(BERNAS) dan ramai orang Melayumempunyai kepentingan dalam perniagaan tersebut.

Kebanyakkan kenyataan yang disebarkan bukan sahaja tidak berlandaskan fakta malahan ditokoktambah dengan kata-kata provokasi, antaranya menyatakan masyarakat Cina sering dianiyai olehorang Melayu, perniagaan milik Raja Gula Robert Kuok disabotaj oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

IKLAN BOIKOT PRODUK MELAYU DAN SOKONG PRODUK CINA DILANCARKAN DI FORUM DAN BLOG MEREKA


Kerana rakus dengan keuntungan perniagaan, mereka mencetuskan propaganda denganmengharapkan simpati dari kaum mereka! Kini mereka telah melampaui batasan denganmencetuskan sentimen perkauman, ada yang melontarkan kata-kata penghinaan seperti “PERGIMATI MELAYU BABI”, “MELAYU BODOH” dan sebagainya.

Jika taktik kotor ini berterusan, dikhuatiri bukan sahaja akan memberikan kesan kepada perniagaanmilik Bumiputera malahan bakal mencetuskan kebencian & perbalahan antara kaum.Kita lihat sendiri apa yang mereka katakan?:

ALL MALAYSIAN MUST KNOW THAT LAST TIME GARDENIA BUYS FLOUR FROM FEDERAL FLOUR MILL(FMM). RECENTLY GARDENIA WAS ACQUIRED BY BERNAS AND THE FIRST THING THEY DO IS THEY STOP BUYING FLOUR FROM FFM BECAUSE FFM BELONGS TO ROBERT KUOK. NOW, YOU ALL KNOW WHY ROBERT KUOK NEEDS TO LAUNCH THE MASSIMO BREAD.
MALAYS IS TAKING OVER OUR (THE CHINESE BUSINESSMAN) PROPERTY.THIS BUMI, THEY CAN’T TAKE AWAY PEOPLE’S BUSINESS THEY WILL TAKE AWAY PEOPLE’S BIG CUSTOMER. DO THEY REALLY HATE THE CHINESE BUSINESSMEN SO MUCH?PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO ALL THE MALAYSIAN CHINESE. USE THE UNITED STRENGTH OF CHINESE TO SEND GARDENIA TO HOLLAND (MAKSUDNYA BOIKOT GARDENIA).



kenyataan dalam facebook mereka.


Baca selanjutnya di sini...

Ahad, 25 Disember 2011

MEROKOK ADALAH HARAM

Merokok from Najib Habeb on Vimeo.


RUJUKAN :

1. Merokok dari pandangan Islam : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam
2. Merokok : Fatwa Negeri Perlis : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-rokok-perlis
3. Merokok : Fatwa Pulau Pinang : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-rokok-pulau-pinang
4. Merokok : Fatwa Negeri Selangor : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-merokok-selangor
5. Merokok : Fatwa Negeri Melaka : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/merokok-menurut-perspektif-islam-melaka

MARI BERSYAIR MARI BERPANTUN KISAH GUNDAH GULANA MELAYU

Saya terjumpa ini dalam Group Majlis Ulama UMNO Facebook...


Dilema Melayu Islam... satu prejudis atau kenyataan? Satu realiti atau ilusi? Mari kita bicarakannya lewat puisi Berwacana di persada kata nan indah Mengungkai masalah di sulaman madah Agar bahangnya tidak begitu menyerlah Agar dapat segalanya direnungi... tanpa emosi berapi-api!

Pertama mari kita fikirkan... Agama kita sama, syahadah kita serupa Tapi mengapa mesti berpecah? Kedua mari kita renungkan... Bangsa kita sama, darah kita serupa Tapi mengapa mesti bertelagah? Darah dan syahadah boleh terpisah?

Justeru sepatutnya dengan keduanya Lebih mudah menyatukan kita Kerana agama dan bangsa kita sama Akidah kita Islam, kabilah kita Melayu... Tapi kenapa sukar benar untuk bersatu?

Dalam realitinya sungguh berbeza Agama didakwa punca sengketa Cintakan Islam telah dipolitikkan Kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan... Islam disinonimkan dengan parti Wajarkah begitu?

Cintakan bangsa turut dipersalah Kasihkan watan dituduh assabiah Melayu dan Islam bagai bertentangan Kedua-duanya saling berkonflik Islam menggugat semangat patriotik Benarkah begitu?

Cintakan agama atau bangsa? Seolah-olah satu dilema Satu ke timur satu ke barat Tak mungkin bersatu dalam muafakat Benarkah itu satu hakikat Atau hanya satu muslihat? Lain tersirat lain tersurat?

Cubalah kita ungkai segala yang kusut Berbicara secara tulus dan telus Merujuk ke dasar, menyelam ke akar Putuskan rantai kepartian... Yang membelenggu mata dan fikiran Putuskan sentimen ketaksuban... Yang mengaburi fakta dan kenyataan Marilah sama-sama bercerminkan visi bangsa Dari jurus misi agama!

Islam agama yang menyatukan Justeru itulah perintah Al-Jami'(Yang Maha Menyatukan) Apabila manusia sama-sama beriman Maka bertautlah hati, terbentuklah persaudaraan Iman dan persaudaraan-lazim berlaziman Yang paling kuat tauhidnya kepada Yang Esa Dialah yang paling mesra bersaudara Bila kukuh 'hablumminallah' yang vertikal Akan teguhlah 'hablumminannas' yang horizontal Itulah silaturrahim-'hubungan' intim atas nama Al-Rahim

Bila beriman ertinya yakin Bila yakin ertinya terikat... Terikat dengan syariat-peraturan dan hukum Tuhan Yang wajib ditegakkan Yang haram ditinggalkan Yang sunat jika mampu dilaksanakan Yang makruh jika mampu ditinggalkan Yang harus-terpulang, Bebas untuk membuat pilihan Inilah 5 hukum daripada Allah Yang bila semua meyakini dan mengamalkan Secara automatik terbentuklah perpaduan Inilah firman Tuhan: "Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah"

Melayu juga faktor penyatu Kerana ikatan darah itulah fitrah... Cintakan bangsa adalah naluri hati Yang tumbuh secara tabii -jika bangsa terjajah, jiwa terseksa... Bangunlah semangat merdeka dengan darah dan air mata -jika bangsa mundur, hati terdera... Bangunlah daya juang dengan minda dan usaha Ketuanan Melayu di bidang politik dan ekonomi Adalah nyawa, citra dan identiti Bangsa yang lemah, akan kalah Bangsa yang mundur, akan terkubur Bangsa yang kuat, akan berdaulat

Yang miskin dibela oleh agenda ekonomi dengan DEB Yang jahil diberi pelajaran dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan Kedua-duanya dilaksanakan dengan kuasa politik! ...selagi Melayu menguasai pemerintahan ...selagi "Hak istimewa Melayu" maktub dalam perlembagaan ...selagi itu kedua-duanya dikekalkan Tapi selama mana Melayu dapat menguasai pemerintahan? Selama mana perlembagaan dapat mempertahankan? Dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan... Jika jiwa Melayu sendiri melayu, kering dan berguguran?

Islam dan Melayu boleh diserasikan Yang satu FITRAH, yang satu HIDAYAH Cinta bangsa dan agama mampu dipertautkan Bila membela Melayu yang miskin... Itu tanggungjawab bangsa dan itu juga tuntutan agama Membantu Melayu yang bermasalah... Itu adalah fitrah kabilah dan itu juga jihad fisabilillah Lalu...satukanlah fitrah dengan hidayah!

Agama dan bangsa bukan milik organisasi Justeru bukan semua Muslim dan Melayu dalam satu parti Ada yang global, ada yang tribal, dan ada yang individual "Hubbul Watan minal Iman" Musuh bangsa dan agama cuma satu-dia yang dikuasai nafsu Lalu awasilah si hamba nafsu yang punya kepentingan diri... dalam barisan perjuangan bangsa dan saf perjuangan agama

Khamis, 22 Disember 2011

ANWARIBRAHIM BERJAYA LIWAT IDEALISME ADAM ADLI & SMM

Artikel dibawah ini ditulis oleh Tun Faisal Ismail Aziz, junior saya ketika menuntut di Universiti Sains Malaysia sekitar tahun 1991 - 1994. Saya amat bersetuju dengan pandangan beliau bukan kerana saya mengenali beliau secara peribadi, tetapi sebaliknya apa yang beliau nyatakan juga sebenarnya adalah menjadi pegangan saya ketika memimpin persatuan-persatuan mahasiswa di USM dulu.

Kemungkinan juga persamaan pegangan kami ini berpunca dari latihan kepimpinan yang serupa selain dari sama-sama mendokong cogankata yang sama 'KAMI MEMIMPIN'.

Sama seperti Tun Faisal, saya tidak pernah merasa Akta Universiti mengongkong saya selaku mahasiswa samada untuk menimba ilmu mahupun ketika memimpin persatuan-persatuan mahasiswa. Tidak pernah sama sekali.

Malah, ketika bergelar mahasiswa dan menjawat pelbagai jawatan termasuk sebagai Presiden Persatuan Bahasa Melayu (PBM), saya sentiasa merasa bertanggungjawab untuk memastikan agar idealisme perjuangan saya tidak akan sama sekali dipengaruhi oleh mana-mana parti politik di luar kampus.

Saya berpandangan bahawa sebagai pemimpin mahasiswa, saya tidak boleh taksub kepada mana-mana parti politik. Idealisme mahasiswa yang harus saya perjuangkan melangkaui politik kepartian kerana saya akan menyokong dan memberikan pujian kepada sesiapa sahaja dan parti politik mana pun sekiranya ianya memberikan kebaikkan kepada rakyat dan negara termasuk jika ianya datang dari parti pembangkang. Begitu juga sebaliknya saya akan menyanggah dan mengecam tanpa rasa gementar jika sesuatu itu boleh menyusahkan atau membawa kesan tidak baik kepada mahasiswa, rakyat tebanyak mahupun negara meskipun ianya datang dari parti yang memerintah atau yang berkuasa.

Saya merasa cukup bangga jika dapat mempertahankan idealisme perjuangan mahasiswa yang tidak langsung rela diperalatkan, diperkudakan apalagi diliwat oleh politik murahan ahli-ahli politik diluar kampus.

Sama seperti Tun Faisal, kesungguhan saya menjunjung idealisme mahasiswa tidak pula menghalang saya dari berhubungan dengan beberapa orang pemimpin politik termasuk menjalani latihan praktikal di Institut Kajian Dasar (IKD) yang pro kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Kesimpulannya, bagi saya, mahasiswa yang menjunjung idealisme adalah mahasiswa yang mengelakkan dirinya dari menjadi alat kepada mana-mana pihak diluar kampus manakala mahasiswa yang membenarkan dirinya diperalatkan seperti Adam Adli dan rakan-rakannya dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) adalah contoh mahasiswa yang tidak bermaruah kerana melacurkan idealisme murni mahasiswa hanya kerana bahu mereka ditepuk beberapa kali oleh pemimpin-pemimpin yang sudah tidak diterima rakyat...

--------------------------------------------------------------------------

Mahasiswa harus waspada ancaman budaya politik luar kampus

Oleh TUN FAISAL ISMAIL AZIZ PENULIS ialah Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Pusat

SAYA masih ingat kira-kira seminggu selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan pada 15 September tahun ini, saya bersama beberapa rakan turun padang ke sebuah kampus di Pantai Timur untuk berdialog dengan mahasiswa.

Dalam program itu, saya ajukan pertanyaan adakah mereka mengikuti, membaca atau meneliti pembentangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pemansuhan akta itu. Jawapan beberapa orang mahasiswa adalah tidak.

Saya bertanya lagi, adakah sesiapa 'browse' kenyataan itu di Internet, jawabnya tidak juga. Dan saya bertanyakan lagi, adakah sesiapa yang membaca akhbar keesokannya mengenai apa perancangan kerajaan ekoran pemansuhan itu. Semua mendiamkan diri.

Itu antara secebis pengalaman saya mengenai gambaran tentang bagaimana mahasiswa institut pengajian tinggi membentuk persepsi terhadap perubahan dasar yang dilakukan kerajaan. Ia mungkin bukan rumusan menyeluruh tentang sikap mahasiswa universiti keseluruhannya, namun ia adalah pola yang membimbangkan.

Kebanyakan mereka mendapat maklumat sekadar melalui bersembang di laman sosial facebook dan twitter. Dikhuatiri tanpa maklumat dan fakta tepat, pemikiran mahasiswa akan mudah dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab, terutama parti politik luar.

Budaya politik daripada luar kampus hakikatnya mengancam institusi kampus jika mahasiswa tidak berwaspada. Apatah lagi dengan keputusan kerajaan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan mahasiswa pusat pengajian tinggi menyertai parti politik.

Maka dalam soal ini, tahap kewaspadaan perlu dipertingkatkan dalam diri agar mahasiswa tidak kecundang dalam persaingan akademik dan kebolehpasaran, selain mengungguli aspirasi tulen dan bukan aspirasi yang disuapkan kepada mereka.

Dalam hal ini, saya ingin menarik perhatian apabila sekumpulan anak muda menurunkan bendera Perdana Menteri di PWTC tempoh hari. Adakah itu nilai mahasiswa dalam berpolitik. Jika menurunkan bendera itu dianggap perlakuan yang maha hebat, maka tafsiran itu silap dan sempit kerana seorang pemimpin yang hebat, hebat kerana sikapnya yang bertanggungjawab, ada pemikiran sivil, bisa berunding dan bukannya bertindak ala samseng. Kalau tidak mampu untuk mengawal diri dan kumpulan, itu bukan suatu budaya politik baru sebaliknya hanya budaya politik usang dan jalanan.

Sebagai seorang yang pernah menjadi pemimpin mahasiswa di Universiti Sains Malaysia (USM) sekitar 1991 hingga 1996, saya dan rakan-rakan tidak pernah menganggap Seksyen 15 AUKU sebagai halangan. Malah bagi kami, bagus juga ada peruntukan ini agar mahasiswa dapat dipastikan bebas, tidak partisan dan benar-benar membawa aspirasi yang tulen.

Paling tidak dikehendaki menerusi pindaan AUKU nanti adalah jika mahasiswa membawa masuk kebejatan budaya politik luar ke dalam kampus sedangkan masyarakat mengharapkan agar mahasiswa menjadi pencetus kepada budaya politik baru.

Apabila mahasiswa menjadi kader parti-parti politik tertentu, dibimbangi mereka akan membawa acuan politik luar. Janganlah membawa aspirasi politik seperti mana seorang calon MPP yang diberitakan diculik, sedangkan itu taktik politik luaran yang disuapkan bagi menarik simpati demi memenangi kerusi di kampus.

Sepatutnya mahasiswa berjiwa besar dengan melontarkan politik merit dan bukannya politik 'copycat'. Politik merit ini berkisar misalnya memberi justifikasi kenapa 'saya patut menjadi pemimpin dan suara kepada mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mewakili lebih 170,000 mahasiswa', memperincikan apa yang hendak ditawarkan dan rasionalnya penawaran itu.

Cuba kita kembali ke 'demonstrasi aman' kumpulan mahasiswa propembangkang di PWTC berkenaan yang kononnya 'berjaya' menurunkan bendera Perdana Menteri. Cuba kita mencari-cari di manakah mahasiswa berbangsa Cina atau India dalam foto berkenaan. Saya mungkin silap, tetapi tidak kelihatan mahasiswa berbangsa lain selain Melayu berarak, berdemo menuju ke PWTC kononnya mahu menuntut kebebasan mahasiswa.

Saya mencari-cari jawapan tersebut, lalu saya menghubungi beberapa mahasiswa yang saya kenali. Jawapan mereka senada iaitu kerajaan tidak pernah menyekat mana-mana mahasiswa untuk bersuara, tetapi perlulah melalui landasan yang betul bukan di jalan raya. Saya juga bertanyakan kenapa tiada mahasiswa berbangsa lain selain Melayu. Adakah mahasiswa berbangsa lain sibuk menelaah manakala mahasiswa berbangsa Melayu sibuk berpolitik walhal dari segi CGPA mereka hanya cukup-cukup makan?

Jawapannya memang benar, bangsa lain sibuk bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan keputusan yang baik kerana mereka sedar keputusan cemerlang mampu menempatkan diri mereka di kedudukan terbaik bila mereka menghabiskan pelajaran kelak. Lihat saja keputusan peperiksaan mahasiswa Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang hanya mempunyai enrolmen 18,279 mahasiswa dengan mengeluarkan 6,834 graduan setahun dan yang mendapat kelas pertama antara Januari hingga Julai 2010 adalah 217 orang.

Bandingkan dengan UiTM yang mempunyai enrolmen 139,634 mahasiswa, mengeluarkan 35,038 graduan setahun dan hanya 381 graduan mendapat ijazah kelas pertama. Begitu juga dengan USM bertaraf APEX yang mempunyai 27,372 pendaftaran dengan mengeluarkan 7,261 graduan setahun tetapi hanya 97 mendapat kelas pertama. Ini belum lagi kita memperincikan tentang kebolehpasaran mereka.

Pemimpin mahasiswa yang hebat tidak dilahirkan hanya dengan membenarkan mereka menyertai parti politik. Pemimpin yang diperlukan bukan pula hanya untuk bidang politik, tetapi dalam pelbagai bidang yang lain termasuk bidang professional. Mempunyai kesedaran politik, berpolitik dan menyertai parti politik adalah tiga perkara yang berbeza.

Jangan disempitkan skop politik kepada hanya mengenai berpolitik dan menyertai parti politik. Jika hendak ada kemahiran berpolitik, tidak perlu menyertai parti politik. Di dalam pejabat pun kita berpolitik, di kalangan adik-beradik pun ada politiknya. Demikian juga di dalam NGO, ada politiknya.

Jika mahasiswa benar-benar mahu menyumbang kepada negara, mereka perlu jadi lebih bijak dan kreatif. Mahasiswa perlu lebih matang dari segi artikulasi dan substance. Mahasiswa tidak wajar sama sekali meniru kebejatan cara berpolitik ahli-ahli politik di luar kerana mereka adalah ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna yang murni.

Mereka perlu menghidupkan politik baru dan berpolitik secara yang bermaruah. Carilah sebanyak mungkin maklumat sebelum membentuk persepsi dan membuat keputusan. Jangan sampai begitu mudah diperdayakan dan diperalatkan.

Adakah para pemimpin mahasiswa atau mahasiswa sendiri sebelum AUKU dipinda, tidak hebat? Adakah kerana kita tidak masuk politik, kita tidak hebat?

Isnin, 19 Disember 2011

KARPAL SINGH - ANWARIBRAHIM SAIFULBUHARI SORONGTARIK SUKASAMASUKA

AnwarIbrahim - "Rakyat harus menolak PAS kerana ia gagal untuk menjaga kebajikan orang Islam di negara ini. Ketidakjujuran perjuangan PAS terbukti daripada kerjasamanya dengan DAP untuk menafikan masa depan yang lebih cerah bagi orang Melayu".

Ini ucapan AnwarIbrahim sewaktu bersama UMNO. Kini beliau yang tidak jujur kepada bangsanya kerana bersekongkol dengan DAP... Malah mengharapkan Karpal Singh untuk membela masa depannya dalam isu liwat Saiful Buhari...

Apa kata Karpal Singh? "AnwarIbrahim & Saiful Buhari main sorong tarik secara suka sama suka".

Bermakna aktiviti sorong tarik memang berlaku dan ini disahkan dengan kewujudan sperma AnwarIbrahim dalam dubur Saiful Buhari.

Kesimpulan Karpal Singh juga membawa arti bahawa AnwarIbrahim memang pengamal homoseksual.

Karpal Singh mungkin tidak perasan bahawa kesimpulannya ketika menggulung pembelaan memberi kesan yang besar serta merosakbinasakan imej warak AnwarIbrahim yang telah ditonjolkannya selama selama ini.

Atau mungkin juga Karpal tidak perasankan kesimpulannya itu bakal memberi kesan buruk terhadap imej 'alim dan warak' AnwarIbrahim kerana mungkin.... Mungkin juga... Bagi Karpal Singh... Homoseksual adalah perkara biasa... Kicik-kicik lembu jaga, sudah besar masuk askar, askar pencen bank jaga, satu senapang puluru dua...

SIAPA SEBENARNYA YANG KUFUR? UMNO, PAS ATAU NIK AZIZ?

YAHAYA ISMAIL Bukit Tunku, Kuala Lumpur

LAGI sekali Nik Aziz membuat kenyataan yang melukai hati umat Islam. Dalam menangani isu 'Ustaz Budak' yang menyamakan dia dengan nabi, Nik Aziz mengambil kesempatan untuk menyerang pihak yang tidak menerima Islam sebagai kufur, katanya.

Semua orang tahu dia menghina UMNO dan menganggap UMNO tidak 'Islamik' menurut tafsiran ilmu politik yang bersemayam dalam serbannya.

Tanya kepada Nik Aziz sejak 21 tahun jadi Menteri Besar Kelantan, apakah sumbangannya yang maha besar untuk memakmurkan Islam? Apakah dengan gelaran 'Serambi Mekah' maka dia sudah menjelmakan ciri-ciri 'Islamik' dalam pentadbirannya?

Apakah dia tidak tahu bahawa Malaysia memperkenalkan perbankan Islam hingga menjadi sumber ilham kepada negara-negara Arab untuk menubuhkan bank Islam?

Tahukah Nik Aziz bahawa pakar-pakar perbankan Islam dari Malaysia menjadi pakar runding kepada beberapa bank terkemuka di negara-negara Timur Tengah?

Kini banyak bank-bank asing sudah memperkenalkan perbankan Islam sesuai dengan kehendak zaman. Siapakah yang merintis jalan? Bukan Pas tentunya.

Tabung Haji siapa yang mengasaskannya? Pas atau kerajaan UMNO/BN?

Tahukah Nik Aziz pelbagai negara Islam dalam OIC menjadikan Tabung Haji sebagai contoh mereka untuk menguruskan jemaah haji? Bukankah ini suatu usaha yang baik bagi umat Islam untuk menunaikan rukun kelima?

Rancangan Felda yang dilaksanakan oleh Tun Razak bagi memperkukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu/Bumiputera itu tidak 'Islamik'?

Bukankah ini suatu projek ekonomi gergasi yang mana para penyokong Pas juga mendapat faedahnya sekarang? Bukankah ini kebajikan yang diberikan UMNO untuk membahagiakan orang Melayu? Tanya pada Nik Aziz mengapakah Kohilal, tajaan Pas, gagal?

Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini merupakan sebuah institusi gergasi yang diwujudkan kerajaan UMNO/BN untuk mengumpul dana dari orang Melayu/Bumiputera.

Bukankah ini usaha suci kerajaan sekarang untuk memakmurkan rakyat, khasnya orang Melayu?

Parti politik manakah yang memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia seperti mana yang dikeramatkan dalam perlembagaan?

Bukan Pas tentunya. Bukan Nik Aziz tentunya.

Siapakah yang banyak mendirikan sekolah-sekolah agama di seluruh negara yang mana anak-anak orang Pas juga turut mendapat faedahnya?

Apakah Pas yang mendirikan Universiti Islam Antarabangsa? Tanya pada Nik Aziz.

Ayat pertama diturunkan Allah ialah IQRA' (Bacalah...) yang bermakna sumber kekuatan manusia ialah ILMU untuk mendapat keredaan Allah di dunia dan akhirat. Inilah yang diperjuangkan kerajaan UMNO/BN dengan perbelanjaan berbilion ringgit setiap tahun untuk memberi peluang pendidikan yang terbaik kepada rakyat. Apakah anak-anak orang Pas dianaktirikan untuk mendapat peluang pendidikan oleh kerajaan UMNO/BN? Tanya pada Nik Aziz sembahyang hajat, doa dan tazkirah semata-mata tidak dapat membantu ummah kalau nawaitunya songsang.

Jangan membohongi sejarah dan jangan celupar mulut mengkufurkan orang lain yang tidak sehaluan dengan pegangan politik dan fahaman agama yang songsang.

Nik Aziz boleh hidup dalam dunia mimpinya bahawa Pas lebih 'Islamik' dari UMNO. Dia boleh menipu sejarah dan menipu dirinya sendiri tetapi rakyat yang celik politik tahu siapa yang lebih 'Islamik' dalam melaksanakan perintah Allah.

Kalau air bersih dan tenaga eletrik pun dia tidak mampu memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, janganlah berselindung di sebalik agama Islam dan mendakwa pentadbirannya lebih 'Islamik' dari kerajaan UMNO/BN.