Ahad, 6 Februari 2011

JIRAT CINA Vs KUBUR MELAYU

Satu kubur Cina sama dengan 10 kubur Melayu.

MB TEGUR RAKYAT BERJUDI (Tapi MCA suka Rakyat Berjudi)

JOHOR BAHARU 3 Feb. - Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman menegur rakyat Johor yang ghairah berjudi di Singapura sejak akhir-akhir ini. Beliau berkata, kerajaan negeri sudah maklum mengenai kelakuan ramai penduduk terutama di Johor Baharu yang sering ke Singapura untuk berjudi.

"Pihak kasino (di Singapura) dilihat menyediakan pengangkutan bas pelancongan percuma sehingga ke bandar-bandar kecil seperti Kluang dan Pekan Nenas bagi mengumpan penduduk untuk datang berjudi di kasino negara itu," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Wisma Persekutuan Tiong Hua Johor Baharu hari ini.

Beliau menasihati rakyat supaya tidak terjerat dengan tabiat berjudi yang boleh meruntuhkan ekonomi dan institusi keluarga.

Isu judi dibangkitkan oleh Presiden Persekutuan Tiong Hua Johor Baharu, Lim Ik Kim yang berucap sebelum Ghani di majlis tersebut.

Beliau menggesa kerajaan negeri supaya mengawal dan memantau penduduk Johor yang pergi ke Singapura untuk berjudi.

"Kami menganggap ini sebagai masalah sosial yang sangat serius kerana sejumlah besar yang terlibat meminjam wang dengan Ah Long untuk menjelaskan hutang judi mereka," kata Lim.

Selain itu, beliau berkata, masyarakat Cina di Johor Baharu dijangka menghadapi kekurangan kawasan jirat dalam tempoh lima tahun lagi berikutan pertambahan penduduk tempatan dan migrasi penduduk dari negeri lain.

Katanya, kebanyakan tanah jirat milik persatuan Tiong Hua yang dibuka sejak 1960-an di daerah Johor Baharu sudah hampir habis digunakan.

"Oleh itu kita berharap agar kerajaan negeri dapat memperuntukkan kawasan tanah seluas 40 hektar bagi tanah perkuburan baru masyarakat Tiong Hua di sini," katanya.

Lim berkata, antara kawasan yang dilihat sesuai untuk tujuan tersebut ialah di Ulu Tiram ataupun di Kulaijaya. - BERNAMA

---------------------

MataHati - Kenapa jirat Cina di Malaysia mengambil saiz kawasan yang besar iaitu satu jirat Cina sama dengan kira-kira 10 kubur bagi orang-orang Islam?

Saya percaya kebiasaan mengambil kawasan yang besar bagi menanam mayat orang Cina di Malaysia bukan merupakan kewajipan tuntutan agama Budha melainkan hanya satu budaya yang tidak salah untuk ditegur oleh sesiapa pun.

Di Singapura sebuah negara yang di tadbir oleh orang berketurunan Cina & beragama Budha, jirat Cina mereka lebih tersusun dan tidak menggunakan kawasan yang besar, sama seperti kubur orang Islam juga. Malah, jirat ini akan digali dan dipindahkan apabila cukup tempohnya dan kawasan yang sama akan digunakan untuk menanam mayat orang lain pula.

Tapi kenapakah penganut Budha atau orang Cina di Malaysia masih mengamalkan budaya yang membazir dari segi penggunaan tanah yang sememangnya semakin terhad sekarang ini.

Orang Melayu sendiri sebagai pribumi di Tanah Melayu ini dikebumikan berhimpit-himpit sedangkan mereka kebiasaannya mengambil separuh dari kawasan bukit di setiap bandar di Malaysia ini hanya untuk digunakan membina jirat-jirat yang besar bagi setiap seorang dari mereka.

Tidakkah mereka malu kepada orang-orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu ini apabila memohon kawasan sehingga 40 hektar hanya untuk membina jirat????

Apa kata anda???

0 ulasan: