KAUM PENDATANG JADI PENENTU SIAPA PEMERINTAH
Keputusan PRK Parlimen Hulu Selangor yg menunjukkan peningkatan sokongan Kaum Cina kepada Pakatan Pembangkang telah membuktikan telahan saya selama ini bahawa idea Anwar Ibrahim 'Si Pengkhianat Bangsa' itu yg telah menggadaikan perjuangan bangsanya demi mencapai cita-cita bangsatnya untuk menjadi Perdana Menteri telah disambut sepenuhnya oleh keturunan kaum pendatang.
Mereka percaya, hanya dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat akan membolehkan mereka meranapkan segala keistimewaan yang sedang dinikmati oleh kaum pribumi selama ini.
Keputusan PRK Hulu Selangor ini juga merupakan AMARAN TERAKHIR kepada orang melayu untuk bersatu bagi mengelakkan agama, bangsa dan negaranya tergadai kepada keturunan kaum pendatang.
Seperkara yang perlu diperhatikan dengan serius juga adalah bahawa parti-parti yang mewakili keturunan kaum pendatang ini seperti MCA & GERAKAN seperti sudah tidak relevan lagi untuk membawa semangat Barisan Nasional & 1Malaysia.
Persoalannya : Masih perlukah segala usaha dan peruntukan dilonggokkan ke halkum keturunan kaum penjajah ini demi mengambil hati dan mendapatkan kembali sokongan mereka tetapi pada masa yang sama kaum pribumi pula yang masih terus setia di belakang Barisan Nasional merasa seperti telah dianaktirikan?
0 ulasan:
Catat Ulasan