"masa depan sungguh kelam kan lenyap pristiwa semalam tertutuplah hati terkunci mati maruah pribadi dah hilang kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa bersatulah hati bersama berbakti pulih kembali harga diri"
~warisan~
"Ignore the people and you will find yourself totally rejected"
"If you join the people who are obviously destroying UMNO, you will be cursed by future generations for your betrayal of their heritage."
"Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah. Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina"
~Tun Dr Mahathir Mohamad~
"Jadilah bangsa yang bijaksana, memegang tali memegang timba, memiliki ekonomi mencipta budaya, menjadi tuan di negara merdeka"
~Datuk Usman Awang~
"Sekarang adalah waktunya kita bersemuka dengan fakta sebenar dan menyatakan kebenaran. Kalau tidak bencana lebih besar boleh menimpa kita."
~Tan Sri Muhyiddin Yassin~
"...kerajaan ini adalah kerajaan yang didukung oleh setiap ahli UMNO dan kepada UMNOlah saya serahkan tanggungjawab kerajaan ini supaya UMNO dapat menentukan apakah corak kerajaan yang hendak ditubuhkan. Kerajaan yang mesti mengikut kehendak dan hasrat UMNO sendiri, yang mesti dari masa ke semasa menjalankan dasar yang ditentukan oleh UMNO…”
"Sayangkan Bangsa Mu - Nescaya Kamu Akan Sentiasa Memberi Yang Terbaik Untuk Bangsa Mu. Pupuklah Semangat Sayangkan Bangsa - Kerana Itulah 'Roh' Kepada Perjuangan UMNO"
~MataHatiJohor~
"Dalam Politik, Kita Tidak Boleh Bertuankan 'Sesiapa'. Tuan Kita Yang Sebenar Adalah Perjuangan Mengangkat Martabat Agama, Bangsa & Tanahair".
~Pesanan Guru~
Apa Kata Anwar Ibrahim Terhadap Pembangkang :
~"Pemimpim DAP, PAS dan Semangat 46 gila kuasa sehingga mereka sanggup memperdayakan rakyat untuk mencapai matlamat Politik mereka. Pemimpin seperti ini yang mudah berbohong, hanya berminat kepada kuasa & tidak mengendahkan kepentingan rakyat & negara."
~“Ia tiga serangkai berkhalwat; perkahwinan untuk keselesaan. Parti-parti ini tidak mempunyai objektif yang sama dan setiap satu mengikut agenda sendiri.” (Apakah bezanya dengan Pakatan Rakyat.)
~"Rakyat harus menolak PAS kerana ia gagal untuk menjaga kebajikan orang Islam di negara ini. Ketidakjujuran perjuangan PAS terbukti daripada kerjasamanya dengan DAP untuk menafikan masa depan yang lebih cerah bagi orang Melayu".
Apakah pandangannya terhadap DAP dan Pas pada amnya?
Dalam mesejnya kepada pengundi pada 1995, Anwar berkata:
~“Parti-parti pembangkangmencetuskan sentimen perkauman untuk mengganggu keharmonian. Pas dan Semangat 46 menimbulkan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu manakala sekutu mereka, DAP dalam usaha memancing undi masyarakat Cina, cuba untuk mencetuskan kebencian terhadap kerajaan dan orang Melayu. Kita tidak sepatutnya membenarkan diri kita diperalatkan oleh parti-parti pembangkang.” (Anwar sedang diperalatkan oleh DAP untuk mencapai matlamat 'Malaysian Malaysia'nya untuk menghapuskan Dasar Keistimewaan Melayu.)
Dan bagaimana pula dengan sekutunya sekarang, Lim Kit Siang dari DAP?
“Kita tidak akan bertolak ansur dengan DAP, yang memainkan sentimen perkauman. Saya memberi amaran kepada Kit Siang agar jangan bermain api kerana orang Melayu tidak bodoh dan kesabaran mereka ada hadnya."
Apa kata Anwar Ibrahim terhadap Kerajaan BN:
~"Rakyat harus menggunakan rekod cemerlang Kerajaan BN untuk mengukur sejauhmana kecekapan Kerajaan BN mentadbir negara. Tidak seperti pembangkang yang suka membuat janji kosong, Negara di bawah BN, dihormati diseluruh dunia. Kita tidak seharusnya menjadi warganegara yang tidak bersyukur seperti PEMBANGKANG".
(Kini Anwar Ibrahim yang sudah menjadi warganegara yang tidak bersyukur itu. Sanggup memperdayakan rakyat demi mencapai matlamat politiknya. Bersahabat dan bersubahat dengan mereka yang pernah dituduhnya sendiri dengan pelbagai label. Sanggup menggadaikan maruah dan keistimewaan Bangsa Melayu demi mengejar kuasa dan pangkat dunia. Hanya satu gelaran yang sesuai untuknya : PENGKHIANAT BANGSA.)
0 ulasan:
Catat Ulasan