Selasa, 22 Disember 2009

MP YANG PONTENG ITU





: Senarai MP BN dan Pakatan yang tidak hadir pada hari pengundian meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember 2009...

MENTERI
Tambun – Husni Hanadzlah
Tasik Gelugor – Nor M Yackop
Penampang – Bernard Dompok
Sembrong – Hishamuddin
Bagan Datok – Zahid Hamidi
Semporna – Shafie Apdal
Marudu – Maximus Ongkili
Betongi – Douglas Uggah
Pasir Gudang – Khaled Nordin
Jelebu - Dr Rais Yatim
Jeli – Mustapa Mohamed
Lumut – Kong Cho Ha
Kemaman – Shabery Cheek
Tampin – Shaziman Mansor
Tg Karang – Noh Omar
Segamat – S Subramaniam
Raub - Ng Yen Yen
Kimanis - Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI
Baram - Jacob Dungau
Bt Pahat – Puad Zarkashi
Beaufort – Lajim Ukim
Cam Highland – Devamany
Jerlun - Mukhriz Mahathir
Kampar – Lee Chee Leong
Kluang - Hou Kok Chung
Larut – Hamzah Zainuddin
Muar - Razali Ibrahim
Papar – Rosnah Shirlin
Pontian – Ahmad Maslan
Sg Besar - Noriah Kasnon

[MP BUKAN DALAM KABINET]

Alor Gajah - Fong Chan Onn
Bintulu - Tiong King Sing
Bukit Katil - Md Sirat
Bt Sapai - Edmund Chong
Batang Sadong - Nancy Shukri
K Batas – Abdullah Badawi
K Kangsar – Rafidah Aziz
Kalabakan – Ghapur Salleh
Kangar – Radzi Sh Ahmad
Keningau – Joseph Pairin
Kinabatangan – Bung Mokhtar

K Tinggi – Syed Hamid Albar
Kulai – Ong Ka Ting
Lanang - Tiong Thai King
Lawas – Henry Sum Agong
Libaran – Juslie Ajirol
Mamboing – James Dawos
Mas Gading – Tiki anak Lafe
Mukah – Leo Michael Toyad
Pasir Salak – Tajuddin Ramli
Tebrau – Teng Boon Soon
Tg Batu – Idris Haron
Tg Malim – Ong Ka Chuan
Tg Manis - Norah Rahman
Tuaran – Mujilip Bumburing
Rembau – Khairy Jamaludin
Rompin – Jamaluddin Jarjis
Seria – Richard Riot
Sibuti – Ahmad Lai Bujang
Setiawangsa – Zulhasnan
Padang Besar – Azmi Khalid
Pengerang – Azalina Othman
Pulai –Nur Jazlan
Putatan – Makcus Mojigoh
Putrajaya – Tengku Adnan
Gelang Patah – Tan Ah Eng
Gua Musang – Razaleigh Hamzah
Hulu Rajang - Billy Abit
Igan – Abd Wahab
Jerantut – Tengku Azlan

PAS
P008 Pokok Sena - PAS - Mahfuz Omar
P016 Baling - PAS - Taib Azamudden Md Taib
P057 Parit Buntar - PAS - Mujahid Yusof Rawa
P101 Hulu Langat - PAS - Che Rosli Che Mat
P022 Pasir Mas - PAS - Ibrahim Ali

PKR
P052 Bayan Baru - PKR - Zahrain Mohamed Hashim
P058 Bagan Serai - PKR - Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor -PKR - Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak - PKR - Mohamed Azmin Ali
P109 Kapar - PKR - Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam - PKR - Nurul Izzah Anwar
P124 Bandar Tun Razak - PKR - Abd Khalid Ibrahim

DAP
P043 Bagan - DAP - Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan - DAP - P. Ramasamy
P049 Tanjong - DAP - Chow Kon Yeow
P050 Jelutong - DAP - Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor - DAP - Karpal Singh
P103 Puchong - DAP - Gobind Singh Deo *
P122 Seputeh - DAP - Teresa Kok Suh Sim

SAPP
P171 Sepanggar - SAPP - Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau - SAPP - Chua Soon Bui

Sabtu, 19 Disember 2009

AZALINA SALAH SEORANG AHLI PARLIMEN YANG PONTENG


MataHati~ Ketika sedang menyuap nasi dengan berlaukkan asam pedas ikan parang di Kampung Sungai Buntu, Pengerang, Johor pada 16hb. Disember 2009 yang lalu, tiba-tiba penulis mendapat sms yang berbunyi "Datuk Azalina, Ahli Parlimen P157 Pengerang adalah salah seorang Ahli Parlimen BN yang hampir menyebabkan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) tumbang dan dibubarkan apabila BN hanya menang 3 undi berbanding Pakatan Rakyat (PR) ketika Dewan Rakyat ingin meluluskan Bajet 2010 hari ini. Jika Bajet 2010 gagal diluluskan, kerajaan sediada perlu dibubarkan."

Menurut sms itu lagi, "Datuk Azalina ketika ini sedang honeymoon & 'melencong' bersama 'isteri', Prof. Madya Dr. Saidatul Akmar Zainal Abidin."

Benarkah cerita ini? 'Isteri'???. Sebelum ini seorang Timbalan Menteri pernah memberitahu penulis bahawa Datuk Seri Azalina seperti malu-malu kucing untuk menghadiri Sidang Dewan Rakyat selepas tidak terpilih semula sebagai Menteri Kabinet. Dan sejak Datuk Seri Azalina malu-malu kucing itu juga, di Pengerang sudah ramai yang mula 'pasang badan' untuk menggantikan bekas menteri itu sebagai Ahli Parlimen P157 Pengerang.

Penulis juga mendapat maklumat lain berkaitan Demonstrasi Pemuda UMNO Bahagian Pengerang tempohari berkaitan dengan aktiviti transit rakyat Singapura di sebuah jeti di Pengerang untuk berjudi di Kapal Perjudian Antarabangsa. Katanya Demonstrasi itu ditaja oleh sebuah syarikat yang mempunyai hasrat untuk dilantik bagi menguruskan jeti tersebut dan mengetepikan pengurusan sekarang. Inilah Pemuda Perkasa UMNO Bahagian Pengerang?.

Demonstrasi ini telah mendapat liputan dari media termasuk TV3. Selain komen dari Sdra. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang, komen dari Sdra. Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang yang begitu bersungguh-sungguh mahu kegiatan yang melibatkan perjudian itu segera dibanteras juga turut disiarkan.

Namun dari maklumat yang saya terima, Sdra. Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang sendiri baru sahaja selesai kes yang melibatkan perjudian di tempat kerjanya di Sebana Golf & Country Resort. Kes ini hampir-hampir menyebabkan Sdra. Naib Ketua Pemuda ini hilang pekerjaannya. Nasibnya agak baik kerana beberapa kad (daun terup) telah berjaya dighaibkan dan bahan bukti tersebut telah menjadi tidak sah.



Perlu Sistem Selaras Pantau Jumlah Ahli Parlimen BN

KUALA LUMPUR: Satu sistem penyelarasan perlu diwujudkan untuk memantau bilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) semasa Dewan Rakyat bersidang agar insiden kemenangan majoriti tipis ketika meluluskan Bajet tahun 2010 pada 14 Disember lalu tidak berulang.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, anggota Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) boleh memainkan peranan mereka dalam sisteM penyelarasan itu dengan memastikan bilangan Ahli Parlimen BN sentiasa mencukupi berbanding anggota Parlimen pembangkang pada sebelah pagi, tengah hari dan petang.

"Ahli Parlimen BN perlu memberi perhatian serius terhadap kehadiran mereka dalam Dewan Rakyat kerana pada bila-bila masa mungkin akan timbul usul tergempar yang tidak dapat ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) anjuran Biro Pembangunan PKS dan Biro Sumber Manusia dan Latihan Parti Gerakan Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Koh berkata, sekiranya sistem penyelarasan itu diwujudkan, maka Ahli Parlimen BN dapat memberitahu kepada anggota BNBBC, seterusnya BNBBC akan melakukan pengiraan dan memastikan jumlah anggota BN melebihi Ahli Parlimen pembangkang. - BERNAMA

Selasa, 8 Disember 2009

KURANG AJAR - MASANYA TIBA UNTUK NAZRI AZIZ LEPASKAN JAWATAN 'MENTERI JAGA PARLIMEN'

MataHati~ anda bacalah sendiri. Dan anda akan terasa sesuatu yang panas secara tiba-tiba singgah di hati anda. Saya tak dapat nak mengungkapkan rasa panas yang sedang membara dihati saya ketika ini. Hanya yang saya boleh katakan "Nazri memang kurang ajar". Seperti Zaib Ibrahim, dia juga kecundang dengan provokasi dan permainan politik pembangkang dan sudah tiba masanya untuk Nazri meletakkan jawatan 'Menteri Jaga Parlimen' agar karier politiknya berakhir secara lebih bermaruah... lebih bermaruah dari Zaid Ibrahim dan Pak Lah. Jika tidak, bolehlah semua yang tahu mulakan bercerita kisah-kisah Teksi Kuning dan Apoo... India yang Gemuk itu... agar mulut Nazri boleh disopankan ketika bercakap dengan orang yang lebih tua dan banyak berjasa kepada negara.

Nazri calls Dr M a racist for defending BTN
UPDATE 1

By Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Dec 7 — Datuk Seri Nazri Aziz has called Tun Dr Mahathir Mohamad a “bloody racist” for defending the Biro Tata Negara (BTN) courses, and reasserted the Cabinet’s earlier decision to overhaul the programme.

Nazri pointed out to reporters in Parliament today that patriotism was not meant only for the Malays but for all Malaysians.

“You must be a Malaysian whether you’re a minister or not. You must walk your talk. Don’t just because when you were PM, you wanted everyone to support you, you’re Malaysian and the moment you’re no longer PM, that’s it, only talk about the Malays so I cannot accept his comment. When you read his blog it is bloody racist.


“I strongly feel the BTN courses must be in line with the 1 Malaysia slogan by the PM,” he said.

Dr Mahathir had said yesterday that there was no need to revamp BTN’s training modules in the current form and that it was suitable for instilling the patriotic spirit among Malaysians.

Nazri also slammed Umno’s Utusan Malaysia newspaper today, saying its “denial syndrome is making me laugh.” The minister in the prime minister’s department repeated his stand that “everybody knows what the BTN is,” so there was nothing to hide.

“I just want them to know, they should not go on a denial syndrome because their syllabus is known to everybody. Don’t think that people outside do not know about the syllabus based on patriotism for Malays. I just want to remind them that among those in the opposition, Hasan Ali was a former deputy director of BTN and Sungai Petani MP Johari Abdul was a BTN former director and Anwar Ibrahim’s father in law was involved with the BTN.

“They all know what the syllabus is all about so who are we to say that it did not happen? You want to lie? You make people laugh. I mean there are people who attended the courses who came out very angry. There were many instances of the use of words like Ketuanan Melayu (Malay supremacy). It is ridiculous so I want them to tell me where did I go wrong in supporting the revamping of the BTN syllabus. Tell me where I went wrong?” he asked.

Nazri stressed that BTN was funded by public money and that the funds should be spent properly for the betterment of all communities. (bermakna selama Kerajaan yang dia menjadi salah seorang Menterinya tidak membelanjakan dana awam dengan cara yang betul) (Kenapa dia perlu membodek DS Najib sehingga begini teruk? Adakah dia sudah mendapat berita akan digugurkan dari kabinet tidak lama lagi???)

“The BTN’s allocation is mentioned in the PM’s department’s budget. So it’s public money. So if it’s public money then we need to ensure that it is spent properly, not to have courses only to concentrate on one community in the country.

“You talk about patriotism, love for the country. Patriotism is for all Malaysians regardless of race. Therefore, the money spent on BTN to have courses must reflect the 1Malaysia slogan by the PM. It should not only be to raise patriotism among the Malays. Malaysia is for all races so I disagree with any syllabus which only concentrates on patriotism just on one community, I disagree. If they have a problem with that, I want to know what is their problem,” he said.

Nazri questioned if Utusan Malaysia, which has been at the forefront of defending BTN courses, believes that Malaysia belongs only to the Malay community.

“Do they want to say that Malaysia belongs only to the Malays and the government is only a Malay government? Should only the Malays be given the spirit of patriotism? Other races are not patriotic about their country? So I want them to point out to me where is it that I’ve gone wrong If I disagree with the past syllabus,” he added.

Nazri also denied the claim made by Utusan that it was only him who wanted BTN to be revamped and not the Cabinet.

“The moment PM took over, when he introduced the 1 Malaysia slogan. It was soon after that because courses run by BTN using public funds must be used properly and it amounts to millions so if you want to talk about patriotism, patriotism for all, not just the Malays, for all Malaysians. It’s not because of the Selangor state government that we changed the syllabus so it’s long before that,” he said.

Nazri also questioned Utusan for deceiving Malaysians on BTN.

“You tell me, can I lie? I can’t. They must use their head lah. If they want to deny and all that. If the other side they do not know, it’s different but all these people were involved with BTN before. They were facilitators and directors so they know what’s going on.

“Come on lah, please, this is not 1961 or the 1970s. Information is freely available. I want them to get out of the denial syndrome, admit it and that’s in line with the PM’s slogan so why shouldn’t we change?” he asked.

The PR-led Selangor government recently imposed a ban on its civil servants and students within its state-run educational institutions from attending BTN courses, while Penang — another PR- governed state — is said to be considering similar action.

But the hawks in Umno, through Malay-based dailies like Berita Harian and Utusan Malaysia, have moved to defend BTN and attacked its critics as “traitors” who are trying to politicise the issue.

Utusan yesterday urged the government not to “bow down” to the opposition on BTN and said that it was Nazri who wanted the programme to be revamped even though the move was decided by the Cabinet.


Kenapa perlu tunduk? — Awang Selamat

DEC 6 — Keputusan kerajaan negeri Selangor dan diikuti Pulau Pinang melarang kakitangan awam dan pelajar pusat pengajian negeri berkenaan menghadiri kursus Biro Tata Negara (BTN) nampaknya sedikit sebanyak memberi kesan.

Gesaan pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang agar BTN ditutup seakan memaksa kerajaan terperangkap dengan rentak pembangkang.

Pada mulanya kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menggemparkan kerana banyak perkara di luar bidang kuasa kerajaan negeri. Lagipun tiada apa yang salah dengan kursus BTN yang berorientasikan kenegaraan. Sesiapa yang menghadiri kursus itu tidak pernah keluar menjadi militan atau ektremis kaum sebaliknya meningkatkan lagi kesedaran terhadap cintakan negara. Awang percaya Khalid lebih mahu menguji pemikiran politik pemimpin Barisan Nasional (BN).

Tiba-tiba keluar seruan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Aziz agar kurikulum BTN perlu dirombak bagi disesuaikan dengan gagasan 1 Malaysia. Awang adalah peminat Nazri. Beliau seorang menteri yang disegani kerana kewibawaannya. Tetapi dalam isu ini Awang berbeza pandangan dengan beliau.

Jika Nazri menyatakan kurikulum BTN perlu melalui sedikit pengubahsuaian, Awang setuju tetapi bukan dirombak. Ini kerana kurikulum BTN sememangnya berteraskan Perlembagaan. Apakah kita tidak yakin dengan semangat perlembagaan yang ada? Kenyataan tersebut juga menampakkan seolah-olah kurikulum BTN yang sentiasa ditambah baik, tidak relevan sedangkan pemimpin pembangkang yang pernah berada dalam kerajaan mengakui manfaatnya kepada kepentingan nasional. Sesungguhnya Awang juga pendokong gagasan 1 Malaysia dan akomadatif kepada pembaharuan untuk kebaikan semua kaum tetapi janganlah kita terlalu ghairah sehingga roh dan jiwa Perlembagaan kita mahu diketepikan.

Pada Awang yang penting semua pihak perlu mempertahankan BTN sambil memperluaskan lagi penyertaan semua kaum bagi mengikuti kursus-kursusnya. Awang percaya jika lebih ramai orang bukan Melayu mengikuti kursus BTN sedia ada, mereka akan lebih memahami keperluan mempertahankan asas perlembagaan dalam erti kata sebenar.

Tetapi janganlah hanya kerana pemimpin pembangkang melakukan provokasi, kita melatah dan mengikut begitu sahaja. Sepatutnya kita semua memberikan sekalung tahniah atas sumbangan semua petugas BTN yang selama ini banyak melonjakkan patriotisme dan cintakan negara biarpun pada ketika krisis tertentu, masyarakat meragui golongan politikus. — Mingguan Malaysia

Khamis, 3 Disember 2009

UCAPAN PERBAHASAN BAJET NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM 2010

Oleh : YB. Hj Rasman Bin Hj Ithnain
ADUN KAWASAN SEDILI


1. BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

2. Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kita berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kita dan keburukan amalan-amalan kita, barangsiapa yang Allah tunjuki maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barang siapa yang Allah sesatkan maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah.

3. YB Datuk Speaker, bersyukur kita kepada Allah swt, kerana dengan izinnya
dapatlah Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh
YAB Datuk Hj Abdul Ghani Othman, membentangkan Bajet bagi tahun 2010 pada hari Khamis yang lalu. Alhamdulillah, walaupun terpaksa berhadapan dengan kemuraman ekonomi dunia, Bajet 2010 Negeri Johor masih lagi berupaya meneruskan pendekatan holistik dengan empat strategi utama yang sesungguhnya amat selari dengan konsep 1 Malaysia - “Rakyat Didahulukan – Pencapaian Diutamakan”. Bajet 2010 yang bertemakan “Bersatu Tenaga Sejahtera Bersama” ini juga merupakan pelengkap kepada Bajet 2010 “1 Malaysia, Kemakmuran Bersama” yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri di Dewan Rakyat kira-kira sebulan yang lalu. Kedua-dua Bajet 2010 ini, samada Bajet Kerajaan Persekutuan mahupun Bajet Kerajaan Negeri Johor, sesungguhnya telah meletakkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta keberkesanan jentera perlaksanaan kerajaan bagi mencapai matlamat 'Bidang Keberhasilan Utama Negara' (NKRA) sebagai keutamaan di dalam merancang setiap program yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun hadapan. Bajet 2010 ini sekali lagi telah membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah membelakangkan rakyat sebaliknya Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang peka akan kegelisahan dan keperitan, juga hasrat dan harapan rakyat.

4. YB Datuk Speaker, Bajet 2010 Negeri Johor adalah jauh berbeza dengan Bajet
'Selimut Pendek – tutup bawah nampak atas, tutup atas nampak bawah' seperti yang telah dibentangkan oleh sebuah Kerajaan Negeri yang kononnya 'Negeri Berkebajikan', dengan defisit lebih dari RM30 juta. Bajet Negeri Johor juga adalah bajet defisit. Walaupun Bajet 2010 ini masih merupakan Bajet Defisit, namun jumlah defisit ini adalah kecil dan telah pun berjaya dikurangkan berbanding Bajet tahun 2009 iaitu hanya sebanyak RM1.5 juta sahaja. Adalah sesuatu yang wajar, di dalam keadaan ekonomi yang menguncup, kerajaan harus memberikan suntikan tambahan bagi merangsang semula ekonomi agar ekonomi mendapatkan momentumnya untuk terus bergerak dan berkembang. Walau bagaimana pun, dari Bajet 2010 yang telah dibentangkan ini, jelas
menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa mengamalkan dasar yang lebih berhemat dan mengutamakan nilai kewangan (value for money) khususnya mulai tahun 2010 dengan menerapkan Kaedah Bajet berdasarkan 'outcome'. Ini menunjukkan bahawa kerajaan begitu komited untuk menyusun semula program, proses dan jentera pentadbiran Kerajaan agar lebih cekap dan berkesan serta memenuhi keperluan dan harapan rakyat walaupun dengan sumber yang terhad.

5. YB Datuk Speaker, Namun begitu, usaha penjimatan kerajaan ini tentunya tidak akan berhasil sekiranya ianya tidak disambut dan dilaksanakan oleh penjawat-penjawat awam. Para penjawat awam sebagai pelaksana kepada dasar dan program-program kerajaan haruslah dapat memahami kekangan sumber kewangan yang sedang dihadapi oleh Kerajaan dalam menghadapi keadaan ekonomi yang suram ketika ini. Pada ketika yang mencabar inilah penjawat awam seharusnya dapat membuktikan kesetiaan dan keikhlasan mereka dalam berbakti kepada rakyat dan Negeri Johor dengan sama-sama 'Bersatu Tenaga' membantu kerajaan dalam menjimatkan perbelanjaan dan pada masa yang sama juga tetap komited untuk meningkatkan kecekapan untuk 'Kesejahteraan Bersama'. 'Bersatu Tenaga – Kesejahteraan Bersama' seperti yang menjadi tema Bajet 2010 Negeri Johor pada kali ini.

6. YB Datuk Speaker, saya juga tidak lupa untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri khasnya YAB Dato' Menteri Besar kerana walaupun dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang menguncup sepanjang tahun 2009 ini, Negeri Johor telah berjaya mendapatkan pelaburan yang kedua tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak RM2.6 bilion dan yang lebih membanggakan kita, jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak RM45 juta berbanding tahun sebelumnya. Malah, lebih separuh dari jumlah pelaburan ini
adalah merupakan pelaburan terus asing (FDI) sekaligus menjadikan Johor sebagai penerima kedua tertinggi pelaburan asing di Malaysia selepas Sarawak, bukan selepas Selangor, atau Pulau Pinang, jauh sekali Kedah mahupun Kelantan.


7. YB Datuk Speaker, inilah bukti bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang bijak dan berhemah didalam menguruskan ekonomi, lebih-lebih lagi Kerajaan Barisan Nasional Negeri Johor adalah dipimpin oleh YAB Dato' Haji Abdul Ghani Othman, seorang pakar ekonomi yang pernah mengajar ekonomi di Universiti Malaya. Kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengambil pakar yang benar-benar pakar dalam merangka dan menguruskan ekonomi, tidak seperti di sebuah negeri di bawah pentadbiran kerajaan lain yang telah mengambil bekas Menteri Kewangan yang telah pernah memusnahkan ekonomi negara suatu ketika dahulu. Mungkin kerana dipaksa dan Kerajaan Negeri tersebut sebenarnya tahu bahawa orang ini tidak layak menjadi penasihat ekonomi, maka gaji yang sanggup dibayar oleh Kerajaan Negeri tersebut untuk khidmat nasihat sebagai Penasihat Ekonomi hanya RM1 (satu ringgit sahaja). Seperti kata YAB Tun Dr. Mahathir, “ Jika kita bayar satu ringgit, maka nilai atau nasihat yang kita dapat juga berkualiti satu ringgit”. Dengan jumlah gaji yang semurah RM1 ini, saya ingin mencadangkan agar rakan-rakan mereka di Dewan Yang Mulia ini, turut mengusulkan kepada kepimpinan mereka supaya semua negeri di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang melantik Bekas Menteri Kewangan ini sebagai Penasihat Ekonomi. Cuma saya ingin memetik sekali lagi kata-kata YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, “Sekiranya ingin melihat kerajaan Negeri Selangor bankrup, perlantikannya sebagai Penasihat Ekonomi memang sangat sesuai”.

8. YB Datuk Speaker, Keputusan peperiksaan UPSR yang telah diumumkan minggu lalu telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan bagi Negeri Johor. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada warga pendidikan khasnya para guru yang sentiasa berdedikasi dan bermotivasi tinggi di dalam mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang berilmu dan berguna kepada negara,pada masa depan, insyaAllah. Rakyat Negeri Johor seharusnya merasa berbangga kerana seperti yang telah
diumumkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Johor, bahawa “jika dinilai daripada prestasi mata pelajaran, hampir keseluruhan peratusan penguasaan pelajar Negeri Johor adalah mengatasi pencapaian peringkat nasional”. Ini sesungguhnya membuktikan bahawa program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Bajet yang lepas seperti Tuisyen Kampung telah pun mula menunjukkan kejayaannya.

9. YB Datuk Speaker, saya percaya dengan beberapa program dan usaha baru pihak kerajaan seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2010, yang antaranya penambahan kelas Pra Sekolah dan Tadika Agama Johor serta usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti tenaga pengajar termasuk meningkatkan elaun guru Tadika Agama Johor (TAJ) dan guru-guru KAFA, Negeri Johor telah berada dilandasan yang tepat dalam usaha murni untuk membentuk masyarakat berilmu yang sesungguhnya begitu kritikal dan menjadi asas pembangunan modal insan yang inovatif, kreatif dan mempunyai kemahiran untuk menerajui abad ke 21.

10.Kenaikkan elaun guru TAJ dan KAFA ini sememangnya membawa implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri. Namun begitu, 'Bayar RM1 kita akan dapat perkhidmatan yang bernilai juga RM1. Saya percaya, dengan peningkatan elaun ini akan meningkatkan lagi motivasi dan komitmen guru-guru ini dan yang lebih penting lagi para pelajar tentunya akan pula mendapat tenaga pengajar yang lebih berkualiti juga seperti yang menjadi hasrat Bajet 2010 Kerajaan Negeri Johor. Namun begitu, sebagai tambahan dan untuk memotivasikan lagi para pelajar kita, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk memberikan bantuan sebanyak RM500 kepada semua pelajar dari negeri Johor yang berjaya mendaftar kursus peringkat ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Cadangan ini selain untuk memotivasikan pelajar, ia juga adalah bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh ibubapa dalam keadaan kos sara hidup yang telah meningkat kesan kenaikan harga minyak
pada tahun lalu.

11.YB Datuk Speaker, Negeri Johor amat beruntung kerana dua dari koridor ekonomi baru yang diwujudkan oleh kerajaan pusat telah melibatkan Negeri Johor iaitu Iskandar Malaysia dan Wilayah Pembangunan Pantai Timur yang melibatkan daerah Mersing. Tanpa menafikan bahawa tumpuan pembangunan Negeri Johor pada ketika ini adalah kepada kedua-dua Wilayah Pembangunan Ekonomi tersebut, dan khususnya Iskandar Malaysia, daerah-daerah yang tidak termasuk didalam wilayah ekonomi ini tidak seharusnya dipinggirkan dari mendapat peluang-peluang pembangunan yang baru. Bagi daerah-daerah yang berdekatan dengan wilayah pembangunan ekonomi ini, sewajarnya kerajaan juga harus mula membuat perancangan sebagai persediaan untuk melimpahkan
kemakmuran yang di jana dan terhasil dari wilayah pembangunan ekonomi yang baru ini. Sebagai contoh, apabila siap sepenuhnya Lebuhraya Senai – Desaru, maka perjalanan ke daerah sebelah Pantai Timur Johor akan semakin singkat dan Desaru juga dijangka akan menerima lebih banyak pelaburan.Lebih-lebih lagi apabila telah ada perancangan untuk membina jalan baru pesisir pantai yang akan menghubungkan Sedili Besar, dalam kawasan DUN Sedili, ke Mersing yang akan dilaksanakan menerusi Pihak Berkuasa Wilayah
Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Sedili yang secara kebetulan berada ditengah-tengah antara Desaru dan Mersing adalah juga merupakan kawasan yang sangat berpotensi untuk dimajukan. Dengan kedudukannya sebagai pengeluar hasil laut antara yang terbesar di Malaysia, Sedili sesuai untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancungan yang berkaitan dengan nelayan dan pusat makanan laut.

12. YB Datuk Speaker, asas kekuatan ekonomi Negeri Johor yang pada ketika ini hanya bertumpu kepada tiga sektor utama iaitu pertanian, pembuatan dan pembinaan seharusnya ditambah menjadi empat dengan memperkasakan sektor pelancongan dan hospitaliti. Kita lihat banyak contoh negara yang telah berjaya dan menjadikan pelancongan sebagai asas kekuatan ekonomi negara berkenaan seperti negara Thailand. Dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Negeri Johor sebagai Destinasi Pelancongan Utama Antarabangsa seperti yang tercatat didalam pembentangan Bajet 2010 ini, saya percaya usaha membangunkan kawasan Sedili sebagai kawasan pelancongan baru berkonsepkan pusat makanan laut akan turut menyumbang kepada mempercepatkan lagi pencapaian matlamat kerajaan untuk menjadikan Negeri Johor sebagai Destinasi Pelancongan Utama Antarabangsa. Untuk itu, saya mencadangkan agar langkah untuk membina pusat-pusat Medan Ikan Bakar di kawasan Sedili harus dirancang dan dimulakan segera. Program Home Stay dan Inap Desa juga sewajarnya diberikan galakan untuk dilaksanakan memandangkan Sedili mempunyai keunikan yang boleh dieksploitasi untuk menjadi daya tarikan semulajadi kepada para pelancong khususnya dari luar negara. Selain itu, jalan pesisir pantai Desaru – Sedili, Mawai – Sedili dan Sungai Mas ke Mawai, yang sempit dan daif dapat segera dinaik taraf dan diperbesarkan. Perkhidmatan Bas dari Kota Tinggi ke Sedili juga perlu dipertingkatkan dan sebagai permulaan dimasukkan ke dalam kategori Laluan Khidmat Sosial dengan diberikan subsidi.

13. Saya percaya, rakyat di kawasan Sedili yang kebanyakannya bekerja sebagai
nelayan dan petani kampung termasuk dari kumpulan miskin tegar dan miskin, akan mendapat manfaat yang besar dari usaha dan pembangunan ini. Keadaan ekonomi penduduk Sedili juga tentunya akan dapat dipertingkatkan. Sementara Kerajaan sedang memacu usaha transformasi ke arah 'Negeri Maju Berpendapatan Tinggi', pada masa yang sama rakyat di kawasan pedalaman yang mundur seperti di Sedili juga dapat merasakan peningkatan kepada pendapatan mereka melalui pembangunan yang mempunyai rantaian nilai tambah yag tinggi ini. Kaedah ini tentunya juga merupakan suatu usaha yang
dapat mengelakkan jurang pendapatan yang terlalu besar di antara wilayah pembangunan baru seperti Iskandar Malaysia dan ECER di Mersing dengan kawasan bersebelahannya seperti di Sedili. Selain itu, cadangan ini juga amat menepati tiga dari NKRA yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri
iaitu :

# meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
# memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman, dan
# menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.


14.Justeru itu, rakyat di kawasan Sedili juga memohon dan mencadangkan kepada
Kerajaan Negeri supaya kawasan Sedili juga turut dimasukkan ke dalam Kajian Pelan Induk Pembangunan Ekonomi Negeri Johor 2010-2020 untuk Kawasan di Luar Koridor Ekonomi bersama-sama dengan Segamat,Muar, Batu Pahat dan Kluang.


15.YB Datuk Speaker, Kerajaan Barisan Nasional khasnya di Negeri Johor sememangnya adalah Kerajaan yang amat prihatin dan peka dengan masalah perumahan untuk rakyat Negeri Johor. Laporan menunjukkan bahawa melalui Dasar Perumahan Negeri Johor, matlamat untuk menyediakan rumah kos rendah dan sederhana rendah untuk rakyat Negeri Johor sejak dari tahun 1996 sehingga 2008 telah hampir berjaya sepenuhnya. Di samping itu, bagi generasi kedua FELDA yang berjaya dalam permohonan mendapatkan lot-lot kosong di dalam kawasan Tanah Rancangan FELDA, YAB Perdana Menteri semasa
menyampaikan amanat kepada Ahli Yang Berhormat yang mewakili kawasan Tanah Rancangan FELDA telah berjanji untuk mengarahkan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk membina rumah-rumah bagi generasi kedua FELDA di lot-lot yang kosong tersebut. Sebagai anak peneroka FELDA dan Wakil Rakyat yang mewakili kawasan FELDA,sesungguhnya
saya amat bersyukur kerana langkah ini akan membantu menyelesaikan sebahagian dari masalah perumahan bagi generasi kedua FELDA yang pada ketika ini amat meruncing.

16.Bagi Daerah Kota Tinggi, pembinaan Perumahan Generasi Baru FELDA khas untuk generasi kedua FELDA yang sedang giat dibina di pinggir Bandar Kota Tinggi iaitu di FELDA Pasak juga telah membantu menyelesaikan masalah perumahan generasi kedua FELDA ini. Namun begitu, jumlah rumah yang dapat dibina adalah jauh dari mencukupi. Permohonan yang diterima dari generasi kedua FELDA berjumlah lebih dari 5000 permohonan sedangkan rumah yang akan dibina hanya sekitar 739 unit sahaja. Untuk itu, kaedah penyelesaian yang lebih menyeluruh haruslah direka bagi menyelesaikan
permasalahan ini secara tuntas. Bagi tujuan itu, suka saya mencadangkan agar SPNB juga dibenarkan membina rumah di tapak yang sama dengan rumah peneroka sediada. Bagi mengelakkan masalah mengutip bayaran, kaedah potongan bayaran melalui gaji peneroka bolehlah digunakan. Sekiranya cadangan ini dilaksanakan, saya percaya sebahagian besar masalah perumahan untuk generasi kedua Felda akan dapat diselesaikan. (Masa Wakil Rakyat FELDA juga dapat diperuntukkan untuk permasalahan rakyat yang lain).
Selain itu, tindakan ini juga akan mengurangkan masalah penghijrahan generasi kedua keluar dari kawasan FELDA sebaliknya mampu memeriahkan semula dan merancakkan lagi ekonomi di kawasan-kawasan FELDA.


17.YB Datuk Speaker, saya juga amat bersetuju dengan langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan sumbangan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Johor (GLC) sebagai satu dari kaedah untuk mengurangkan kos operasi Kerajaan Negeri. Langkah meningkatkan sumbangan GLC ini sepatutnya dilakukan lebih awal daripada ini. Saya percaya langkah ini akan menyedarkan GLC seperti Johor Corp bahawa ianya ditubuhkan oleh Kerajaan Johor untuk membantu semula membangunkan negeri dan rakyat Johor. GLC seperti Johor
Corp harus sedar bahawa beribu hektar tanah kerajaan telah diberikan kepada mereka. Bermacam-macam bantuan dan jaminan telah diberikan sehingga Johor Corp mencapai kedudukannya seperti yang dinikmati pada hari ini. GLC seperti Johor Corp juga harus sedar akan tanggungjawab sosial untuk membantu rakyat dan negeri Johor sesuai dengan matlamat penubuhannya dan sebaliknya tidak hanya menggunakan keuntungan syarikat sebagai KPInya. Apakah sumbangan Johor Corp yang terkenal dengan Kumpulan Perubatan
Johor (KPJ) kepada rakyat Negeri Johor miskin yang ingin mendapatkan rawatan di hospital-hospital pakar milik KPJ. Apalah salahnya memulangkan semula jasa dan pemberian rakyat dan Kerajaan Negeri Johor selama ini dengan memberikan diskaun istimewa untuk rakyat Johor yang memerlukan rawatan di hospital-hospital pakar KPJ. Apalah maknanya ke sana dan ke mari dengan melaungkan slogan 'Bisnes Jihad' tetapi sebenarnya lebih mementingkan dan mengutamakan keuntungan dari melaksanakan
tanggungjawab sosial membantu pesakit yang sedang dalam kesusahan. 'Bisnes Jihad' yang sebenar adalah apabila Johor Corp meletakkan tanggungjawab sosialnya untuk membantu dan meringankan beban rakyat dan Kerajaan Negeri Johor seimbang dengan matlamat untuk membawa keuntungan kepada syarikat.


18.YB Datuk Speaker, Rakyat Negeri Johor tidak merasa apa-apa mahupun rasa bangga ketika makan di KFC, Pizza Hut mahu pun Ayam Mas meskipun mereka tahu bahawa ianya adalah milik sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Johor. Dalam setiap Laporan Tahunan Perbadanan Johor, mereka menunjukkan bagaimana syarikat begitu prihatin dalam menjaga kebajikan pekerja mereka. Saya ingin bertanya kepada Johor Corp, berapa gaji sehari pekerja ladang di Kompleks Pasir Panjang dan berapa pula jumlah pendapatan yang digunakan sebagai indeks oleh kerajaan dalam kategori isirumah yang
tergolong dalam kumpulan Miskin dan Miskin Tegar. Dapatkah Johor Corp menafikan bahawa gaji pekerja ladang di Kompleks Pasir Panjang adalah tergolong dalam kategori Miskin Tegar. Benar pekerja ladang mendapat perumahan (jauh di tengah ladang) melalui program Bakti Ladang. Tetapi mengapa pula ada halangan daripada Johor Corp yang tidak mengizinkan pekerja menambah, membesar atau membuat ubahsuai terhadap rumah mereka. Di mana keikhlasan Johor Corp terhadap pekerja mereka yang telah berbakti kepada ladang yang telah menguntungkan Perbadanan Johor sejak sekian lama.


19.YB Datuk Speaker, lebih buruk lagi Johor Corp sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Johor pada pilihanraya yang lalu telah mengeluarkan arahan melarang pekerjanya di Kompleks Pasir Panjang untuk menampal mahu pun menaikkan apa-apa poster mahu pun bendera parti politik termasuk UMNO dan Barisan Nasional sepanjang kempen pilihanraya yang lalu. Johor Corp seolah-olah mahu menyekat hak asasi pekerjanya untuk terlibat dan menunjukkan sokongan mereka kepada mana-mana parti Politik. Justeru itu, sesungguhnya saya menyokong penuh langkah Kerajaan Negeri
untuk meningkatkan sumbangan Syarikat Berkaitan Kerajaan dalam operasi dan program-program Kerajaan Negeri. Malah, saya juga ingin mencadangkan supaya Johor Corp dipaksa untuk segera melunaskan hutangnya sebanyak RM66 juta kepada Kerajaan Negeri Johor seperti yang pernah di sebut oleh Yang Berhormat dari Kempas dalam perbahasan Bajet 2009 dahulu. Kalau Johor Corporation dapat membayar separuh dari jumlah hutang tersebut pun tentunya Bajet 2010 kali ini akan menjadi lebih mantap dan seterusnya dapat menyuntik semula ekonomi Negeri Johor untuk berkembang keluar dari zon
penguncupan.


20.YB Datuk Speaker, langkah Kerajaan Negeri meningkatkan penggunaan aplikasi teknologi khususnya ICT dalam pentadbiran kerajaan sememangnya amat diperlukan kerana selain dapat menjimatkan masa dan kos, ianya juga akan dapat meningkatkan kecekapan sesuatu urusan di pejabat-pejabat kerajaan. Kita boleh membayangkan apa akan berlaku sekiranya pejabat kerajaan tidak mempunyai komputer dan kemudahan internet. Justeru usaha membangunkan sistem di PBT dan Pejabat Tanah beberapa ketika dahulu amat tepat pada masanya. Sebagai contoh, kini urusan pembayaran cukai tanah sudah boleh dibuat di mana-mana kaunter Pejabat Tanah Daerah tanpa mengira di daerah mana tanah tersebut berada. Usaha ini amat mendapat pujian dari rakyat kerana dapat menjimatkan kos dan dipihak kerajaan juga dapat mengurangkan masalah cukai tertunggak.

21.Walau bagaimana pun, sistem di pejabat tanah ini yang dibangunkan dengan jumlah perbelanjaan yang bukan sedikit, pada persepsi rakyat, masih tidak dapat menjadikan Pejabat Tanah benar-benar cekap seperti yang diharapkan oleh rakyat. Urusan kelulusan sesuatu permohonan tanah masih mengambil masa yang terlalu lama, bertahun-tahun malah ada yang terpaksa menunggu sehingga lebih 30 tahun. Saya mengambil contoh dan ingin menyebut bagi kali yang kedua di dalam Dewan Yang Mulia ini, akan permohonan tanah penduduk kampung di beberapa kampung di kawasan Sedili seperti Kampung Belukar Durian, Kampung Telok, Kampung Seri Paya dan Kampung Bukit Kruing yang sejak sekian lama malah ada yang sudah mengambil masa puluhan tahun tetapi sehingga kini masih tidak dapat diketahui apakah keputusannya. Mengapakah
perkara sebegini masih berlaku. YAB Dato' Menteri Besar sendiri pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah ini ketika lawatan ke Sedili lebih sepuluh tahun yang lalu. Perkara ini juga pernah saya bangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini sebelum ini tetapi tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak yang berkenaan. Tetapi mengapakah arahan dari YAB Menteri Besar selaku Ketua Kerajaan sendiri juga tidak diberikan perhatian. Kalaulah arahan dari YAB Menteri Besar pun tidak dipatuhi, saya tidak tahu arahan siapa lagi yang patut kita turuti. Justeru itu, saya mohon agar perkara ini diberikan perhatian dan tindakan yang segera. Sementara kita masih berjawatan dan mempunyai peluang untuk berkhidmat, inilah masanya untuk kita membantu
menyelesaikan masalah dan kesusahan rakyat. Inilah sebahagian dari ibadah yang akan dapat membantu kita di akhirat kelak.


22.YB Datuk Speaker, Daerah Kota Tinggi adalah antara daerah yang paling luas di Negeri johor. Selain dari terkenal sebagai Daerah Pelancongan Bersejarah, daerah Kota Tinggi juga terkenal sebagai daerah yang sering dilanda bencana banjir khususnya apabila tiba musim tengkujuh seperti sekarang ini. Saya percaya semua ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Yang Mulia ini masih ingat bagaimana hampir seluruh Bandar Kota Tinggi lumpuh kerana telah ditenggelami air pada penghujung tahun 2006 dan kali kedua pada awal tahun 2007 yang lalu.

23.YB Datuk Speaker, sehingga hari ini, rakyat di Kota Tinggi merasa fobia apabila tiba musim tengkujuh. Kesengsaraan ketika menghadapi banjir besar yang lalu tetap menjadi ingatan dan pengajaran kepada kami semua di Kota Tinggi. Lebih memeritkan lagi apabila banjir dan hujan yang lebat telah menyebabkan jalan-jalan perhubungan putus yang menyukarkan bekalan dan bantuan untuk sampai ke daerah kami. Kawasan yang kerap mengalami bencana banjir di daerah Kota Tinggi meliputi juga di :

i) kawasan Sedili dan Bandar Kota Tinggi dalam Parlimen Kota Tinggi,
ii) kawasan pekan dan perkampungan Sungai Rengit dan Pengerang di dalam Parlimen Pengerang dan juga
iii) di kawasan Batu 25 dan Sungai Berangan dalam Parlimen Tenggara.

24.Dalam menghadapi bencana seperti banjir, peranan anggota keselamatan seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA) amatlah diperlukan di dalam melakukan kerja-kerja mengawal keadaan dan memberikan bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut. Namun apa yang berlaku sehingga hari ini, masih belum wujud sebuah pejabat atau Pusat Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di daerah Kota Tinggi yang luas seperti yang saya gambarkan sebentar tadi. Sehingga hari ini, saya difahamkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia hanya menubuhkan sebuah unit JPA Kota Tinggi dan beroperasi dari ibupejabat JPA Negeri Johor yang terletak di Bandar
Baru Uda, Johor Bahru. Keadaan ini tentunya akan menyukarkan JPA Unit Kota Tinggi untuk memainkan peranannya apabila ianya diperlukan. Berdasarkan gambaran yang telah saya berikan ini dan selaras dengan peruntukan sebanyak RM3.7 bilion dalam BAJET 2010 Kerajaan Persekutuan seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, iaitu untuk mempertingkatkan lagi kecekapan anggota keselamatan, termasuk
menyediakan kelengkapan yang moden dan canggih, saya memohon dan mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat memanjangkan cadangan untuk membina sebuah pejabat operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia khusus bagi daerah Kota Tinggi. Cadangan ini juga amat bertepatan dengan langkah kedua dalam tajuk Mencegah Jenayah dalam Bajet 2010 Kerajaan Persekutuan iaitu untuk melatih dan meningkatkan kecekapan tiga ribu anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk turut serta melakukan rondaan
bersama PDRM untuk mengurangkan kadar jenayah. Saya percaya hanya apabila pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dapat dibina di Kota Tinggi, maka kesemua enam perkara yang menjadi piagam pelanggan agensi ini termasuk perkara keempat iaitu : Tiba di lokasi kejadian dalam tempoh kurang 10 minit akan dapat di capai.


25.Akhir sekali YB Dato' Speaker, Alhamdulillah ekonomi dunia telah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihannya. Dalam keadaan banyak negara yang terjejas teruk dengan kemelesetan ekonomi, ekonomi negara kita Malaysia amnya dan Negeri Johor khasnya tidaklah terjejas terlalu teruk. Dengan asas-asas ekonomi yang kukuh juga permintaan dalam negara yang tinggi ditambah dengan kebijaksanaan Kerajaan Barisan Nasional yang memang mempunyai pengalaman yang telah terbukti sejak 50 tahun memerintah negara ini, memperkenalkan pendekatan dan kaedah pengurusan ekonomi yang unik
termasuk melancarkan pakej rangsangan ekonomi, telah memacu negara keluar dari krisis ekonomi dunia dalam waktu yang lebih awal berbanding negaranegara lain. Sesuai dengan perubahan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia yang telah dilakukan oleh Bank Dunia, kerajaan juga telah menningkatkan jangkaan pertumbuhan ekonomi negara dari 3% kepada 5 hingga 6% bagi tahun 2010. Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan pengikut-pengikutnya sepatutnya tidak membantah unjuran ini memandangkan semua pihak tahu bahawa beliau mempunyai hubungan yang intim dengan Bank Dunia. Bank
Dunia tentunya mempunyai alasan yang tersendiri dalam meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun 2010.

26.Bersesuaian dengan keadaan ekonomi yang semakin pulih, serta bagi mengiringi usaha transformasi memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, maka asas-asas perpaduan kaum yang menjadi teras utama dalam membangunkan negara kita selama ini perlulah diperkukuh dan diperhebatkan lagi. Konsep dan Gagasan 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan Negara Malaysia, amatlah bertepatan dengan masanya.

27.Gagasan 1 Malaysia ini akan menjadi pelengkap kepada Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju sepenuhnya khususnya kepada cabaran yang pertama Wawasan 2020 iaitu mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Iaitu sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Gagasan 1 Malaysia juga menjadi pelengkap kepada cabaran ke tujuh
Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu satu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama daripada diri sendiri, yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi disekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.

28.YB Datuk Speaker, Memandangkan isu perpaduan kaum menjadi begitu kritikal sejak akhir-akhir ini, saya mencadangkan agar nilai-nilai murni dalam Gagasan 1 Malaysia segera dimasyarakatkan agar ianya dapat difahami, dihayati dan diamalkan oleh setiap warganegara khasnya oleh generasi muda kita. Untuk itu, saya ingin mencadangkan agar Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi mengambil langkah segera menggubal kurikulum 1Malaysia dan segera dimasukkan di dalam kurikulum sistem
pendidikan kebangsaan di semua peringkat dari sekolah rendah termasuk SRJK Cina dan Tamil, sekolah menengah mahupun di institusi pengajian tinggi. Di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Pengajian 1 Malaysia haruslah menjadi matapelajaran wajib kepada semua pelajar tanpa mengira kaum sebagaimana Pengajian Tamadun Islam diwajibkan ke atas pelajar beragama Islam di IPTA. Pusat-pusat latihan Kerajaan mahupun swasta juga termasuk PLKN dan Pusat Latihan Belia haruslah juga memasukkan kurikulum 1 Malaysia sebagai matapelajaran wajib di pusat-pusat latihan
tersebut. Sekiranya ini dapat dilaksanakan, saya yakin dan penuh percaya usaha untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi mencapai matlamat kita untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 akan mampu tercapai, InsyaAllah.


29.YB Datuk Speaker, marilah sama-sama kita berdoa, mudah-mudahan, Allah yang Maha Kuasa dan Maha Pemimpin, yang memimpin dan membimbing semua niat, yang memimpin dan membimbing semua gerak, yang memimpin dan membimbing semua rasa, yang memimpin dan membimbing semua fikir. Memimpin dan membimbing fikiran dan perasaan kita semua di Dewan Yang Mulia ini, tetap di jalan yang benar, tetap dijalan yang diredhainya, dan terus berusaha untuk mengukuhkan ukhwah dan perpaduan sesama kita. InsyaAllah
Negeri dan Rakyat Johor akan terus selamat, aman, makmur dan maju serta segera keluar dari krisis ekonomi yang sedang melanda dunia, InsyaAllah.


30.YB Datuk Speaker, terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan ini. Yang baik itu datangnya dari Allah swt. Yang buruk itu datangnya dari kedangkalan ilmu dan pengalaman saya sendiri. YB Datuk Speaker, saya mohon menyokong Bajet Kerajaan Negeri Johor Tahun 2010.

Terima kasih.

INTISARI UCAPAN

1. Mengharapkan agar para Penjawat Awam 'Bersatu Tenaga' membantu kerajaan dalam menjimatkan perbelanjaan awam tetapi pada masa yang sama juga tetap komited meningkatkan kecekapan untuk 'Kesejahteraan Bersama'.

2. Mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk memberikan bantuan sebanyak RM500 kepada semua pelajar dari negeri Johor yang berjaya mendaftar kursus peringkat ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Cadangan ini selain untuk memotivasikan pelajar, ia juga adalah bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh ibubapa.

3. Mencadangkan agar Kerajaan membangunkan kawasan Sedili yang bersebelahan dengan ECER sebagai destinasi pelancongan berasaskan kehidupan nelayan dan makanan laut. Bagi tujuan itu, perlu disegerakan pembinaan Medan Ikan Bakar, digalakkan Program Homestay dan Inap Desa serta dinaik taraf dan diperbesarkan beberapa laluan utama ke kawasan Sedili selain menaiktaraf sistem pengangkutan awam dengan memasukkannya dalam Laluan Khidmat Sosial.

4. Mencadangkan supaya SPNB membina rumah-rumah untuk generasi kedua FELDA di tapak rumah Peneroka FELDA sediada.

5. Mencadangkan Johor Corporation meningkatkan tanggungjawab sosialnya, segera membayar hutangnya kepada Kerajaan Negeri selain meningkatkan sumbangan GLC ini untuk membiayai program dan operasi Kerajaan Negeri.

6. Mencadangkan sistem kelulusan permohonan tanah dipercepatkan.

7. Mencadangkan supaya sebuah pejabat operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dibina bagi daerah Kota Tinggi bagi memudahkan JPA menjalankan fungsi dan peranannya.

8. Mencadangkan agar Kerajaan menyegerakan usaha memasyarakatkan Gagasan 1Malaysia melalui penggubalan kurikulum khas untuk diterapkan ke dalam sistem pendidikan di seluruh peringkat termasuk di pusat-pusat latihan kerajaan seperti PLKN, BTN dan Pusat Latihan Belia.

Isnin, 30 November 2009

PERTELAGAHAN MELAYU ISLAM : ULAMA' POLITIK & SESAMA ULAMA'



Utusan Malaysia - Tauhid tiga serangkai disyariat dalam Islam?

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
---------------------------------------------------------------

MINGGU ini kita menyambung kembali persoalan tauhid tiga serangkai yang telah pun diberikan lontaran awal pada dua minggu lepas. Sebelum soalan pertama dilontarkan mengenai tauhid tiga serangkai atau tauhid tiga bahagian yang diformulasikan atau direka oleh Ibnu Taimiyyah ini,

sebaiknya kita melihat dahulu secara ringkas definisi yang diberikan kepada ketiga-tiga tauhid ini.

Tauhid rububiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada ciptaan, pemerintahan, takdir, pentadbiran dan perbuatan-Nya serta dalam memberikan suatu kesan.

Manakala tauhid uluhiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah dalam hal peribadatan tanpa mengambil seorang manusia pun bersama Allah sebagai sembahan.

Tauhid Asma' dan Sifat pula didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada apa yang dinamakan dan disifatkan dengan diri-Nya, sebagaimana yang terdapat di dalam kitab-Nya atau yang didapati daripada lidah nabi-Nya yang telah menetapkan dengan apa yang telah ditetapkan bagi diri-Nya.

Dalam membincangkan pembahagian ini, maka perkara utama yang perlu dipersoalkan dan bincangkan ialah adakah pembahagian ini telah dinaskan oleh syarak dan terdapat dalil-dalil yang menunjukkan ke atasnya? Adakah pembahagian ini merupakan perkara yang disyariatkan ataupun perkara baru yang dicipta (bidaah)?

Persoalan ini, mengandungi beberapa jawapan:

Jawapan Pertama

Ibnu Taimiyyah yang merupakan pereka pembahagian tauhid ini mendakwa dirinya bermazhab Hanbali.

Namun Imam Ahmad ibnu Hanbal r.a. sendiri, yang dikatakan menjadi tempat sandaran bagi orang-orang yang melakukan pembahagian tauhid bidaah ini, tidak pernah menyatakan bahawa tauhid itu mempunyai beberapa bahagian; tauhid rububiah, tauhid uluhiah dan tauhid asma' dan sifat.

Beliau juga tidak pernah menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah, tidak dikira makrifatnya tentang tauhid rububiah kerana tauhid rububiah ini telah diketahui oleh orang musyrikin.

Sesungguhnya akidah Imam Ahmad ibn Hanbal r.a telah disusun di dalam kitab-kitab karangan pengikutnya. Misalnya, di dalam kitab biografinya yang ditulis oleh Ibnu Jauzi dan lain-lainnya, tidak terdapat langsung pembahagian tauhid rekaan ini. Maka dari manakah Ibnu Taimiyyah mengambil tauhid ini?

Jawapan Kedua

Tidak berkata walau seorang daripada Sahabat-sahabat Nabi r.a: "Sesungguhnya tauhid itu ialah tauhid rububiah dan tauhid uluhiah, dan sekiranya seseorang tidak mengetahui tentang tauhid uluhiah, maka tidak dikira makrifahnya tentang tauhid rububiyyah kerana tauhid rububiah ini telah diketahui oleh orang musyrikin".

Justeru, saya mencabar kepada setiap orang yang mempunyai ilmu yang mendalam, supaya menaqalkan kepada kami pembahagian yang diada-adakan ini daripada sahabat-sahabat Nabi r.a, sekalipun dengan mengemukakan satu riwayat yang lemah.

Jawapan Ketiga

Tidak terdapat dalam sunnah Nabi SAW yang luas dan menjadi penjelas kepada kitab Allah, sama ada dalam kitab-kitab hadis sahih, sunan-sunan, musnad-musnad dan mu'jam-mu'jam yang menyebut bahawa Nabi SAW pernah bersabda dan mengajar sahabat-sahabatnya, bahawa tauhid itu terbahagi kepada tauhid uluhiah dan juga rububiah yang telah diketahui oleh orang musyrik.

Sekiranya berkumpul jin dan manusia bersama-sama mereka untuk menetapkan bahawa pembahagian ini adalah datang daripada Nabi SAW dengan isnadnya, sekalipun dengan isnad yang lemah, nescaya mereka tidak akan mampu untuk mendatangkannya walaupun dengan satu jalan.

Jawapan Keempat

Telah tercatat dalam sunnah yang banyak, bahawa dalam dakwah Rasulullah SAW mengajak manusia kepada Allah, Baginda SAW menyeru mereka ke arah penyaksian kalimah syahadah: Tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Baginda SAW juga mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala.

Di antara hadis yang paling masyhur menyebut tentang perkara ini ialah hadis Muaz ibnu Jabal r.a. Ketika beliau diutuskan oleh Nabi SAW ke Yaman, Baginda SAW bersabda kepadanya: Serulah mereka kepada penyaksian "Bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah". Sekiranya mereka mentaatinya, maka hendaklah kamu khabarkan kepada mereka bahawa diwajibkan ke atas mereka solat lima waktu sehari semalam. (riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya)

Diriwayatkan oleh pengarang kitab Sunan dan Ibnu Hibban, bahawa seorang Arab Badawi memberitahu Rasulullah SAW bahawa dia telah melihat anak bulan. Lantas Rasulullah SAW memerintahkan supaya berpuasa dan Baginda SAW tidak menyoalnya melainkan tentang pengakuannya terhadap kalimah syahadah. (diriwayatkan oleh Abu Daud, al Nasaei, al Tirmizi dan lain-lain)

Sekiranya tauhid itu terbahagi kepada tiga bahagian sebagaimana yang mereka perkatakan, maka sudah tentulah Nabi SAW menyeru sekelian manusia kepada tauhid uluhiah yang tidak mereka ketahui dan bukannya tauhid rububiah kerana mereka telah mengetahuinya.

Demikian juga, perlulah Baginda SAW bersabda kepada Muaz r.a, "Serulah mereka kepada tauhid uluhiah," dan Baginda SAW bertanya terlebih dahulu kepada orang Arab Badawi yang melihat anak bulan Ramadan, "Adakah kamu mengetahui tentang tauhid uluhiah dan perbezaan di antara tauhid ini dengan tauhid rububiah, dan adakah kamu mengetahui tauhid asma' dan sifat?"

Jawapan Kelima

Di dalam kitab Allah yang ternyata tidak dicemari dengan kebatilan, tidak membezakan di antara tauhid uluhiah dan tauhid rububiah.

Begitu juga tidak dikatakan kepada mereka: Sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah tidak dikira imannya, bahkan dia adalah lebih kafir daripada Firaun dan Haman. Tetapi Allah SWT memerintahkan dengan kalimah tauhid secara mutlak sebagaimana firman Allah SWT kepada Nabi-Nya dalam surah Muhammad ayat 19: Ketahuilah, bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah. Begitu jugalah dengan keseluruhan ayat tauhid yang disebut di dalam al-Quran.

Sekiranya kamu kehendaki, maka bacalah surah al-Ikhlas yang menyamai sepertiga al-Quran. Adakah kamu mendapati di dalamnya ayat yang membezakan di antara uluhiah dan rububiah sebagaimana yang mereka sangkakan?

Jawapan Keenam

Melalui pembahagian yang direka ini, memberi kefahaman kepada kita, seolah-olah Allah masih belum lagi menyempurnakan agama-Nya. Kemudian, datang seseorang yang kononnya untuk menyempurnakan agama Allah yang masih lagi mempunyai kekurangan dan menjelaskan tentang tauhid dan pembahagiannya kepada manusia pada kurun ke-7 Hijrah.

Pada kurun ini, lahirnya pembahagian tauhid uluhiah, rububiah, asma' dan sifat yang dicetuskan oleh Ibnu Taimiyyah (661- 724 H). Seolah-olah semua umat tidak mengetahui tentang apa yang diperkenalkan oleh pemuka-pemuka pembahagian tauhid rekaan ini.

Selepas kita mengetahui jawapan daripada soalan pertama ini, yakinlah kita dengan sempurna bahawa tauhid ini tidak mempunyai sumber yang sah daripada al-Quran dan hadis.

Ia menunjukkan bahawa pembahagian ini hanyalah rekaan semata-mata. Persoalan kedua akan dikemukakan pada minggu hadapan, insya-Allah.

~ MataHati : Masyarakat Melayu Islam di Malaysia semakin berserabut. Pertelagahan Politik termasuk yang dibawa oleh 'Ulama' Politik' sehingga membawa perpecahan kepada Melayu Islam masih parah dan belum menunjukkan tanda-tanda akan reda. Usaha untuk menghubungkan kembali persaudaraan UMNO - PAS, dua parti terbesar bagi orang Melayu Islam di Malaysia masih terbantut oleh kerana dihalang oleh Ulama' Politik. Kecelaruan yang dibawa oleh Ulama' Politik ini malah lebih dasyat apabila sudah mula mengajarkan orang Islam berdoa untuk memusnahkan pemimpin negara, sesuatu yang bertentangan dengan apa yang diajarkan kepada kita selama ini tentang apa yang boleh dan tidak boleh kita memohonkan doa kepada Allah.

Kini timbul satu lagi kecelaruan, ulama bertelagah sesama sendiri sehingga ada yang menuduh 'sesat lagi menyesatkan' berdasarkan hujah yang mewakili kumpulan dan alirannya sahaja. Seolah-olah semua aliran selain dari aliran yang dianutinya sebagai sesat dan tidak Islam. Artikel di atas adalah tulisan dari satu kumpulan yang mewakili aliran tertentu itu. Berdasarkan isu dan pertelagahan semasa, saya rasa pembaca tentu mudah untuk meneka penulis artikel ini adalah dari aliran yang mana.

Dengan angkuhnya penulis artikel ini mencabar : "Justeru, saya mencabar kepada setiap orang yang mempunyai ilmu yang mendalam, supaya menaqalkan kepada kami pembahagian yang diada-adakan ini daripada sahabat-sahabat Nabi r.a, sekalipun dengan mengemukakan satu riwayat yang lemah." Cabarnya lagi : "Sekiranya berkumpul jin dan manusia bersama-sama mereka untuk menetapkan bahawa pembahagian ini adalah datang daripada Nabi SAW dengan isnadnya, sekalipun dengan isnad yang lemah, nescaya mereka tidak akan mampu untuk mendatangkannya walaupun dengan satu jalan."

Bagi saya, hujah-hujah yang diberikan penulis artikel ini sendiri berlawanan sesama sendiri dengan pegangan yang dianuti oleh aliran yang diwakili oleh penulis tersebut walaupun beliau tidak menyebut aliran mana yang dianutinya. Bukankan tauhid yang pertama dan kedua seperti yang disebutkan oleh penulis ini yang kita pelajari semasa di sekolah agama dahulu? Hanya kerana bermatlamat untuk menyerang pembawa aliran tauhid ketiga, kali ini, semuanya dikatakan bidaah.

Tetapi, soalan untuk penulis ini, benarkah aliran yang dianuti oleh penulis ini benar-benar bebas dari mengamalkan bidaah... walaupun bidaah hasanah?

Sebagai seorang Islam yang sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam, kecelaruan dan pertelingkahan di antara ulama ini benar-benar menimbulkan kekeliruan dan ketidaktenteraman jiwa apatah lagi bagi seorang Islam yang bukan sejak lahir menganut agama Islam. Allah memberi manusia akal dan fikiran untuk berfikir. Sudah tentu akan berlaku perbezaan dalam pandangan dan pemahaman setiap manusia terhadap sesuatu perkara. Bukankah Islam sudah menentukan adab dalam perbezaan pendapat. Adakah menuduh pendapat yang lain sebagai 'sesat lagi menyesatkan' itu bersesuaian dengan adab Islam.

Persoalannya, adakah kecelaruan ini benar-benar penting untuk dipertelagahkan pada ketika ini? Bukankah ketiga-tiga tauhid itu adalah ilmu untuk memudahkan manusia mengEsakan Allah? Kalau benar semuanya bidaah, APAKAH SYARAT UNTUK MENJADI ISLAM PERLU MENGIKUT SALAH SATU MAZHAB YANG EMPAT? Apa pun jawaban anda, bukankah itu Bidaah. Sekiranya saya menggabungkan dan mengikut keempat-empat mazhab, masihkah saya dikira sebagai seorang Islam?

~ Di Kota Tinggi, Johor, penggerak-penggerak masyarakat sudah 'diceramahkan' agar menganggap aliran yang ketiga sebagai 'sesat lagi menyesatkan'.

Bacaan Tambahan :

kuliah tauhid

Isnin, 23 November 2009

DEMI KUASA - ANWAR IBRAHIM BUAT APA SAHAJA


~ehsan AIDC~ http://www.youtube.com/watch?v=aX0MXJ-JwwA&feature=player_embedded

Ahad, 22 November 2009

SERAMBI MEKAH PUN ADA MACAM NI?

Kanak-kanak diculik, dirogol bebas selepas 20 jam

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang diculik dan dipercayai dirogol dikembalikan sendiri oleh suspek selepas hampir 20 jam dilarikan petang kelmarin.

Mangsa, seorang murid dari sebuah sekolah rendah di Pengkalan Chepa, di sini dihantar pulang di rumahnya di Padang Tembak kira-kira jam 10 pagi semalam.

Mangsa dilarikan seorang lelaki yang menunggang motosikal kira-kira 500 meter dari rumahnya petang kelmarin selepas keluar bersama kawan-kawannya petang kelmarin.

Kira-kira jam 4 petang kelmarin, kanak-kanak perempuan berkenaan bersama empat lagi kawannya keluar untuk mencari salah seorang adiknya.

- Dapatkan berita penuh di SInar Harian hari ini.

MataHati~ Selagi kita bernama manusia yang telah diberikan nafsu di samping akal dan fikiran. Selagi masih ada syaitan yang memang kerjanya adalah untuk memesongkan manusia dan selagi ada syurga dan neraka, maka selagi itu kejadian ini akan berkemungkinan untuk terjadi. Tidak kira sama ada ianya terjadi di Amerika, di Teluk Sengat, di Damansara mahupun di Kokdiang atau di Kota Bharu yang bergelar serambi mekah itu.

Janganlah hendaknya umat Islam terus diperbodohkan oleh dakyah PAS seolah-olah dunia ini akan aman tanpa rasuah dan jenayah apabila PAS diberikan kuasa untuk memerintah. Apa yang sedang berlaku di Kelantan malah memberikan imej yang lebih buruk lagi kepada agama Islam. Isu Tajaan Haji dan amalan Nepotisme Nik Aziz dalam perlantikan jawatan adalah suatu tindakan yang tidak Islamik langsung.

Teringat kata-kata Bekas Pejuang PAS yang pernah dikenakan ISA kerana cuba merampas kuasa di Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu, Ustaz Omar Khalid : "Wal HarRaMun Kalau Makan Sorang - Wal HalalLun Kalau Bagi Dua" yang bererti : sekiranya sesuatu itu tidak menguntungkan PAS maka akan difatwakan sebagai HARAM manakala jika ianya menguntungkan PAS sebaliknya ia dikira menjadi HALAL.

Dahulu HARAM sembahyang di Masjid Kerajaan. HARAM bekerjasama dengan Kafir MCA & MIC. HARAM makan sembelihan Orang UMNO. Dan berbagai lagi HARAM.... Inikah yang sebenarnya diajarkan oleh agama Islam atau ini hanya ajaran politik PAS? Kenapa disamakan ajaran Islam dengan Ajaran Politik PAS. Bukankah Islam itu AGAMA sebaliknya PAS hanya PARTI POLITIK. Itu pun tak tau....

Sabtu, 21 November 2009

RASUAH PEMUDA UMNO KOTA TINGGI (update)

Penahanan Anggota Umno Bukti SPRM Adil

JOHOR BAHARU: Penahanan enam anggota Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi pada Jumaat membuktikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas mereka, kata Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau berkata tindakan itu sekali gus bercanggah dengan dakwaan sesetengah pihak terutamanya parti pembangkang yang mendakwa SPRM lebih memihak kepada parti pemerintah.

"Saya percaya SPRM tidak memihak mana-mana orang, sesiapa yang didapati terlibat dengan amalan rasuah akan diambil tindakan sama ada daripada pembangkang ataupun parti kerajaan," katanya selepas merasmikan pembukaan Hospital Pakar Regency di Seri Alam, Masai di sini hari ini.

Menjawab satu soalan, Abdul Ghani yang juga Ketua Perhubungan Umno Johor berkata Ketua Bahagian Umno Kota Tinggi Datuk Seri Syed Hamid Albar belum memaklumkan perkara itu kepada beliau.

Abdul Ghani berkata Umno Johor menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat kes berkenaan.

Semalam, SPRM menahan enam anggota Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi atas dakwaan rasuah.

Mereka didakwa cuba menawarkan rasuah kepada tiga daripada 18 bekas anggota jawatankuasa bahagian itu yang meletakkan jawatan Ahad lepas berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua pemudanya.

Ekoran peletakan jawatan beramai-ramai itu suspek dipercayai cuba berunding dengan seorang bekas anggota jawatankuasa sayap itu bagi mengelakkan pemilihan untuk sayap itu diadakan.

Keenam-enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa sayap itu selepas didakwa cuba memujuknya agar menarik semula peletakan jawatannya dengan menawarkan RM40,000.

Jumaat, 20 November 2009

ORANG KIRI DAN KANAN SYED HAMID KENA TAHAN SPRM


SPRM Tahan 6 Ahli Umno Bahagian Kota Tinggi
Oleh FARIK ZOLKEPLI

JOHOR BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan enam ahli Umno Bahagian Kota Tinggi, termasuk ketua pemudanya (ROSZAINI JAHARI)berhubung dakwaan cuba memberi rasuah berjumlah RM40,000 kepada tiga bekas ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda bahagian itu. Anggota Pemuda yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu ditahan di rumah salah seorang AJK Pemuda bahagian itu pada pukul 2 petang tadi selepas suspek didakwa cuba memujuk AJK berkenaan untuk menarik semula hasrat untuk meletakkan jawatan masing-masing.

Difahamkan suspek berbuat demikian kerana 18 daripada AJK Pemuda bahagian itu telah meletakkan jawatan mereka minggu lalu atas alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan suspek sebagai Ketua Pemuda. Sumber memberitahu, peletakan jawatan beramai-ramai itu menyebabkan suspek cuba mengadakan 'rundingan' dengan tiga AJK berkenaan bagi mengelakkan satu pemilihan baru diadakan. Sumber mengesahkan salah seorang daripada tiga orang AJK berkenaan didakwa telah menghubungi pihak SPRM sebelum proses rundingan itu berlangsung.

Suspek telah ditahan di Penjara Ayer Molek sebelum dibawa ke ibu pejabat SPRM negeri bagi menjalankan proses soal siasat. Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika dihubungi berkata, beliau ada mendengar berita tersebut dan difahamkan kesemua suspek yang ditahan adalah daripada sayap Pemuda bahagian itu. "Saya menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat perkara ini. Saya berharap kebenaran akan muncul juga akhirnya," katanya. Penguasa SPRM Negeri Johor, Simi Abdul Ghani ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu tersebut.

~KRONOLOGI PENANGKAPAN~

Tangkapan 3 orang di rumah bapa Mazlan Bin Arifin di FELDA Lok Heng Timur bersama wang RM39,900 dan RM10,000 dalam beg pada jam 11.45 malam.

Mereka adalah :
1. Muszaini Bin Omar
2. Md Noh
3. Hj Jamaluddin

Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Kota Tinggi,Roszaini Jahari ditangkap di dalam Restoran Ajmeer Kota Tinggi semasa Muszaini menyerahkan surat penarikan perletakan jawatan pada jam 2.30 petang.

Roslaili Jahari (Bekas 1)Setiausaha Akhbar Syed Hamid 2)Setiausaha UMNO Bahagian 3)Ketua Pemuda UMNO Bahagian) dan Hairuddin Ahmad menyerah diri kepada SPRM di tingkat 6 Hotel Mayres pada jam 3.00 pagi setelah ditelefon.

Ahli Jawatankuasa yang cuba disogok adalah Sdra. Mazlan bin Ariffin.


~MataHati~ Tahniah Sdra Mazlan. Anda adalah sebenar-benar Pemuda yang sayangkan bangsa.

Mereka yang ditangkap kesemuanya adalah penyokong Syed Hamid Albar. Pembaca boleh menilai kembali peristiwa yang berlaku semasa pemilihan UMNO Bahagian baru-baru ini yang menyebabkan beberapa orang ahli UMNO yang menentang Syed Hamid telah digantung keahlian UMNOnya termasuk Sdra Daeng Abdul Malek yang dikatakan mengamalkan rasuah politik. Memandangkan pada ketika itu, Syed Hamid Albar adalah Menteri Dalam Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, maka tiada siapa yang mahu percaya kata-kata dan aduan yang telah dibuat oleh pihak yang teraniaya ini.

Kini, insyaAllah kebenaran akan menjelma. Yang bersalah pasti akan mendapat balasan yang setimpal. Kepimpinan Syed Hamid telah ditolak oleh rakyat Kota Tinggi. Peluang dan harapan selama hampir 20 tahun sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian UMNO telah dipersia-siakan. Syed Hamid harus berundur sebelum rakyat menunjukkan kemarahannya di peti undi dalam PRU13 nanti.

Perubahan politik di Kota Tinggi telah mula berlaku. Bagaimana dengan Azalina di Pengerang. Azalina pasti akan selamat kerana ahli UMNO Pengerang lebih rela menjadi pak turut sahaja. Banyak penyelewengan yang telah dipendamkan begitu sahaja. SPRM patut mula menyiasat bagaimana penyelewengan peruntukan Ahli Parlimen dilakukan oleh Azalina dan Pegawai Khasnya Ben Bella. Nak kenal siapa Azalina, sila klik sini dan sini.

Isnin, 16 November 2009

Tak Boleh Tok Guru...Tak Boleh!



Tak Boleh Tok Guru...Tak Boleh!
ULASAN MSTAR Oleh ROZAID A. RAHMAN

SECARA TRADISINYA orang Melayu sejak turun temurun telah diajar tentang tiga darjat penghormatan. Pertama kita diajar jangan menderhaka kepada Raja; kedua ibu-bapa dan ketiga tok guru.

Ini menjadikan situasi kita sangat sulit apatah lagi untuk menegur ketiga-tiga institusi ini sama ada secara terang mahupun tersirat.

Jadi apabila kita dapati tok guru yang kita semua sayangi seperti Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bercakap tentang perkara-perkara yang pada pemikiran dan pemahaman kita sebagai sesuatu yang tidak kena, maka kita menjadi serba salah. Serba salah untuk menegur.

Apatah lagi tok guru seperti Nik Aziz yang memakai dua topi (mungkin dalam hal ini lebih sesuai dipanggil kopiah) iaitu satu sebagai tok guru dan satu lagi sebagai menteri besar.

Sebagai tok guru, Nik Aziz melihat dirinya hanya mengikut apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila beliau melantik menantunya sebagai ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Yang Diperbadankan.

Nik Aziz dipetik sebagai berkata, sedangkan Nabi Muhammad lagi melantik menantu-menantunya ke jawatan dan kedudukan mentadbir negeri (Madinah), jadi beliau tidak nampak di mana salahnya beliau melantik menantunya menerajui sebuah anak syarikat negeri.

Wajarkah Nik Aziz membuat perbandingan demikian? Jika beliau melihat dirinya sebagai anbiya dan anbiya adalah pewaris nabi maka mungkin ada kewajaran kepada hujahnya, setidak-tidaknya begitulah pada pandangan beliau sendiri.

Tetapi pada ketika Nik Aziz berkata demikian, beliau sebenarnya memakai topi/kopiah yang mana satu? Topi atau kopiah tok guru kah atau menteri besar.

Melantik menantu sendiri menduduki kerusi eksekutif boleh dilihat sebagai satu keputusan yang tidak betul jika beliau berbuat demikian atas kapasiti seorang menteri besar.

Zaman dahulu mungkin orang tidak berapa kisah tetapi zaman sekarang orang memanggil perbuatan itu sebagai nepotisma.

Dan sedikit masa dahulu, parti-parti seperti PAS sendiri seringkali menyebut ini sebagai nepotisma. Tetapi apa agaknya istilah yang perlu digunapakai untuk kes menantu Nik Aziz ini.

Malah Nik Aziz telah memberi restu kepada menantunya itu untuk memecat seorang penyokong kuatnya sendiri yang juga merupakan seorang bloger popular yang beliau sendiri ambil bekerja di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Bloger tersebut yang bernama Syed Azidi@Kickdefella dipecat kerana disyaki terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membawa masuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke PMBK untuk menyiasat menantu tok guru.

Tapi tak apalah. Mungkin itu juga hak tok guru untuk melantik dan memecat siapa yang beliau rasa berhak.

Tapi bagaimana pula dengan soal menerima RM65,000 sebagai ‘hadiah’ untuk mengerjakan haji.

Tok Guru Nik Aziz atas kapasitinya sebagai tok guru merasakan apa salahnya orang hendak menghadiahkan beliau tiket serta belanja untuk mengerjakan ibadah yang menjadi rukun Islam yang kelima.

“Saya hendak mengerjakan ibadah...apa salahnya,” kata tok guru ketika mengajar di Dataran Ilmu di Kota Bharu Jumaat lalu di hadapan beratus pengikutnya. Semua diam mendengar dan menganggukkan kepala tanda setuju. Beliau tidak menganggap ia sebagai satu bentuk rasuah.

“Orang nak bawa saya pergi ke Mekah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Mekah, jarang belanja saya sendiri.

“Orang tolong bayar. Semua orang berebut (untuk membiaya saya ke Mekah),” kata beliau.

Tetapi minta maaf banyak-banyaklah kali ini tok guru. Dalam hal ini, memang tok guru salah. Dan kita kena tegur akan kesalahan tok guru kali ini. Bukannya mengiyakan apa yang beliau cakap.

Ya, akhirnya beliau telah membuat keputusan untuk tidak menerima ‘hadiah’ tersebut. Tetapi malangnya beliau menyalahkan pihak akhbar kerana membesar-besarkan isu ini sehingga membantut niatnya untuk mengerjakan ibadat yang dijadualkan pada 18 November ini.

Kesayangan kita kepada Tok Guru Nik Aziz telah mendorong sebahagian besar daripada kita ‘mengiyakan’ segala tindak tanduk beliau atau lupa hakikat bahawa beliau juga adalah menteri besar yang terikat dengan segala bentuk perintah serta peraturan am seorang anggota pentadbiran negeri.

Sebagai tok guru mungkin Nik Aziz merasakan tidak ada apa yang salah dengan menerima hadiah dalam bentuk mengerjakan amal ibadat. Malah Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim mencelah dengan berkata, ini cara penduduk Kelantan meraikan orang agama.

Tetapi semua orang kena ingat yang tok guru ada satu kopiah lagi iaitu kopiah menteri besar.

Sebagai menteri besar, tak boleh tok guru...tak boleh terima ganjaran berbentuk hadiah sedemikian. Sebagai Yang Amat Berhormat, tok guru boleh disabitkan menerima ‘suapan’ apatah lagi syarikat yang hendak menghadiahkan tok guru pakej mengerjakan haji itu adalah syarikat yang berkepentingan yang khabarnya mendapat kontrak perniagaan daripada kerajaan negeri.

Jadi tak boleh tok guru buat macam ni. Sebab tok guru juga adalah seorang menteri besar dan ketua pentadbir sebuah kerajaan negeri.

Tok Guru boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah - sama ada rasuah moral atau rasuah kebendaan sekiranya SPRM masuk menyiasat dan mendapati seorang penjawat awam tidak boleh menerima apa jua bentuk habuan apatah lagi dalam bentuk wang ringgit dan perjalanan ke luar negara - tak kisahlah atas nama ibadat atau apa sekali pun.

Apa agaknya tok guru nak kata atau orang PAS nak kata kalau perdana menteri Malaysia mengaku buat perkara yang sama? Mungkin minta parlimen bentuk suruhanjaya siasatan diraja agaknya. Wallahualam.

Selasa, 4 Ogos 2009

KEJADIAN MEMALUKAN DI PERSIDANGAN PENGERANG

Penulis menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pengerang pada petang Sabtu, 1hb. Ogos 2009 yang lalu. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, Mesyuarat kali ini begitu singkat sekali. Mesyuarat yang dirasmikan oleh YB Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO ini hanya bermula kira-kira pukul 3.45 petang.

Penulis yang sememangnya teruja untuk mendengar ucapan pertama Datuk Seri Dr. Azalina Datuk Othman Said sanggup menanti walaupun dalam keadaan badan yang tidak sihat.

(Apabila majlis perasmian bermula, seperti biasa akan kelihatan seorang pegawai Azalina yang berjaket hitam membawa beg datang ke hadapan Ketua Bahagian Pengerang lalu membuka beg dan menyerahkan kertas... mungkin teks ucapan)

Namun dari ucapannya yang lintang pukang, penulis menyangka, Azalina tidak pun berucap mengikut teks yang disediakan. Seperti biasa, beliau tidak dapat meninggalkan tabiat suka membodeknya dengan membodek Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Azalina yang pernah menjadi Menteri rupa-rupanya tidak mengenali Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan baik. Mungkin ketika Azalina sebagai Menteri, Zahid Hamidi hanya seorang Timbalan Menteri. Justeru itu Azalina tidak mengingati nama sebenar Zahid Hamidi dan memanggil Ahmad Zahid Hamidi dengan panggilan Ahmad Zaidi.

Antara yang penting dalam ucapan Azalina adalah tuduhan keras beliau terhadap parti-parti komponen Barisan Nasional yang banyak masalah dan menyusahkan UMNO. Azalina mencadangkan agar parti-parti Komponen ini (MCA, MIC & GERAKAN) dikeluarkan dari Barisan Nasional.

AZALINA CUBA BODEK TS MUHYIDDIN

Apabila Setiausaha UMNO Bahagian membentangkan Minit Persidangan yang lalu, terdapat beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh perwakilan sehingga ianya terpaksa dibentangkan dengan pindaan.

Apa yang lucunya, Azalina cuba mengubah fakta dengan mencatatkan bahawa beliau adalah pencadang yang mencadangkan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Sedangkan individu yang sebenarnya mencadangkan nama TS Muhyiddin adalah sdra. Shahrul dan di sokong oleh sdra Halidon Arifin yang kedua-duanya adalah dari Cawangan Felda Kledang.

Sungguh memalukan. Sebenarnya penulis telah mendengar cerita bahawa Azalina sedang cuba membodek TS Muhyiddin kerana usaha untuk membodek DS Najib sebelum ini telah gagal.

Membodek adalah sama dengan rasuah... Kesian Azalina... Satu Malaya dah tahu...

Selasa, 28 Julai 2009

AGENDA BERMULA

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NASIONAL



KPI SASARAN NAJIB

Oleh ZULKIFLI JALIL dan HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 27 Julai - Bermula Januari 2010, semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada setiap 1 haribulan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memperincikan enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) di sini, Perdana Menteri berkata, kerajaan turut menetapkan semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012.

Pada masa sama, tegas beliau, ditetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan termasuk curi ragut dan samun tanpa senjata khususnya di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor, sebanyak 20 peratus pada akhir 2010.

‘‘Saya tidak mahu rakyat sebagai klien utama (kerajaan) berada dalam keadaan teraba-raba dan samar akan apakah inisiatif, rancangan dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh kerajaan.

‘‘Sesungguhnya kita komited melakukan transformasi – bukan pembaharuan penambahbaikan - melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisis akhir, rakyatlah yang akan memperoleh faedahnya,” katanya.

Najib menyatakan demikian dalam ucapan bertemakan ‘Merevolusi Pengurusan Perkhidmatan Kerajaan: Pencapaian Diutamakan’ di hadapan 3,000 pegawai kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Hadir sama sebahagian besar Menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Najib berkata, pentadbiran beliau mengambil daya usaha memperkenalkan NKRA dan KPI bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.

Kerana itu, kata beliau, dalam NKRA keempat misalnya iaitu yang menekankan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, kerajaan bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010.

Ketika ini terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara dan daripadanya, lebih 11,000 disahkan statusnya serta telah mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Najib Tun Razak ketika berucap di hadapan 3,000 orang anggota Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Dalam NKRA pertama untuk mengurangkan kadar jenayah pula, kata Najib, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh.

‘‘Ini dibuat menerusi misalnya dengan mewujudkan tribunal khas bagi jenayah jalanan,” katanya.

Dalam usaha menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana (NKRA keenam), Najib turut mengumumkan tambahan 35 set ‘‘4-car-train’' yang akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya menjelang akhir 2012.

‘‘Mengikut statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16 peratus daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Maknanya, kerajaan menyasarkan peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 2 peratus pada penghujung 2012,” katanya.

Perdana Menteri berkata, sebagai ketua kerajaan, beliau insaf bahawa yang akan menilai kepemimpinannya nanti akhirnya adalah rakyat.

Tegasnya, apa yang pasti, beliau dan rakan-rakan telah, sedang dan akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sehabis baik dan sedaya mampu.

‘‘Kata orang dulu-dulu, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan boleh mendapat sagunya.

‘‘Marilah bersama menghitung doa ke hadrat Allah Yang Maha Kuasa agar kita diberi kekuatan dan ketabahan untuk melunaskan rancangan mulia ini ‘1Harapan, 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’,” katanya.

Khamis, 23 Julai 2009

1 MALAYSIA (versi AnWAR Ibrahim)

POLITIK DIDAHULUKAN - AGAMA DIKESAMPINGKAN

















Ahad, 21 Jun 2009

APA YANG TELAH DIUSAHAKAN OLEH KEPIMPINAN BARU UNTUK MENGEMBALIKAN SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BARISAN NASIONAL ?



1. 1 MALAYSIA ??? KABUR ???

2. ???

3. ???

4. ???

Berapa hari lagi nak pilihanraya ??? Ohhh lama lagi.... Rehat lah lagi....

Selasa, 26 Mei 2009

CABARAN JENTERA PENERANGAN UMNO




Jentera penerangan UMNO diaktifkan kembali - Ahmad Maslan
============================================

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang baru kerana telah dengan ikhlas dan berani mengakui kepincangan Jentera Penerangan Parti UMNO di semua peringkat parti dan saya percaya ketika ini tentunya beliau sedang menggerakkan semua Jentera Penerangan ini agar dapat bergerak sesuai dengan keperluan parti pada masa kini.

Perlantikan beliau bagi saya merupakan gambaran bahawa Jentera Penerangan UMNO memerlukan suatu anjakan paradigma yang baru sesuai dengan tuntutan dan cabaran yang sedang dihadapi oleh parti dalam berdepan dengan dakyah dan propaganda pembangkang yang semakin keterlaluan dan melangkaui batas berpolitik yang dibenarkan agama dan undang-undang negara.

Bersempena dengan perubahan kepimpinan dalam UMNO dan harapan ahli-ahli agar UMNO segera melakukan perubahan drastik sebelum menjelangnya PRU13, pendedahan yang telah disuarakan oleh Ketua Penerangan UMNO ini wajarlah diterima dengan hati yang terbuka oleh semua lapisan Jentera Penerangan Parti. Kesediaan menerima kritikan ini dan kesungguhan untuk turut serta memperbaiki kelancaran Jentera Penerangan Parti amat penting dalam menentukan nasib dan masa depan UMNO dalam menempuh ujian getir PRU13 nanti. Ini adalah bersandarkan hakikat bahawa Jentera Penerangan memainkan peranan yang paling penting dalam menghadapi serangan dan dakyah serta propaganda dan fitnah yang sentiasa dilakukan oleh parti pembangkang pada ketika ini. Sekiranya masih ada 'bunyi-bunyi' yang sumbang, saya percaya iltizam untuk melakukan perubahan dalam UMNO yang dibina dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu akan hanya sekadar iltizam yang penuh dengan kepura-puraan.

Terdapat beberapa cabaran yang harus dihadapi dalam usaha menggerakkan Jentera Penerangan UMNO ini :

1. Kebanyakan Ketua Penerangan samada di peringkat cawangan mahupun bahagian UMNO dilantik bukan berdasarkan kelayakan dan kemampuan melaksanakan serta menerajui kerja-kerja penerangan di peringkat masing-masing tetapi sebaliknya perlantikan tersebut dibuat berdasarkan sokongan mereka terhadap Ketua samada Ketua Cawangan mahupun Ketua Bahagian. Perlantikan jawatan-jawatan 'Pegawai' biasanya merupakan suatu anugerah @ hadiah (reward)kerana sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Ketua khususnya.

Kesan perlantikan yang sebegini menyebabkan parti mendapat Ketua Penerangan yang tidak berkebolehan serta berkemampuan untuk melaksanakan kerja-kerja penerangan khususnya di dalam menghadapi serangan dari parti pembangkang. Sebaliknya, Ketua-ketua Penerangan yang dilantik ini hanya mempunyai kebolehan untuk mempertahankan Ketua yang melantiknya dari serangan musuh-musuh politik Ketua tersebut dari kalangan ahli parti sendiri. Ini yang telah berlaku sejak sekian lama tetapi tidak pernah didedahkan sebelum ini secara terbuka.

2. Memandangkan perlantikan Ketua Penerangan adalah berdasarkan 'reward' dan bukan berdasarkan kepada kemampuan dan kebolehan, maka kebanyakan Ketua Penerangan adalah terdiri dari generasi lama UMNO yang buta internet dan media-media baru. Tidak dinafikan terdapat juga generasi lama UMNO yang yang celik internet tetapi sebahagian besarnya masih buta internet dan masih tidak mahu mengakui bahawa internet dan 'Media Baru' mempunyai pengaruh yang begitu besar yang boleh dieksploitasi dengan berkesan oleh Jentera Penerangan Parti dalam memenangi hati dan sokongan generasi muda dan pengundi-pengundi baru.

Justeru itu, dan mengambil kira keadaan UMNO pada ketika ini saya mencadangkan agar :

1. Jentera Penerangan Parti sewajarnya segera dilatih semula agar lebih bersedia menghadapi serangan dari pembangkang.

2. Unit IT Jentera Penerangan harus diperbesarkan serta dipelbagaikan bagi memaksimumkan keberkesanannya sesuai dengan kecanggihan teknologi terkini.

3. Segera ditubuhkan sebuah jawatankuasa pemandu yang terdiri dari pakar-pakar komunikasi seperti pensyarah-pensyarah universiti bagi memberikan panduan kaedah dan program yang sesuai digunakan oleh Jentera Penerangan Parti.

4. Dibentuk suatu pusat yang menyediakan info dan maklumat yang mudah diperolehi sebagai bahan kepada para bloggers pro kerajaan menulis bagi mempertahankan parti.

5. Dibentuk kumpulan pakar propaganda yang mampu menganalisis setiap isu seterusnya mencadangkan bagaimana Jentera Penerangan Parti dapat bertindak menangani isu-isu tersebut.

Akhir sekali, matlamat akhir usaha ini haruslah ke arah memastikan bahawa semua ahli UMNO haruslah mampu untuk bertindak sebagai Jentera Penerangan kepada Parti. Sekiranya semua ahli UMNO mempunyai pengetahuan yang baik terhadap dasar-dasar perjuangan parti serta mampu juga membuat perbandingan dengan dasar-dasar parti pembangkang yang sering tidak konsisten, saya percaya UMNO tidak akan menghadapi masalah dalam menghadapi serangan dari parti pembangkang.

~MataHati adalah bekas Setiausaha Kerja Biro Penerangan UMNO Negeri Johor ketika zaman Mata Lebam dan Pilihanraya Umum 1999.