DALANG LAHAT DATU - PENGKHIANAT NO.1 NEGARA.
PKR terus dengan Strategi Pencurinya... Raja Petra dakwa Anwar Ibrahim bertemu Nur Misuari sebanyak 2 kali untuk bincang isu Sabah. Tian Chua pula telah ke Filipina beberapa hari sebelum kejadian pencerobohan pengganas Sulu di Lahat Datu. Tetapi seperti pencuri mereka menjerit ini semua adalah sandiwara UMNO.
Hakikatnya... Sabah dan Sarawak adalah penyumbang terbesar kerusi Parlimen kepada Barisan Nasional. Apa perlunya UMNO bersandiwara sehingga mengorbankan 10 orang anggota keselamatan dan menyusahkan penduduk tempatan di kawasan terlibat.
Lebih logiknya... dan rentetan lagu "Tanya sama Najib" yang sering dinyanyikan oleh Anwar... semua ini kemungkinan besar adalah perancangan pengkhianatan terhadap kedaulatan negara oleh parti pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.
Memandangkan tidak mampu untuk memenangi hati pengundi di Sabah dan Serawak... Anwar mahu memastikan Sabah dan Serawak berada dalam keadaan huru-hara dengan mengupah pengganas Sulu sehingga menyebabkan Sabah dan sarawak diistiharkan tidak boleh mengadakan pilihanraya. Ini bermakna sebanyak 57 kerusi parlimen yang kebiasaannya berpihak kepada Barisan Nasional akan hilang. Anwar berharap dengan itu Pakatan Rakyat akan berjaya menguasai Putrajaya.
Setelah menguasai Putrajaya... dan sebagai balasan kerana membantu membuat huru-hara di Sabah dan di Sarawak sehingga membuat Pakatan Rakyat menang dalam PRU13... mengikut yang telah dipersetujui dalam beberapa pertemuan diantara Anwar dan Misuari... maka Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat akan memberikan kuasa otonomi kepada Sabah dan Sarawak kepada MNLF...
Sebab itu Anwar sering menyanyikan lagu Tanya Sama Najib. Sebab itu Misuari kata Malaysia jajah Sabah dan Sarawak. Sebab itu Tian Chua ke Filipina menghantar belanja untuk pengganas memulakan operasi...
Inilah wajah Anwar Ibrahim yang sebenar. Pengkhianat Nombor 1 Negara. Sanggup menggadai Negara demi memuaskan nafsu serakahnya untuk menjadi Perdana Menteri...