Sabtu, 26 Mei 2012

JANJI PALSU Vs JANJI DITEPATI (Pak Khatan Rakyat vs Barisan Nasional)

TAHUKAH ANDA : BARISAN NASIONAL MENGAMALKAN JANJI DITEPATI...(Tidak akan berjanji jika tidak mampu ditepati berbanding Pak Khatan Rakyat yang suka menabur janji palsu termasuk Syurga Palsu) ikuti luahan ibu ini... NurulNafisa May 25, 2012 7:32 PM "Anak aku lahir tahun 2009, beralamat di Shah Alam. Datang Survey tahun 2009 jugak, kononnya menunaikan janji pilihanraya setiap anak yang lahir di Selangor akan dapat RM100. Okeylah..Rezki anak la.Tapi yang paling bangang bila duit RM100 anak aku akan dapat pada usia 18 tahun.... Bayangkan 2009 + 18 Tahun = 2027 itu pun kalau Pak Khatan Rakyat masih jadi gomen... Apa punya jahanam punya janji daaaa..."

Isnin, 21 Mei 2012

UMNO HEBAT - TAPI AHLI UMNO TAK TAHU NAK BUKTIKAN UMNO HEBAT

Published with Blogger-droid v2.0.4

Rabu, 16 Mei 2012

ANWAR ROMPAK HARTA RAKYAT MELALUI 'KORPORAT PENYAYANG'

TAHUKAH ANDA : Apakah dia 'Korporat Penyayang'? Siapakah yang memperkenalkan ungkapan 'Korporat Penyayang', Bagaimanakah ia dilaksanakan dan apakah tujuan tersirat disebalik ungkapan 'Korporat Penyayang' ini? Apakah dia 'Korporat Penyayang'? 'Korporat Penyayang' yang diperkenalkan sekitar tahun 90an adalah suatu kempen yang menggalakkan Syarikat Korporat TERPILIH untuk memberikan sumbangan kewangan kepada beberapa NGO's TERPILIH sebagai melaksanakan tanggung jawab korporat mereka kepada masyarakat. Sepanjang kempen ini, BEBERAPA Syarikat korporat TERPILIH telah bermurah hati memberikan sumbangan dengan jumlah yang besar sehingga ratusan juta ringgit. Siapakah yang memperkenalkan 'Korporat Penyayang'? 'Korporat Penyayang' yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada ketika menjadi Menteri Kewangan Malaysia merangkap Timb. Perdana Menteri. Hebat bukan... sehingga ramai yang telah tertipu... Bagaimanakah ianya dilaksanakan? Persoalan bagaimana ianya dilaksanakan sehingga pihak korporat begitu bermurah hati adalah sesuatu yang tidak ramai yang menyedarinya. Masyarakat biasa pada ketika itu begitu memandang tinggi usaha murni Anwar Ibrahim melalui kempen 'Korporat penyayang' tanpa menyadari bahawa 'Korporat Penyayang' adalah salah satu dari banyak lagi cara yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk merompak wang rakyat. Untuk memudahkan pembaca memahami modus operandi merompak wang rakyat melalui kempen 'Korporat Penyayang' ini,mari kita ikuti peringkat demi peringkat proses yang berlaku sehingga sesebuah syarikat korporat boleh dengan begitu bermurah hati untuk memberikan sumbangan yang bukan ratusan ringgit malah puluhan juta ringgit kepada sesuatu NGO yang telah TERPILIH atai diTENTUkan Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu... 1. Sesuatu projek pembangunan berskala besar dikenalpasti akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan. Sebagai contoh sahaja, sebuah jalan dengan kos pembinaan RM200 juta. Projek ini akan dilaksanakan oleh JKR melalui proses tender. 2. Menteri Kewangan akan mengenal pasti sebuah Syarikat Korporat Kroninya. (Diperingkat ini, Syarikat Korporat TERPILIH haruslah memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim dan sanggup memberikan sumbangan dengan jumlah yang ditentukan kepada kempen 'Korporat Penyayang'). 3. Beberapa bulan sebelum tender dikeluarkan, Menteri Kewangan akan menggunakan kuasanya dengan mengarahkan Kementerian Kerja Raya untuk melaksanakan projek tersebut secara 'Direct Nego' dengan Syarikat Korporat TERPILIH(kroni Menteri Kewangan)yang telah dikenalpasti tadi. 4. Proses Nego berjalan diantara Kementerian Kerja Raya dengan Syarikat Korporat TERPILIH berlangsung dan akhirnya Kementeria Kewangan akan memberikan persetujuan akhir bahawa kos pembinaan diluluskan sebanyak RM250 juta. (jumlah kontrak telah ditingkatkan sebanyak RM50 juta dari harga asal yang sepatutnya.) 5. Kontrak membuat jalan dengan nilai kontrak RM250 juta dianugerahkan kepada Syarikat Korporat TERPILIH. 6. Syarikat Korporat TERPILIH Bumiputera menjualkan kontrak tersebut kepada syarikat penbinaan kaum Cina dengan harga RM180 juta dan mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM70 juta. 7. Syarikat Korporat TERPILIH yang merupakan Kroni Politik Anwar Ibrahim memberikan sumbangan RM50 juta kepada mana-mana NGO's TERPILIH seperti Institut Kajian Dasar (IKD)melalui kempen 'Korporat Penyayang'. Inilah contoh bagaimana Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kewangan merompak wang rakyat dengan skala yang besar untuk menjayakan cita-cita politik peribadinya. Besarnya jumlah wang rompakan itu dikatakan sebanyak RM3 billion menurut Pengakuan Bersumpah Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara. Jumlah ini tidak akan mampu membuat Anwar Ibrahim dan tujuh keturunannya menjadi miskin walau pun tidak berkerja seluruh keturunannya. Hari ini, Anwar Ibrahim bergebang tentang RASUAH dan PENYALAHGUNAAN WANG RAKYAT. Ianya ibarat PENCURI yang menuduh orang lain mencuri... Apakan daya, ramai yang telah tertipu... ...kenapalah blog aku jadi mcm ini... paragraf hilang... siapa boleh tolong betulkan...

SELAMAT BERHENTI JADI CIKGU

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang telah berkhidmat dengan penuh berdedikasi tanpa jemu mendidik anak bangsanya. Anda memang sepatutnya diberikan penghargaan yang tinggi. Kepada guru-guru yang sudah tidak berminat untuk menjadi guru lagi dan melebihkan kerja-kerja bukan guru lebih dari kerja guru yang dibayar oleh Kerajaan, ambillah langkah yang bersesuaian dengan minat anda sekarang. Perniagaan Direct Selling... atau mungkin sudah boleh merancang untuk bertanding dalam PRU13 nanti seperti Cikgu Normala di DUN Tenang, Labis tempohari. Baju sedondon suami isteri dah boleh ditempah sekarang sementara orang tak perasan sempena nak sambut hari raya sebulan dua lagi ni... Kepada bakal-bakal guru yang perangainya seumpama Adam Adli, anda tak layak jadi guru. Berhentilah atau tukar kursus dan buat kursus lain. Rosak generasi muda kalau manusia macam kamu mendidik anak-anak bangsa. Kamu patut ambil kursus penternakan... pelihara ayam, itik, kambing, lembu (lembu nanti shahrizat marah pulak) atau babi pun boleh... peluang kerja di Selangor banyak sebab Selangor kan nak buka Pusat Penternakan Babi Bersepadu... pendek kata anda memang tak layak jadi guru. Akhir sekali, Selamat Hari Guru kepada semua bekas guru saya di SK LKTP Air Tawar 1, SM Air Tawar, SM Kolam Air, Institut Al Masriyah, Para Pensyarah Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Juga kepada guru-guru dan bekas guru-guru anak-anak saya di Tadika Agama Johor, Tadika AGATA, Tadika KEMAS, PRA Sekolah, SK Datuk Usman Awang, SK Limpoon 1, TIGS BP, High School BP, SK Taman Seri Saujana, SM Tun Habab, SA Datuk Usman Awang, SA Kg Istana dan SA Taman Seri Saujana. Kami semua sentiasa berasa terhutang budi dengan cikgu-cikgu semua. Hanya Allah yang dapat membalas jasa cikgu semua. Terima kasih cikgu...

Ahad, 13 Mei 2012

SELAMAT HARI IBU 2012

Khamis, 3 Mei 2012

HIMPUNAN 30 KENYATAAN MENGELIRUKAN NIK AZIZ

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999. 2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001. 3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999. 4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka. 5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999. 6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999. 7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963. 8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999. 9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994. 10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992. 11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999. 12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994. 13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995. 14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999. 15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999. 16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999. 17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001. 18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001. 19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004. 20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001. 21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994. 22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995. 23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu. 24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal. 25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999. 26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009. 27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999 28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002. 29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir. 30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009..