Sabtu, 30 Julai 2011

AUTAR TONY PUA - Penjelasan KEMENTAH

Dua isu pemilikan aset pertahanan negara telah dipolitikkan oleh Pakatan Pembangkang. Pelbagai fakta rekaan dan penuh imaginasi kotor berbentuk fitnah telah dicipta semata mata mahu meraih keuntungan politik murahan oleh parti-parti yang terdesak untuk menutupi pelbagai kelemahan dan masalah yang melanda mereka terutamanya isu kebobrokan moral pemimpin utamanya dan lebih menggoyahkan adalah kegagalan melaksanakan janji-janji pilihanraya ke 12 yang semakin disedari dan dituntut oleh penyokong dan pengundi mereka sendiri.

Read more: http://www.pisau.net/2011/07/penerangan-kementahsukhoi-su30mkm-dan.html#ixzz1TYrZ7L36

Bagi sebuah negara yang telah mengalami kemajuan yang memberangsangkan serta permodenan sistem pentadbiran awam seperti Malaysia, prosedur pembelian sesuatu aset apatah lagi aset yang penting lagi strategik seperti aset pertahanan negara, ianya bukanlah semudah seperti kita menempah dan membeli sebuah set enjin bot nelayan atau sebuah kereta pacuan empat roda. Malah sebenarnya, untuk membeli sebatang penyapu pun mempunyai prosedur yang telah ditetapkan serta akan diaudit oleh pihak yang telah diberikan tanggungjawab dalam pentadbiran Kerajaan. Begitulah cekap dan sistematiknya sistem dan prosedur yang wujud dalam pentadbiran kerajaan melangkaui pemikiran kolot penuh prejudis pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang kemarukkan kuasa.

Penjelasan oleh KEMENTAH seperti ini sepatutnya dibuat sejak isu ini mula dibangkitkan lagi. Sekiranya ianya dianggap rahsia, maka sudah sewajarnya akta-akta tertentu digunakan bagi mengawal pihak tidak bertanggungjawab dari mengambil kesempatan bagi menghasut rakyat serta mengelirukan pemikiran mereka.

Isu keselamatan seperti ini bukanlah suatu isu yang boleh dibincangkan secara terbuka sehingga menimbulkan polemik dan perasaan bencikan kerajaan yang kononya penuh dengan rasuah padahal yang sebenarnya Kerajaan sedang mempersiapkan kelengkapan ketenteraan bagi melindungi rakyatnya sendiri yang mana ini adalah tanggungjawab hakiki bagi sesebuah Kerajaan sejak dahulu lagi.

Semoga semua ini akan menjadi pengajaran kepada pihak Kerajaan agar segera bertindak mengikut peruntukan undang-undang bagi menangani apa sahaja kegiatan oleh mana-mana pihak juga yang jelas boleh menggugat keselamatan negara.
.................................................

Kementerian Pertahanan hari ini ingin memberi penjelasan berhubung kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Kementerian Pertahanan mendapati bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat terutama oleh parti-parti politik tertentu mengenai perolehan kelengkapan tersebut sejak akhir-akhir ini telah menimbulkan banyak kekeliruan dan salah faham di dalam masyarakat.

Selain itu, ia juga menimbulkan persepsi negatif dan prasangka bahawa perolehan kelengkapan untuk keperluan Angkatan Tentera Malaysia telah dilaksanakan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan, tidak telus dan membazir.

Di sini, pihak Kementerian ingin memaklumkan bahawa semua rundingan perolehan adalah dijalankan mengikut Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara oleh pegawai-pegawai kerajaan. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian-penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan Angkatan Tentera Malaysia.

Selain itu, rujukan juga dibuat kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut. Semua terma-terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya akan ditandatangani selepas kelulusan Kementerian Kewangan diperolehi.

Berhubung dengan perolehan kapal selam Scorpene, Kementerian Pertahanan ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya kerajaan telah membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada Encik Abd Razak Baginda merupakan satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam soal perolehan kapal selam Scorpene, TIDAK ADA sebarang komisen yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd. seperti yang didakwa. Ini kerana perolehan kapal selam telah dibuat secara rundingan terus – selaras dengan tatacara perolehan kerajaan – dengan syarikat pembuat iaitu ARMARIS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

Sebaliknya, syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang didakwa menerima komisen, sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun. Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak EURO 114.96 juta, yang dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.

Skop kerja perkhidmatan sokongan adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kemudahan kediaman beserta kelengkapan untuk tim projek bagi 27 keluarga di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.

2. Menyediakan pejabat urusan dan kediaman beserta kelengkapan bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis dan Sepanyol.

3. Menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

4. Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

5. Membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia pada setiap 4 bulan (tiga kali setahun).

6. Lain-lain keperluan tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

Perkhidmatan koordinasi pula melibatkan:

1. Bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi untuk menyertai program off-set.

2. Membantu kontraktor utama dalam memberi maklumat tentang prosedur kerajaan berhubung perlaksanaan kontrak.

3. Menyelaras latihan krew kapal selam antara kontraktor dengan kerajaan.

4. Menyediakan laporan koordinasi setiap enam bulan.

Jumlah kontrak EURO 114.96 juta bukanlah merupakan keuntungan bersih milik syarikat Perimekar Sdn Bhd., sebaliknya jumlah ini adalah meliputi segala pembayaran kos langsung bagi skop perkhidmatan sokongan dan tanggungan ke atas kos tidak langsung bagi perkhidmatan koordinasi seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk melantik sebuah syarikat tempatan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi kerana kaedah tersebut dianggap lebih sesuai dan berkesan. Ia juga bagi tujuan melicinkan kerja-kerja Tim Projek membuat pemantauan ke atas pembinaan dan latihan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol.

Selain itu, segala perbelanjaan untuk projek kapal selam ini dapat dikawal dan dijadualkan manakala perbelanjaan di luar jangka (cost over-run) dapat dielakkan memandangkan pelaksanaan projek perolehan kapal selam memakan tempoh masa yang panjang iaitu selama enam tahun serta melibatkan bilangan anggota yang ramai.

Berdasarkan kepada keperluan tersebut, maka syarikat Perimekar Sdn. Bhd. telah dilantik untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan mengikut skop kerja yang ditetapkan.

Tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM pula, Kementerian Pertahanan ingin menyatakan bahawa perolehan adalah dibuat secara rundingan terus dengan Rosoboronexport, syarikat milik negara Russia.

Rundingan terus ini adalah selari dengan dasar negara Rusia dan negara-negara lain yang mempunyai polisi bagi mengawasi penjualan peralatan ketenteraan keluaran syarikat negara masing-masing agar tidak terlepas kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan senario tersebut, semua kontrak-kontrak perolehan peralatan pertahanan ditandatangani oleh wakil Kementerian Pertahanan bagi pihak Kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Principal negara asing, termasuk dalam soal pembelian pesawat Sukhoi. Perolehan pesawat ini juga mematuhi Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Dalam soal pembelian pesawat Sukhoi, syarikat Rosboronexport telah melantik sebuah syarikat tempatan untuk memudahkan urusan mereka di negara ini. Justeru, Kementerian ingin menegaskan bahawa sebarang urusan perniagaan antara Rosboronexport dan syarikat tempatan yang dilantik adalah merupakan urusan perniagaan biasa semata-mata dan sama sekali tidak melibatkan Kerajaan Malaysia.

Dengan penjelasan ini, maka Kementerian Pertahanan berharap agar semua pihak memahami keadaan sebenar dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.


Cawangan Perhubungan Awam
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kuala Lumpur

Jumaat, 29 Julai 2011

PM - Jangan Mudah Lupa Sejarah

INGAT SEJARAH : Kedah, Semalam YAB Perdana Menteri yang dikasihi menyampaikan bantuan sebanyak RM1.1 juta kpd 7 sekolah Cina & Pers. Bekas Pelajar SMJK Keat Hwa. Tahniah PM. Kami akan 'ingat sejarah' semalam. Kami juga masih ingat sejarah PRK yang mana pengundi Cina sudah tidak sokong Kjaan BN lagi... Kalau itu yang Kerajaan mahu, PRU13 nanti kami juga akan mencontohi pengundi Cina. Tunggulah... Kami akan ingat..

Dan kami juga masih ingat sejarah minggu lalu di Temerloh, Pahang, di mana YAB Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bantuan lebih RM100 juta untuk penduduk kampung-kampung baru yg terdiri dari kaum Cina juga.

Tahniah Kerajaan !!! Kami tak akan melupakan sejarah. Kami dah dapat mesej & dah mula sedar akan cara yang betul bagaimana undi harus dipangkah bagi memastikan kebajikan Bangsa Melayu akan diberikan perhatian dan menjadi keutamaan sebagaimana yg telah pengundi Cina lakukan.

Semua Pengundi Melayu, mohon sentiasa ingat pesanan YAB Perdana Menteri... Jangan lupakan sejarah.

Ahad, 24 Julai 2011

Surat Untuk Perdana Menteri


~ MataHati ~ Surat Terbuka Dr Mahathir kepada PM Tunku Abdul Rahman Putra Yang Bertarikh 17 Jun 1969 ini sepertinya boleh disesuaikan juga untuk dihantarkan kepada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak & YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

RM100 Juta Dana Pinjaman untuk 607 Kampung (Baru) ???

Skim A : Pinjaman membiayai bayaran premium & memperbaharui tempoh pajakan tanah kediaman???

Skim B : Pinjaman perniagaan mikro???

Skim C : Pinjaman menaik taraf rumah???

Berapa banyak lagi yang perlu Kerajaan lakukan untuk mengambil hati orang Cina. Bukankah PRK selepas PRU 12 telah menunjukkan bahawa pengundi Cina sudah tidak menyokong BN walau bermacam & berbilion RM telah diperuntukan kepada kaum Cina.

Adakah kerajaan sedar bahawa semua ini sangat menghiris hati orang Melayu. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Adakah Kerajaan pasti bahawa orang Melayu akan terus menyokong BN walaupun mereka terus disisihkan dan melihat dengan hati yang pedih bagaimana kerajaan menolong kaum minoriti yang telah menguasai ekonomi negara. Melayu bumiputra terpaksa menagih simpati... Menyedihkan...

Melayu juga ada maruah dan harga diri. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Percayalah, MCA & Gerakan sedang menipu UMNO & BN. Pengundi Cina tidak akan kembali menyokong BN walau apa pun yang dipersembahkan kepada mereka. Inilah masanya bagi mereka untuk merobah lanskap politik negara & menjatuhkan Kerajaan Melayu.

Percayalah Perdana Menteri, berilah perhatian kepada orang Melayu. Perkasakan Pendidikan Melayu, Ekonomi Melayu, Sosial Melayu & perkasakan Islam sebagai Agama rasmi orang Melayu. InsyaAllah, Melayu termasuk Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR mahupun Melayu DAP tidak akan teragak2 untuk memastikan kemenangan kepada calon2 Melayu.

Percayalah... Inilah sahaja cara & harapan untuk mengekalkan Kerajaan Melayu Islam di Tanah Melayu ini. Renung-renungkanlah....

........................................................
Surat Dr Mahathir Mohamad
Kepada YTM Tunku Abdul Rahman

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.
Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari
Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-
biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)

Sabtu, 16 Julai 2011

KEBODOHAN PARTI PAS

Berbanding PKR & DAP, PAS mempunyai kekuatan dari segi jumlah ahli serta jentera parti diseluruh pelusuk negara yg lebih berpengalaman dan fanatik kepada perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Malangnya, kerana kebodohan para pemimpinnya, segala kekuatan parti ini telah dipergunakan oleh DAP & Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Kerajaan Melayu Islam bagi digantikan dgn Kerajaan Kafir Harbi seperti di Pulau Pinang.

Kalau dahulu kita lihat hanya penyokong PAS sahaja yg sering diperbodohkan oleh Tok2 Gurunya sendiri. Kini Tok2 Guru & penyokong tegar PAS sendiri telah diperbodohkan oleh Kafir DAP dan Peliwat Tegar Anwar Ibrahim.

Benarlah kata2 Ustaz Omar Khalid, bekas tahanan ISA PAS, "Apabila seseorang menandatangani borang untuk menyertai PAS, maka mulai saat itu juga dia akan memperbodohkan dirinya untuk menerima bulat2 apa sahaja yang di sogokkan oleh Tok2 Guru yang ada dalam parti PAS"...