Memaparkan catatan dengan label ARTIKEL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ARTIKEL. Papar semua catatan

Isnin, 28 April 2008

MENYELAMI MAKNA POLITIK BARU




Oleh : Marzuki Mohamad

Keputusan pilihanraya umum 8 Mac yang lalu disifatkan oleh banyak pihak sebagai sesuatu yang tidak dijangka. Istilah "tsunami" politik menggambarkan seolahnya telah berlaku satu gempa besar dalam "zon terbenam" politik Malaysia, yang seterusnya menghasilkan satu gelombang mega menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; mengekalkan kerajaan PAS di Kelantan dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

Adakah sepanjang tempoh dua tiga dekad yang lalu telah berlaku pergerakan perlahan "plak-plak tektonik" dalam zon terbenam politik Malaysia, yang seterusnya membuka jalan kepada kemunculan "politik baru" di negara ini? Politik baru ini mungkin muncul dalam bentuk budaya politik baru yang seterusnya membawa kepada perubahan institusi politik.

Professor Loh Kok Wah dan Professor Johan Saravanamuttu dalam buku mereka "New Politics in Malaysia", sebuah kumpulan makalah akademik yang diterbitkan selepas pilihanraya umum 1999, membicarakan tentang kemunculan budaya politik baru di Malaysia semenjak awal 1990-an.

Budaya politik baru ini, yang dikenali sebagai developmentalisme, menjadikan pembangunan material dan sikap individualis-konsumeris sebagai elemen penting dalam menentukan pilihan politik. Kemunculan budaya politik baru ini menjadikan wacana politik Malaysia tidak lagi didominasi oleh faktor kaum, tetapi diwarnai oleh kontestasi antara faktor kaum, demokrasi berpartisipasi dan pembangunan ekonomi.

Dalam konteks politik pilihanraya di Malaysia, dominasi wacana kaum telah mewujudkan dikotomi pollitik Melayu-Bukan Melayu yang agak ketara. Misalnya, ketika wacana kaum mendominasi politik negara dalam dekad 1980-an, Barisan Nasional (BN) paling berpengaruh di kawasan majoriti pengundi Melayu. DAP pula dilihat amat berpengaruh di kawasan majoriti besar pengundi Cina.

Trend ini mula berubah dalam dekad 1990-an. Pilihanraya umum tahun 1995 menunjukkan BN, sementara terus mendominasi di kawasan majoriti Melayu dan campuran, turut mengalami peningkatan sokongan di kawasan majoriti Cina. Daripada 25 kerusi Parlimen di kawasan majoriti Cina di Semenanjung Malaysia, BN memenangi 17 kerusi berbanding tujuh kerusi sebelumnya.

Dasar kerajaan yang lebih terbuka dalam isu hubungan kaum, terutamanya yang berkait dengan pendidikan bahasa ibunda dan kebudayaan bukan Melayu, dilihat sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan sokongan bukan Melayu terhadap BN.

Dasar Ekonomi Baru

Sementara itu, kepesatan pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup golongan Bumiputera/Melayu hasil pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), turut mengurangkan risiko ketegangan kaum. Hal ini sedikit sebanyak mengurangkan dikotomi Melayu-Bukan Melayu dalam konteks politik pilihanraya di Malaysia.

Dikotomi Melayu-Bukan Melayu semakin terhakis dalam pilihanraya umum 1999. Politik kaum tidak lagi menjadi isu yang dominan dalam kempen pilihanraya, sebaliknya yang dominan ialah isu-isu bukan kaum seperti demokrasi berpartisipasi, anti-rasuah, pengagihan ekonomi yang adil dan ketelusan dalam pemerintahan.

Terdahulu, gerakan reformasi yang dipimpin oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudiannya Barisan Alternatif, telah mengenengahkan aspek kepelbagaian ras dan budaya sebagai teras utama politik demokrasi di Malaysia.

Walaupun ramai pemerhati politik melihat dikotomi Melayu-Bukan Melayu masih dominan dalam pilihanraya umum 1999, terutamanya yang berkait dengan sokongan pengundi Cina kepada BN yang kononnya membantu parti itu mengekalkan majoriti dua pertiga di parlimen, sementara undi Melayu menyaksikan peralihan ketara kepada Barisan Alternatif, DAP hanya mengalami 0.8 peratus penurunan undi popular di kawasan majoriti besar Cina.

Malah, parti itu berjaya meningkatkan jumlah kerusi yang dimenangi di kawasan tersebut - daripada enam kerusi sebelumnya kepada tujuh kerusi. Undi popular DAP di kawasan majoriti sederhana Cina juga mencatatkan peningkatan dari 39 peratus sebelumnya kepada 43.3 peratus.

Peningkatan ini kemungkinan juga disumbangkan oleh sokongan pengundi Melayu kepada parti majoriti Cina itu. Ini bermakna, sementara faktor kaum masih merupakan salah satu elemen penting dalam politik Malaysia, tidak ada satu kaum pun di negara ini yang boleh dikaitkan sama ada dengan parti pemerintah atau pembangkang. Sokongan kedua-dua kaum Melayu dan bukan Melayu terbahagi kepada kedua-dua pihak.

Sementara sokongan kepada DAP di kawasan majoriti Cina terus meningkat dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008, trend pengundian di kawasan majoriti Melayu menunjukkan peralihan sokongan berbolak balik kepada BN dan gabungan PAS dan PKR.

Pengundian rentas kaum

Umno berjaya menarik kembali sokongan pengundi Melayu pada 2004 dengan memenangi 63 daripada 71 kerusi parlimen di kawasan majoriti besar pengundi Melayu. Bagaimanapun, dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, peralihan sokongan pengundi Melayu kepada PAS dan PKR telah mengurangkan penguasaan Umno di kawasan ini kepada 43 kerusi.

Lebih menarik, dalam pilihanraya umum lalu, trend pengundian rentas kaum di kawasan campuran telah mula memihak kepada gabungan parti-parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat. Paling ketara ialah sokongan pengundi India yang selama ini disifatkan sebagai penyokong setia BN.

Pakatan Rakyat telah memenangi 14 daripada 26 kerusi parlimen di kawasan campuran di Semenanjung Malaysia, walhal dalam pilihanraya-pilihanraya umum sebelum ini, tiada kerusi di kawasan ini yang dimenangi parti pembangkang, kecuali satu pada 1999. Pakatan Rakyat juga berjaya menguasai Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang yang boleh disifatkan sebagai negeri campuran dari segi komposisi etnik pengundi.

Trend pengundian rentas kaum kepada kedua-dua parti BN dan Pakatan Rakyat membuka ruang kepada pembentukan sistem dua parti rentas kaum di negara ini. Dengan syarat kedua-dua parti ini mengambil sikap yang lebih moderat dalam isu-isu hubungan kaum, potensi pembentukan sistem dua parti rentas kaum menjadi semakin cerah.

Dalam sistem dua parti rentas kaum ini, tidak ada satu kaum pun yang boleh diidentifikasikan dengan mana-mana pakatan atau gabungan parti politik. Ini seterusnya boleh mewujudkan iklim pertandingan politik yang sihat dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Dalam sistem dan budaya politik baru ini, tentu sekali soal hubungan kaum akan terus menjadi elemen penting politik Malaysia. Walaupun trend pengundian berubah, perbezaan kaum (communal cleavages) masih wujud. Isu keistimewaan Melayu, pendidikan bahasa ibunda, kebudayaan dan hubungan antara agama akan terus releven.

Namun begitu, kedua-dua gabungan atau pakatan parti-parti politik, yang hampir kesemuanya mempunyai asas kaum tersendiri, perlu menyedari bahawa kelangsungan politik mereka tidak lagi bergantung semata-mata kepada sokongan yang diterima daripada kaum masing-masing. Hal ini berkemungkinan akan mendorong kedua-dua gabungan parti untuk mengambil sikap yang lebih sederhana dalam isu-isu hubungan kaum, tetapi pada masa yang sama, berhati-hati agar sikap tersebut tidak akan dilihat sebagai tindakan mengalah atau "selling-out" kepada kaum lain.

Isu ternakan babi

Di samping faktor kaum, tentu sekali pencapaian merupakan faktor penting yang membezakan antara kedua-dua parti. Keabsahan politik parti-parti ini tidak lagi bergantung semata-mata kepada sentimen kaum atau kesetiaan kepada parti, tetapi kepada keupayaan masing-masing untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.

Kemunculan golongan pengundi konsumeris-individualis, yang lebih mengutamakan keupayaan kerajaan untuk menyelesaikan masalah mereka - daripada memberi masalah kepada mereka - tentu sekali menuntut parti-parti politik memberi keutamaan kepada ‘prestasi' daripada sentimen.

Misalnya, isu projek ternakan babi moden di Selangor. Apakah rakyat melihat isu ini dari kaca mata sentimen, iaitu orang Melayu tidak suka kepada babi dan orang Cina, tidak kira apapun, mesti mempertahankan penternak babi; atau dari kaca mata ‘prestasi', iaitu parti manakah yang berupaya menawarkan penyelesaian terbaik kepada masalah pencemaran alam di samping memastikan bekalan babi tidak berkurangan?

Politik baru ini tentu sekali tidak muncul dalam satu vakum. Perubahan sosio-ekonomi, proses perbandaran, pemeluasan kelas menengah, kewujudan golongan konsumeris-individualis dan kesedaran terhadap politik demokrasi berpartisipasi yang stabil, memunculkan individu celik politik yang menilai secara kritis tindak-tanduk ahli politik dan dasar parti politik dan kerajaan. Dalam erti kata lain, golongan ini biasanya lebih bebas dalam membuat pilihan politik.

Sementara ramai penganalisis politik cuba memberi rasional kepada kemunculan gelombang tsunami politik dalam pilihanraya umum lalu dengan mengaitkan rantaian faktor peristiwa dan personaliti politik, plak-plak tektonik politik Malaysia - pembangunan ekonomi, proses urbanisasi, pemeluasan kelas menengah dan kemunculan golongan konsumeris-individualis rentas kaum - telah bergeseran sesama sendiri secara perlahan-lahan sejak beberapa dekad yang lalu.

Sementara rantaian faktor peristiwa dan personaliti memberi pelengkap kepada keributan tsunami itu, gelombang tsunami politik itu sendiri merupakan hasil daripada ledakan yang berlaku dalam "zon terbenam" politik Malaysia. Yang perlu diteropong oleh para penganalisis politik ialah sejauh mana ledakan itu telah menyebabkan perubahan struktural kepada lanskap politik Malaysia.

.......................................................
~Marzuki Mohamad ialah pensyarah sains politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa pusat Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Sabtu, 12 April 2008

TEKS UCAPAN KU LI


Berikut adalah teks ucapan penuh Tengku Razaleigh Hamzah. Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan, semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Khas UMNO Bahagian Gua Musang, di Balai Rakyat, Bukit Cekati, Gua Musang, jam 10.00 pagi, Jumaat, 4 April 2008, bersamaan 27hb Rabiulawal 1429.

Saya sebenarnya secara pribadi merasakan zaman Ku Li untuk memimpin dan merawat UMNO sudah terlambat. Saya berpandangan Kegagalan UMNO Kelantan berpunca dari Pengkhianatan Ku Li yang memimpin Semangat 46 bersekongkol dengan PAS dan DAP sehingga berjaya menawan Kelantan. Bagi saya, mana-mana pemimpin UMNO yang sanggup dan pernah bekerjasama dengan pembangkang untuk menentang UMNO sudah hilang kelayakan untuk memimpin UMNO semula. Dan bagi saya juga, Ku Li harus membuktikan keupayaannya merawat UMNO Kelantan yang pernah dirosakkannya sebelum menawarkan diri untuk merawat UMNO secara keseluruhannya.

UMNO yang Memasuki era 50 tahun ke2nya, memerlukan kepimpinan muda yang lebih dinamik lagi memahami kehendak semasa dan dapat memacu agenda meremajakan parti bagi membina persepsi yang lebih segar terhadap UMNO di kalangan generasi muda Melayu. Walau bagaimanapun, intisari ucapan Ku Li ini amat menarik untuk diteliti oleh semua yang sayangkan bangsa Melayu. ~MataHatiJohor~
........................................................

Kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah Izin-Nya, kita semua dapat bertemu di perjumpaan ini pada ketika kita sedang menghadapi pengalaman yang sangat pahit dan membimbangkan kita semua, iaitu pengalaman buruk yang dilalui oleh UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang baru lepas.

Sejak tertubuhnya UMNO pada 11 Mei 1946, parti kebangsaan Melayu ini tidak pernah tercabar begitu hebat dan teruk seperti yang berlaku padanya selepas PRU12.

UMNO lahir dari semangat perjuangan kebangsaan menentang muslihat dan gagasan British untuk menghapuskan kedaulatan bangsa Melayu, negeri Melayu dan raja Melayu di tanah air mereka sendiri.

Kita berjaya menumpaskan gagasan penjajah itu dan meneruskan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan hanya dengan bersenjatakan semangat cinta kepada bangsa, agama, budaya dan tanah air.

Itulah agenda kebangsaan Melayu waktu itu dan itulah sumber kekuatan yang telah menyatukan bangsa Melayu sehingga kita akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan tanpa terpaksa berperang kerana pihak British menyedari bahawa bangsa Melayu waktu itu mempunyai kekuatan sejarah dan warisan yang kuat, dan sukar ditentang.

Kekuatan UMNO itu terbukti dalam PRU pertama yang diadakan dalam tahun 1955. Parti Perikatan yang diterajui oleh UMNO dengan dukungan rakan-rakan dari MCA dan MIC mencapai kemenangan yang cemerlang. Daripada 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan (sekarang Parlimen) yang ditandingi, Perikatan memenangi 51 kerusi dan menguasai lebih 2/3 atau hampir 95% kerusi Majlis Perundangan Persekutuan.

Yang penting kita ingatkan diri kita semula ialah, kerusi UMNO melebihi 2/3 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan dengan memenangi 33 kerusi. Ini bererti bahawa kuasa politik Melayu pada waktu itu cukup kuat dan itulah salah satu asas ketuanan bangsa Melayu.

Malangnya kita tidak bertahan dan tidak mampu memperkukuhkan kedudukan itu dalam pilihan-pilihan raya berikutnya.

Empat puluh tahun kemudian, iaitu selepas PRU12 dalam tahun ini, UMNO jatuh tarafnya sebagai parti yang terkuat dan yang didukung oleh majoriti orang Melayu tiba-tiba jatuh menjadi parti yang kecil perwakilannya dalam Parlimen padahal parti ini adalah parti yang terbesar di negara ini, mempunyai 191 Bahagian di seluruh Malaysia dan jumlah anggotanya melebihi 3 juta orang.

UMNO cuma berjaya memenangi 78 buah kerusi Parlimen, menurun sebanyak 32 buah kerusi dari jumlah 110 buah kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-11.

Hilang Kuasa

Yang memeranjatkan kita ialah, parti baru, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 31 kerusi Parlimen. Dalam tahun 2004 parti ini cuma mempunyai seorang ahli Parlimen. Daripada 31 ahli parlimen PKR itu, 18 ialah orang Melayu. PAS memenangi 23 kerusi. Dalam tahun 2004 parti ini mempunyai 6 orang ahli Parlimen sahaja.

Akibatnya, BN kehilangan kuasa majoriti 2/3 majoriti dalam Parlimen

Dua perkembangan lain yang tidak disangka-sangka oleh UMNO (tetapi mungkin tidak memeranjatkan orang lain) ialah pertama, jatuhnya empat buah negeri – Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang - ke tangan parti Pakatan Rakyat, iaitu gabungan parti PAS-PKR-DAP. PAS di Kelantan menjadi bertambah kuat.

Dan kedua, kalahnya banyak calon MCA, MIC dan Gerakan di tangan calon DAP dan PKR.

Itu petanda bahawa BN dan UMNO yang telah memerintah negara ini dengan tidak putus-putus sejak merdeka atau sejak tahun 1955 tidak lagi mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat Malaysia dari semua kaum.

Berdasarkan statistik tentang kadar jumlah undi popular seluruh rakyat Malaysia, didapati bahawa hanya 48% sahaja daripada pengundi seluruh negara yang menyokong (mengundi) BN, manakala jumlah undi popular seluruh negara yang menyokong parti-parti lawan ialah 52%.

Jadi, mesej atau isyarat pengundi agak terang dan jelas: Mereka mahukan perubahan kerajaan. Mereka mahukan kerajaan yang lebih cekap, telus, bersih, beramanah, adil dan pro-rakyat tanpa mengira kaum.

Beberapa perkembangan yang berlaku sebelum PRU12 itu diadakan, memperkuatkan lagi ketidakyakinan rakyat terhadap keupayaan dan komitmen kerajaan BN untuk memerintah negara ini dengan cekap, bersih, amanah dan adil, untuk menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi, sosial, perumahan dan pendidikan rakyat miskin, untuk menghapuskan rasuah yang semakin menjadi-jadi di kalangan ‘orang atasan’ dan yang berkuasa, termasuk dari kalangan wakil rakyat sendiri.

Kita sebut satu kes sahaja, iaitu kes yang berkaitan dengan ‘rakaman video Lingam’ yang didedahkan kepada Suruhanjaya yang dilantik untuk mendengar kes ini.

Segala cerita yang disampaikan kepada Suruhanjaya kes ini memperlihatkan kepada rakyat betapa korap dan lemahnya sistem pelantikan dan cara membuat keputusan mahkamah.

Bayangkan, seorang peguam bela dalam kes tertentu boleh menulis keputusan (judgement) mahkamah dan hakim yang berkenaan hanya membaca keputusan yang telah disediakan oleh peguam itu.

Bayangkan juga, para tauke atau tauke judi boleh ‘campur tangan’ dalam soal pelantikan hakim.

Malapetaka

Kes seperti ini tidak sahaja mengaibkan darjat hakim – hakim bangsa Melayu beragama Islam pula – tetapi ia dengan jelas memusnahkan kredibiliti kerajaan BN yang nampaknya membiarkan perkara-perkara yang buruk dan dahsyat itu berlaku terhadap sistem kehakiman negara. Orang akan takut untuk menghadapi mahkamah yang dikendalikan oleh hakim yang boleh dibeli.

Ada beberapa kes lain – ada yang masih belum selesai, iaitu masih dalam proses pembicaraan – yang juga tidak kurang besar pengaruhnya terhadap sentimen dan pola pemilihan rakyat dalam PRU12.

Tidak usah saya sebutkan kes-kes itu – saudara sekalian yang membaca surat khabar tentu mengetahuinya.

Apakah Respons Kita Terhadap Kemerosotan Kuasa Politik UMNO ini?

Sampai saat ini, setelah hampir sebulan UMNO dan BN mengalami ‘malapetaka’ politik yang dahsyat itu, tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti untuk membincangkan sebab-sebab mengapa ‘malapetaka’ itu berlaku pada UMNO dan BN.

Tidak ada usaha untuk mengajak para perwakilan UMNO dari semua peringkat – peringkat Bahagian dan Cawangan – untuk mengadakan proses muhasabah secara terbuka, secara kritis tetapi tenang.

Matang dan rasional, tidak beremosi, dari hati ke hati sesama anggota parti sendiri, membincangkan ‘masalah rumah’ sendiri ini, dan mencari jalan yang baik dan benar dengan tujuan untuk memperbaiki diri dan menghindari berlakunya kejadian yang lebih buruk lagi baik sekarang mahu pun dalam PRU akan datang.

Kita mendengar bermacam-macam reaksi, pandangan dan keluhan, kritik dan tuduh menuduh dari orang-orang perseorangan UMNO, yang paling banyak ialah dari beberapa orang pemimpin dan menteri UMNO.

Ada yang mengatakan bahawa kita sebenarnya tidak kalah, kita masih menang; ada yang berkata, ‘BN akan bangkit semula untuk menebus kekalahannya’; ada yang menyalahkan orang Melayu yang memilih parti lain, dan berkata orang Melayu itu ‘tidak mengenang jasa’ (tidak tahu saya ‘jasa siapa dan apa’); ada yang menyalahkan generasi muda Melayu kerana kononnya mereka ‘tidak faham perjuangan UMNO’ atau kerana mereka tidak mendapat berita, maklumat dan cerita yang sebenar tentang kerajaan, UMNO dan BN yang disiarkan dalam surat khabar arus perdana, tetapi membacanya dari blog-blog ‘anti kerajaan’ dan ‘anti UMNO’ dalam internet.

Jadi, nampaknya, kita masih mengekalkan fiil dan budaya lama, fiil tidak mahu memeriksa kesalahan dan kelemahan kita secara kolektif, secara rasional, bijak dan cerdik. Kita mencari kesalahan orang lain, kesalahan pengundi, kesalahan parti lawan.

Suara Rakyat

Para pemimpin parti – walaupun tidak semuanya – cuba menutup suara rakyat akar umbi UMNO, tidak mahu mendengar pandangan dan kritikan dan teguran mereka. Kita pergi ke sana ke mari menyebarkan propaganda dan dongeng bahawa parti akan rosak jikalau ahli akar umbi UMNO tidak menyerahkan segala masalah yang dihadapi oleh UMNO sekarang kepada pucuk pimpinan untuk ditangani dengan sebaik-baiknya – mereka diseru supaya memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan.

Apakah mereka tidak sedar bahawa yang menjadi punca besar kelemahan UMNO yang membawa kepada malapetaka yang tersebut itu bukan rakyat akar umbi UMNO tetapi ialah kelemahan kepimpinan UMNO, ini termasuk para menteri UMNO, yang setengah-setengahnya tidak mempunyai rekod peribadi, moral dan budaya yang baik.

Merekalah yang tidak mahu UMNO berubah; merekalah yang mahu kepimpinan UMNO yang ada dikekalkan, jangan digantikan, jangan ditandingi.

Masalah UMNO bukan masalah beberapa orang yang berkepentingan sahaja, tetapi masalah bersama semua ahli UMNO. UMNO bukan kelab golongan elit, golongan hartawan dan peniaga, kelab ‘eksklusif’.

UMNO ialah parti politik kebangsaan Melayu. Tugasnya bukan untuk menjaga periuk nasi anggota atasannya tetapi untuk memperjuang, menegakkan, dan memperkukuh tiga tiang kekuatan bangsa Melayu, yang saya sebut tiang Alif, Ba, Ta: Alif bererti Agama, Ba bererti Bahasa, Budaya dan Bangsa, dan Ta bererti Tanah Air.

Apabila UMNO tidak lagi mempedulikan perjuangan Alif, Ba, Ta ini, yang merupakan perjuangan Melayu yang asas, yang fundamental, alamat UMNO akan kehilangan pedoman dan petunjuk daripada Allah dan akan ditinggalkan oleh bangsa Melayu.

Masalah kita sekarang ialah, bagaimanakah anggota UMNO sebahagian besarnya tidak akan lari meninggalkan kapal yang sedang rosak dan bila-bila masa boleh tenggelam kerana nakhodanya lemah, dan seringkali meninggalkan kemudi atau menyerahkannya kepada anak-anak kapalnya.

Anggaplah masalah yang kita hadapi itu sebagai darurat UMNO. Untuk menangani sesuatu darurat kita perlu bertindak segera sebelum darurat itu merebak dan merosakkan seluruh asas tamadun dan perjuangan UMNO yang telah dibina sejak tahun 1946.

Kita perlu mengadakan sidang muhasabah dengan segera, melibatkan perwakilan UMNO yang selama ini menjadi nadi dan tenaga raksasa dalam kelangsungan hidup UMNO selama 60 tahun, untuk membincangkan kelemahan dan kesalahan UMNO selama ini dan memikirkan visi baru UMNO untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Rakyat hari ini tidak sama lagi dengan rakyat 40 atau 30 tahun yang lepas.

Harapan mereka tidak sama lagi dengan harapan ibu bapa atau nenek mereka. UMNO perlu terus relevan dengan cita-cita, harapan dan tuntutan mereka.

Perkara Pokok

Saya hendak menyentuh tiga perkara pokok yang saya anggap menjadi punca kelemahan UMNO, terutama mulai tahun 1980-an sehingga akhirnya menyebabkan UMNO (dan BN) nyaris-nyaris terlungkup dalam PRU12.

Pertama: Musnahnya Demokrasi dalam UMNO. Ini bermula apabila Perlembagaan UMNO dipinda dengan memasukkan peraturan baru yang menetapkan syarat bahawa anggota parti yang hendak menandingi jawatan Presiden hendaklah mendapat pencalonan sebanyak 30% daripada Bahagian UMNO. Ini bererti calon itu perlu mendapat pencalonan daripada 58 Bahagian daripada jumlah 191 Bahagian UMNO.

Tujuannya kononnya ialah untuk mengelak supaya tidak sembarangan anggota parti sahaja, sesuka hatinya dan secara bermain-main akan mengemukakan dirinya sebagai calon Presiden atau jawatan-jawatan lain.

Saya tidak fikir anggota UMNO yang tahu diri dan berbudaya dengan sesuka hati sahaja akan mencabar Presiden UMNO, lebih-lebih lagi jikalau Presiden itu diketahui oleh semua anggota parti sebagai pemimpin yang baik, cekap, bijak, adil, bersih dan tegas.

Sebelum kuota itu diperkenalkan, UMNO pernah juga mengenakan peraturan, iaitu calon hendaklah mendapat pencalonan daripada dua bahagian sahaja. Ini ‘peraturan’ yang munasabah dan tidak terlalu ‘undemocratic’.

Parti yang wujud dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidak mengamalkan demokrasi dalam partinya sendiri, bagi saya, ini adalah amalan yang bercanggah dan luar biasa.

Parti yang tidak mengamalkan demokrasi bererti parti itu menyekat atau tidak menggalakkan tumbuhnya kecekapan dan kreativiti dalam parti itu; anggotanya tidak dibenarkan bersuara untuk menegur pimpinan parti, atau untuk memilih pemimpin yang lebih baik.

Orang tidak dibenarkan dan selalunya disekat malah digertak supaya jangan menentang atau menandingi pemimpin-pemimpin parti. Akibatnya parti menjadi beku.

Pembaharuan dan kemajuan parti bantut. Kita lebih seronok mempercayai bahawa parti tidak menghadapi apa-apa masalah, parti kita kuat, anggota parti bersatu, dan pelbagai persepsi diri sendiri yang diciptakan secara emosi dan retorik.

Orang lebih taat kepada pemimpin daripada kepada parti dan perjuangan parti. Rasuah politik akan dan memang sedang berlaku dalam parti sebagai cara untuk membeli undi atau untuk mengekalkan kedudukan pemimpin yang lemah.

Hak Ahli

Maka lahirlah banyak ‘pak turut’ dan ‘tukang ampu’ dalam parti yang secara tidak bermoral dan berprinsip akan sentiasa memuji dan membela pemimpin walaupun mereka tahu pemimpin itu lemah.

Inilah keadaan yang berlaku dalam UMNO hingga sekarang. Setiap kali menjelang pilihan parti, ada sahaja orang dan puak yang menyeru anggota parti supaya jawatan Presiden Parti, atau Timbalan Presiden, Ketua Wanita, atau Ketua Pemuda tidak ditandingi.
Sebenarnya mereka tidak berhak berbuat demikian. Memilih pemimpin parti dari peringkat Presiden hingga ke peringkat pemimpin akar umbi adalah hak anggota parti.

Jadi, untuk menyelamatkan UMNO dan menjadikannya parti politik kebangsaan Melayu ini terus relevan, cekap, kuat dan maju sepanjang zaman, demokrasi hendaklah dikembalikan dalam UMNO.

Saya mengesyorkan dua perubahan: Pertama, kuota yang ada itu dihapuskan dan kedua, parti hendaklah mengawal kerajaan.

Ahli UMNO yang memegang jawatan kerajaan tidak boleh lebih berkuasa dari parti. Partilah yang seharusnya mengawal, memantau dan menilai prestasi mereka. Jika mereka menjalankan dasar yang bertentangan dengan dasar parti, mereka boleh dipersoalkan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Logik cadangan ini mudah dan jelas: Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri dari UMNO tidak akan memegang jawatan itu sekiranya mereka tidak lebih dahulu dipilih oleh perwakilan UMNO sebagai Presiden dan Timbalan Presiden parti dan oleh rakyat sebagai ahli Parlimen.

Kalau Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO menggubal dan melaksanakan dasar yang boleh menjahanamkan Bahasa Melayu dan Agama Islam, maka dia mesti ditegur dan didisiplinkan oleh parti. UMNO perlu mewujudkan mekanisme yang sesuai dan cekap untuk melaksanakan sistem ‘parti mengawal kerajaan’ ini.

Kedua, Dasar dan Visi UMNO hendaklah merentas sempadan kaum, dan tidak dilihat sebagai parti untuk dan bagi pihak orang Melayu sahaja.

Parti Supraetnik

Dasar dan visi UMNO yang asal, iaitu yang berasaskan perjuangan Alif, Ba, Ta, seperti yang saya sebutkan tadi, tetap dipertahankan tetapi dalam soal untuk memajukan keadaan hidup ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya untuk rakyat, UMNO hendaklah memprojekkan dirinya sebagai parti untuk kepentingan semua rakyat tidak kira kaum.

Kita mahu UMNO menjadi parti supraetnik, parti nasional, yang adil kepada rakyat tanpa mengira kaum tetapi tetap mempertahankan ‘visi tradisionalnya’: iaitu, mempertahankan tanah air (negara ini) daripada penjajahan politik, ekonomi, ideologi dan budaya orang asing atau kuasa asing, mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara yang faedahnya ialah untuk negara, bukan untuk mana-mana kaum, dan mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan. Dasar dan perjuangan parti UMNO ini tidak menjejaskan hak dan kepentingan kaum lain.

Imej UMNO selama beberapa tahun kebelakangan ini dapat kita bahagikan kepada tiga jenis:

Pertama, imejnya kepada orang Melayu ialah: UMNO tidak lagi memperjuangkan hak-hak yang menjadi warisan bangsa Melayu sejak dahulu kala. UMNO dilihat sebagai parti yang tidak lagi mempedulikan Bahasa Melayu, budaya Melayu dan ekonomi rakyat Melayu yang miskin. Ini memarahkan orang Melayu.

Di samping ini orang Melayu juga mula risau dan khuatir melihat kurangnya komitmen UMNO untuk mempertahankan martabat dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu. Institusi Raja-Raja Melayu ialah institusi yang tertua di Tanah Melayu dengan usianya melebihi 700 tahun dan institusi inilah yang menjadi salah satu penyelamat tamadun Melayu walaupun kita dicabar oleh tiga kuasa Barat, iaitu Portugis, Belanda dan British. Negeri Melayu dan kedaulatan Melayu kekal sampai sekarang kerana adanya institusi ini sebagai penyelamat bangsa.

Imej kedua ialah: imej UMNO di mata orang bukan Melayu, iaitu, mereka menganggap UMNO ialah parti untuk kepentingan orang Melayu, tidak untuk kepentingan kaum lain; UMNO dianggotai oleh orang Melayu yang ‘fanatik Melayu’, suka menjulang keris apabila memarahkan kaum lain, entah apalah sebabnya.

Imej UMNO yang ketiga ialah: imejnya sebagai parti yang menggalakkan rasuah politik atau parti ‘orang kaya’ di atas dan parti orang miskin di bawah, parti yang korap, parti yang berkeliaran dengan buaya-buaya darat dan yu-yu laut yang tidak segan silu menyapu dan menelan segala projek dan kontrak kerajaan dan hak rakyat miskin tidak kira kaum. Imej ini dibenci oleh semua kaum, tidak sahaja orang Melayu tetapi juga oleh kaum bukan Melayu.

UMNO mesti mengubah atau kalau perlu membersihkan ketiga-tiga imej yang buruk itu. UMNO mesti dipercayai bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh orang bukan Melayu.

Dalam PRU12, kita lihat ada orang dari kaum India dan kaum Cina, misalnya, mengibarkan dan menjunjung bendera PAS, dan mereka mengundi calon PAS di kawasan kuat UMNO.

Mengapa? Apakah kerana mereka sudah dipukau atau di-Islamkan oleh orang PAS? Tidak. Mereka berbuat demikian kerana mereka percaya bahawa PAS, berdasarkan prinsip Islam, lebih adil daripada UMNO terhadap kaum bukan Islam.

Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin UMNO Kelantan.

Cabaran Semasa

Inilah cabaran yang dihadapi oleh UMNO hari ini. UMNO terpaksa menjadi parti yang boleh dipercayai oleh semua kaum. UMNO terpaksa menyaingi parti baru seperti PKR yang dilihat oleh semua kaum – termasuk orang Melayu generasi baru – sebagai parti yang dasarnya ialah keadilan kepada semua rakyat berdasarkan keadaan dan keperluan asas mereka.

Ketiga: perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang UMNO perlu diadabkan.

Kita perhatikan dalam kempen PRU12, kelakuan beberapa calon UMNO tidak beradab. Mereka sombong, bercakap besar, riak, dan suka menabik dada. Seorang calon Parlimen UMNO memberitahu media bahawa matlamat dia ialah untuk memastikan lawannya hilang deposit.

Calon ini mengalami kekalahan teruk, diajar oleh pengundi Melayu. Di Kelantan kita dengar bagaimana seorang calon Parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di K.L memaki hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Datuk Nik Aziz, MB Kelantan.

Bahkan seluruh jentera UMNO digerakkan untuk melancarkan semacam ‘perang salib’ terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilakukan oleh Bush terhadap negara Islam.

Saya faham, PAS ialah parti lawan UMNO tetapi bukan itulah caranya orang Melayu-Islam cuba mengalahkan pihak lawan sesama bangsa dan sesama agama.

Kita adalah bangsa yang berbudaya, beragama Islam, beradab. Orang Melayu – bahkan orang bukan Melayu dan bukan Islam pun – meluat dan menyampah dengan fiil dan kelakuan sombong bongkak itu. Kita tidak diajarkan cara bagaimana hendak memikat hati pihak lawan. Kita seolah-olah menggunakan budaya dan taktik samseng.

Akhirnya, kita kalah – kalah lebih teruk daripada dalam tahun 2004, bukan kerana dasar UMNO tidak baik tetapi kerana orang UMNO itu yang tidak baik, dan merekalah yang merosakkan imej parti.

Saya rasa kelakuan yang semakin biadab itu timbul daripada beberapa sebab, antaranya dapat kita sebut:

(a) kerana terlalu yakin pada kekuatan parti – dan tidak nampak apakah kelemahannya – lalu orang-orang seperti itu berasa megah, berani bercakap besar dan memberi tahu pengundi ‘Aku akan menjadi Menteri Besar’ atau akan menjadi menteri jika dipilih;

Jahil Budaya

(b) ekonomi pasaran atau ekonomi kapitalisme sudah menjadi alat politik UMNO untuk memperkayakan orang-orang tertentu dalam UMNO untuk kepentingan kepimpinan, tidak untuk kepentingan rakyat dan anggota akar umbi UMNO. Jiwa dan roh Melayu orang UMNO mulai digantikan dengan ‘roh perut’. Wang menjadi alat permainan politik dan kuasa dalam UMNO.

Jadi, untuk menyelamatkan UMNO, kita kena buang segala anggota UMNO di atas itu yang jahat, yang korap, yang tidak berbudaya dan berakhlak tinggi, dan yang tidak bijaksana.

Ada orang boleh jadi geliga otaknya, lulusan dari Oxford, Harvard dan sebagainya, tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya. Orang ini tidak layak diangkat oleh UMNO untuk menjadi pemimpin mereka.

Mengapa? Sebabnya mereka tidak mempunyai ‘roh atau semangat Melayu’ yang cukup dalam dadanya, tidak bijak, tidak pandai bercakap dan berhujah dengan rakyat.
Mereka mungkin layak menjadi penyelidik akademik, tetapi tidak layak menjadi pemimpin bagi bangsa Melayu-Islam yang mempunyai nilai-nilai ketimurannya yang tersendiri, yang perlu difahami oleh sesiapa yang hendak menjadi pemimpin orang Melayu.

Mungkin banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan oleh UMNO yang menjadi punca kelemahan UMNO. Kita tidak boleh menyerahkan semua perkara ini kepada beberapa orang pemimpin sahaja untuk memikirkannya.

Mereka boleh jadi tidak mempunyai ‘feed-back’ yang cukup, yang benar, yang ikhlas dari bawah, dari anggota akar umbi UMNO, untuk mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku dalam UMNO yang menyebabkan parti nyaris-nyaris tersungkur dalam PRU12.

Inilah sebabnya mengapa saya menggesa supaya Perhimpunan Agung Khas itu diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO diadakan. Kita tidak mahu nanti perwakilan yang datang ke persidangan pemilihan itu datang seperti fiil lama, tidak mengetahui apakah kelemahan dan masalah UMNO, lalu mereka memilih atau disuruh memilih calon-calon yang sama, yang lemah untuk memimpin parti. Kalau begitu gayanya, saya khuatir kita akan mengalami malapetaka yang lebih buruk lagi.

KONSEP & TEORI NEGARA


Sebagai mukaddimah, saya memulakan perbincangan dengan memaparkan beberapa artikel yang berkaitan dengan bidang sains politik yang saya petik semula dari Wikipedia bagi kefahaman asas kepada pembaca.... ~MataHatiJohor~
-----------------------------------



Rencana ini mengenai konsep negara dari aspek politik.

Negara (Bahasa Inggeris: State; Bahasa Perancis: Etat) adalah satu komuniti politik tersusun yang menakluki sesuatukawasan dan mempunyai kedaulatan luaran dan dalaman yang boleh menguatkuasakan monopoli terhadap penggunaan kekerasan yang difikirkan wajar.

Ia tidak perlu untuk mempunyai satu kerajaan yang tersusun untuk wujud. Dalam sejarah sendiri terdapat ramai kisah negara-negara yang mempunyai kelompok-kelompok puak yang mempertikaikan kerajaan seperti Republik China pada tahun 1912, akan tetapi negara berkenaan tidak pula berhenti kewujudannya. Maka, satu kerajaan tidak perlu untuk satu negara, asalkan kewujudannya diiktiraf komuniti dunia. Pengiktirafan ini juga memberikan sesebuah negara hak untuk memasuki perjanjian dengan negara lain pada peringkat antarabangsa. Walaupun kewujudan satu kerajaan tidak perlu untuk negara, negara tetap memerlukan kerajaan untuk mengawal hal ehwal dalamannya.

Pengenalan


Perkataan negara dalam maksud terkini biasanya merujuk kepada konsep yang lahir hasil Triti Wesphalia pada tahun1648 yang memperkenalkan konsep moden negara nation-state (negara bangsa), berbanding negara empire-state(negara empayar) yang kuno. Contohnya, Persekutuan Malaysia dan Turki yang wujud sebagai nation-state pada hari ini berbanding empire-state empayar Melaka dan Turki Uthmanniyah yang kuno. Negara daripada aspek politik state biasanya digunakan dalam bidang sains politik.


Max Weber dalam buku "Politik sebagai vokasi" (Politics as a vocation) (1918) memberi definasi Negara yang paling kerap digunakan dalam teori-teori politik masa kini. Mengikut Weber, "Setiap negara wujud hasil penggunaan kekerasan [...] Jika tiadanya institusi sosial ganas wujud, konsep 'negara' tidak membawa maksud dan satu keadaan yang diberi nama 'anarki' akan timbul. Maka, negara adalah "satu komuniti manusia yang dengan jayanya mendapat pengiktirafan penggunaan kekerasan dalam satu kawasan." Dalam definasi ini dia mencerminkan pendapat ahli falsafah Thomas Hobbes yang mengatakan penguakuasaan Leviathan akan mencegah kematian yang ganas. Weber: "Negara adalah satu-satunya sumber 'hak' menggunakan kekerasan". [1]

Definasi yang diberi Weber adalah penting kerana dia memperkenalkan usul yang negaralah satu-satunya bentuk penggunaan kuasa yang sah. Dalam maksud itu, kuasa, yang berlawanan dengan umpamanya keganasan, organisasi, penagihan dan atribusi lainan adalah konsep penting yang dikaitkan dengan negara dalam politik sains terkini. (Lihat seminal Peter Evans, Theda Skocpol, Dietrich Rueschemeyer, eds., Bringing the State Back in, Cambridge University Press, 1985).

Dalam pada itu, sesetengah cendakiawan mempertikaikan kuasa negara. Errico Malatesta, seorang ahli anarki terkenal, menulis "Ahli anarki secara amnya menggunakan perkataan "Negara" untuk merujuk kesemua institusi politik, perundangan, kehakiman, ketenteraan, kewangan dll. yang dikawal sendirinya dan ditadbir oleh kelakuan sendiri sesetengah individu tertentu dan mempunyai kepercayaan ramai untuk menjaga keselamatan mereka, dan perlaksaan ini, secara terangan atau tersembunyi, memaksa orang ramai menghormatinya dengan itu menggunakan penguatkuasaan kolektif komuniti ke arah ini"

Lainnya mengkritik atribusi lain negara moden seperti autonominya atau kedaulatannya. Dalam teori, satu negara adalah entiti yang mempunyai autonomi luas dalam hal ehwal ekonomi dan sosial dalamannya dan bebas daripada pengaruh negara dan kuasa lain. Akan tetapi beberapa komentasi kini mengatakan bahawa kita kian kehilangan keadaan ini dalam sistem antarabangsa dan merujuk kepada perubahan sifat ekonomi, budaya, politik dan teknologi seperdi fenomena globalisasi dan kewujudan entiti-entiti supranasional seperti Kesatuan Eropah. (Lihat Kenichi Ohmae, The end of the nation state, 1996).


Nama dan istilah

Nama state dalam Bahasa Inggeris juga digunakan untuk merujuk kepada pembahagian politik subnasional dalam satu sistem persekutuan, sebagaimana yang diamalkan di Malaysia. Dalam Bahasa Melayu, istilah ini mempunyai nama lain iaitu negeri. Lihat Negeri, Negeri (undang-undang) dan Persekutuan.

Dalam pengunaan harian Bahasa Inggeris nama country,nation dan state digunakan secara kasual sebagai sinonim, tetapi definasi betulnya adalah:

~country adalah kawasan geografi.

nation adalah budaya atau bangsa (tetapi nationaldan international mempunyai maksud yang mengelirukan dengan merujuk kepada perkara-perkara yang menjadi hal ehwal states, seperti "national capital" dan "international law". Masalah ini tidak wujud dalam Bahasa Melayudengan penggunaan perkataan "kebangsaan" dan "antarabangsa" berdasarkan perkataan "bangsa" merujuk secara betulnya kepada konsep negara secara bangsa dan budaya.)

~state merujuk kepada kerajaan dan entiti dalamundang-undang antarabangsa.

Dalam Bahasa Melayu, tiada perkataan khas untuk negara dalam tiga aspek ini. Hakikatnya penutur Melayu menganggap nation dan country sebagai negara dan perkataan state difahami sebagai negeri kerana penutur Bahasa Melayu secara majoritinya tinggal di negara Malaysia yang mengamalkan persekutuan. Oleh itu, berlakunya kekeliruan akan maksud sebenar nation, country dan state di kalangan mereka.

Kini, kawasan tanah permukaan Bumi dibahagikan antara kira-kira lebih 200 negara yang wujud sekarang, dengan benua Antartika menjadi kes khas dimana negara tidak memerintah tanahnya. Terdapat juga kawasan dimana kuasa negara wujud secara teori, tetapi tidak dalam realiti, seperti negara Somalia. (Lihat Negara gagal).

Meskipun perkataan nation (budaya), country (geografi) dan state (politik) dalam Bahasa Inggeris mempunyai maksud jelas, perkataan-perkataan ini dicampurkan maksudnya dalam penggunaan harian dan boleh diberikan definasi-definasi lain yang mengelirukan. Sebagai contoh Cornwall dikira oleh sesetengah pihak sebagai nation di England yang merupakan constituent country atau home nation United Kingdom. United Kingdom adalah state yang diiktiraf berdaulat oleh negara-negara lain juga boleh dirujuk sebagai country di mana penduduknya mempunyai nationality British. Terminologi juga boleh menjadi lebih kompleks apabila perkataan state digunakan oleh negara-negara yang mengunapakai pemerintahan berteraskan persekutuan dengan merujuk kepada negeri. Dalam kebanyakan negara yang menggunakan Bahasa Inggeris, perkataaan state, nation dan country difahami dalam konteks tempatan dan tidak disalahertikan dalam konteks berkenaan. Tetapi apabila perkataan-perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada harapan sesetengah bangsa untuk mendirikan negara sendiri di persada antarabangsa, penggunaannya mendatangkan kontroversi dan boleh menyebabkan salah faham.

Etimologi

Dalam Bahasa Inggeris perkataan "state" berasal daripada konsep state atau takhta zaman silam di mana head of state (ketua negara) secara biasanya seorang raja, akan bersantai. Dengan proses metonimi, perkataan state merujuk kepada raja berkenaan dan kuasa yang dimilikinya, miskipun penggunaan pertama tidak lagi digunapakai. Satu bentuk sama adalah konsep kebolehan bangunan kerajaan mempunyai kuasa, seperti "The White House today released a statement..." ("Rumah Putih pada hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar...")


Pembentukan Sesebuah Negara

Pembentukan sesebah negara berkait rapat dengan kenaikan sesuatu tamadun. Pada zaman silam, manusia telah mengamalkan kehidupan secara nomad, iaitu sistem pindah tempat tinggal mengikut pemburuan yang dilakukan untuk mendapatkan makanan. Cara hidup itu bertukar pada sekitar tahun 9000 SM apabila kaedah-kaedah pertanian dan pembajakan tanah mula dicipta. Pengamalan kaedah-kaedah ini memerlukan manusia menetap di tanah yang diusahakan seumur hidup mereka. Dengan ini, perkara mengenai kawalan terhadap tanah buat pertama kalinya menjadi isu. Sebagai balasan terhadap perkembangan ini, pelbagai jenis hak memiliki tanah diperkenalkan, dengan manusia menuntut jenis milikan berlainan terhadap tanah beberapa kawasan. Ketidaksetujuan dan pertikaian mengenai sifat dan takat pemilikan tanah diantara mereka menjadi punca keganasan dan peperangan yang pertama.

Dalam sesetengah tempat di dunia seperti Mesopotamia dan lembah sungai Nil, faktor keadaan semulajadi seperti kesuburan sesetengah tanah berbanding yang lain menyebabkan berlakunya konsentrasi milikan tanah dengan sesetengah orang tertentu sahaja dengan yang lainnya hanya mengusahakan tanah berkenaan. Kawalan terhadap ini juga bermaksud kawalan keatas orang yang hidupnya bergantung kepada tanah berkenaan. Hatta, negara-negara primatif pertama mula wujud. Negara-negara ini secara lazimnya mengamalkan pemerintahan kuku besi dan tidak stabil, dengan para pemerintahnya berkuasa mutlak terhadap rakyat mereka sehingga pemerintah lain menggantikan mereka. Dengan tiadanya undang-undang dan kemudahan infrastruktur, dan kuasa diamalkan secara ikut suka sendirinya, sesetengah ahli teori politik dan sejarahwan tidak menggangap negara-negara awal ini sebagai negara yang tulen dalam erti sebenar negara; kadang-kala mereka dirujuk sebagai proto-negara.

Antara undang-undang terawal yang ditemui seperti Kod Hammurabi, dikatakan telah diamalkan pada kira-kira 1700 SM. Pada masa inilah konsep undang-undang iaitu salah satu ciri negara moden, mula menjelma. Tetapi para pemerintahTimur Tengah Silam mempunyai tradisi lama memegang kuasa mutlak dan menuntuk status tuhan-negara (lihat despotisme Hidraulik). Maka, undang-undang membataskan kuasa para raja-raja tidak berkembang dalam kawasan itu.

City-state di Greece kuno merupakan yang pertama menubuhkan negara dimana kuasa ditetapkan secara jelas dalam undang-undang, meskipun undang-undang berkenaan masih boleh dipinda secara mudah. Idea demokrasi juga wujud di Athens kuno. (Lihat demokrasi Athens).

Ramai institusi kenegaraan moden (terutamanya di Eropah Barat dan kawasan yang pernah dijajah empayar Eropah Barat) boleh dikesan permulaan mereka ke Rom kuno, yang mewaris pemerintahan para Greek dan memperbaikinya lagi (dengan khususnya aturan undang-undang, meskipun tidak lengkap). Akan tetapi, Republik Rom menjadi Empayar Rompula.

Kejatuhan Empayar Rom di barat dan pemindahan penduduk secara ramai-ramai menukar karektor politik Eropah. Para "barbarian", iaitu kerajaan bukan Rom dan cheiftain yang berlaku selepasnya bersifat ephemeral dan sementara, tidak melambangkan pemerintahan negara yang moden. Kerajaan Charlemagne juga tidak stabil tampanya tradisi primogeniture ia menjadi tiga kerajaan kecil dengan Triti Verdun pada tahun 843. Kerajaan-kerajaan ini dianggap lebih sebagai pajakan tanah berbanding kerajaan sebenar oleh para raja yang memerintah mereka. Sekali lagi dalam sejarah Eropah, negara hanya menjadi milikan peribadi sesorang individu, meskipun pada masa yang sama di Timur, negara empayar yang hebat seperti China telah muncul.

Ketiadaan pengganti yang benar kepada Empayar Rom di Barat Eropah mewujudkan keadaan vakum kuasa. Kerajaan-kerajaan di Eropah Barat menghadapi ancaman daripada pejuang Islam di selatan, serta penghijrahan beramai-ramai penduduk daripada Eropah Timur ke kawasan mereka dan tekanan daripada Viking di utara. Pada masa yang sama kerajaan-kerajaan Eropah berperang sesama sendiri. Zaman Gelap Eropah telah pun berlangsung.

Reaksi terhadap keadaan ini adalah penyatuan semua kerajaan-kerajaan Eropah dibawah satu perikatan yang diketuai Gereja Roman Katolik, keadaan yang tidak pernah berlaku meskipun semasa pemerintahan Empayar Rom sendiri sebelum itu. Sistem ini mewujudkan beberapa institusi-institusi feudal yang meregulasi konflik dalam dan memberikan Eropah Barat keupayaan untuk menahan tekanan luaran meskipun tiada keadaan kesatuan sebagaimana negara yang moden.

Sistem ini berkesan diluar Eropah dengan bentuk Perang Salib semasa Zaman Gelap terus berlangsung. Pada tahun1302, Paus Boniface VIII berkata bahawa kuasa-kuasa politik dunia Kristian melakukan "mengikut kehendak paderi". Ini merendahkan kuasa raja-raja yang diwajibkan memberi ketaatan mereka yang tertinggi kepada Paus.

Empayar Suci Rom yang merupakan salah satu daripada kuasa besar zaman gelap, merupakan saingan kepada kuasa Paus dibawah Maharaja Suci Rom Frederick Barbarossa yang menawan Itali untuk menekankan tuntutannya terhadap kuasa pada pertengahan abad ke-12. Kekurangkan kuasa Paus adalah satu tema utama Zaman Gelap; dengan Skisma Baratdi abad ke 14 selepasnya, iaitu satu pertikaian fasal perlantikan Paus pengganti, dieksploitasi oleh para sekularis yang bergiat aktif pada masa itu dan ia menambah kepada kuasa mereka yang semakin berkembang. Ketimbulan pajakan tanah yang luas seperti Perancis dan Castile mewujudkan kembali konsep negara moden.

Perubahan bentuk kerajaan ke bentuk lebih sekular menjadi sebahagian besar kontroversi di Zaman Moden Awal Eropah. Dinasti-dinasti kerajaan Eropah tidak mengambil kuasa secara dramatik pada permulaan abad ke-16, dan tambahan pula, ancaman luar telah beransur-ansur menghilang. Reformation memberi impak yang kuat terhadap struktur politik Eropah kerana keadaan ini tidak sahaja mengancam kedudukan agama dalam politik, tetapi juga institusi-institusi feudalisme yang wujud sejak kian lama. Konflik-konflik ganas yang wujud selepasnya menggabungkan agama dan politik dan memperlihatkan pihak yang menyokong kuasa Paus (dan Maharaja Suci Rom di negara Jerman) melawan pihak yang menyokong institusi sekular dan hak kedaulatan mereka membuat keputusan-keputusan dalam negeri, terutama apabila keputusan itu melibatkan agama, di kedua-dua belah mazhab Katolik dan Protestant.

Konflik-konflik ini memuncak dengan Perang Tigapuluh Tahun pada abad ke-17. Pada tahun 1648, kuasa-kuasa Eropah menandatangani Triti Wesphalia yang mengakhiri keganasan agama yang wujud disebabkan niat politik tersembunyi dan kuasa politik Gereja dihampuskan, meskipun agama tetap memainkan peranan penting dalam ideologi anugerah Tuhan kepada Raja. Prinsip "cuius regio, eius religio" yang dimeterai di Westphelia dan sebelumnya di Triti Augsburg merupakan asas kepada prinsip tidak campur tangan antara negara dan evolusi negara moden. Di Jerman, pejabat Maharaja Suci Rom dimansuhkan.

Negara terus berkembang apabila para pemerintah membawa bangsawan dan bandar bebas dibawah pemerintahan efektif mereka dan megumpulkan kekayaan dan prestij yang besar. Pegawai kerajaan yang semakin banyak dipanggil birokrasi sempena perlaksanaan Idea Republikan.

Selepas kira-kira seratus tahun Triti Westphalia dimeterai, negara dalam bentuknya yang moden menjadi melalui Revolusi Perancis. "Tuntutan rakyat" menjadi laungan dan Napoleon dan Grande Armee (Tentera Besar) Perancis melakukan perang disekitar Eropah. Kesemua kawasan yang ditawan membubarkan organisasi negeri lama dan bertukar menjadi negara moden seperti yang kita kenali pada hari ini, iaitu negara bangsa. Negara bangsa ini menjadi entiti politik yang paling dominan diseluruh dunia semenjak itu, akan tetapi pelbagai jenis ideologi mengawal pentadbiran negara-negara ini pada abad ke-19 dan abad ke-20. Organisasi luaran dan dalaman negara ini juga dikawal ideologi-ideologi ini. (Lihat sistem politik dan sistem ekonomi).


Peringkat Antarabangsa (Lihat juga: Hubungan antarabangsa)

Kriteria untuk kenegaraan tidak ketara. Selalunya keadaan politik melepasi definasi undang-undang. Tetapi, satu dokumen yang definasinya sering digunakan adalah Konvensyen Montevideo daripada tahun 1933, dengan artikel utama mengatakan:

Satu negara adalah satu rang undang-undang antarabangsa yang mempunyai kriteria berikut:
(a) penduduk tetap;
(b) kawasan pentadbiran yang didefinasi;
(c) kerajaan; dan
(d) kebolehan membuat perjanjian dengan negara lain.

Juga di artikel 3 adalah ketara bahawa kenegaraan adalah bebas daripada pengiktirafan negara lain. Inilah teori pengistiharan kenegaraan. Walaupun Konvensyen Montevideo merupakan perjanjian kawasan benua Amerika dan tidak mempunyai penguatkuasaan undang-undang di luar benua berkenaan, sesetengah orang melihatnya sebagai kenyataan tepat adat undang-undang antarabangsa.

Pada satu pihak yang lain pula, artikel 3 diserang para pemikir yang mendukung teori konstruktif kenegaraan, di mana satu negara hanya wujud jika ia diiktiraf negara-negara lain. Satu contoh dalam amalan adalah ketika kerajaan Somalia runtuh pada tahun 1990an, konvensyen Montevideo akan menakrifkannya sebagai tidak lagi wujud dan pengistiharan republik Somaliland selepasnya akan dapat pengiktirafan sah negara. Tetapi republik ini tidak iiktiraf negara lain dan satu sebab ini adalah harga integriti wilayah di persada antarabangsa. Pengiktirafan kerajaan tidak sama dengan pengiktirafan negara. Negara-negara lain tidak pernah berhenti mengiktiraf Somalia tetapi sebaliknya memilih untuk mengiktiraf dua negara berlainan, Somalia dan Eritrea.

Artikel 1 konvensyen juga diserang oleh mereka yang berpendapat bahawa ia gagal mengambil kira situasi kompleks pendudukan tentera, pemberian wilayah, dan kerajaan yang dibuang negara. Richard W. Hartzell adalah seseorang yang berpendapat sedemikian dengan mengatakan bahawa keempat kriteria diatas harus dikembangkan kepada sembilan. (Lihat Konvensyen Montevideo dan Pendudukan Tentera).


Peringkat Kebangsaan

Dilihat daripada sudut negara individu, ia boleh dikatakan sebagai satu pemusatan organisasi. Mereka yang menkaji dari sudut ini menekankan hubungan antara satu negara dengan rakyatnya. Ahli falsafah politik Thomas Hobbes mengemukakan argumentasi bahawa untuk menggelakkan peperangan diantara pelbagai pihak, kita memerlukan satu "Leviathan", satu pemusatan kuasa dan organisasi dalam satu negara. Akan tetapi, ramai institusi yang dipanggil "negara" tidak mencapai definasi ini. Sebagai contoh, di negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Republik Demokratik Congo, peperangan saudara yang sering berlaku di dalam mereka ini dengan satunya dipanggil "kerajaan pusat" lebih ganas daripada apa yang berlaku sebelum pembentukan sesuatu negara. Kes-kes sebegini dirujuk sebagai "negara gagal".

Sesetengah negara lagi pula mempunyai kuasa yang besar terhadap rakyat mereka, keadaan yang dipanggil totalitarianisme dengan kes pembunuhan beramai-ramai rakyatnya sendiri pun ada (contoh:Pol-Pot di Kemboja). Negara-negara ini dipanggil "negara-negara pemburu" (Benjamin Polak dan Boaz Moselle (2001), Model Satu Negara Pemburu (A Model of a Predatory State), Journal of Law, Economics and Organisation. pp. 1-33)

Daripada segi ekonomi, satu sifat dasar negara moden adalah regulasi hak milik tanah, pelaburan, perdagangan dan pasaran komoditi (dalam hal-hal makanan, minyak, dll.) dengan menggunakan mata wangnya sendiri. Walaupun ramai negara memberi kuasa ini atas kehendak sendiri kepada blok-blok perdagangan seperti Perjanjian Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara dan Kesatuan Eropah ia sentiasa menjadi langkah yang menimbulkan kontroversi dan membuka persoalan sama adalah blok-blok ini sebenarnya merupakan negara-negara yang lebih besar. Kajian ekonomi politik yang berevolusi menjadi kajian ekonomi secara sendirinya dalam zaman moden, menjawab persoalan sebegini dengan lebih mendalam.

Tetapi, walaupun negara dipengaruhi dalam membuat keputusan dan tidak lagi mempunyai pentadbiran mutlak dalam hal-ehwal dalaman, hakikatnya mereka lebih kuat dalam konteks hubungan antarabangsa daripada subdivisi lebih rendah seperti negeri. Tetapi, anjakan sekarang adalah berhaluan ke pemerintahan supernegara dan keadaan ini kelihatan akan terus berlaku. Ramai pada zaman kini, terutama yang mendukung teori konstutisif undang-undang antarabangsa melihat konsep kedaulatan sebagai ketinggalan zaman dan negara hanyalah subdivisi utama dunia. Lihatkerajaan dunia.


Falsafah negara

Falsafah politik yang berbeza mempunyai pendapat berbeza mengenai negara sebagai satu organsisasi domestik. Dalam era yang moden ini, falsafah-falsafah ini berkembang serentak dengan kapitalisme, yang secara kebetulan bertembung dengan kewujudan semula negara sebagai sektor masyarakat yang berpusat dan berasingan. Ahli falsafah seperti Thomas Hobbes, John Locke dan Jean-Jacques Rousseau mengaji isu-isu berkenaan peranan sebenar negara. Para ahli falsafah terkini seperti John Rawls dan Robert Nozick lebih berminat dengan keadilan yang dibahagikan dan moral menggunakan kuasa politik.

Terdapat empat teori mengenai asas dan justifikasi negara, iaitu:

Kuasa alam - Dalam maksud ini, negara dianggap diberikan oleh satu kuasa yang lebih besar sepertiTuhan untuk "Hak daripada Tuhan untuk Raja" atau wujud secara semulajadi daripada keperluan untuk kuasa tingga atau stabiliti.
Hak semulajadi - Mengikut teori ini, manusia mempunyai sesetengah hak yang "semulajadi" (implikasi penggunaan perkataan ini adalah pelbagai) dan negara wujud untuk melindungi hak-hak itu.
Kontrak sosial - Idea ini mengatakan bahawa negara wujud kerana persetujuan rakyat, iaitu yang diperintah, untuk memberi kepada pelbagai keperluan kolektif yang tidak dapat dipenuhi oleh individu seperti pertahanan, jalan raya, pendidikan, "penjagaan am" dll.

Konflik - Yang paling mudah antara keempat-empat teori adalah teori mengenai konflik, iaitu mengatakan bahawa negara wujud bukan disebabkan satu pilihan, tetapi sebaliknya disebabkan konflik yang ganas. Pelbagai pihak berperang antara satu sama lain untuk mengawal tanah atau sumber alam yang lain, dan pihak yang menang menguatkuasaan pemerintahan keatas pihak yang kalah.

Keempat-empat teori ini boleh membawa kesemua pendapat politik yang wujud. Dalam pengamalan pula, kebanyakan orang dan falsafah politik menerima kombinasi dua atau lebih keempat-empat teori diatas, dengan megemukakan argumentasi bahawa negara lain mempunyai pengasas lain.

Teori konfik pula adalah penggunaan teori yang tidak dipersetujui dengan teori yang dipersetujui untuk membandingkan negara yang sah daripada negara yang tidak sah.

Sesetengah falsafah yang paling besar mengenai negara adalah: kontrakarianisme, liberalisme, Marxisme,konservatisme dan anarkisme.

Kontrakarianisme berdasarkan teori kontrak sosial. Ia juga merupakan satu-satunya falsafah besar negara yang tidak termasuk mana-mana ideologi politik disebabkan pelbagai ideologi politik telah memasukkannya sebagai sebahagian daripada mereka sendiri. Kontrakarianisme adalah asas demokrasi moden dan juga pelbagai jenis sosialisme dan sesetengah jenis liberalisme. Dalam pemikiran kontrakarianisme, negara harus melakukan mengikut kehendak umum, iaitu kehendak seluruh masyarakat dan cuba mengharmonikan ia dengan kehendak individu. Negara memberikan barangan awam dan pelbagai jenis lagi barangan yang dipergunakan seharian dan mengelakkan individu daripada masalah menggunakan sesuka hati dengan memaksa mereka membayar cukai.

Liberalisme dalam maksud klasik adalah berdasarkan teori hak semulajadi. Dalam maksud ini, sesetengah ataupun semua "hak" wujud secara semulajadi dan tidak diwujudkan negara. Sebagai contoh, John Locke percaya bahawa hak milikan tanah individu wujud sebelum pembentukan sesuatu negara dan tujuan utama negara adalah untuk menjaga hak ini. Secara sejarahnya, para ahli liberal menekankan apa yang negara tidak patut melakukan daripada apa yang negara patut melakukan. Falsafah liberal mengenai negara adalah apa-apa kuasa yang dimiliki negara harus dibawah hak semulajadi yang wujud secara bebas daripada minda manusia dan lebih berkuasa daripada apa-apa kontrak sosial. Akan tetapi, terdapat pertikaian diantara ahli falsafah liberal tentang apa sebenarnya merupakan hak ini. Pengkritik pula mengatakan bahawa hak-hak ini tidak wujud langsung, kerana tidak dapat diperhatikan dalam alam semulajadi.

Pada sebelah lainnya pula, terdapat juga para ahli falsafah liberal yang menerima teori kontrak. Dalam kebanyakan kes, mereka merupakan ahli politik bersayap kiri liberalisme, dengan nama panggilan ahli liberal sosial (ahli falsafah liberal "Perjanjian Baru" (New Deal); lihat Liberalisme Amerika) dan mahukan konsep negara kebajikan, berbeza dengan paralibertarianis yang mahukan negara "minima". Kenaikan dominasi korporat keatas masyarakat dalam abad ke-20 menjadi elemen baru dalam apa yang dipercayai semua tentang apa yang negara harus lakukan untuk melindungi hak awam.

Falsafah Marxisme mengenai negara adalah berdasarkan teori konflik - secara spesifiknya idea konflik klas. Dalam maksud ini, peranan utama negara dalam pengamalan adalah untuk menguatkuasakan sistem kini dimana harta dan tanah dibahagikan secara tidak saksama, dan pengawalan oleh kelas tertentu termasuk pengambilan kesempatan. Negara juga menjadi agen tengah dalam pelbagai jenis konflik sosial, dan menjadi sumber keadaan infrustruktur sosial untuk masyarakat keseluruhannya. Dalam sistem feudalisme umpamanya, para bangsawan mengunakan kekuatan ketenteraannya sendiri untuk mengeksploitasi vassal mereka. Dibawah kapitalisme pula, penggunaan kuasa dipusatkan dibawah satu organsisasi khas yang melindungi monopoli kelas kapitalis keatas sumber alam, dan memberikan eksploitasi keatas mereka yang tidak mempunyainya. Dalam teori Marxis moden, dominasi kelas juga boleh bercanggah dengan beberapa dominasi lain seperti patriaki dan etnik.

Tambahan pula dalam teori Marxis, para kelas-kelas dan semua jenis pengambilan kesempatan perlu dimusnahkan dengan menubuhkan sistem sosialis dengan diikuti sistem komunis. Tujuan terakhir komunisme adalah satu masyarakat yang tidak berkelas, tidak mempunyai tanah dan tidak bernegara iaitu keadaan sama rata; akan tetapi, sosialisme masih mengekalkan hak milikan tanah peribadi sebagai sesuatu yang demokratik. Maka, Marxisme menentang konsep negara berdasarkan teori konflik tetapi tidak mahu memansuhkan negara secara terus. Maka terdapat sedikit pertindanan antara Marxisme dengan kontrakarianisme: negara sosialis yang para Marxis mahukan dalam rancangan jangka pendek mereka adalah berdasarkan satu kontrak sosial. Negara ini kemudiannya haruslah berunsur-unsur "hilang" semasa demokrasi terus mengambil-alih demorasi perwakilan. Selepas prosesnya selesai, order baru komunis telah dicapai dan negara tidak wujud secara berasingan daripada rakyatnya.

Dalam pemikiran konservatif yang berdasarkan kuasa besar semulajadi, struktur kini dimana tradisi dan hierarki kelas, patriaki, dominasi etnik, etc.) dilihat sebagai membawa kebaikan kepada semua. Pendek kata, ia berasaskan idea bahawa pengamalan perkara tradisi adalah baik dan seharusnya dikekalkan. Maka, para ahli konservatif menerima sesetengah idea daripada liberalisme dan Marxisme, tetapi melihatnya dalam konteks berbeza: negara memaksa rakyat menerima kelas dan pelbagai dominasi lainnya, tetapi ini dilihat sebagai perlu demi kebaikan mereka. Kepercayaan ini berdasarkan bahawa keadaan ini terbukti berjaya secara dahulu lagi. Tambahan pula, sebagaimana para liberalis, negara telah sekian lama wujud dan "semulajadi". Ramai para ahli falsafah konservatif mengeluarkan kenyataan bersetuju dengan teori hak semulajadi, terutama dalam dekad-dekad kebelakangan ini.

Dalam pemikiran anarki pula, negara adalah sesuatu yang tidak lain daripada segmen yang membawa ekploitasi keatas masyarakat. Dengan menolak sama sekali teori Hobbes yang mengatakan bahawa hanyalah negara boleh menghalang keganasan, mereka mengemukakan argumentasi bahawa sebenarnya kuasa negaralah yang menyebabkan keganasan.

Inilah teori konflik tentang kewujudan negara. Mereka menganggap bahawa jika orang ramai boleh melaksanakan satu cara untuk berkerjasama secara aman dan mengeluarkan kreativiti individu, negara dan penyekatannya terhadap kebebasan individu akan dihapuskan. Masalahnya dengan ini adalah "apakah" cara yang membolehkan keadaan ini wujud. Berlainan dengan perspektif para Marxis, negara adalah sesuatu yang tidak perlu, berbanding perlu dalam revolusi konflik antara kelas.


Teori-Teori Terkini Negara

Satu cara berguna untuk memahami debat-debat terkini dalam sains politik adalah mengikuti kata Stephen Krasner (1984).

Mengikut katanya, para saintis politik selalunya mengaji empat konsep negara, iaitu:

1. Negara sebagai kerajaan merupakan aktor dalam sendirinya. Dalam sesetengah pendekatan ini negara adalah aktor penggabungan pelbagai individu di mana kumpulan individu ini berinteraksi dengan kumpulan lain untuk memaksimakan kepentingan mereka sendiri. (i.e. Kenneth Waltz, Theory of International Politics, 1979)

2. Negara adalah birokrasi awam dan order undang-undang yang diinstitusikan. Teori pluralis mengenai negara menanggap bahawa negara adalah aktor-aktor politik berlainan dan kebaikan negara bergantung kepada pembahagian kuasa terhadap individul yang paling berperwakilan. (i.e. Robert Dahl, Who Governs?, 1961)

3. Negara adalah kelas pemerintah (Teori Marxis negara). Dalam pendapat ini negara adalah distorsi kehidupan sosial kerana ia melayan kehendak kelas pemerintah dengan menggalakkan eksploitasi dari manusia keatas manusia. (i.e. Engels, The Origin of the Family, Private Property and the State)

4. Negara adalah order norma (Teori simbolik dan budaya negara). Pada amnya, pendapat ini mengatakan bahawa negara adalah hasil norma, budaya dan expresi moral kehidupan sosial. (i.e. Clifford Geertz, Negara: The Theater State in Nineteenth Century Bali, 1980)

Pendekatan-pendekatan ini menekankan pelbagai fungsi berlainan dan atribusi negara dan hatta, memberikan pelbagai penjelasan untuk hasil politik. Walau bagaimanapun, pada hakikat amnya, sains politik kontemporari mengkaji negara sebagai masalah pemerintahan kuasa dan bukan masalah pembahagiannya (pluralisme). Cara paling baik untuk mengkaji negara adalah melalui institusinya, yang menjadi amalan majoriti saintis politik. (institusisme, institisisme bersejarah,institusisme baru). ((Peter Evans, Theda Skocpol, Dietrich Rueschemeyer, eds., Bringing the State Back in, Cambridge University Press, 1985)).

Semenjak itu, teori kritikal dalam politik geografi dan perhubungan antarabangsa mewujudkan teori 'post-moden' mengenai negara. Ini mengemukakan argumentasi bahawa, dalam satu dunia globalisasi, negara diambil kuasanya oleh aktor antarabangsa seperti NGO, IGO, TNC dan pelbagai aktor masyarakat sivil. Satu pandangan extrem berdasarkan teori ini diperkenalkan Kenichi Ohmae yang menulis buku-buku yang bertajuk Pengakhiran kewujudan Negara Bangsa:Kenaikan Ekonomi Kawasan (The End of the Nation States:Rise of Regional Economies) (Ohmae, Kenichi, Harper Collins, 1995). Satu lagi versi yang lebih serderhana melihat negara sabagai telah bersatu dalam perhubungan, dimana sesetengah kedaulatan dan kawalan telah diberikan kepada badan korporat, organisasi antarabangsa seperti Kesatuan Eropah dan organisasi bukan kerajaan seperti Oxfam yang kini terlibat dalam 'pengawalan' sesetengah kawasan. (Derek Gregory merujuk negara sebagai rangkaian dalam bahagian 1 daripada bukunya mengenai Perang keatas Keganasan yang dipanggil The Colonial Present, 2004, Blackwell Press).


Lihat juga

Anarki
Negara (budaya)
Hubungan antarabangsa
Negara bangsa
Negara polis
Tujuan kerajaan
Justifikasi negara
Kontrak sosial
Negara kesatuan
Negara kawasan
Statisme

Rujukan

Cassirer, Ernst (1955). tajuk: The Myth of the State, Garden City: penerbit: Doubleday Anchor Books. ISBN 0313237905.
Van Creveld, Martin (1999). tajuk: The Rise and Decline of the State, Cambridge: penerbit: Cambridge University Press. ISBN 052165629X.
McNeill, William H. (1991). tajuk: The Rise of the West: A History of the Human Community, Chicago: penerbit: University of Chicago Press. ISBN 0226561410.
Stepen Krasner, in "Approaches to the State: Alternative Conceptions and Historical Dynamics," Comparative Politics , (January l984).
Joseph R. Strayer, On the Medieval Origins Of the Modern State (Princeton Univ. Press, 1970).
Charles Tilly, CONTENTION AND DEMOCRACY IN EUROPE, 1650-2000 (Cambridge Univ. Press, 2004), 42-69.
Hendrik Spruyt, THE SOVEREIGN STATE AND ITS COMPETITORS: AN ANALYSIS OF SYSTEMS CHANGE (Princeton Univ. Press,1994),Chs.5, 8.
James C. Scott, SEEING LIKE A STATE (Yale Univ. Press, 1998), 87-102.
Peter Evans, "The Eclipse of the State? Reflections on Stateness in an Era of Globalization," World Politics, 50, 1 (October 1997): 62-87. 2. April 19
MAX WEBER: ECONOMY AND SOCIETY, V. 2 (Univ. of Calif. Press, l978), 901-910.
Gabriel A. Almond, "The Return to the State," American Political Science Review 82,3 (1988), 853-74.
Theda Skocpol, "Bringing the State Back In: Strategies of Analysis in Current Research, in Evans et al., 3-37. Georgina Waylen, Introduction, in Vicky Randall and Georgina Waylen,eds., GENDER, POLITICS AND THE STATE (Routledge, 1998).
Linda Weiss, THE MYTH OF THE POWERLESS STATE, 14-40.

POLITIK ?

Supaya perbincangan sentiasa terarah, kefahaman tentang istilah POLITIK juga amat penting sebagai asas yang mendasari setiap komentar tentang sesuatu isu politik. Terlalu luas makna politik dan terlalu banyak definisi yang telah dicatatkan oleh para sarjana sains politik. Setiap keputusan yang dibuat dalam segenap aspek kehidupan bermasyarakat sehingga bernegara adalah didorong oleh sesuatu matlamat politik. Bagi saya, secara umumnya politik adalah suatu sistem yang dicipta oleh manusia bagi melahirkan 'masyarakat sempurna'. Secara khusus, apabila membincangkan tentang politik yang berkaitan organisasi yang sedang berkuasa atau sedang memerintah seperti UMNO, saya lebih cenderung kepada definisi yang diutarakan oleh Harold Lasswell iaitu "proses dalam menentukan siapa, mendapat apa, bila dan bagaimana". Diperturunkan di sini artikel yang berkaitan yang dipetik juga dari Wikipedia....



Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.


Sejarah politik

Genesis Biologi Politik
Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia.

Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki dominans" (dominance hierarchies ). Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup.

Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan.

Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia.

Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )


Revolusi Bandar
V.G. Childe menggambarkan pertukaran masyarakat manusia yang berlaku sekitar 6000 BCE sebagai Revolusi Bandar. Antara ciri-ciri tamadun baru ini adalah:

Penstrataan Institusi Sosial (institutional social stratification(dominance hierarchy))
Jentera Khas bukan-agrikultur contohnya peguam. ( non-agricultural specialised crafts (including priests and lawyers) )
Percukaian
Penulisan
Kesemua ini memerlukan kawasan pendudukan yang padat - bandar.

Sementara perkataan, "Politik" diambil dari perkataan Yunani Polisyang bermaksud bandar. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa politik berlaku dalam semua kegiatan berkumpulan. Ini termasuk kumpulan korporat, agama, akademik dan sebagainya, terutama kumpulan yang terkakang oleh sumber terhad dan mengandungi hierarki dominans (dominance hierarchies ).


Penulisan Politik

Strategi dan Falsafah
Penulisan politik boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori yang pertama ialah berkenaan bagaimana politik, dan yang kedua berkenaan "mengapa politik".

Contoh ahli ahli penulisan strategi (kategori pertama) ialah Sun Tzu, Niccolo Machiavelli, dan George Washington Plunkitt. Manakala contoh ahli ahli falsafah pula (kategori 2) ialah Plato, Aristotle, Locke, Mills, Thomas Jefferson, Marx dan Mao.

"Politik" mungkin mempunyai maksud pejoratif, terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan runcit daripada objektif atau kebaikan bersama.

Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat (debated questions ). Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.

Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi "zero-sum game", dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan "siapa menang, siapa tewas":

Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa (Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata "politik adalah proses dalam menentukan siapa mendapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how )".

Ia juga mengenai bagaimana kita menyelesaikan pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat - dalam mana usaha sepenuh hati kepada proses perundingan atau diplomasi biasa cenderung mengurangkan keganasan - biasanya dilihat sebagai matlamat utama peradapan. Bernard Crick merupakan ahli theori utama pada pandangan ini dan juba idea bahawa politik itu sendiri hanyalah "ethik dilakukan dihadapan umum", di mana institusi awam boleh bersetuju, tidak bersetuju, atau campur tangan bagi mencapai hasil akhir yang diingini atau proses menyeluruh yang lengkap.


Selain kerajaan, [kewartawanan |wartawan], kumpulan agama, kumpulan berkepentingan khas, kumpulan pendesak dan sistem ekonomi mempunyai kesan terhadap sesuatu keputusan. Dengan itu politik menyentuh kesemua subjek ini.

Perkataan Politik itu sendiri diambil dari perkataan Yunani bagi bandar, "Polis", dengan itu istilah 'Politics'. Gambaran apa itu Politik yang pertama di jumpai dalam Hesoid di mana ia dipetik, "Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?". (1) Ditulis semula, ia dibaca, "Bagai mana manusia mengatur haluannya?". Bagi orang-orang Yunani, ia adalah applikasi sebab untuk hidup. Politik adalah aturan masyarakat melalui sebab mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi perperangan seperti Masyarakat Doric di Crete danSparta.

Pengarang pengkajian politik telah membayangkan dan mempengaruhi sistem politik di dunia. Niccolo Machiavelli menulis The Prince, analisa politik dalam sistem monarki, pada 1513, semasa tinggal dalam negara monarki. Karl Marx dan Friedrich Engels menerbitkan "The Communist Manifesto" pada tahun 1848, risalah yang berpengaruh besar dan dibaca dengan meluas yang membentuk asas bagi Socialism dan Komunism sepanjang abad ke 19 dan 20.

Hari ini, kebanyakan kajian mengenai politik tertumpu pada demokrasi, dan bagaimana bentuknya mempengaruhi keputusan yang dilakukan.

Selain dipengaruhi oleh masalah besar ini, politik juga merupakan aktiviti masyarakat, dan dengan itu bergantung kepada angin fashion sebagaimana yang lain.

== Sains Politik ==

Ahli sains politik ialah ahli akademik yang mengadakan kajian terhadap aliran politik sesebuah negara. Mereka mengkaji pilihan raya, pendapat awam, kegiatan institusi (contohnya bagaimana badan perundangan berfungsi, dll), ideologi ahli atau persatuan politik, pengaruh ahli-ahli politik, dan sebagainya.

Di universiti-universiti Amerika Syarikat, Sains Politik dibahagikan kepada beberapa jurusan contohnya Politik Amerika (American Politics), Politik Perbandingan(Comparitive Politics), Hubungan Antarabangsa(International Relation), Undang Undang Awam (Public Law) dan Teori Politik (Political Theory). Sesetengah jurusan ini kadangkala bertindih dengan disiplin akademik yang lain seperti falsafah, undang-undang, sosiologi, antropologi, dan sejarah.


Sistem politik dan ideologi-ideologi
Anarkisme --Anarko-kapitalisme --Anarko-komunisme --Aristokrasi --Anti-komunisme--Autoritarianisme-- Centrisme Radikal --Definasi Klasik republik --Demokrasi --Fasisme --Federalisme --Hijau --Kapitalisme --Komunisme --Konservatisme --Korporatokrasi --Leftisme --Liberalisme --Liberalisme Klasik --Libertarianisme -- Libertarian sosialisme --Marxisme --Meritokrasi --Minarchisme --Monarki --Nasionalisme --Nasional Sosialisme --Oligarki -- Post-komunisme --Rasisme --Republikanisme-- Sekularisme --Sosialisme --Sosialisme Demokratik --Stalinisme --Totalitarianisme-- Teokrasi


Entiti politik
Bandar -- City-state -- Parti Politik --Konfederasi --Negara --Empayar --Persekutuan --Kerajaan --Nation state --negara polis --Prefecture --Principality --Provinsi --Republik --Negeri -- World Government


Falsafah politik
The justification of the state --Social contract theories -- Raw is moral philosophy--Consequentialist justifications of the state -- The purpose of government --Political virtues --Non-violent_resistance--The Kyklos


Ahli teori politik awal
Plato -- Aristotle -- Thucydides --Cicero -- Saint Augustine --Thomas Aquinas


Ahli teori politik moden
Nicolo Machiavelli --John Calvin --Martin Luther --Baruch Spinoza --Jean Bodin --Thomas Hobbes -- John Locke --David Hume --Adam Smith --Jeremy Bentham-- the Federalist Papers -- Jean-Jacques Rousseau --Immanuel Kant --G.W.F. Hegel --Johann Gottfried von Herder --Alexis deTocqueville --John Stuart Mill -- Karl Marx --Friedrich Engels -- Max Weber --Lenin


Ahli teori politik kini
David Friedman -- Noam Chomsky-- John Rawls --Jan Narveson --David Gauthier --Amartya Sen --Jürgen Habermas --James M. Buchanan --Bernard Crick --Michel Foucault -- Jane Jacobs --Carol Moore --Antonio Negri --Robert Nozick --Hannah Arendt --Mohandas Gandhi


Lain-lain
Organisasi antarabangsa --Corporate police state -- Crony capitalism --Kesatuan Eropah-- Pembahagian kuasa -- Polis --Propaganda --Politik di Amerika Syarikat-- Political spectrum -- Parti politik-- Ekonomi politik -- Political parties of the world -- E-democracy --Keganasan --Political Compass-- Divide and conquer --Political sociology --Political education -- Civic education -- List of years in politics


Rujukan
Hesoid, Loeb Classical Library, pg 581

Lihat juga
For politics of a particular country, visitList of politics by country articles
apolitical