Khamis, 4 Februari 2010

KENAPA SAYA TERUS MENYOKONG UMNO : SALAHKAH BERSIKAP PERKAUMAN?








Kenapa manusia selalu bersifat hipokrit. Tak kurang juga yang merasa terlalu rendah diri sehingga mengagungkan sesuatu yang bukan miliknya dengan andaian itu akan membuatkan dirinya menjadi tinggi dan dihormati.

Hipokrit menafikan bahawa darah yang mengalir dalam tubuhnya adalah darah perkauman bangsanya Melayu, Cina, India @ apa sahaja jenis bangsa yang telah Tuhan tentukan untuk dirinya. Rendah diri untuk mempertahankan perjuangan bangsanya untuk memartabatkan agama, bangsa dan negaranya sendiri setelah dirinya sendiri mendapat nikmat yang melimpah ruah hasil dari perjuangan pejuang-pejuang bangsanya yang terdahulu. Rendah diri apabila dituduh bersikap perkauman oleh mereka yang sebenarnya mengamalkan sikap 'Perkauman Melampau' dengan berselindung di sebalik Demokrasi, Hak Asasi dan Globalisasi.

Di mana jati diri manusia yang secara tidak sedar hidup dengan darah perkauman yang terus mengalir dalam diri dan tubuhnya sendiri.

Benarkah yang menuduh orang lain perkauman mempunyai darah yang tidak ada langsung semangat untuk berjuang melihat kaumnya maju dan dihormati oleh kaum lain?

Salahkah tuhan menciptakan manusia berbangsa-bangsa?

Salahkan membela nasib dan masa depan bangsa sendiri?

Salahkan berusaha dan berjuang untuk memastikan generasi masa depan pewaris bangsa kita dapat menikmati kemakmuran lebih dari apa yang kita miliki hari ini?

Salahkan segala niat dan usaha pejuang bangsa selama ini untuk memantapkan kedudukan dan tahap pendidikan, ekonomi dan sosial bangsanya agar mampu bersaing dengan cabaran semasa dan tidak diperlekehkan. Salahkan...?

KAUM YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM DI MALAYSIA

Di Malaysia, kaum apakah yang selama ini telah berjuang dan sanggup berkorban untuk memastikan ketinggian dan kemuliaan syiar Islam di bumi bertuah milik kita ini? Kaum Cina? Siapa???? Dr. Ridhuan Tee.... Siapa lagi...??? Kaum India? Siapa?????

Sekiranya kita benar-benar jujur, KAUM MELAYU lah yang telah sejak sekian lama diketahui dan diakui sebagai kaum yang telah menjaga kesucian dan kemuliaaan Agama Allah ini di Semenanjung Tanah Melayu yang namanya telah ditukar kerana sikap toleransi bangsa ini... Bangsa Melayu, satu-satu Bangsa yang menjadikan pengamalan nilai-nilai moral ajaran agama Islam yang suci itu sebagai syarat untuk tuan-tuan mengaku sebagai seorang yang berbangsa Melayu.

Sekali lagi, salahkan usaha UMNO selama ini memastikan Bangsa Melayu menguasai ilmu, ekonomi, sosial, politik dan sebagainya dengan niat untuk memastikan pejuang dan penjaga kesucian dan kemuliaan Agama Islam, agama yang sebenar dan diterima Allah, tidak kira dianya Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu DAP (Melayu paling Bodoh) atau Melayu apa pun dengan niat dan prasangka baik bahawa asalkan dianya Melayu dan Islam, dia tidak akan sanggup mengkhianati agama dan bangsanya sendiri.

Salahkah bersifat perkauman? Yang salah adalah MELAMPAUI BATAS. Yang salah adalah PERKAUMAN MELAMPAU. Adakah perjuangan UMNO Melampaui Batas. Pernahkah kita mengambil hak kaum lain? Atau sebaliknya Melayu sentiasa dalam sejarahnya, sejak kaum lain diterima menjadi rakyat negara ini, sentiasa diasak dan didesak dan selalu mengalah demi untuk menjaga hati dan perasaan kaum-kaum lain serta menjaga keharmonian hidup bernegara.

Cuba selidiki sejarah perhubungan kaum di negara ini. Siapakah yang telah beberapa kali membuat tuntutan-tuntutan Kaum secara Melampau khususnya ketika bangsa Melayu berpecah dari segi sokongan politiknya kepada sesuatu parti. Salahkan Melayu mencurigai kaum-kaum yang telah menghiris hati dan toleransi Melayu selama ini melalui Tuntutan-Tuntutan Perkauman Melampau mereka.

Sdra. Haziq Abdullah Al Fateh, adakah mereka menjaga hati dan perasaan Melayu apabila bertindak Melampau seperti yang pernah dilakukan oleh Pertubuhan SuQui?

Perjuangan Perkauman Melayu UMNO untuk memartabatkan agama, bangsa dan tanahair ini bukan Perjuangan Perkauman Melampau. UMNO berpijak di bumi yang nyata kerana tidak mahu menafikan hakikat bahawa darah perkauman adalah sesuatu yang fitrah dan memang Allah ciptakan dalam diri setiap manusia. Kadangkala mereka yang menafikan bersifat perkauman sebenarnya adalah pengamal Perkauman Melampau yang berselindung di sebalik kekeliruan pihak yang lain terhadap istilah Perkauman itu sendiri.

Merujuk kepada bangsa Melayu, yang lebih dikesali adalah apabila, kerana kekeliruan ini, segelintir bangsa Melayu yang tidak memahami sejarah perjuangan bangsanya sendiri sehingga merasa begitu rendah diri kerana terlahir sebagai bangsa Melayu dan mula merasakan dirinya akan lebih diterima dan dihormati apabila memperlekehkan dan menuduh perjuangan bangsanya selama ini untuk memartabatkan agama Islam yang suci dan syumul itu, bangsanya Melayu yang menjadi pejuang dan penjaga kemurnian dan kesucian Agamanya Islam dan tanahairnya Malaysia sebuah negara Islam yang menjadi contoh kepada negara Islam yang lain, sebagai perjuangan perkauman yang melampau.

Salahkah UMNO merangka strategi menjaga kemurnian dan kesucian Islam dengan memastikan bangsa Melayu sebagai pejuang dan penjaga kesucian dan kemurnian Agama Islam itu terlebih dahulu diperkuat, dipermantap dan diperkukuhkan dalam segala bidang agar keupayaannya sebagai pejuang dan penjaga kesucian dan kemurnian Agama Islam di Malaysia ini dapat dipertahankan dan terus dipertingkatkan. Agar... penganut agama Islam itu dihormati kerana kehebatan yang dimilikinya melalui pengamalan nilai-nilai yang diajarkan oleh Agama Islam.... Salahkah...???

Salahkah UMNO memilih untuk menggunakan strategi dan pendekatan sebegini dalam perjuangannya, perjuangan penganut Agama Islam yang berketurunan Melayu melihat syiar Agama Islam, satu-satunya agama yang diterima oleh Allah swt tersebar, terpelihara kesucian, kemurnian dan ketinggiannya di negaranya sendiri.

Kalau ingin melihat bukti kepada hujahan ini, bukalah hati seluas-luasnya dan gunakanlah ilmu dengan jujur. Lihatlah apa yang telah kerajaan yang Melayu UMNO menjadi terasnya ini telah lakukan untuk memastikan bahawa Agama Islam di Malaysia ini sentiasa dijaga kesucian dan ketinggiannya.

Hanya kerana seorang dua pemimpin UMNO yang juga manusia biasa sama seperti pemimpin parti lain termasuk PAS yang telah melakukan kesilapan tidak bermakna UMNO secara keseluruhannya bersalah, sehingga kita tidak mahu menerima dan tetap angkuh menafikan sumbangan yang telah kita dan keluarga kita sendiri, tanpa mengira sokongan kita terhadap parti mana pun, nikmati hasil dari perjuangan perkauman yang telah UMNO lakukan untuk Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair kita ini.

Jika diizinkan Allah, saya akan cuba membuktikan apa yang telah Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Melayu UMNO telah lakukan dari segi Rukun Islam yang Lima serta aspek-aspek kehidupan Islam dari segi Aqidahnya, Muamalatnya, Munaqahatnya dan usaha menangani isu Jenayah dan Perundangan Islam di kalangan penganutnya di negara yang tercinta ini, InsyaAllah.

~MataHati~ Tulisan ini adalah respon saya terhadap komen-komen dari Sdra Haziq Abdullah Al-Fateh yang kononnya berbangsa Cina dan beragama Islam yang menuduh UMNO adalah sebuah parti yang bersikap perkauman dengan rujukan sebenar 'Perkauman Melampau' sedangkan beliaulah yang sedang berselindung disebalik Perjuangan Perkauman Melampau yang dituduhkan olehnya kepada UMNO. Komen tersebut dibuat di wall KELAB PENYOKONG UMNO Facebook (KPUMAYA) kelolaan saya di sini.

0 ulasan: