Sabtu, 1 November 2008

SYED HAMID LETAK JAWATAN KETUA BAHAGIAN KOTA TINGGI ?



~MataHati~ Semua calon yang bertanding mewakili 'Kumpulan Setiakawan' yang pro kepada Daeng A Malek A Rahaman (yang telah hilang hak memilih & dipilih selama 3 tahun) telah memenangi ke semua jawatan yang dipertandingkan dalam Menyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi yang berlangsung pada 27hb. Oktober 2008 yang lalu.

Kesemua 20 AJK yang terpilih dan G7 yang akan ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia juga adalah dari Kumpulan Setiakawan.

Oleh kerana perwakilan mesyuarat ingin menunjukkan tanda penolakan terhadap kepimpinan Syed Hamid selama 18 tahun di Parlimen Kota Tinggi, apa sahaja yang dicadangkan oleh Syed Hamid telah ditolak oleh para perwakilan. Ini termasuk apabila Syed Hamid mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden, Perwakilan telah mencadangkan nama lain iaitu Tan Sri Muhd Taib dan berkesudahan dengan Tan Sri Muhd Taib telah mendapat sokongan majoriti.

Kemenangan Muhd Taib ini bukan menggambarkan penolakan perwakilan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin sebaliknya lebih kepada tanda protes khususnya kepada Syed Hamid apabila semua aduan salah laku termasuk Rasuah Politik Syed Hamid telah dipandang sepi oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Sebaliknya perwakilan melihat Lembaga Disiplin bersikap bias dan menyebelahi Syed Hamid memandangkan 'orang-orang Syed Hamid' telah menyebarkan berita bahawa Syed Hamid akan menang tanpa bertanding 3 hari sebelum surat keputusan Lembaga Disiplin UMNO terhadap Daeng A Malek dikeluarkan.

Apa pun, kini Syed Hamid bersendirian memimpin UMNO Bahagian Kota Tinggi. Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita Bahagian, 20 AJK Bahagian, Naib Ketua dan seluruh AJK Pemuda Bahagian, Naib Ketua dan seluruh AJK puteri adalah dari Kumpulan Setiakawan.

Ketua Pemuda yang juga adik Setiausaha Akhbar Syed Hamid juga akan keseorangan dalam memimpin Pergerakan Pemuda kerana kemenangannya adalah kerana Calon Ketua dari Kumpulan Setiakawan juga telah dinafikan hak untuk memilih dan dipilih selama 3 tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Manakala Ketua Puteri pula menyebelahi Syed Hamid kerana makan gaji sebagai Pegawai Khas kepada Syed Hamid.

Syed Hamid yang telah menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan Mac depan akan melalui detik paling sukar dalam mengemudikan UMNO Bahagian Kota Tinggi bagi sesi kali ini.

MataHati difahamkan 'Mesyuarat Pertama' Kumpulan Setiakawan di rumah Daeng A Malek pada malam sejurus kemenangan tersebut telah mengambil ketetapan di antaranya :

1. Perlantikan Pegawai-Pegawai UMNO Bahagian iaitu Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan haruslah dibincangkan dan dipersetujui di dalam Menyuarat penuh AJK Bahagian.

2. Pemilihan Individu untuk mengisi tempat AJK lantikan haruslah juga dibincangkan dalam mesyuarat penuh AJK UMNO Bahagian.

3. Perlantikan Ahli Majlis Daerah Kota Tinggi, Ahli Lembaga KEJORA dan lain-lain juga mestilah dibincangkan dalam mesyuarat penuh AJK UMNO Bahagian Kota Tinggi. (Selama ini hal menentukan perlantikan ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat UMNO Bahagian dan seolah-olah menjadi kuasa mutlak Ketua Bahagian)

4. Setiausaha, Bendahari & Ketua Penerangan sesi yang lalu tidak boleh sama sekali dilantik memegang apa-apa jawatan dalam UMNO Bahagian Kota Tinggi.

Kumpulan Setiakawan telah bersepakat sekiranya 4 permintaan kumpulan ini tidak dipenuhi maka mereka akan mengabaikan semua aktiviti yang dijalankan oleh Syed Hamid dan UMNO Bahagian, sebaliknya kumpulan ini akan bergerak melakukan kerja-kerja parti dan kemasyarakatan menggunakan saluran lain termasuk pejabat ADUN Sedili yang juga Timbalan Ketua Bahagian dan Pejabat ADUN Johor Lama yang juga Ketua Wanita dan EXCO Kerajaan Negeri Johor.

Berita yang tersebar malam tadi mengatakan, menyedari bahawa beliau telah menjadi 'hantu yang tidak berpijak di tanah' @ dalam bahasa lain telah kehilangan sokongan rakyat di Kota Tinggi, maka besar kemungkinan beliau akan meletakkan Jawatan Ketua Bahagian sekiranya kalah dalam pemilihan Naib Presiden dan tidak dilantik lagi sebagai Menteri di peringkat Persekutuan.

~dah tak ada apa masyuuuk -- nak tunggu apa lagi -- jadi Ketua Bahagian kena keluaaaar pulak -- untung ker rugi ??? Rugiiiii.... Mereka kata Syed Hamid sangat pandai dalam congak mengira di antara untung dengan rugi....

0 ulasan: