Rabu, 26 November 2008

Aku Tak Faham Apa Perjuangan Sister's In Islam


Semasa belajar di Sekolah Agama Johor dulu, kami diajar supaya meninggalkan yang 'was-was'. Apa saja yang was-was mesti ditinggalkan kerana apa... saya pun tak berapa ingat. Mungkin pembaca ada yang masih ingat lagi.

Dulu kita mungkin 'was-was'. Tapi apabila telah keluar fatwa bahawa 'Yoga' tu haram, maka sepatutnya dah tak was-was lagi. Dalam hal hukum hakam agama, siapakah lagi yang kita nak percaya kalau bukan pihak yang berkuasa tentang agama.

Kalau yang 'was-was' pun kita kena tinggalkan, apatah lagi yang telah jelas difatwakan sebagai haram.

Tapi yang peliknya, ada satu kumpulan manusia perempuan yang kebanyakannya tak tutup aurat pun tapi menggunakan nama Islam masih ingin mempertikaikan apa yang telah difatwakan sebagai haram.

Ada banyak isu yang boleh Sister's In Islam ni perjuangkan, tetapi kenapa perempuan-perempuan ni nak pertikaikan apa telah jelas diharamkan oleh majlis fatwa.

Apa faedah yang boleh perempuan-perempuan ni dapat dengan melibatkan diri dengan isu-isu yang sungguh sensitif seperti ini. Sebagai orang yang mengaku dan menggunakan nama ISLAM, sepatutnya perempuan-perempuan ini berjuang untuk meramaikan ahli syurga lagi dari kalangan perempuan.

Bagi aku, siapa saja yang guna nama islam mesti berjuang untuk meramaikan ahli syurga dan mengurangkan ahli neraka. Termasuklah PAS sekali. Kalau ini bukan matlamat perempuan-perempuan dalam Sister's In Islam, rasanya Majlis Fatwa dan KDN kena buat satu lagi Fatwa.... Haramkan Sister's In Islam.

Musykil saya. Fikiran jahat saya sampai terdetik - mesti ada suatu kuasa jahat di belakang Sister's In Islam. Macam-macam bala berlaku di zaman 'keterbukaan terpilih' Pak Lah ni.

Dulu IFC. Nazri sokong. Pak Lah Hadhari mula-mula sokong. Selepas PAS buat demonstrasi, Pak Lah tukar kenyataan dengan berkata "masanya belum sesuai untuk kita buat IFC di Malaysia". Maknanya Pak Lah setujulah... cuma masanya belum sesuai. Nasib baik dia undur Mac ni... kalau lewat entah-entah masa sesuai tu sampai....

~Di Indonesia ada seorang Perempuan Dr. Phd yang dapat anugerah (seperti yang selalu Anwar Penggila Kuasa tu dapat ) dari Kerajaan Amerika kerana perjuangannya menegakkan Islam Liberal di Indonesia. Perempuan ini lagi dashyat... dia kata homoseksual adalah fitrah manusia yang dikurniakan oleh Allah. Jadi tak salah jika kita jadi pengamal homoseksual.

Cerita pasal Kaum Nabi Luth tu dongeng ajer ker??? Kat sekolah agama Indonesia tak ada ajar ker pasal kisah kaum nabi Luth ni.... ehhh konpiusssss edennnn

==========================================================
Jangan pertikai fatwa yoga

Oleh ZULKIFLI JALIL dan NORLIZA ABD. RAHMAN
BANGI 24 Nov. - Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim (gambar) meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan fatwa mengharamkan yoga kerana tiada jaminan pengamal senaman itu tidak terjebak dalam mantera atau elemen falsafahnya.

Beliau menegaskan, ini kerana yoga merupakan 'ilham laduni' yang menerima tuhan sebagai model yang maha sempurna dan atas sebab itu bagi pengamal yoga di antara perkara utama yang dikehendaki ialah mesti melakukan senaman badan yang digelar 'asana yoga'.

''Matlamat senaman yoga ialah mahu bersatu dengan Brahma (maha pencipta), justeru agak janggal jika ada orang bukan Hindu terikut-ikut dengan senaman itu.

''Terdapat banyak risalah yang menerangkan puluhan ragam cara-cara mengamalkan senaman yoga, yang tujuan asalnya bukan untuk kesihatan badan semata-mata malah lebih jauh dari itu iaitu bersatu dengan Brahma," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Dr. Abdulfatah yang turut menyertakan kajian mengenai yoga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan memberitahu, buku-buku senaman yoga boleh menyebabkan pengamalnya terpengaruh dengan pelbagai teori mengenai kejiwaan Hindu yang bercanggah dengan akidah Islam.

''Yoga ialah 'sambungan', 'kok', 'bersatu' atau 'ittihad' roh individu dengan roh alam semesta serta kesatuan roh ilahi sendiri (Brahma) yang bersatu dengan tuhan.

''Yoga ialah falsafah Hindu iaitu satu agama wahdat al-wujud yang menyalahi fahaman Islam ithainiyat al-wujud," katanya.

Menurutnya, antara bentuk senaman yoga ialah Padmasana (kedudukan bunga teratai) yakni duduk bersila di atas lantai dengan kaki kanan di atas paha kiri dan kaki kiri di atas paha kanan serta meletakkan tapak tangan di atas lutut kanan dan tapak tangan kiri di atas lutut kiri serta ibu jari menyentuh jari telunjuk.

Terdapat juga senaman garuda atau Garudasana iaitu nama burung khayalan yang menjadi tunggangan Vishnu ketika mahu naik ke langit.

Beliau memberitahu, amalan zikir 'OM' atau 'AUM' yang diamalkan oleh para yogi (pengamal yoga) dikatakan mantera kekuasaan suci.

''Di dalamnya terkandung segala nama tuhan dan mengandungi banyak rahsia terpendam, cara menyebut kalimah ini hendaklah dikeluarkan suara daripada belakang kerongkong, dihembus ke mulut, keluar dari mulut dan selesai apabila bibir tertutup setelah menyebut huruf 'M' yang terhenti dengan dengungan suara bunyi berterusan.

''Ini melibatkan semua anggota badan yang mengeluarkan perkataan manakala suara yang mengandungi banyak nama tuhan manakala AUM pula yang bermula huruf 'A' melambangkan kejadian terkandung dalam diri Brahma, 'U' melambangkan Vishnu tuhan pemeliharaan dan 'M' melambangkan Shiva tuhan pembinasa.

''Amalan konsep bersenam biasa ialah mengeluarkan peluh tetapi tidak berlaku dalam yoga. Malah senaman biasa boleh dilakukan tanpa penyeliaan guru dengan menjadikan buku sebagai panduan.

''Saya sendiri pernah mengamalkan yoga lebih 30 tahun lalu semasa di Amerika Syarikat (AS) dan mampu melakukan senaman teratai, tetapi mula meninggalkannya apabila mendapati yoga bercanggah dengan amalan Islam," katanya.

Dr. Abdulfatah memberitahu, tanda tanya yang besar dalam dirinya adalah apabila yoga menerapkan elemen kepercayaan Hindu iaitu mati dan hidup manusia berulang-ulang manakala dunia ini kekal tiada kiamat.

Kata beliau, dalam kepercayaan itu, masalah dosa setiap individu dibalas dengan undang-undang karma.

Kata beliau: ''Apabila mati, seseorang itu akan dihidupkan semula, rohnya memasuki jasad deva atau manusia atau binatang atau tumbuh-tumbuhan.

''Dari kaca mata Hindu-Buddha, mati dan hidup semula berterusan selama-lamanya dan berulang-ulang, dunia ialah tempat penderaan balasan karmanya yang tiada kesudahan, sedangkan dalam Islam mati hanya sekali," katanya.

2 ulasan:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

sayang ....

BLOG HEBAT NI... DATANG LAH

http://aberamly.wordpress.com

http://ramlyotai.blogspot.com

http://awanggedeber.blogspot.com

salam

azlishukri berkata...

saya kurang arif mengapa SII still dibenarkan beroperasi, sedangkan terang2 bercanggah dengan banyak pergerakan islam yang lain, tak habis lagi isu poligami, mereka asyik memnimbulkan isu.