Isnin, 25 Ogos 2008

PROJEK BAIK : MEMBEKAL 13 SET TREN BARU KTMB



13 set tren baru untuk pengguna komuter pertengahan 2010

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperoleh 13 set tren baharu menjelang pertengahan tahun 2010 untuk perkhidmatan komuter bagi menampung peningkatan pengguna perkhidmatan itu, kata Pengurus Komunikasi Korporat KTMB, Shahriza Embi.

Beliau berkata KTMB telah membuka tender untuk pemerolehan tren itu sehingga akhir September dan dijangka mengumumkan pemberian tender pada akhir tahun ini.
“Walaupun nanti kita akan mendapat 13 tren baru, namun tren sedia ada masih perlu digunakan untuk menampung bilangan penumpang yang semakin meningkat,” katanya kepada Bernama. (~MataHati~: Tak mahulah kena belasah macam kes Rapid KL)

Shahriza berkata walaupun KTMB memiliki 50 set tren komuter, hanya 27 set tren saja yang mampu beroperasi sehari memandangkan selebihnya menjalani proses baik pulih.

Katanya KTMB memerlukan sekurang-kurangnya antara 36 dan 40 set tren sehari untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada penumpang.

Beliau berkata program baik pulih besar-besaran itu perlu dilakukan agar tren sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan dan mampu beroperasi dengan lancar.
.......................................

LRT bukan bawah saya - Tee Keat

Oleh THOMAS CHONG
PUTRAJAYA 22 Ogos - Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat menjelaskan pengurusan sistem aliran transit ringan (LRT) sebenarnya adalah terletak di bawah Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) yang merupakan sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Kewangan.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan jadual ketibaan tren LRT di setiap stesen.

''Pengurusan LRT adalah di bawah SPNB yang merupakan sebuah GLC di bawah Kementerian Kewangan.

''Saya ingin jelaskan kerana ramai pihak tidak tahu LRT ini adalah di bawah bidang siapa, tanggapan ini perlu dibetulkan," katanya.

Semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menaiki tren komuter dari Stesen Serdang menuju ke ibu kota ketika membuat tinjauan, melahirkan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan rel di ibu negara dan mahu tindakan segera diambil untuk memperbaikinya.

Perdana Menteri mendapati perkhidmatan itu tidak sistematik, jadual ketibaan tidak teratur, gerabak tidak mencukupi dan liputan laluan tidak meluas.

Tee Keat berkata, Kementerian Pengangkutan dalam soal LRT hanya berperanan sebagai pengawal atur yang antaranya bertanggungjawab untuk mengeluar dan membatalkan lesen.

''Mengikut Akta Keretapi 1991, bidang kuasa Jabatan Keretapi yang berada di bawah Kementerian Pengangkutan ialah meluluskan dan menarik balik lesen perkhidmatan rel.

''Kementerian juga menjaga piawaian dan perkara-perkara yang melibatkan soal keselamatan kereta api," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

==============================================
Patutlah dia nak tunggu sampai pertengahan 2010

Abdullah tak puas hati sistem komuter dan LRT selepas tinjau sendiri
21/08/2008 1:14pm

KUALA LUMPUR 21 Ogos — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menaiki tren komuter dan LRT bagi mengetahui sendiri masalah orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam di bandar raya dan mendapati perkhidmatan itu kurang memuaskan. Dalam perjalanan dari Serdang ke Masjid Jamek menggunakan dua perkhidmatan rel berbeza itu, Perdana Menteri menyaksikan masalah kesesakan yang berlaku terutama pada waktu puncak serta berbual-bual dengan penumpang bagi mendapatkan maklumat balas mengenai perkhidmatan itu.

Bercakap kepada Bernama di stesen Masjid Jamek, Abdullah melahirkan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan sistem rel yang disediakan dan mahu tindakan segera diambil untuk memperbaikinya.

Katanya perkhidmatan itu tidak bersistematik, gerabak tidak mencukupi dan liputan laluan tidak meluas.

“Saya lihat tadi keadaan tren yang digunakan untuk penumpang setiap pagi untuk pergi kerja. Mereka sentiasa berebut-rebut bila tren tiba. Dari segi itu, ialah nampaknya macam tak ada sistem.

“Yang ini yang saya rasa tak senang hati kerana rakyat tidak mendapat satu kepuasan daripada menggunakan tren. Ini kita kena perbaiki,” katanya - Bernama.
========================================================

~MataHati~ : Terus terang sajalah Pak Lah....

0 ulasan: