Isnin, 25 Ogos 2008

Ahli Parlimen Indonesia bidas campur tangan Gus Dur



JAKARTA 24 Ogos - Seorang anggota Parlimen Indonesia berkata, bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) tidak harus ikut campur tangan isu kes liwat yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anggota komisi VII, Ade Nasution berkata, Gur Dus tidak mempunyai hak berbuat demikian sebaliknya menyerahkan kepada rakyat dan pemerintah Malaysia sendiri mengadilinya.

Beliau berkata, pandangan Gus Dur untuk membela Anwar itu hanya kerana beliau merupakan rakan baik Anwar dan bukan pandangan rakyat Indonesia.

''Jika ada rakyat Indonesia yang bersimpati dengan Anwar, ia merupakan sifat mereka kerana menyangka bekas Perdana Menteri itu dizalimi,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Gus Dur di Kuala Lumpur minggu lalu yang mempertikaikan sumpah al-Quran yang dibuat bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan berhubung dakwaan dirinya diliwat oleh Anwar.

Menurut Ade, beliau juga tahu siapa Anwar semasa datang ke Indonesia dan dengan siapa dan kumpulan mana beliau berkawan.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelas lanjut tentang perkara itu dan menyerahkan kepada pemerintah Malaysia untuk membuktikannya terhadap tuduhan liwat yang dihadapinya.

Daripada sopha sulaiman
- Utusan

0 ulasan: